Showing posts with label My Girls. Show all posts
Showing posts with label My Girls. Show all posts

20 November 2008

saya sayang kawan saya yg sorang ni

Mmmuuaahhhh!!! Luv you Umi!!

Bersusah payah search kan design baju nikah untuk kawan dia ni. Dah ala-ala image consultants je gayanya. Dulukan keje kat Karangkraf, cover events untuk Nona lak tu.. so biasalah bab2 ni kan.


sila lah klik untuk image lebih besar ye

Siap bagi tips lagi Umi ni,

... no need to have heavy beaded or too much embroidery untuk busana nikah..LESS IS MORE...Put more lime light to your accesories and veil..in other words TAMPILKAN KEMEWAHAN DAN KILAUAN PADA AKSESORI MU ITU...lagi...


Nah!!! Lihatlah busana di atas kan...hanya menggunakan kain kosong Off white tapi boleh tampil menarik bukan!!!

-kuar lah ayat2 magazine dia tu-


Umi cadangkan design paling kiri 2nd row, rasa tak nak buat lengan cekak hotdog tu, nak cekak bawah je..
But
LESS IS MORE!!! Jimat pun jimat, tak yah beli kain mahal2 sampai juling bijik mata kan. Tapi ni kain jenis pe erk?? Ke tanya umi balik ni..


31 October 2008

Imbau Kenangan : S&B

Saya kena gi Kelantan & Terengganu. Kali ni mmg betul, nak serah tapak kat kontraktor
Maka terpaksa tak dapat join gathering S&B ahad ni. Benci tau!!!
Oleh itu, saya tak suka. Sebab saya yang beriya merancang program perjumpaan bersama bulanan itu. Apa kes organiser tak datang ni??

Oleh itu, saya nak buat sesi mengimbau kenangan bersama mereka. Sebab saya amat teringin nak duduk bergosip dgn mereka Ahad ni, tapi kerana tuntutan kerja, semua impian belaka *ayat poyo dayu dah kuar*

Belakang(L-R): Salwa, Dayu, Pijan, Min, Pa'a
Duduk(L-R): Cat(dibatalkan penyertaan kerana khianat), Zuray, Jong, Ummi

the girls: kami sewaktu berusia 21 tahun. baru tamat diploma.
beriya amik gambar ramai-ramai kat studio, konon takut nanti tak jumpa dah lepas diploma
*akhirnya smua kat UiTM tu gak, muka2 ni gak ko ngadap 2-3 lagi*

celebrate birthday salwa & zuray kat mc'd *yg ke bape?? tak ingat*
tapi time ni masih diploma -muda belaka lagi tau-

our first vacation together kat Pangkor *setelah hampir bertahun merancang, berkali-kali membatalkan program* lepas tamat degree ,konon meraikan kemenangan setelah bertungkus-lumus 5 tahun di UiTM sebelum masing2 jadik giler layan dunia keje pulak
percutian 3 hari 2 malam kami yang amat menyeronokkan
Apsal ko sorang je gelek mcm tak ingat dunia ni dayu??
-December 2006-

kami dalam KD Jebat kat Pangkalan TLDM kat Lumut, sementara tggu feri nak bawak kami ke pulau, pihak TLDM bawak kami tour kat markas derang
rasa sgt eksklusif ko, siap van TLDM dtg amik kitaorg lagi kat jeti tu
*thanks to Pa'a, kata officer Palapes kan*

kami dalam bot nak snorkelling
*cerianya masing-masing*

ni lak tour dalam Istana kat Lumut tu sementara nak tggu bas nak balik KL
kami mmg dpt lawatan tahap VIP lah, siap bilik tido smua kitaorg dpt masuk, bukan setakat masuk, siap golek-golek lagi *again..thanks to pa'a*

our 1st gathering lepas tamat zaman bergelar student di UiTM on Min's Engagement *saya sudah berjaya menambah ketembaman di pipi*
-Jan 2007-

and then on salwa's engagement. time ni mostly smua dah bertapak semula ke KL.
senang nak ketemuan, namun masing2 dah byk komitmen lain. bukan mcm zaman student,ko cuti, aku cuti.. bila dah keje, masing2 ada schedule sendiri
-Julai 2007-

Then masing2 start gedik, semua sibuk nak kawin. Ni 2nd wedding of S&B. It's Umi and Wak. 1st is Pa'a+Mozek on Ogos 2007 *lupa scan gmbr lah*
-September 07-

Latest wedding of S&B: Helmi + Yazmin *min used to be s&b mother, skrg Sal amik alih, tapi lately Hana amat berkaliber nak jadik s&b mother..hahahahaha, hanya kami yg tau*
-Jun 2008-

Semua dah beralih fasa kehidupan, berubah status juga rupa fizikal *tekanan yg amat ini hal*
Tapi semoga kemesraan+keintimam kita tetap maintain kan, walau nanti ko dah beranak 3..bdn juga sudah tak seramping dulu

-girls, jgn smpai tak jadik vacation kita tu-

edited:
tak jadik gi kelantan sok, gi lagi 2 minggu time TNC projek terengganu. so esok bleh gossip ngan s&b

07 September 2008

Skirts & Boxers berbuka pose

Seperti yang dijanjikan, semalam kami berbuka bersama di kondo umah apek & sal kat USJ Avenue. Sal suruh sampai around 5.30pm, tapi biasalah Dayu kan, mmg muka dia ngan Ekwan je yang selalu muncul di hujung2 waktu.

Umah derang memang best lah, mmg impress lah ngan USJ Avenue tu. Kata Persiaran Mewah kan -bak kata umi- Rasa macam masuk hotel lak, siap ada lobby bagai. Entah bila lah agaknya nak mampu beli rumah macam tu -takpe, ni boleh jadik pembakar semangat ni- Uncit, sila keje keras ye...*tak sempat lak nak mengedik di lobby tu sebab teramat terkesima*

ni aksi mak bapak tengah nak menjodohkan anak *kekeekekek*
gambar ni amik kat roof top of the kondo, sepatutnya kitaorg buat BBQ kat sini merdeka aritu tapi cancel sebab ramai tak bleh attend. punya la seronok view dari atas ni


At the bistro. tepi pool je ni. Dia punya berangin rasa mcm kat cameron je.
the food sedap, amat berbaloi ngan harga dia. RM10/person. Mana nak dapat buffet harga gitu. Ini kan pulak dlm area kondo gini..
Ekwan kata seb baik jauh, kalau tak mmg dia ajak buke pose sini selalu.
*ni gmbar lps smua kekenyangan, awal2 td tak ingat nak amik gmbar*

Then smua bergerak ke next point, kumpul kat dalam umah pulak. Rancangnya, lepas semayang magrib, nak terjun pool. Pool sebelah umah derang je. Bapak la seronok. Tapi hujan la pulak. Maka, melepak dalam umah je la kitaorg. Borak2 sambil layan astro *dan makan sekali lagi*

rentetan acara semalam. aktiviti makan2 kali ke-2 dan melayan Raiyan + Sara

tuan punya rumah -apek beli kan aku umah ni sebijik-
ade ke dia nak suruh raiyan tatih jalan gi kat wife dia, budak tu baru 4 bulan la apek oiii

Raiyan & auty Dayu -ko apesal raiyan mata terbeliak gitu-
isskkk geram la ngan budak ni...tembam nye dia!!!

Sekarang baru ada Raiyan ngan Sara, nanti kalau semua dah ada anak mesti lagi seronok. 2 org je pun dah best..budak2 tu siap muntah2 kan kitaorg lagi..

-semoga keakraban ni akan terus berkekalan smpai ke tua-

29 June 2008

Great news early in the Morning

I woke late this morning. As usual, Sunday is the day for being lazy!!

1st thing i look for as i woke up is my phone. It's still in silent mode-smalam tgk Sepi..great malay movie- There are 2 sms for me. One is from mom telling me that my uncle will be in KL today. So? What she expecting from me? Gi jumpe pakcik husin ke? Not feel so lah.. I just want laying comfortly in my room -saya pemalas-

And the other is from Nadia. My dear childhood fren. She is engaged last nite!! She managed to keep it secret! Puas ok terjah tanya what the status of her relationship ngan Haidir tu. Skali tunang sudah!! And they will be married this Nov 08!! Langkah bendul ni.

But of course i'm happy for them!!! Saya suka tgk kawan2 bahagia.

Haidir & Nadia and me at Sal's wedding
*haidir u are so lucky ok to being choose by Nad, u know why kan?

Congratulation guys!!!

13 May 2008

Orang Baru yg Comel


Selamat Datang Raiyan Raessh -nama ko,kreatif sungguh mak bapak ko Raiyan-

Raiyan adalah baby pertama for Skirts & Boxers. Boy..sesuai la tu, nanti dia la jadik ketua anak-anak kami -sesi berangan di sini-Umi ngan Wak yang 1st kawin di kalangan kami, haruslah derang yang dapat baby dulu kan.

Raiyan bersama Ibu nya, Puan Umi Naziha

Raiyan lahir Rabu lepas, 7hb Mei 2008, secara normal. Umi dok citer pengalaman dia dalam labour room...huhu..takutnya nak bersalin. Tapi Umi kata, as Raiyan selamat kuar je, tak smpai sesaat terus semua rasa sakit tu hilang.

Comelnya dia..Raiyan kena tipu, dia asyik nak menyusu je, last2 Umi sumbat puting je

Wak asyik tersengih je 'Ayu, aku dah jadik bapak' Tak sudah2 dia kata gitu kat i. Hmmm...mesti perasaan gembira dia tu tak terkata kan. Wak's parent pun excited je i tengok, cucu pertama lah kata kan. Bertuah Raiyan ni. Bakal jadik cucu kesayangan la ni. Kat his mother's side pun, dia adalah cucu lelaki pertama.

~pa'a pun dah selamat lahirkan baby girl pagi tadi~

Skirt & Boxer akan meriah dengan baby tak lama lagi. Lepas ni bila ada gathering kena tolak stroller lah jawabnya.

14 April 2008

Hari minggu Bersama mereka

*dayu tak sabar nak update*

Just love my kast weekend!! I spent my both Saturday + Sunday with Umi & Wak (the husband + wife), Din and of course my dear En. Ekwan.

I also did cooked on the weekend. I make my own Sphagetti -first time ni- For the details on the recipe, please click here.

kali pertama masak sphagetti tau -malu nye saya-

Malam Sabtu tu, we spent our night kat Umi's and Wak house, kat Tmn TUN Hussein Onn, Cheras. Ingat nak tgk AF sama, sekali budak 2 org tu punya la lambat. Konsert AF pun dah nak habis bila derang sampai.

the couple.. Mr. Yahya & Pn. Umi Naziha -walaupn gmbar tak clear nak gak upload-

Just makan2 dan borak2 -derang beli satay malam tu- Hmmm..kalau Ekwan+Wak+Din dah berjumpa, jwabnya memang sampai subuh la derang ni berborak -sambil kutuk2 mengutuk-

Derang dulu serumah masa kat UiTM, while i ngan Umi lak duduk sebilik sepanjang 3 thn kitaorg kat UiTM tu, maka bila dah duduk berborak, mesti la wajib kisah2 zaman ITM dulu terbongkar kembali kan.

apa ntah yang ralit sangat deranga ngadap laptop tu -youtube ke...you****, bukan boleh caya bdk2 ni-

Umi and me -umi bakal jadik ibu 21hb Mei 08 ni- i tumpang takut untuk dia-

sesi berbincang -konon lah- Din tgh sibuk citer projek terbaru dia. Umi ngan Ekwan keje down dia je. Wak malas nak layan. I lak ngadap laptop.

Then, bleh lak rasa lapar balik -time ni dah kul 1 pagi rasanya- Goreng lah fries, the ngadap Astro lak. Tgk cite hantu kat Kirana. Sampai kul 4am. I dah tergolek2 depan tv. Ekwan ngan Din masih kat depan laptop. I tak tau la apa derang buat, sedar2 dah pagi ahad, Ekwan kejut i suruh buat air untuk dia.

Sebagai bakal tunang yang baik, i pun gigih lah bangun buat nescafe untuk dia. Then Umi pun join me. Had our breakfast and then golek2 depan tv lagi -kami mmg amat pemalas- dengan tak mandi sampai pukul 2 -tak senonoh kan kami ni-

Tiba2 derang ajak gi The Mines, nak tgk wayang lah, main bowling la. I iye kan je. So, rushed balik Sentul, mandi2 and patah balik ke The Mines.

muka tak mandi Cik Dayu, Ekwan dah mandi, dia senang lah.. kita ni pompuan leceh la skit nak mandi2 koboi je..

lepas dah mandi -dah fresh la konon-

Bila dah sampai, tak jadik tgk wayang. Berkaraoke lak derang, Umi lak gi shopping grocery. Then baru main bowling. Time ni gelak sesuka hati je. Macam alley tu kitaorg yg punya -nasib baik dah mmg bising kan kalau tak malu je- Then jalan2, sekali Wak nak gunting rambut lak. Singgah la Derrick & Team jap. Umi pun gunting rambut gak, senang lepas bersalin rambut pendek.

sementara menunggu, ingat nak fine-tune my fringe tapi Ekwan kata tak payah...

hajat di hati nak gunting rambut gak dia..tapi i kata tak payah gak..-dayu dengki-

Lepas gunting2 rambut, semua dah start kebulur. Kami tak lunch lagi. Terus ke Cheras semula, Wak bawak makan kat Celebrity Corner.

Then terus balik Sentul. I mmg dah tak larat nak ke mana-mana lagi. Terus mandi2, iron baju untuk keje arini and go straight to bed. Ekwan boleh lagi gi lepak minum2 ngan Din -lantak la dia, esok keje ngadu penat i tak kuasa nak layan-

That how i spent my weekend, had quality time with my beloved frens..i'm always looking for it. gembira je rasa hati, walaupun diri ku kopak kena belanja the dinner... Just enjoyed the moment together...


08 April 2008

Test SPA di UTM

Warrghhh!!! I'm late! Test started at 9.30am, i only leaved home by 8.50am -ingat UTM tu kat sebelah umah ke Cik Dayu- Rasanya pagi tu dah macam pelesit i bawak kete, bape byk traffic light i redah pun tak tau lah.

Sampai kat gate UTM dah pukul 9.25am, nak carik dewan lagi. Sah lambat!! Dah jumpa dewan nya, parking la takde. Hangin je tau. Last2 parking je kat tepi dewan tu, walaupun sign NO PARKING terpampang besar2 kat situ. Lantak pi lah...

This was my 1st time sat for the paper. Dari pagi sampai ke petang kat UTM. Okay la, i just love the math, lama dah tak perah otak buat math. Fuhh!!! The english paper, susah amat!! MUET lagi senang tau! Ke my english yang getting worse erk? Lama sgt tak practice. Tang pengetahuan am..lagi lah failed. Tibai je la..hahahahaha. Berangan la nak jadik PTD klau macam ni.

Tapi yang syiok..dapat jumpa Pid..lega je rasa. Ada kawan nak lunch. Tak kenal sape pun kat situ tau. Nasib baik ada pid -sayang ko pid- Melilau kitaorg carik cafe kat dalam UTM. Pid siap kata dah macam kat planet lain je. Rasa macam kat Jupiter. Hhahahahaha!!!

kami lepas lunch..nak gi perah otak lagi

lepas rindu dapat jumpa Pn. rafidah ni.. konon nak meniru, sekali dewan lain-lain dah...

Pid pun dah post pasal Sabtu kami di UTM ni. Tiba2 rasa rindu zaman2 di JKR tahun lepas

Dayu's Latest Progress.

~ Dayu amat tak sabar + teringin sangat nak update ~

Terlalu banyak yang nak dikisahkan, tak tau nak mula dari mana. 4 hari kat JB, banyak benda i buat. Keje berjalan je -Ikut Ekwan dia kata i keje merayau je- Sebab byk sgt berjalan, duit pun byk lah habis -ni yang sedih ni..huhu..-

Let started it this way.. I reached JB safely around 7pm. But lepas mandi2, terus keluar smula met Ima+ Fiza at Danga Bay for dinner as mom tak masak malam tu. Had our dinner at that most famous Thai stall. Tak ingat la nama dia dan lupa nak amik gambar. Syok sgt makan laksa thai dia. Sedap yang amat!! Tapi pedas yang ya rabbi, mmg kuar2 air hidung la mkn, air confirm tak cukup segelas. Kalau dtg JB, singgah tau -hahahaha promotion free jap- Danga pun byk benda baru skrg.

me and ima -the wife will be-

Biasa lah, dah jumpa kwn, borak tak ingat dunia. Lagipun lama betul tak jumpa Ima ni, rasanya the last time i jumpa dia 3/4 years ago -mcm melampau je bunyi nye kan- Selama ni pun keep in touch thru Frenster + sms. Memang berjasa betul lah fs ni kan.. -yang bertemu jodoh kat sini pun ramai gak kan... :) -

Around 11pm baru balik rumah. Before tu Ekwan dh start call2 tanya lokasi terkini i..sibuk la dia tu, mmg macam tu lah dia kalau i balik JB. Risau tak bertempat.

Sampai rumah terus tergolek.. Esok paginya ada test SPA kat UTM. Tak suka tul kena bgn pagi tau..

~sambung next post eh...nak buat keje skit~

02 April 2008

~la..la..la..la~ goyang kaki

Hari ni macam gembira je.. Boss meeting, keje semua dah siap. So..i pe lagi *goyang2 kaki* la kan..

Early in the morning terus log in Friendster..nak check on my friend sorang tu.. Hmmm..people did changed kan, even extremely.. Whatever, who am i to judge people.. If that the way they had choiced, and feel comfort with it, just let them be. As they don't caused me any harm..i don't mind.

Yeah..as friend maybe i should give some advices -hmmm..takut la, nanti dia kata kita jaga tepi kain dia lak- So..lantak la. She's big girl, sure she just aware and know on what she doing.. Kita ni pun bukan baik mana kan...

I also did called Pa'a and Umi -the preggies- Have long conversation with them. Umi is on her MC. That mother will be tak larat nak gi keje arini. Borak2 ngan Ummi, gelak2..sesuka hati je tergelak bagai kat office ni -hahahaha...hati ku gembira- Suddenly i just missed the old days with the girls -blum tua dh rasa macam ni.. :( -

Then gave Mom a called. Mom told me that SPA call me for a test this Saturday. Ujian Khas Perkhidmatan Awam Gred 41 at UTM. As memang i will be at JB that day, boleh la attend the exam -actually macam malas..tp gi je lah-

26 February 2008

Pesta Tepung

Diri ku didera~sempena hari jadi yang ke-25~ Derang kata, tu lah hadiah+surprise for my birthday.. Amat baik+creative housemates ku sekalian. But, thanks sebab meraikan diri ku ini. Thanks dear... Kena lumur ngan tepung pun, tak kesah lah...

~huhu~keras rambut ku ber'mask'kan tepung~

Dah lah baru je lepas mandi, baru je shampoo rambut.. Kena mandi lagi sekali tau lepas tu. Dah lah kena mata kena ikat dengan tudung, tu pun gara-gara sebab dah ternampak kek yang korang prepare. Patut lah beriya si Aziah tu goreng-goreng keropok semua. Rupanya, nak meraikan Dayu~i like~

Mereka yang bertanggungjawab mengeraskan Rambut Dayu~tersenyum girang ye kamu semua, tunggu la birthday korang nanti~

Walaupun kena mandi semula,berhempas-pulas membersihkan rambut, hakikatnya i'm having so much delight. Kesudian Nadia & Norlin datang to celebrate my birthday is also unforgettable. Agaknya nanti, lepas semua dah kawin, bleh tak main-main tepung lagi?

*will never forget all these*

25 February 2008

Gathering + Santai + Another Celebration = Happy Max Infinity

* huhu..pa'a already post about the gath.. I nak gak-so here is my version*

As i mentioned, i'm really looking forward for another gathering, so when Min said she going to visit that preggie pa'a that Saturday, i just love to join her. I came with the idea of 'masak2' at pa'a place-i just love cooking this lately-and had our dinner there. She agreed n did also asked Jong to join. Sal also confirmed to join us after her'kursus kahwin' is cancelled. So there'll be 11 of us, how merrier the nite will be!!

Promised pa'a to be at her place by 6.30pm. So i did asked Ekwan to fetch me at 5.30pm. It only took about 30min to reach Kem Sg. Besi actually but the jammed delayed me until 7.15pm. Bout actually it Ekwan who suddenly decided to get something to eat first-dia tak makan lagi, sian paktek saya- who caused me late. So, had his Nasi Goreng Daging at Kg. Baru. Only after bout 6.40pm we moved to pa'a.
Sempat lagi ambik gambar-kami memang giler bergambar- Nape kami bergambar begitu ye? Saje kot suka-suka, boring asyik amik gambar tgk kamera.

Pa'a dah keep calling tanya bile nak sampai.. Yelah, kan i the chef for that nite dinner. Salwa already there when i arrived. Ekwan can't join me that nite as he also have his family gathering at her sister place. He just drop by for a while.

As Ekwan leaved, i started cooked. Luckily pa'a already prepare the ingredients. The chicken is also prepared, only waited for me-nasib baik jemputan masih belum semua sampai- So, quickly blend everything and 'tumis' it. Senang je masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. For the while, Salwa is working on the Sotong Goreng Tepung.

Salwa and her Sotong Goreng tepung-meletup-letup sotong tu-.Kami dok keje menjerit je kat dapur-amat tidak senonoh, anak dara menjerit2 di dapur-

Jong and Wea joined us later. Then Min, Helmi and Ahmad arrived. Some hugs and kisses and i get my back to kitchen. Prepared that 'kangkong' pulak. Goreng sudah lah,lambat dah ni. Ahmad willingly to help me-huhu,amat baik- So i just leaved it to him. I need to change lah, dah bau apa je i baju i. By around 8.30 i finally had our dinner-why it seem took too long for the cooking hah?- Everybody is hungry, the boys keep asking when can we had the dinner. So.. Jom Makan!

Jemput makan ye kawan-kawan.. Rasalah masakan ku itu-feel free to comment-

Menu of The Day: Ayam Masak Lemak Cili Padi (a little bit spicy-terlebih cili padi), Sotong Goreng Tepung & Kangkong goreng: Simple but Tasty

Makan-makan sambil berborak-borak amat seronok & Meriah-iye,tak elok makan bercakap tapi kami suka- Luckily, the food is just enough for everybody. Pa'a amat takut lauk tak cukup. Licin pinggan, senang nak basuh pinggan later. We talked just about everything. Mengumpat sikit and gelak-gelak-Harus kena minta maaf kemudian-

After the meal. While washed the dish and plate, Jong and Sal is prepared the desert. That melon Jong brought earlier. Another 'makan' session. For sure, all of us will gain another 2kg that night. Takpe la, bukan selalu kan-banyak lah,failed my diet!!-

Nasib baik rumah Kapt. Muzaimi besar kan.. Boleh la korang nak bersila bagai kat dapur dia ni. -Jong tengah tunggu Sal tunjuk cara potong buah-

While they served the desert, i was in the room with Min, complaining our unwelcomed fat-ngaku je la korang dh gemuk- Then, when we go out, Sal was set the candle for the cake. Huhu.. Another celebration for me ke? I'm so happy!! Terasa begitu di ingati-terharu sungguh-

Dayu dah tua. Eleh..Jeles lah tu sebenarnya..Dapat gak bergambar ramai-ramai malam tu, all in the pic except wea-dia selalu kena amik gambar,Jong suruh-

After the cake, Sal served that ice-cream Apek(her fiance) bought-makan ice-cream lak,gemuk la ko dayu- Then pa'a served another ice-cream. Just can't imagine how much calories i have that night.
Sesi Makan Kek & Ice-Cream-sesi mengemukkan badan sebenarnya-

Selepas tamat sesi makan-makan, minum2 dan gelak2, semua melepak kat depan TV. Tak tengok tv pun tapi borak-borak lagi. Semua sibuk cerite their planning for their wedding. Sebagai kawan, i tumpang gembira dan tak sabar nak celebrate their big day. Around 11.30 they all leaved. Takde sape yang sleep over even pa'a amat menyuruh kami tido kat umah dia. Ekwan will fetch me around 12, so sambung lah borak2 ngan pa'a lagi.

By 12.15 am Ekwan arrived. We went straightway home. I'm so tired and sleepy. So did Ekwan. He accompanied me to my door-mmg selalu dia kena antar i sampai atas,takut lah nak naik sorang2- Have some talked with him, and suddenly we talked something we shouldn't!! Arrgghh!! Hate it!

*my great saturday is ruined at it end-we have little quarrel and we leaved other without any good bye- * Malas nak layan,penat dah badan ni, tak nak penat kan kepala lak, so just washed my face and GOOD NIGHT dayu.

19 February 2008

Tanpa Mereka.. Dapat kah ku Harungi Hidup ini..

Ceehhh!!! Title punya la 'gedik', ala-ala menusuk kalbu gitu.. (Dayu tengah layan jiwang ni). Takde lah..baca blog org lain, tengok they all post gambar dulu2, zaman jadik student, zaman tengah slim.. Hati ku ini juga terdetik untuk berbuat demikian.. Maka ini la hasilnya..

Start with, Friends yang amat banyak sama-sama bersusah payah kat UiTM dulu..

(L-R) Faizah~Lisa~Awin & Me: Ni time kat Royale Bintang, Damansara. Dato' Salleh konon nya nak belanja bukak pose, hakikatnya.. Hanya hanya kami yang tahu. Most sporting and understanding people i ever met. Masing-masing cover each other, tak dtg kelas, tolong sign kan attendance. All assignment + projects kita buat sama-sama. Agihan tugas amat adil.. Miss the moment..

Housemates kat MAIS Sek 3, belakang MC'D. Tiap2 malam bau ayam menusuk hidung. Time ni la badan ku bagai di pam-pam..
(L-R: Faizah, Norlin, Diana, Me AND Wawa)

And here are my girlfrens, yang amat ku sayangi.. Muaahhh.. Love all the time we spent together..
Yazmin Sahol Hamid, our mama... Too much to tell bout her. What can be told, Min sangat baik, murah hati.. Tak berkira, amat menjaga kebajikan kawan2.. Kembara mu itu banyak berjasa Min. Bertuah sungguh being her roomate at Teratai 3, UiTM with Umi.

Umi (in the black baju kurung-it's mine and i was wore hers-dulu boleh lah skrg..toksah la).

Umi: 1st stranger i met at UiTM. Fist time, duduk hostel, jauh dari family.. tak kenal sape2.. Memang amat sedih that time ( i did cried on my 1st day, lepas mak, ayah ngan atok left me) and come this girl.. We talked, had our dinner together and.. Thanks God.. She's so Nice!! Kami kekal sebagai roomate sepanjang Diploma bersama Min. 3 tahun yang penuh suka-duka...

And Salwa... Kawan yang amat baik hati,sama macam Min. Terlalu baik hingga ramai yang amik kesempatan kat dia. Penat kami nasihat.. Dan dia lah Ms. Organizer..pape reunion sekarang ni Sal yang uruskan, nak celebrate pape semua Sal punya keje.. Bagitau je, nanti dia akan call semua orang dan make sure everybody is there...





Just love Salwa in short hair, tapi Sal tetap maintain comel+cute+most adorable nice girl, tak kira la macam ne pun rambut dia.








S&B Group's Members:
At the back: Hana, Sal & Pa'ah
Front Row: Me, Zuray, Faizah & Min





On our 'Cuti-cuti Malaysia' at Pangkor. Celebrate penamat kami menjadi student di FKA, UiTM. Tiring 5 years, but most unforgetable. Rase nak blaja semula la...
*Arrgghhh!!! Laptop ku rosak.. So tak banyak gambar time diploma yang dapat di upload. Later.. Pasti!!

With Suhaila, well known and called as Jong. Dia yang suruh panggil dia macam tu. Dari SMTTP lagi dah berkwan ngan jong ni.
Orang selalu kata muka dia sama ngan Salwa, ye ke? Macam tak pun.. Tapi dua-dua comel..(hidup ku di kelilingi umat-umat yang comel-comel belaka)

Pijan: time diploma dulu, dia lah tempat mengadu domba.. Pijan tak sambung degree, tapi kami tetap keep in touch.. Miss her so much! Nak jumpa Pijan gi airport...

Actually banyak lagi insan-insan yang amat penting dalam hidup ni, tapi tak berkemampuan nak include semua in one post. Next time la,lagipun laptop rosak kan (diriku kekurangan sumber).

Later..