29 February 2012

Saya ingin jadi ...

Dah berkali-kali kot aku keluarkan statement betapa selama ni aku tak pernah menjangkakan aku akan bekerja sebagai Engineer. Sungguh.. Dulu waktu sekolah, lagi-lagi time sekolah rendah.. aku memang main je banyak. Duduk je dalam kelas no 1, tapi sifir pun tak hafal, bila masuk darjah 6, dah dekat nak UPSR baru kelam kelibut aku belajar sungguh-sungguh. Merasalah aku 3A 1B, kalau tak mau berderet C kot.. Masuk sekolah menengah pun takdelah bersungguh sangat aku belajar. Main pun tak berapa, cuma tak bersungguh, tak fokus. So bila dapat masuk Universiti pun aku dah syukur sangat.

Dapat pulak course engineering, punyalah aku minta business study je. Kena jugak hadap fizik, math segala..

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur sangat. Dalam aku tak bersungguh, tak betul-betul fokus, ada jugak aku peluang nak sambung belajar. Tu yang zaman Universiti aku all out sikit. Bila usaha digandakan, memang nampak hasil dia kan. Tapi sayang, tak merasa jugak grade 1st Class. Sikit je lagi nak merasa 1st class, tapi silap aku jugak. Main lebih 1st semester tu. Patut 1st semester lah nak target highest GPA kan sebab subjek senang lagi. Nak cover semester akan datang memang sukar lah. Tu yang redha je lah grade 2nd Upper..

Bila dah hampir 4 tahun kerja dalam bidang teknikal, walau penglibatan aku tak berapa teknikal lebih kepada theoritical je. Ada masanya aku teringin nak tukar keje. Kadang-kadang, ada masanya bosan jugak ngan skop keje sekarang. Nak juga tukar angin, tapi macam mustahil pun iye. Berangan je lah. Ada masanya teringin sangat, lagi-lagi bila tengok orang buat keje yang kita mengidam tu kan.

Ada masanya aku teringin sangat nak jadik:

1. KERANI
Aku tengok kerani kat opis aku ni macam best je. Keje macam rileks. Pada tafsiran aku keje kerani ni mudah, takde nak kena pikir macam-macam. Nak buat pape keputusan tak payah nak refer pape. Takde fakta nak kena support sebarang kenyataan. Betul ke?? Sorry la ye kalau silap taksiran saya. Ni tafsiran aku je. Yelah, keje aku sekarang siap 1 baris ayat kena ada supporting data. Bukan boleh main kuarkan statement sesaje. Kang bos tanya, mana awak dapat ni?? Mustahil la aku nak jawab 'ni kenyataan saya ni' Merasa kot LNPT kecundang. Paling best, bab data entry. Aku suka buat keje-keje mengurus data ni.

2. CIKGU
Macam best je. Keje separuh hari je. Cuti banyak. Bekerja dengan budak-budak. Tak yah layan kerenah orang-orang seusia atau orang tua. Keje jadik cikgu ni mulia tau. Tapi aku nak jadik cikgu sekolah rendah je, nak ajar budak darjah 1. Nak terlibat dalam fasa pembelajaran terpenting derang. Bagi derang boleh membaca, boleh mengira. Besar manfaatnya tau. Dan antara yang best jadik cikgu, part tanda buku kot. Tak pastilah aku kalau cikgu-cikgu sebenar rasa annoying part tanda buku, tapi aku rasa macam best je. Macam ada kuasa penuh lak nak judge hasil keje orang.

3. PRAMUGARI
Ni memang antara cita-cita yang aku senaraikan dalam report card zaman sekolah rendah dulu. Dulu pramugari adalah keje berprestasi tinggi di mata aku. 1st class gitu. Yelah, dapat jalan-jalan free. Dah la semua pramugari cantik-cantik kan. Tu yang pasang angan-angan nak jadik pramugari. Tapi masuk sekolah menengah, target macam dah tinggi sikit. Semua target profesional level, maka achik pun join sama. Tapi dalam hati tetap teringin.

Takde ke pape option untuk aku bertukar keje hah?? Tak dapat lama, sebulan pun jadik la. Andai memang ada peluang begitu, antar 3 option kat atas aku pilih nak jadik CIKGU. Walaupun aku takde la sangat sifat-sifat pendidik dalam diri. Mungkin tak sesuai jadik pendidik, tapi aku nak mencuba. Yelah mana tahu, sebenarnya aku memang sepatutnya jadik pendidik. Tapi sebab aku tolak offer UTHM untuk jadik master and PHD student dia dan seterusnya terikat selama 10 tahun sebagai lecturer UTHM, di sinilah saya sekarang. Andai kata dulu aku dengar kata ayah aku dan terima offer UTHM tu, mungkin sekarang aku di bandar Batu Pahat. Bukan di Kuala Lumpur. Mungkin juga tak perlu keluar seawal 6.45pagi untuk ke tempat kerja sebab tempat keje dengan rumah mungkin hanya mengambil masa 15min.

Mungkin.. mungkin.. siapa tahu kan..

*hai,ada nada kesal nampak gaya..

9 comments:

  1. allah tahu ape yang terbaik untuk kita kan??

    dah pernah jadi kerani,cikgu..huh semua tu cam tak mudah je..part tanda buku tu,kalau sikit2 ok la.bila datang segebuk haaa time tu rasa annoying je.nak kena angkut bwk balik tu yg rs cam tak best.

    ReplyDelete
  2. takpe dayu..setiap yang berlaku ader hikmahnya....mungkin ada baik dan buruknya..kita tak tahu tapi percaya lah ALLAH Maha Mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  3. part kerani & guru tu aku suker..ehehehhe...

    maybe ade betolnye =P

    ReplyDelete
  4. hahahah dayu, BP skrg dh bz tau..tmbah2 kt parit raja tuh..homak aih..jalan accident..masa jdik student naik van rempit..

    eh dpt jugak ek offer dr uthm..yana dpt gak tp sbb kna sambung master education, sambung jelah master..dpt jadik lect poli

    dan kalo nk thu tnda assignemnt/lab report adalah perkara yang paling malas..kihkihkih..

    ReplyDelete
  5. hahahah dayu, BP skrg dh bz tau..tmbah2 kt parit raja tuh..homak aih..jalan accident..masa jdik student naik van rempit..

    eh dpt jugak ek offer dr uthm..yana dpt gak tp sbb kna sambung master education, sambung jelah master..dpt jadik lect poli

    dan kalo nk thu tnda assignemnt/lab report adalah perkara yang paling malas..kihkihkih..

    ReplyDelete
  6. jadi cikgu tak semudah disangka dayu...tp kalau mmg ada minat,kepuasan tu kita akn rasa even ank murid sorang2 perangai mcm hantu dlm botol kicap. haha!

    tapi bg sy part tanda buku/kertas exam tu la paling hazab. walaweii!!fening cikgu!

    ReplyDelete
  7. hahaha kalau tak kite pun sekapal lah jadik pensyarah kat Batu Pahat. After all, HE knows best, kan :)

    ReplyDelete
  8. jadi cikgu lg pening nk handle budak2.jd engineer handle mesin.hehee

    ReplyDelete
  9. kalau boleh tukar kan..sy nak jd cikgu tadika..hehe..

    ReplyDelete