13 December 2009

Foto Chinta Suci = Ekspresi Cinta

Banyaknya contest sekarang ni. Bagus sungguh. Meriah dunia blogging sekarang ni. Kalau macam takde idea nak update apa. Kau join je lah mana-mana contest yang bersesuaian. Saja suka-suka kan. Tapi kalau menang lagi syiok.. alah, kalau dah join tu, mesti terselit gak at least 10% keinginan nak menang kan.. sape tak suka wehh, hadiah pun menarik..

Aku macam minat nak join contest anjuran En FirdHaikal ni. Foto Chinta Suci... Uiihhh, nama contest pun sgt sweet. Cinta memang lah suci kan. Lagi2 yang dah sah halal, dah bersatu. Dah diikat dengan janji sehidup semati *amin* Sama-sama lah kita jaga kesucian cinta. Jangan buat benda bodoh yang mencela cinta. Kalau sanggup merana. Silakan..

Oohhh, aku merapu.. *dayu,sila kembali ke tajuk utama please..*

Syarat penyertaan adalah, anda mestilah sedang dilamun cinta. Ohhh, i'm always in love.. Cinta setiap saat.. oohhh, mood cinta di mana-mana. Bercinta adalah tidak pernah memenatkan. Mengembira dan menyehatkan adalah.. Cinta adalah vitamin terbaik!! Maka, saya lepas kelayakan pertama.

Kemudian anda dikehendaki memuatnaik gambar yang bertemakan 'Ekspresi Cinta' Encik penganjur sgt bermurah hati. Kau upload lah bape banyak pun, nanti dia pilih yang terbaik. Tapi paling penting, kat gambar tu kena ada 3 perkataan, 3 je eh, jangan lebih. Nanti disqualified. Dan perkataan tu harus mengekspresikan rasa cinta kita dan pasangan.


Maka, setelah mengeledah hardisk.. Gambar ni telah menjadi pilihan. Okay.. pinjam anak orang dalam gambar tu. Sebab anak sendiri adalah masih tiada. Masih sedang menumpang di dalam perut. Doakan dia sehat sejahtera dan membesar dengan sempurna *amin* Iye, aku adalah mengambil kesempatan meminta doa kamu semua. Niat awal nak upload gambar muka suci sejurus sah dinikahkan. Tapi rasa macam, cukup2 lah menayang gambar nikah. Sebelum orang muak *tapi aku akan suka sepanjang zaman* baik pilih yang lain. Dan ini menjadi pilihan. Kenapa pilih gambar ni??

Sebab, saya dambakan kehidupan yang begini nanti. Hidup bahagia bersama suami dan anak-anak. Hidup penuh dengan riang dan senyum. Ada masalah, sama-sama kita carik penyelesaian dengan penuh kewibawaan. Jangan gelabah ayam. Takde problem tak boleh selesaikan. Barulah terpelihara Kesucian Cinta tu. Dulu kan dah janji nak sehidup semati.

Maka, selesailah penyertaan saya. Dan sila layan kan saje penyataan yang terlampau panjang untuk contest ini. Sekian, terima kasih.

11 comments:

  1. muka adalah sangat happy kat dalam gambar tuh. dah ada chan tuh untuk menang. hehehe... good luck!!

    ReplyDelete
  2. waaa syioknyer join contest lg..hehhe gud luck..canteks gmbrnya..erm mmg nmpk kebhgiaannya

    ReplyDelete
  3. waah join contest jugak..gud luck yer

    ReplyDelete
  4. wow...nice picture. tak sabar ye puan dayu . sabar baby dlm perut tu

    ReplyDelete
  5. chumelnya gambar.....sweet je kapel ni ngan anaknya...

    ReplyDelete
  6. hihihihi...dayu cptnye anak awak bsr...but so kiut...hehe

    ReplyDelete
  7. menarik nih.. muka ada happy.. hehehe

    ReplyDelete
  8. hehehehehe...
    tak berharap sgt pun nak menang, yelah, gambar org lain mesti lagi hebat2.. kita punya ni biasa2 je
    *dah la pinjam anak org*

    tapi kalau menang syiok gak kan

    ReplyDelete