02 February 2012

Ni namanya Usaha

Iye, nak menjayakan misi yang sendiri lancarkan kenalah berusaha 2,3 kali ganda. Nak diet, maka kenalah mengisi perut dengan bahan-bahan kawalan sesaja. Mana boleh ikut sesuka hati dan tekak je. Nak tak nak kenalah sedikit rajin memasak. Untuk perut sendiri jugak, bukan perut orang lain pun. Dan disebabkan di rumah ada 2 lagi perut yang perlu juga diisi. Dengan seorang budak kecik yang hanya akan makan dalam kuantiti yang memuaskan hati apabila dihidangkan dengan menu berasakan sup. Setiap kali aku kena masak 3 jenis makanan. 1 untuk bapak budak tu. 1 untuk budak kecik yg sedang ditambah berar badan dan 1 lagi untuk mak budak yg sedang gigih nak buang lemak kat badan.

Letih memang letih, tapi biasalah 'nak berjaya kena usaha keras'

Disebabkan diri tak sentiasa rajin, mana boleh masak dalam kuantiti yang 'melambak' Masak terus sekali semangkuk besar, senang keje.

Kerabu Daging *asyik salad je, muak juga*

Kerabu ni sangat enak weehh.. Walau agak sedikit rumit nak buat, tapi puas hati. Tak perasan dah telan banyak rupanya. Kalau Ekwan tak sound, mahu habis semangkuk besar tu aku balun. Serupa tak diet akhirnya. Nanti aku shre resipi eh.. nak ke?? 

Apam ladybird, Apam angry bird dan Donut Kentang

Donut tu aku goreng separuh masak, pastu frozen kan. Balik keje petang-petang, goreng 5,6 bijik. Perghh, makan sambil minum teh. Memang nyaman sungguh. Donut ngan apam ni actually aku target untuk bawak ke nursery Cha untuk breakfast. Dan untuk dia makan dalam kereta. Tapi minggu ni asyik terbangun lambat je. Maka, buat minum petang je lah jawabnya. 

*tgh-tgh nak diet ni lah pulak mood memasak asyik muncul. ada je idea nak memasak tu dtg

9 comments:

  1. wah gigih ko dayu.
    aku pun sama tgh gigih diet. rasa nak nangis tgk laki makan nasik dgn rakus. aku telan air liur je T__T

    ReplyDelete
  2. angry bird!
    pernah nmpk design yg remeh..
    yg ni nampak mudah..
    yey..nk tiru :)

    ReplyDelete
  3. wah rajin betul dayu eik..mun pulak malas nak masak beria sebab nanti makan tak hengat...

    ReplyDelete
  4. sesekali nak mkn sedap2, takpe dayu..

    ReplyDelete
  5. Aduh rajinya nye lah kau Dayu. Aku nak buat lepat pisang pun bercinta.

    ReplyDelete
  6. Memang gigih berdiet kau ek.bagus2.
    Nanti jumpa lagi mesti malatops nih! ;)

    ReplyDelete
  7. wow kerabu daging!!! xnak resepi. I nak u watkan utk I.buleh???

    ReplyDelete
  8. salam..cantiknye apam tu..nk order blh ;)

    ReplyDelete