Showing posts with label That Me. Show all posts
Showing posts with label That Me. Show all posts

05 November 2008

Hutang Tag Pertama

Adik kita yang bakal jadik tutor di UTM ni telah menge'tagged' akak nya ini. Maka dengan ini, saya melaksanakan tugas ini dgn penuh dedikasinya.

*tarik nafas panjang-panjang sbb soalan dia banyak*

1. Bekas kekasih saya adalah : Dia..Dia..dan Dia *mana bleh bgtau, rahsia ni*

2. Saya sedang mendengar: Bunyi air roomate mandi

3. Mungkin saya patut: berhenti keje dan berehat di rumah *in your dream lah*

4. Saya suka: Kucing, Benda Free tapi best, Jalan-jalan, Shopping tapi org bayar *dayu suka benda free*

5. Sahabat-sahabat baik saya : semua comel-comel belaka

6. Saya tak paham: nape saya perlu keje untuk dapat duit. tak keje tak boleh ke??

7. Saya kehilangan: masa untuk bergembira sesuka ati arini

8. Ramai yang berkata: 'dayu. kawin tema kaler pe???' -terus mood kawin membuak-buak-

9. L.O.V.E adalah : berkorban apa saja

10. Saya akan cuba: kurus sebelum naik pelamin *ni wajib ni beb*

11. Makna SELAMANYA adalah : kekal sampai bila-bila

12. Handphone saya : biasa je, asal bleh sms, mms, video call cukup lah, tapi kalau dpt HTC lagi bagus *encik kontraktor tak nak bagi satu ke?? kekekekeek*

13. Bila saya bangun tido : rasa tak nak bangun, nak tido lagi

14. Saya paling meluat bila : bagi arahan last minit, belajar jgn jadik lalang boleh tak??

15. Umur yang paling happening: time sekolah menengah, time start gedik2 nak bercinta *bengong tul*

Dah cukup..malas nak buat lagi. Panjang sgt lah, bagi sikit2 dah la. Ni abis semua rahsia dia nak tau. Mana boleh..tak best lah kalau smua org tau.
Berahsia kan best...baru lah rasa mcm VIP, semua org tertanya-tanya *sudah la ko dayu*

27 October 2008

Saya masak apa semalam??

Dari maghrib sampai ke pukul 9 lebih kita ni duduk kat dapur ngadap kuali, periuk semua tau.
Penat siot masak sorang-sorang. Patut lah dulu, mak selalu marah+membebel sikit2 kalau dia punyalah bersilat kat dapur, anak ngan laki dia punya la senang-lenang ngadap tv.

Baru kini ku tahu betapa penatnya duduk kat dapur tu...*encik ekwan, sila kamu rajin membantu saya di dapur nanti*

ini bukti saya mmg di dapur ye, bukan di sogo@jusco
-kejap je lah bleh lepas rambut bagai kat dapur, lepas 10min..jgn harap-

ni agenda pertama: rebus nasi impit, dan sanggar kelapa parut

mula lah menumis sehingga semerbak serumah bau nya
-terasa mcm malam raya lak-

dan kacau bagi rata

siap!! boleh makan.. sedap weehhh. bangga saya dapat masak sedap2 gini
*bukan saya kata, tapi housemate saya yg kata*

Jangan ingat keje saya di dapur telah selesai, ada satu lagi menu nak disediakan tau
*ohhhh gigihnya saya*

ini pula..*rajin nya kamu dayu*
nasib baik yang ni simple, kejap je lah ngadap dia

Dan akhirnya setelah abis kotor dinding dapur tu sebab tumisan pertama td yg merecik bagai kan apa *benci tau, merecik-recik kena tgn* Siap sudah masakan saya!! Boleh makan!!

Seperti biasa, segala masakan harus lah dihantar ke rumah En Izan. Nak makan sendiri mana abis, banyak ni hah. Dan kebetulan, bakal ibu mertua ku juga ada di sana *wink..wink*
*berani mati la bagi masakan yg pertama kali dicuba, amik resepi kat internet lak tu.. bagi kat mak mertua...semoga masakan itu menepati piawaian citarasa mak*



Cuba teka apa yang saya masak dgn penuh kegigihan itu???
Hint: Sila rujuk gambar di atas *heheheheh*

edited:
sesungguhnya saya masak serunding daging ye. untuk resepi, sila klik di sini

Terbukti kerajinan Ku

*owwhhh sudah pukul 12 malam, patut lah bising bunyi bunga api. tak paham aku,tiap minggu area tasik titiwangsa tu mesti ada bunga api..memekak pun ada*

owwhhh...saya ke pasar lagi. tapi kali ni bukan chow kit
supermarket blkg umah je

Dan, semua itu sudah digunakan untuk merubah yang mentah menjadi sesuatu yang boleh di makan. Yang tak sedap jadik sedap..
dari dalam plastik dah masak ke dalam kuali..
dari dapur tu dah dibersihkan siang td, kena bersih kan lagi
Pe yg susah sgt nak paham ni?? Saya masak lagi malam ni!!!

Rajin kan Dayu?? Terbukti kini saya mmg rajin,
bukan cubaan memuji diri semata!!

Saya masak pe??
Tggu next entry, saya penat ok nak update,
penat memasak dan mengemas dapur belum hilang lagi ni..

-saya nak ber' Push To Talk' dgn tunang saya sebentar. Dah bayar RM 1/day, harus di manfaatkan. Dah la tadi org tgh masak pun sibuk ajak PTT *

25 October 2008

saya yang rajin *sila kata ya*

Sila setuju dengan kenyataan di atas, sbb mmg hakikat dan kenyataannya saya seorang yang rajin.
Rajin pe??
Serba serbi la saya ni rajin *jgn la tak caya, sesungguhnya saya tak menipu*

Hari ni kan Sabtu, maknanya ada masa yg amat banyak di rumah. Boleh bangun lambat, dan yang penting adalah kesempatan nak menghabiskan masa di dapur. Boleh main masak-masak hari ni *main-main ko kata??? ingat keje mudah ke masak tu hah??*

Dan tekak ni teringin nak makan sayur lodeh ngan nasi impit. Terasa jugak nak buat kuah kacang. Pastu terpikir, sape nak makan kang kalau masak byk2, so decide buat sayur lodeh je. *teringin nye*

aktiviti menyalin resepi dilakukan dgn tekun nya

Dan terus minta en ekwan bawak saya ke chow kit, nak shopping brg basah. Tu kan favorite place cik dayu kalau nak carik barang2 nak masak
Encik Ekwan harus la setuju je, untuk dia gak masak ni kan

Dan malam itu tido dengan bermimpi ,esok sarapan sayur lodeh dan nasi impit
Memang sah mimpi semata sebab kul 11 baru bangun *hahahaahahah*
Terus menuju ke dapur rebus nasi impit ngan telur, then baru tuju bilik air: mandi
*efisen kan saya*

sediakan segala bahan yg diperlukan as instructed dlm resepi salin semlm

tak lupa juga resepi yang di salin *ni wajib ada ni*
harus kena angkut sekali ke dapur

tumis sampai garing dan naik bau ye, bau udang kering amat menusuk ok

dah garing tu, masuk kan la pulak segala jenis sayur tu, masak sampai layu katanya

dah nak siap ni *lapar pulak saya tiba-tiba*

Kemudian, dengan gigihnya buat sambal tumis ikan bilis. Nak buat serunding daging macam leceh *huhu...resepi pun salin juga* Sambal tumis pun sedap pe...

and here presenting my sayur lodeh bersama nasi impit dan juga sambal tumis ikan bilis
*sedap owwhhh..lepas ni bleh amik resepi dr sini lagi*
sambal tumis tu resepi sendiri eh, ingat bengong sgt ke saya smpai sambal tumis pun nak amik resepi kat internet...*riak lak kejap ko dayu*

24 October 2008

sila layan kan saja

Emosi sedang tidak menentu. Huru-hara jap.
Nasib baik esok dah cuti, kalau tak memang naya *yg jadik mangsa: diri sendiri*

Saya suka dgn rambut saya sekarang. Dia macam dengar kata.
Hujung-hujung yg sebelum ni mcm keras mcm bulu penyapu sudah kembali lembut dan bersinar *tak kira nak gak puji rambut sendiri*

dia juga dalam keadaan sihat, hingga tumbuh dalam kadar yang tak terduga
raya aritu pendek je, ni nape dah pjg sgt ni?? *terlebih serum ye kamu??*

sbb dah terlebih had yg dibenarkan, terpaksa kamu diperlakukan begitu
*terpaksa la mengedit gmbr sendiri sbb muka tgh2 malam harus la serabut kan*

sila lah perhatikan apa yg telah gambar itu perdaya kan kamu..
mungkin susah nak nmpak, tapi bagi mereka2 yg selalu guna teknik itu di photoshop, pasti boleh kenal pasti *hint: penipuan mereka2 yg ketembaman*

catatan tambahan:
semua ini direkod pada jam 2.15am, kala cik roomate sudah lena diulit mimpi.
nape waktu publish tu tak tally hah?? puas dh betul kan, gitu gak jadiknya..tak suka tau

12 October 2008

alangkah bagusnya kalau...

Owhhh..hari ni baru 11hb..another a week before payday...*luckily gaji bln ni pun dpt awal, bln 12 kang mati lah*

Seperti biasa, sebelum dpt gaji beriya bagai buat budget bulanan untuk semua benda, *siap berikrar tak nak shopping smua* tapi bila dpt je gaji saja buat2 lupa, buat2 tak nampak part 'saving' tu *amat tak tegasnya saya kat diri sendiri*

Sanggup kah kalau tak masuk Sogo/Jusco/any 'tmpt perabis duit dalam sebulan?? boleh kah kamu dayu??

Alangkah best kalau duit sentiasa cukup..
Dapat kah?? Agak-agak bila ye??

I want to be Financially Free!!! Amat teringin!!!

But 1st thing to do: Define that 'financially free' Apa maknanya itu??

Bagi Dayu, 'Kebebasan Kewangan' bermaksud:
- duit sentiasa cukup sepanjang bulan, tak perlu lagi menghitung hari 'bila nak gaji??'
- takde hutang kad kredit. mungkin lebih baik...terminate semua akaun. perbelanjaan smua guna cash, dan duit masih lagi cukup sepanjang bulam
- dan saya ada duit yang banyak dlm ASB/any investment product. Nak pape, bila2 bleh dapat.

Adakah ini takrif sebenar Kebebasan Kewangan itu?? *begitu la maknanya bagi dayu yg amat naif pasal hal2 kewangan+ekonomi+actuari ini*
-amat pening nak paham any article pasal duit2 ni...owwhhh saya tak suka ekonomi-

Camne nak realisasikan impian tu?? Mampu kah termakbul impianku itu??
How many years i need to achieve my goal?? 10 years cukup tak??

Tapi camne? Where to start? Borrow to invest??
That the only idea i have for now, as many people had used the method. Family members pun ramai yang buat.

Owwhhh..mari lah ke bank. Financial advisor kat google ni bisu, susah nak communicate. Sape nak jawab soalan2 yang melambak-lambak ni. Biarlah mereka yang lebih bertauliah menjawab kan. Itu lebih afdal...

*semoga impian ku ini menjadi kenyataan*

-semua ni terjadik gara-gara malam td tengah2 kemas brg kat bilik ni, bila tgk buku ASB, rasa mcm sikit sgt saving sedangkan umur dah 25..terus rasa nak invest kat mana2-
Dan ianya juga sbb, bila bayar duit kete je terus rasa duit habis dah..sian kan saya...

21 September 2008

KL sesak siot

Hari ni pasang niat nak beraktiviti menghabiskan duit sedangkan duit bukan banyak mana pun. Tapi sebab 23hb dah gaji kan..tu yang tak rasa bersalah nak habiskan sisa-sisa duit yang ada. Lagipun adik ku di Kedah itu telah dgn baik hatinya men'transfer rm300 ke akaun akaknya kan..makin menjadi-jadi la rasa tak bersalah tu...
:minimo_28:
nafsu shopping mengatasi segala-galanya *mintak ampun*

Sasaran pertama haruslah SOGO kan. Punyalah ramai manusia kat Sogo. Sesak. Tak selera nak shopping mcm ni tau. Dah la mcm takde yang menarik. Terus terbantut cita-cita *selamat duit den*

Arrgghh!!! Takde maknanya duit nak selamat kalau dah sampai Sogo. Bila takde mood nak shopping terus ajak uncit gi secret recipe. Reserved table untuk berbuka pose. Nak makan 2 orang je tapi order mcm nak makan 4 org *cemut kita ni sama je kan, kuat makan*
:bofu_12:kalau boleh semua yg ada dlm menu tu nak di order *kalau la mak tau kita membazir mcm ni uncit, mau kena ceramah 3 ari, tau tak*

Sementara nak tggu waktu berbuka, kami melintas jalan dan masuk ke Alinas, konon nak survey kain nak buat baju nikah. Sekali terus terbeli baju melayu uncit ekwan *taun ni baju dia kaler coklat, tak sama la theme color kita*
Arrgghhh!!! Kita yang nak shopping, sekali dia gak yang membeli. Selalu tau jadik gini.
Tak kira, next week kena gak memborong!!
:minimo_24:
nak kasut baru!! nak handbag baru!!

*owwhhh lace di Alinas sgt mengoda!! harga masih lagi di dalam kemampuan lah, wlaupun uncit kata 'walllaweehhh!!!*

09 September 2008

dream wedding?? *i like*

Tag?? Sudah lama saya tidak ber'tag di sini. Dan Cik Khay mengembalikan mood tagging ku.

1. how old are you?
i'm 25 *tua sudah*

2. are you single?
sila la berani kata ko single dayu. i'm engaged with that uncit *love him*

*uncit saya*

3. in what age do you think you’ll get married?
ikut rasa ati, nak je kawin lps abis blaja *gatal lebih* tapi sedar diri takde duit lagi, klau takde aral, next year kawin la saya *no more cik dayu ye*

4. do you think you’ll be marrying the person you are with now?
definitely!! *yakin tu penting ok*

5. if not, who do you want to marry?
if not?? takde if not lah..

6. do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
-hahahah..sila la geli tgk gmbar kat atas tu-
kalau bleh nak garden wedding *berimpian tak salah kan* surround by pink & white roses, guest smua pun kena pakai putih gak *dpt ke?*

7.your ideal motif?
baby blue and silver


8. where do you plan to go on a honeymoon?
nak gi pulau, nak mandi2 laut *biar balik sunburn*

9. how many guests do you think you’ll invite?
nak jemput semua org, bagi hiruk-pikuk majlis tu *ramai yg dtg, byk dpt hadiah, tak gitu?*

10. do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
ikut hati: extravagant sedar ke diri: simple tapi meriah

11. do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
wajib la traditional, kang buat ikut suka hati ada tak sah. Dah tak pasal2 masuk tv3

12. how many layers of cake do you want to have?
impian: 7-8 tingkat sedar diri: 3 tingkat dah la kan *nak bentuk love in blue*

nak kek gini, tapi bentuk love. roses ngan riben tu kena color baby blue la

13. do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
nak buat kat umah, baru la best. sedara mara bleh kumpul *tp kalau ada org nak sponsor kat hotel best gak*

14. when do you want to get married, evening or morning?
Malam!! Bleh main2 ngan lighting..*boleh buat suasana romantic skit*

15. you’d rather have your reception outdoors or indoors?
outdoor

16. do you like a grand entrance for your groom?
simple sudah

18. name the song/tune you’d like played at your wedding??
banyak sgt la

19. are you a morning person or a night person?
kata suka tido : night person la

20. do you want a solemn ceremony or a light one?
light.

21. what age do you want to get married?
*bukan dah jawab ke td??* nak kawin arini boleh??

22. describe your ideal husband/wife.
impian: rajin tolong kat dapur, bleh gosok baju sendiri, makan pe yang i masak tanpa byk complaint, bagi peruntukan untuk berbelanja sesuka ati *yg ni mcm susah je nak dpt* dan kalau boleh biarlah kalau each time dia nak buat keputusan, dia fikirkan family dulu *amin*

23. do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
makan pakai tangan sudah, lagi syiok pe

24. champagne or red wine?
sirap bandung je arr

25. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
right after the wedding *ada unsur gelojoh di situ*

26. money or hosusehold item?
nak both boleh?? *kata tamak kan*

27. who will pay for the bills?
dia!!! ahahah.. Issskkk, dayu tak kejam ok. harus la bayar sama2 kan, baru la harmoni rumah tangga..kan..kan

28. are you ready for married life?
ye..ye..tak sabar ada *malu siot* ye lah, dah bertahun bercinta, penat tau

29. do u think you will still be a virgin until u get married?
harus lah

30. will u always be true to your wife/husband?
hhmmmm...will try my best!! tapi sometimes menipu lebih baik dari terlalu jujur

31. how many kids do u like?
nak 2 je boleh?? sepasang. sorang laki, sorang pompuan.
-nak yang comel2 gini ye-

32. a new house for a newly wed or an old one?
nak umah baru!! uncit, sila booking skrg...

33. will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
gold wedding

34. what kind of cuisine would u like for ur wedding?
traditional. makan lauk kg lagi syiok la

35. will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
ye!! tapi upah videographer mahal. dan tak best la honeymoon ada org sibuk2 ikut kita. maka: cancel..tak payah *sendiri rekod la jawabnya*

36. whose wedding plans would you like to know next?
sape2 yang dtg sini, dan sedang dlam arah menuju ke dunia perkahwinan. sila buat
marilah kita berangan bersama-sama

*tamat sudah sesi berangan ko dayu*

02 September 2008

kurus sudah ke??

Pertanyaan kat diri sendiri yang sendiri pun tahu jawapannya.

Perasan la ko dah kurus Dayu, sama je tengok. Naik atas weight scale tu, kat situ gak jarum tu berhenti. Kurus apa nyer!!! *nanges* Tapi nape cincin ni macam longgar dah??? Kalau bukan sebab jari-jari ni dah mengecil, apa lagi. Maka sila setuju Dayu dah kurus ye..*nak gak*

Esok kena bagi taklimat sebutharga *seram la pulak tetiba* Dan Khamis kena mejelajah Hulu Selangor mencari premis untuk dijadikan pejabat cawangan baru. Ada sape kat sini agent hartanah?

-hari ni bawak balik cek bernilai RM24k..takot owwwhhh-

26 July 2008

I love Free Material with Quality

Bangun lewat seperti biasa di hari Sabtu setelah 5 hari memaksa diri bangun awal dan kesejukan mandi di pagi2 hari. Jam kat dinding yang penuh habuk tu, jarum pendek dah kat no 6, yang pjg kat 11. Hmmm..rasa malas nak bangun tapi bilik air memanggil-manggil...

Art tido umah kawan dia. Maka i'm all alone. Jenguk dapur jap. Panas kan laksa yang masak semalam. Ye, begini la saya. Suka masak something byk2 kali... Pastu makan sorang2 smbil ngadap kartun kat tv3..

Text Ekwan.. dia dah bangun. Dia kata dia nak gi Auction kat Kastam Kelana Jaya. Dia ajak ikut. Tapi tak nak. Panas la.. Tak rajin, lagi pun nak marathon Gossip Girl. Dia okey je..entah2 lagi suka..tak payah nak layan kerenah tunang dia ni nanti.

On V30..connect broadband *yang agak sengal dari malam semalam* bukak tribalwar jap. Wajib ni, Cik Dayu dah addicted kat online game ni. Sila salahkan tunang dia.

Then bloghoping jap... pastu jumpa satu blog ni. Terus terhenti aktiviti meronda di alam maya. He/She might be a writer. Tapi rasanya dia seorang lelaki. Dia letak collection of his novel there. Dan i download one of it 'Cinta Nasi Lemak' It is in Pdf File with 201 pages.

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

So, instead of marathon gossip girl, i was sitting and sometimes laying in front V30 read the novel. It's written there 'BAHAN BACAAN UNTUK PEMBACA DEWASA SAHAJA' *bdk2 bawak umur tak boleh baca ye* Tapi tu bukan maknanya novel dia berunsurkan 18SX but you have to be an adult to understand what he write about. To understand the way his blend the stories. Karakter watak2 dalam novel tu.

Tak tahu whether he is really a novelist + author + tv director as he assumed in his profile..tapi the novel is great!! Novel tu berjaya buat i sit still, keep reading *sampai sanggup tak mandi, ekwan tak sms i langsung pun tak kesah*

I was so amazed with his writing. Bukan senang nak dapat hasil2 penulisan yang berkualiti mcm ni -free pulak tu- kat internet ni. Selalu semuanya sekadar hasil karya penulis2 amatur, isi pun biasa2 je.. Tak rasa rugi ke erk dia ni? Kalau dia antar kat mana2 publisher mesti ramai je nak jual novel dia ni...

Tapi ni mungkin pilihan dia, dia tak kesah nak bagi orang baca free je kan..*amal jariah mungkin*

And bila abis baca the novel, i browsing for his other novel. Download another 2 of it. Tapi tak berani nak start baca, sebab takut i akan terus membaca bila mula baca the 1st page... Keep it for another session.

And i dropped him an email saying how amazed i was with his writing. Dan asked him to keep writing and finish the other 2 novel that he is working on as soon as possible for me download it *hahahaha..mesti dia kata tak bermanfaat punya budak, aku susah2 perah otak, ko tau nak download free2 je*

So onwards, if i kebosanan, i know where to find my reading material.

edited:

And then Ekwan texted asked me to get ready *baru teringat rupanya tak mandi lagi* Dia nak bawak gi makan *owwhhh...baru sedar dan terasa lapar*

Had our dinner at Mc'D, Onion ring Mc'D tak sedap. Layankan borak sampai berjam. Gelak2 tak ingat dunia. And i have great times with my dear uncit!!

20 July 2008

Bila asyik berjalan, Penat lak rasa badan

Bila asyik duduk umah bosan..tapi bila asyik ke sana, ke mari letih lak rasa. Seronok memang seronok tapi bila balik umah je terus tido.
*tak sedar diri tul, minyak dh naik -gaji lambat lagi- tp dok keje merayau je-

Last friday, kitaorg gi berendam kat Kolam Air Panas Selayang. Pegi sekali ngan En. Izan, Kak Fatin and Faris & Faiq.
Seronok lak berendam kat situ..layan kan Faris berendam. Rasa tak nak balik je. Seb baik gi ngan kete En. Izan kalau tak, mau sampai kena halau baru kitaorg balik.
*takde gmbar diambil sebab kamera tinggal dlm kete

Then on Saturday, dengan gigihnya cuba memasak laksa. Resepi yang Ns bagi sentiasa ada kat tepi *first time ni masak laksa*

Hehehe..setelah bertungkus lumus kat dapur tu, akhirnya Laksa Kedah ku siap!! I rasa sedap je *harus la puji masakan sendiri kan* Pastu terus tapau bagi kat En. Izan -terbanyak lak jadik laksa tu- And suruh Ekwan test rasa. Dia kan pengkritik terbaik masakan Cik Dayu.

'mcm pekat sgt je awak' -ekwan

'terlebih masam la yang' Adoi..banyak lak komen dia.

'ye..esok org kurang kan asam keping dia. Pekat ke? org rasa mcm cair je' -dayu

Komen2 pun tak cukup semangkuk. Siap tanya boleh tambah tak. Uncit saya...dia kuat makan la sekarang. Zaman student dulu selera dia tak mcm ni...*makin uncit la awak pakteh*

Then, lepas makan2 terus ke Tasik Perdana. Nak ke Laman 2008. Punya la susah nak dapat parking. Nak tak nak, kena la berjalan berkilo-kilo. Jauh tau parking.

Pameran menarik, paling best tengok gubahan kat dlam umah berair-cond tu. Ke dia jadik best sebab ada air-cond? Hhehehehe...

Gambar tak transfer lagi. Next entry la ye. Skrg saya nak ke dapur masak Laksa Kedah lagi. Ptg ni nak melawat bakal mak mertua. Mintak2 laksa i tu memenuhi piawaian citarasa my future MIL.
Wish me luck!!!

Till the people!! Muaaahhhssss!!!

14 July 2008

I'm GOOD at this

Hoho...bab perabis duit mmg Cik Dayu terror. Kalau terasa duit tu dah melambak-lambak, tak reti camne nak abiskan, bagi je kat dayu, kejap je dia habis kan -ada ke org tak reti nak abis kan duit kat dunia ni?-

I need new shoes for tomorrow, so Cik Yun suruh i shopping. So apa lagi, tepat pukul 5.30pm terus la menuju ke Sogo yang hanya beberapa km je dr opis ni -gigih berpayung meredah ujan tau-

Hehehe,setelah hampir sejam kat dalam Sogo -sambil menunggu ujan teduh, tu yang lama tu- Kalau tak ujan mesti i beli kasut je pastu terus balik...hehehehehe....

konon nak beli kasut je, sekali 'terbeli' handbag ngan purse la pulak

Tadi kuar dinner ngan Ekwan, while dia sibuk nak 'jakun2' kat i ngan Nokia 6110 Navigator abang dia tu, i tunjuk la purse baru tu. And told him what else i had bought, tapi dia mcm tak endah je.

Hp ni lah buat Ekwan ralit, smpai pe i ckp pun dia tak dgr
*huhu...ekwan tgh menyesal la tu sebab tak beli hp ni aritu masa abg dia nak jual

Navigator ni amat sesuai untuk orang2 mcm i yang selalu sesat barat. You just set the location, and dia akan kuar map -yang amat detail- siap bagi arahan lagi
'go straight 300m and turn left' -i pun mcm terkesima td, rasa nak je pinjam

Cukup...go back to main topic.

So masa makan tu Ekwan tegur 'uncit, beli purse baru eh' Arrrgghh!! Melekat la nama 'uncit' tu.

'tadi kan dg bgatau' -dayu

'ada ke? bila awak cakap?' -uncit ekwan

Harus la kena cubit pakcik tu. Time ni pun dia tengah godek2 hp tu. Uncit saya..uncit saya...

And just now he sms me: i'm browsing dis gps, and found very attractive place -selayang hotspring! Nk pegi la weekend ni'

Hehehee...boleh dijadikan bahan bukti ni nanti, bila nak menuntut di bawak berjalan. Janji tetap janji ye uncit!!!

11 July 2008

Semalam Sakit Kaki

Huhu...time tengah seronok shopping, memang tak rasa penat kan, tapi bila nak balik, time tu la baru nak rasa sakit kaki la, sakit pinggang lah...*seronok shopping mengatasi segala2nya*

Baca dalam majalah wanita yg Aziah beli semalam, ada satu artikel tu tajuk dia 'Wanita lagi Gemar shopping dari Seks'. Hah amik ko sampai gitu sekali penangan shopping..

Tapi betul ke? Sape2 yang boleh jawab, sila bagi komen+pendapat anda -dayu tak layak lagi-

Isskkk, tersimpang jauh. Actually nak cite pasal aktiviti memborong kain a.k.a Hari Shopping Sedunia Cik Dayu semalam. Takde la shopping bagai, carik kain untuk baju raya je..tapi habis semua tempat ditawaf. Semua kedai masuk kecuali Euro Moda -rasa mcm tak layak je nak beli kain kat situ-

Hasil rondaan hampir 2 jam kat Jalan Tar dan Masjid India, ini la hasilnya.

Chiffon Silk : rembat kat Harith, ingat nak beli yang kat Maya Silk tapi kat sini lagi murah RM135 free lining. Kat Maya Silk RM160 dan mcm tak bape berkenan ngan corak dia
Yang ni nak buat kurung moden

another chiffon, tapi yang ni biasa je.
2m chiffon dan 2m satin RM35 saje... Ni buat kurung biasa je lah

Chiffon kat Jalan Tar ni lagi murah dari Nilai tau. Aziah semalam mengeram je, sebab kain2 yang dia beli kat Nilai semua ada kat sini dan lagi murah...

So tepatlah tindakan Ekwan yang tak nak bawak i gi Nilai, beli je kat sini. So, kena gi lagi sekali untuk carik kain untuk my mom, Harus nanti terbeli lagi...hahhaaa...kan shopping mengatasi segala2nya.

Dan yang paling tak best, bila dah berhabis duit membeli kain pasang, bleh lak sambung perabis duit kat SOGO... Dugaan maha hebat la semalam..

*secret recipe ada promotion, set meal RM10, smlm dh mkn, nak ajak Ekwan makan la malam ni

Baju itu

Baju dari Nano dah smpai petang semalam. Nano kata dia tak muat, sedangkan i tengok ok je...

'Na, u slim je aarrrr. Jangan lah kata u gemuk' -dayu

So, mesti la kena tunjuk kan gmbar baju tu, kat page nano pun dh deleted gmbar dia pakai baju tu. Kena lah Cik Dayu yang tak sudah semakin mengembang ini jadik model nyer.

-the pic has to deleted due to other requested-
*sila abaikan keselerakan bilik ku itu
kata baru balik shopping semalam, tu yg bersepah je tu


see..see..dayu gemuk sudah
dan lengan ku itam berendam lama sgt masa kat pulau

Baju ni just fit me nicely. Warrrgghhh!! I'm fat!! Gemuk sudah.. Mampos kena gelak ngan En. Izan ni kang...

Sekarang ni mana bleh pakai size S, M pun muat2 je tau.. Kalau body shirt tu mmg jgn lah gedik2 nak pakai, kalau nak gak kena la amik L... Owwhhh tidakk!!!

Ada nak buat ni? Ada pape petua tak?

09 July 2008

MBF card

Arrgghh!! Saje je tau nak suruh i tambah koleksi kad kredit.. Takmo la..nak pulang balik boleh tak.. Cukup lah ada satu, tu pun tak terkawal dah perbelanjaan ku..




lawa pulak kad dia.. Lady Gold..


Tidak!! Tak kan terpedaya.. Nak sorok jauh2 dalam purse -kekeekek, nak gak letak dlm purse- Ke simpan je kat umah erk..lagi selamat


Tak nak sign belakang kad tu, so nanti tak 'terguna'


*sampai gak kad ni, dulu poslaju antar i out-stn, dia suh amik kat jalan tun sambanthan tu, i buat tak tau je. sekali je carik smpai call berkali2...

07 July 2008

short or curl?

Tengah2 demam ni -bila dah takde mood nak buat keje, sedangkan tepon asyik berbunyi je- kejenya browse internet carik gambar2 haircut -konon nak buat contoh nak gunting rambut-
*tapi selalu bila sampai kedai lain jadiknya

Skrg tengah confius, nak potong pendek ke nak curl kan rambut ni? Kalau potong pendek dan kerinting kan, ok ke? -ekwan tak suka rambut i kerinting-

Konon teringin nak buat camni, terasa mcm comel la. Pastu saje terajin edit gambar tu. Nak tgk kalau letak muka i camne jadiknya. Kat Lucy Liu ni lawa je.

Hahahahah...gini la rupanya kalau dayu berambut pendek kerinting... -gelak puas2-
Punya la kelakar, ke i yang tak berbakat guna photoshop -lagi pun td mcm tak beriya je tampal muka tu- Mungkin i patut adjust angle muka tu kot..

So cik dayu, nak buat gini gak ke?



Tapi suka gak ngan haircut ni..

Tapi nak buat camni, kena la rebonding dulu. Rambut i kan bukan original straight, kalau tak rebonding dulu, harus mengembang kang rambut ku itu.

Lagipun mcm tak sesuai je..muka i kan tembam, tak sesuai..haircut ni kena muka kurus ni...*reject



Yang ni pun suka gak..tak pendek sgt, paras bahu je. Nak ikat pun boleh lagi kalau panjang gini.
Tapi sekali lagi kena rebonding dulu...

Kesimpulannya, gi straight kan dulu la rambut ni. Pastu baru potong...
Tak yah la kerinting, mcm leceh je nak jaga. Ada nanti jadik penyapu rambut i ni...keras je

Terus terasa nak gi buat hari ni gak... Balik dari pulau ni, rambut dh mcm pe je, keras semacam. Hmmm..pe kata gi buat treatment dulu..*duit bakal melayang ni*

Kat mana erk murah?? Tapi best.. Nak murah tapi nak best, camne tu?

*tak dpt koleksi gmbar kat pulau yg lengkap lagi, complete je nanti trus i update ka, percutian percuma yang menyeronokkan itu

01 July 2008

July is coming!!

It's 1st July! Maknanya dah sebulan kami bertunang!! -baru lagi..still fresh-

Saya datang keje lambat arini, sebab overslept :sleep: Kul 8.15 baru jaga, tu pun tak tau camne bleh jaga. Slalu Aziah kejutkan -malasnya nak gi keje-

Dengan malasnya, tarik tuala, gi dapur buat sandwich, masuk bathroom, mandi2 dan dgn sengajanya siap lambat2. dah alang2 lambat kan, lagi pun boss takde kan...
*lagipun kan attendance main tulis2 je...-dayu suka..dayu suka- :woooh:
~lagi lambat thumd print tu siap, lagi bagus~

Ni semua gara layan dvd semalam, tgk cite 21, best lah cite tu. Nak kena review ke? Tak yah lah kan..kat wayang tak tau bila main. Nak carik dvd Wanted lak la...*sexy angelina jolie*

kat cover tu kata movie ni based on true story, betul ke?
*caya kan jelah

Pastu layan main online game -Ekwan la ajar smua ni- Dah mcm addicted lak -kat opis pun main, pastu ajak Dol pun main*sebab dia je ada broadband*...tak bermanfaat kami kan-

Pastu blog hopping, then lapar.. Owhh tidak!! Terus sign-out YM, tutup Imesh...shut down V30 and Tido...*kang kalau tak tido ada gi dapur makan...bahaya tu*

*jap lagi kawan i nak dtg mintak sah kan sijil dia -seronok la org mintak2 sign kita-

30 June 2008

Jun Summary

It 30 Jun 2008, and it the end of June.
It's a month since Ekwan & me been engaged. There no such big difference in our relationship, but it a good start to know his family better, same goes to Ekwan. The feeling of being accepted as part of the family just can't be described. And being his fiancee' is just great as well. He's pre-officially is mine!!
Jun juga adalah bulan yang padat dengan kenduri kawin kawan2. Masing2 dah bertukar status. They have new life for now. But, for me they still look like a lover, not a married couple. Feel young forever hah? That frens of mine has told me that 2008 is mating year. Yeah, that rite!! -smua mcm berlumba2 nak kawin taun ni tau-
And it also a month where we lose someone we love. But it's something that is out of our control. Rumusannya, Jun adalah bulan yang penuh dengan kisah2 tersendiri. Love it and sometimes i just want it to be end of Jun -tak sabar nak dapat gaji weh-
*wish to have exciting and unforgetable july!

29 June 2008

Hargai Segalanya

Kemaafan yang diberikan bukan untuk dibazirkan. Bukan mudah nak memaafkan seseorang, maka bila kita dah buat salah, buat orang marah, then baru tersedar kita ni silap...dan orang tu dah maafkan kita... don't take it for granted.

Bukan selamaya kita akan terus dimaafkan, sampai bila orang boleh tahan dengan perangai kita yang seakan-akan tak nak berubah. Bila minta maaf, macam2 kita janji tapi kita seakan tak sedar diri. Kita tetap buat lagi... dan bila tiada lagi kemaafan, jangan disalahkan sesiapa.

*i'm promising not do the mistake again. i will not do the thing that he hate most. i just can't bare to lose him...


Sepi..Love the movie!! Just love it. It's not the typical malay movie. Not Yusof Haslam or Prof. Madya movie.

Lain dari lain. Cerita ni penuh dengan mesej. Banyak makna tersirat. Ingredients just perfect! It has everything.

You can laugh and also drop the tears. Bila part lawak, mmg u akan gelak. Bila sedih... yeah, bagi yang sensitif pasti merah mata keluar panggung. Banyak pengajaran yang disampaikan melalui watak-watak dalam filem ni. Banyak boleh kita belajar tentang hidup dalam cite ni.

The way they blend the story thru that 3 different character is just great!


For me, kisah ke-3 yang amat memberi makna kat diri ni. Terus tersemat kat diri ni, hargai lah segala apa yang kita ada sekarang ni, bila ianya masih milik kita. Jangan nanti bila dah takde baru kita nak kenang semua tu.

*kita ingat kita ada banyak lagi masa, kita tangguh kan apa yang kita rasa kita boleh buat lain kali... tapi bila tiba2 we lost the chance, masa tu nak menyesal tak guna dah
so, don't wait..if u feel to do it today, just do it!!

So for those out there yang tak suka tgk citer melayu -yeah...most of them are disappointed- This movie is different. Tak rugi kalau you all gi tengok.

*luckily ekwan tak tido, i know he enjoy the movie and hopefully the message reach him

25 June 2008

-no title-

I'm tired! Jalan jauh in short time mcm ni memang memenatkan. Dah la i ni jenis tak tido dalam bas, kecuali mmg betul2 mengantuk. Dan bila sampai pudu, Ekwan can't fetch me as usual sebab dia ada kursus kat Legend Hotel. Huhu...tak pernah lagi i balik naik lrt tau dari pudu -manjanya ko dayu-

Min has sent me fews sms, she really insist me there during her solemnization. Memang i pun nak ada time tu. It's on Friday at 8.00pm. So balik keje, kena trus rushing to Shah Alam.

Confirmed it with Ekwan. He just agreed -bleh ke pakcik tu siap? hmmm..tawakal je lah- And maybe kitaorg bermalam kat sana je sebab Sabtu tu kena dtg awal. Min dah amanahkan kami (girls of S&B) to be the usher.
*gabenor dan menteri dtg majlis kawin dia, so majlis tu dh jadik amat berprotokol

And for now, i'm waiting for Ekwan -mana tunang i ni?..tak abis lagi ke kursus?-

~i'm also craving for grapes