Showing posts with label Love it. Show all posts
Showing posts with label Love it. Show all posts

24 February 2009

suatu ketika dulu

Diperkenalkan anak sulong En Abdullah dan Pn Hamidah;

bape umur along time ni mak??

angah ke kat belakang tu?? nape muka dia mcm pompuan??
*muka mcm tak puas hati je kena bawak budak tu naik motor*

ni kat umah atok ke ni mak??
hahahaha..ngan botol susu lagi..kantoi di situ, sudah besar pun hisap botol

aaawwww!!! *boleh tahan mak aku*

ayah pasti bangga tengok tubuhnya yg dulu kurus kering ni
sekarang?? huhu.. toksah cakap lah

huhu..pernah botak rupanya kamu Dayu

09 December 2008

Arahan ye ni namanya!!!

Sila print Gambar Majlis Pertunangan anda!!!

Sila buat segera ye Cik Dayu, jangan peram saja dalam hard disk kamu tu!!!

-dan ianya perlu di albumkan secara khas-
dan sila pilih sekeping untuk di frame kan, untuk dijadikan hiasan dinding bilik yang bakal menjadi bilik pengantin nanti

Kena sambung keje mengedit yg tertangguh, sejak keje kat PPSPPA ni takde masa langsung nak berkreativiti.
Dan dgn gigihnya trus ngadap photoshop dan illustrator mengedit gmbar sendiri *sesungguhnya bermain dgn gmbar sendiri itu amat seronok ok*

Tambahan Catatan
Dan bantuan kamu semua amat diperlukan. Setelah berjam sampai sakit pinggang ngadap laptop, beberapa image telah berjaya dihasilkan *saya amatur ye, ilmu photoshop yg ada sangat lah sedikit*

Tolong lah pilih kan, antara 3 gambar kat bawah, yang mana satu harus di print:

gambar asal *rasa mcm nak print yang ni*

image asal yang telah di'saturate' kan background nyer

dayu gatal tgn, 'invert' kan pulak background dia

Bila tengok2 semula, rasa gambar2 ni sesuai lak kalau jadik kan Thank You tag untuk tampal/gantung kat guest favor wedding nanti kan *heheeheheheh.. keje 2 in 1 ni namanya* tapi kena edit skit la tulisan tu kan...
Buat image kat banner pun sesuai jugak ni..

Tolong lah ye pilihkan, tak kan nak print 3 sekali gambar yang sama..

-berjam edit baru 5 design siap, amat tak berbakat ok buat keje2 ni. Hmmm, patutlah selalu album kawin lambat siap kan. bukan senang nak buat layout tu smua-

07 December 2008

bought me an oven and standmixer

Sukanya!! Hajat nak beli oven ni, dah berbulan-bulan tertangguh. So, bila dah nampak ni, just grab it!! *as konon bulan ni budget di dalam kawalan*

Mula-mula nampak kat Jusco, tapi tak jadik sebab Ekwan malas nak carik parking *mula2 nak sevris EG kat Eneos, tapi queue sgt panjang, 5 jam baru siap..so cancelled*
Akhirnya EG diservis di Sentul. Sementara tggu EG siap check-up, kami ke kedai elektrik sebelah workshop tu. Owwhhh..ada End Year Sale *suka..suka*

beli oven dapat free standmixer *saya suka sangat*

Ni yang suka beli barang kat kedai2 biasa, boleh tawar menawar lagi. Boleh mintak free gift pulak tu. Kalau beli kat Jusco ke,SenHeng ke mana boleh nak demand2, harga fixed, sebarang rundingan harag tak dilayan ok..
Dan Ekwan terus ajak gi beli bahan nak buat kek *dia lak yg excited* So ke Plaza Damas, Sri Hartamas *as time tu kami dh kat Hartamas nak amik Vito*

chocolate brownies *ekwan yg pilih*

For the 1st ni, kita buat kek segera. Semua dah ready, balik tengah campur telur dengan air je. Huhu..senang nye nak buat kek + brownies sekarang. Tepung nak buat muffin pun ada, pilih je. Cookies pun ada, macam2 jenis lak tu.
Rambang mata tu, rasa nak beli semua tau..

Dan sekarang ni, tengah asyik browse resipi-resipi biskut dan muffin *ada sape2 nak share resipi dengan dayu?*

26 November 2008

Keputusan Yang amat di Nanti

Malam tengah menuggu nak gi makan malam, saja lah check laman web SPA. Pastu click la kat link untuk keputusan temuduga tu, keputusan untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 dah ada.
Pastu try lah check...
*syukur alhamdullilah*

keputusan yang dinanti akhirnya mucul juga

Hampir 2 tahun bekerja sebagai engineer kontrak, puas dah rasa dibuli, OT tak boleh claim, banyak kemudahan2 lain dikecualikan. Tapi syukur tu tetap ada, kerana jawatan kontrak itu jugak lah diri ni tak memegang langsung gelaran penganggur lepas grade Dec 2006 dulu *syukur*
Dan peluang ini amat akan dimanfaat kan. Saya nak masuk design team please..
Jangan lah post saya ke mana2 state or district, nak duduk kat HQ.. tolong lah ye.. *kena guna segala network yg ada ni*
-cepat lah antar surat lapor diri..tapi pape pun 1hb Disember 2008 ni, surat resign akan tetap dihantar ke PPSPPA, notis sebulan, kalau JKR suruh masuk mid Dec, kena lah mintak tangguh-

20 November 2008

tadi saya ketakutan, kini saya tersenyum kegirangan

*ye.. dari tadi dayu tersenyum saja*

Dia kegembiraan kini, dia dah boleh tersenyum girang. Boleh merancang masa depan dengan lebih teratur, kerana sudah ada sedikit jaminan.

Tak perlu lagi risau akan dibuang kerja bila tiada lagi peruntukan. Ohhh!!! Saya amat gembira kini!!! Syukurnya saya.. *terasa mahu telefon mak saya sekarang jugak*

senyuman kegembiraan terpancar jelas di muka dayu
*kalau boss saya mengamuk bagai pun hari ni, saya akan tetap senyum*

Saya tahu, ini semua berkat doa yang tak pernah putus dari mak saya *juga kamu2 semua*
Dan mungkin ini juga namanya rezeki orang nak mendirikan masjid..*alhamdullilah* Last month peluang itu tiba buat ekwan, namun terpaksa ditolak setelah beberapa pertimbangan diambil kira, kini giliran dayu pula.

Maka, betul lah kan org kata, org nak kawin ni, murah rezeki. Allah permudahkan segala urusan kita

-tak sabarnya nak tggu surat rasmi sampai-

08 November 2008

u make me smile dear

Sukanya tengah-tengah malam ni.. Umi had upload the pictures at her frenster.
Ohhh Raiyan, kamu benar-benar buat aunty tersenyum riang tau.. *kamu comel sgt*

meh raiyan kita berendam sama-sama..raiyan main kat baby pool ni eh

lorrr, takut air rupanya kamu ye.. mommy kamu la ni, tak ajar kamu mandi air sejuk
baru cecah kaki air tu dah menjerit bagai..*kamu comel la bila melalak raiyan*
uncle ekwan umpan itik digi tu pun kamu tak layan ye..

27 October 2008

Terbukti kerajinan Ku

*owwhhh sudah pukul 12 malam, patut lah bising bunyi bunga api. tak paham aku,tiap minggu area tasik titiwangsa tu mesti ada bunga api..memekak pun ada*

owwhhh...saya ke pasar lagi. tapi kali ni bukan chow kit
supermarket blkg umah je

Dan, semua itu sudah digunakan untuk merubah yang mentah menjadi sesuatu yang boleh di makan. Yang tak sedap jadik sedap..
dari dalam plastik dah masak ke dalam kuali..
dari dapur tu dah dibersihkan siang td, kena bersih kan lagi
Pe yg susah sgt nak paham ni?? Saya masak lagi malam ni!!!

Rajin kan Dayu?? Terbukti kini saya mmg rajin,
bukan cubaan memuji diri semata!!

Saya masak pe??
Tggu next entry, saya penat ok nak update,
penat memasak dan mengemas dapur belum hilang lagi ni..

-saya nak ber' Push To Talk' dgn tunang saya sebentar. Dah bayar RM 1/day, harus di manfaatkan. Dah la tadi org tgh masak pun sibuk ajak PTT *

07 October 2008

Raye di Melaka dan Negeri Sembilan

Malam raya pertama, kul 8 je terus masuk kete. Nak gi umah Mak Dijah (adik mak) kat Alor Gajah, Melaka. Naik kete baru angah, sebab kete dia, dia la yang drive.

Sampai umah Mak Dijah terus perabiskan ketupat ngan rendang dia, pastu terus masuk tido *huhu..sia-sia lose weight, time raya makan tak ingat dunia* Takpe..lepas raya kita start lah diet secara extreme ok *semoga berjaya lah kamu dayu*
Pagi esoknye, angah mengedik nak balik JB semula sebab gf dia sakit lah kononnya. Hah ko, tak pasal2 jadik bahan ngumpat bualan seisi keluarga. Jawab la ko nanti kalau jumpa makcik pakcik ko ngah. Disebabkan itu, akak dia ni lah kena jadik driver dari Alor Gajah ke Bahau, Negeri Sembilan.

 
 sepupu yang giler bergamba: Farah & Erul

tuan rumah: Erul, Mak Dijah & Uncle Baha

saya lah driver di hari raya
Perjalanan nak ke umah Pak Andak kat Palong 12, Bahau, haruslah kita ni ikut je kete org kan. Kalau gi sendiri harus sesat barat jadiknya. Mmg dari dulu, tak penah ingat jalan. Banyak sgt simpang2 kecik.
Gerak around pukul 10 am, sampai dalam pukul 1. Masing-masing lepas makan kuih raya. Makan ketupat, terus carik bilik nak tido *hahahah kami kuat tido* Sedangkan mak ngan mak andak kat dapur sibuk siang udang, ikan smua nak masak. Dayu dgn sengajanya tutup pintu bilik, bukak kipas dan tido *hahahah*
Alah menantu mak andak, Kak Fiza pun ada. Pak Man & family pun dah sampai kan, Cik Gee pun ada kat dapur. Dah ramai sgt org kat dapur. Biar lah cik driver kita ni tido..
 acara makan tak ingat dunia. Pak andak beli udang galah..punyalah seronok meratah udang, ngan ikan tenggiri masak asam pedas lagi. nasik harus la bertambah
*geleng kepala je lah bila kenang balik pe yang ditelan. mmg lupakan je lah niat nak mkn sikit raya ni*
sesi bergambar
ni baru 4 keluarga..kalau smua ada mmg tak muat la nak masuk smua
Petang raya ke 2 baru kitaorg balik. Singgah jap ke Batu Pahat. Huhu..benci yang amat memandu di hari raya. Jalan sesak. Tersengguk-sengguk kete bergerak. Dah la manual..nasib baik tak cramp kaki ni tau. Ngan ujan nye.. Mencabarnya la nak beraya *huhu..lelebih lak*
Sampai je umah terus balun tido. Penat dah seharian bawak kete. Membe2 ajak beraya pun tangguh esok je.

01 August 2008

Selamat Datang Ogos

Hari ni 1hb Ogos 2008, dan ini adalah hari terakhir i di sini, di CPT. Hari ni derang ada buat farewell untuk i, maka datang la opis arini. Semalam, i dah datang angkut barang. 2 kotak je pun
*gmbar ada tp tak transfer lagi, kemudian la*

edited: sekitar majlis meraikan pemergian dayu & niza dari CPT serta majlis sambutan hari jadi Ita, Zurina ngan Nadia.
This is what the great being with this kind of officemates,tak pernah missed sambut bday kawan2. Biar simple, tapi tetap diraikan. Merasa lah 2 kali dirai oleh mereka.. i'm gonna miss them!! Absolutely!! Pasti!!
Family day nanti jangan lupa jemput Dayu ye...



Hari ni sibuk transfer segala dokumen peribadi dari komputer ni, tapi tak tau la sama ada Cik dayu yang dah bengong atau cd tu yang bengap. Jahanam 3 keping cd tapi smua tak berjaya di copy. Nyampah nya!! Kena dtg smula,bawak V30 je lah nanti.

So, next Monday will be my 1st day at PPSPPA. Hopefully semua di sana akan just be fine. Mintak2 workstation semua dah sedia. Datang terus boleh buat kerja, kalau tak ngakut V30 je lah jawabnya tiap2 ari *dulu kat JKR ni sebulan lebih menangguk je takde keje*

Skrg Ekwan pun tengah busy training, tapi busy2 pun tetap kena kacau dengan tunang dia ni *kata cik dayu keboringan kat umah kan* Hari ni nak gi Cineleisure, nak gi tikam kereta. Mintak2 tuah Cik Dayu berulang lagi *hahahhaah..berangan nak dpt kete free*

*ye..ye esok nak gi jog ngan uncit*

29 July 2008

Arman Faris dah 4 tahun dah..

'Bape umur abang Long?' -makcik Yu

Terkial-kial la si Faris ni kuarkan 4 jari dia. Faris..Faris...

Training Ekwan cancelled, so semalam dapatlah dia join bday party Faris. Takde lah party mana pun, sekadar makan-makan ramai2. Kak Fatin beli Satay Hj. Samuri *dah la mmg teringin nak makan satay..tq kak fatin*

excited sungguh faris ngan kek dia.
ibu beli kat Secret recipe khas untuk awak tu abang long

bday boy makan satay..

pantang nmpk org nak amik gmbar dia ni, mmg pose lah. pastu mesti nk tgk gmbar dia kat kamera.. abang long..abang long

Kak Fatin & Abg Izan with their precious, Faris and Faiq

Achik Wan tgh ajar Faiq buat peace

pe awak buat tu Faiq?
takpe..dulu abang long awak pun tak reti. skrg ni, asal bergambar mesti buat peace...

Duduk kat sana sampai around 11pm, borak2 ngan derang. Layankan budak 2 org tu. Dan teruskan aktiviti memakan...pastu baru balik.

Bagi present lah dulu kan...suka abang long dapat hadiah.

Happy Birthday Arman Faris!!!

02 July 2008

Dayu amat Teruja!!!

I'm just can't wait for the Trip!!

Tak sabar nak mandi laut -lantak la hitam pun itam lah-
*spf bape nak beli ni? 25 cukup power ke?

Memancing?

Snorkelling!!! -love it-

Rafting? Caneoing?
*aarggghhh!!! just can't wait..lama tak main ni

kita ada BBQ tak nanti? masuk dlm pakej tak?
*request je lah kat chef tu nanti,kalau tak nak buat pe ikan2 kita pancing nanti kan

nak panjat bukit? boleh je

jogging tepi pantai pagi2...bestnya!! Dayu suka!!
*barefoot je bleh tak?

ada survivor shooting? bleh join main game derang?
*seronok betul tu

And the most best part..it full sponsored ok!!
Cuti-cuti FREE lagi Cik Dayu.

*Dayu excited giler. Nak pack bag malam ni bleh tak?

29 June 2008

Berbakat ke? Wish he is...

We just love Raiyan!! Kalau Umi ngan Wak suruh jaga pun i tak kisah.. Raiyan is so adorable and easy to manage. I selesa je kalau pegang dia. So do Ekwan, dan rasanya dia lagi berbakat jaga baby -dia kan dh ramai anak sedara, i takde sorang pun-

Dulu i takut sgt nak pegang newborn, puas Ekwan ajar. Jaga tengkuk semua lah..and it was Raiyan yang i betul2 berani nak pegang...
*umi,nak pinjam Raiyan...ko ngan wak gi lah dating. biar aku jaga Raiyan

Ekwan and Raiyan -mcm serasi je-

*Harap-harap nanti Ekwan akan boleh diharapkan untuk manage dan jaga anak-anak kami -nak berangan jap ye-
Dan bila tengok dia bergurau senda ngan Faris & Faiq... it make me smile to myself.

23 June 2008

my new V30

ye..ye..hampir terlupa nak pamerkan my dear V30 -the name i gave to my new lappy-

here introducing my Compaq Presario V3000 a.k.a V30

I just love it!! It altec lansing sound system is very marvellous!! Dah macam ada sound woofer!! Bukak slow je, pun dah bleh dgr satu umah! Love it! Lepas ni bleh layan mp3 puas2. Nak layan movie pun syiok -tak yah gi wayang lagi...ye lah tu-

ni gmbar amik kat web-site compaq

*and while chat ngan ekwan td thru YM, i ckp how impressed i was with the new lappy. Dia ngan bangganya kata 'tgk la sape advisor dia'

And more thing that i love, all the pics appear so nice in the screen. So sparkling!! Td tgk kat screen komputer opis biasa2 je. Tapi bila tgk kat V30... sangat cantik!! Macam bersinar-sinar je gambar2 tu -mcm over je my description ni kan-

*nmpak gayanya lepas ni slalu la tido lambat

edited on: 24/6/08

As so there fews people aking for how much i bought my V30.. it is RM1900. I beli kat LowYat. The display price is RM2349 tapi budak sales tu kata sebab hari tu dia dpt target sale dia, dia bagi i diskaun byk2, tolong commision dia.. Ntah betul ntah tidak.. i can't confirmed it. Tapi as i dpt kurang RM400 tu...i caya kan je lah

So, kalau u all merancang nak beli lappy baru kat LowYat, close the sale time kedai dh nak tutup -ntah bleh guna tidak tips ni i pun tak sure-

New Life for Sal + Apek

Apek + Sal : Selamat Penganti Baru
*cepat2 bagi geng baru kat Raiyan ngan Sara

The wedding held last Saturday (21.06.08) at Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya. Majlis yang meriah sangat. Ramai kawan2 yang dtg, dh mcm reunion lak.

S&B janji nak gather at the hall by 1 pm, Cik Dayu yang bertanggungjawab mengatur semua itu tapi dia sendiri sampai lambat -kekeekek..mintak ampun- I gi blow curl rambut, ingat kan jap je, sekali lama lak dia buat rambut i tu.

nak buat gini je dah 45 min ok, blum i nak bersanggul ke apa
* seb baik i suka -terasa nk buat permenant cmni la

Sempat la i msg semua suruh jgn tunggu i, just proceed without me. Sekali ramai gak lagi yang tak sampai -aku mmg tau perangai korang la.... :) -

Masa tengah parking, Umi ngan Wak pun baru sampai. Terus serbu derang and gomol2 Raiyan. I mintak nak dukung Raiyan -geram sama itu bdk- Bila masuk je smua ahli tetap S&B tengah borak2 sambil makan.

'dayu, rambut ko ni lah buat ko lambat eh' -ahmad
'aku ingat jap je blow curl sekali smpai 45 min la' -dayu sambil tersengih

Raiyan asyik tido je tau, puas usik2 suruh bgn..tak dilayan nye

uncle ekwan pangku raiyan, aunty dayu sibuk2 nak interframe gak

aunty dayu and sara -ni pun sama, keje tido je

Sebab sampai lambat dan semua org dh siap makan. Derang dh start borak2 semua. I nak makan pun mcm tak sempat, sibuk layan kawan2. Ngan nak bergambar lagi semua.

awat pijan ni mcm tinggi sangat

the moms
pa's with her baby girl, Sara and Umi with her Raiyan

Skirts & Boxers
*gmbar agak blur -kena mintak copy dari sal nanti

*sebelum kena halau ngan cameraman faizah and me with the couple

with dearest frens, Faizah, Lisa & Awin *lisa dh pregnant 2 bulan

the three of us : Min, Dayu and Umi *korang, cuba tgk gmbar kita bertiga dulu2...cuba carik pe yang tak sama -kita gemuk dah wehh

sekali lagi kami
*sila la grab gmbar korang dari sini je k

That all. Rumusannya: Majlis Sal meriah. Her theme color is blue, which i had pre-choice for mine. Tapi not this kind of blue, i nak light lagi -lalalalala...dayu berangan di sini-

*next week is Min's wedding, i betul2 kena dtg awal sebab jadik pengiring pengantin

19 June 2008

Siap Sudah :)

Baju itu di tubuh ku yang semakin mengembang ini

Yayy!! Akak tailor itu berjaya menepati janjinya untuk menyiapkan tempahan ku itu dlm tempoh masa 2 minggu. Adakah sebab itu upahnya agak mahal? Mungkin la kot. Tapi tak kesah, asal service superb.

I antar kat Souk Al-Tar kat bawah office ni, kat Maju Junction -best je rasa opis kat sini, smua dekat-

Ini adalah Kurung Moden ku yang Pertama!!! -mcm pe je rasa..org lain melambak dh kurung moden, i baru nak buat sehelai- Kain hantaran Ekwan bagi hari tu.

kain hantaran ku yang kini telah menjadi sepasang baju kurung moden

Akak tailor tu siap pesan lagi 'Dik, kain ni kena dry cleaning ni, kalau tak color dia turun' I iye kan je. I mana la kenal kain2 ni.

'lawa kain ni dik, bape ringgit ni?' -akak tailor
'ntah la kak, kain hantaran tunang ni' -dayu
'patut la lawa' -akak tailor sambil tersenyum lebar. I pun sengih kesukaan la jap

It cost me RM60, i bayar guna 'anak duit' yang dapat masa tunang hari tu. Mak i kata guna duit tu beli barang..tapi nak beli pe setakat RM80 tu, so i guna la buat bayar upah tailor ni.

Bleh la pakai gi wedding Min next week nanti. Theme color Min, merah..bleh la pakai baju ni. Bunga2 tu merah pe -takde budget dh nak beli baju wehh...-

*bila nak gi Maya Silk survey kain ni*

13 May 2008

Orang Baru yg Comel


Selamat Datang Raiyan Raessh -nama ko,kreatif sungguh mak bapak ko Raiyan-

Raiyan adalah baby pertama for Skirts & Boxers. Boy..sesuai la tu, nanti dia la jadik ketua anak-anak kami -sesi berangan di sini-Umi ngan Wak yang 1st kawin di kalangan kami, haruslah derang yang dapat baby dulu kan.

Raiyan bersama Ibu nya, Puan Umi Naziha

Raiyan lahir Rabu lepas, 7hb Mei 2008, secara normal. Umi dok citer pengalaman dia dalam labour room...huhu..takutnya nak bersalin. Tapi Umi kata, as Raiyan selamat kuar je, tak smpai sesaat terus semua rasa sakit tu hilang.

Comelnya dia..Raiyan kena tipu, dia asyik nak menyusu je, last2 Umi sumbat puting je

Wak asyik tersengih je 'Ayu, aku dah jadik bapak' Tak sudah2 dia kata gitu kat i. Hmmm...mesti perasaan gembira dia tu tak terkata kan. Wak's parent pun excited je i tengok, cucu pertama lah kata kan. Bertuah Raiyan ni. Bakal jadik cucu kesayangan la ni. Kat his mother's side pun, dia adalah cucu lelaki pertama.

~pa'a pun dah selamat lahirkan baby girl pagi tadi~

Skirt & Boxer akan meriah dengan baby tak lama lagi. Lepas ni bila ada gathering kena tolak stroller lah jawabnya.