Dan menjadi Hidayu dan Ekwan, takde internet kat rumah macam sangat tak complete hidup ni. Biar bukan nak buat apa sangat pun, tapi bila takde, tak keruan kau.
Tu yang macam nekad je nak amik Unifi. Kena pulak, orang asyik memperkatakan kehebatan Unifi kan. Apa lagi, balik keje terus gi Mydin isi borang. Pastu tak menyabar, menghitung hari nak being Unified!! Serius, memang tak sabar okay nak rasa sendiri high speed internet dia. Dan bila dah rasa sendiri, memang teruja. Takjub kau bila hadap youtube tanpa tersangkut-sangkut. Tak buffer langsung. Best..best.
Tak ke gembira. Kalau youtube tak buffer, harus setakat ber'facebook, meng'google tu sambil tersengih-sengih je.
VIP 5
Kami amik pakej VIP 5 je. Amik yang paling murah. RM149 sebulan. 60GB. Cukup dah kot, tak perlu kot sampai 120GB. Lagipun buat masa ni, unlimited sementara masih belum ramai user kan. TM baik hati la bagi pakai sampai muntah, sampai dah tak tahu nak download apa. *over statement aku*
Lagi best, sementara promosi masih belum tamat. Sementara TM masih beramal jariah ni, yang mana tiada installation free dikenakan, tak payah bayar satu sen pun masa nak install Unifi ni, meh lah.. Lagipun kan, kalau daftar online, sebulan free kau. Kitaorg bila dah isi borang offline, baru perasan benda ni. Rugi sungguh. Kalau tak RM200 tau nak pasang. Ni dapat router free, modem free, telefon umah.. Dapat HyppTV. Okay, HyppTV kita citer episod lain eh.. Sebab aku pun baru nak berkenalan dengan dia, hati macam masih dimiliki Astro. Yelah, bukan mudah nak lupakan dia secara tiba-tiba kan..
Paling best, sekarang ada telefon kat rumah, handphone takde credit, angkat phone dail. RM 0.10 seminit. Fixed line free. Meh, sape ada telefon umah bagi aku.. boleh cakap sampai telinga berasap.
aksesori terbaru dalam rumah *seronok anak aku ada barang baru nak godek*
dayu area pantai timur ada tak unifi ni?sbb tak jupe org promo pasal benda ni pun
ReplyDeleteaku da test mak aku punya. mmg terbaik laju die. syok je tgk youtube tak buffer. tapi tu la pakej die skali hypptv, tgk channel2 die, rasa macam alahai..macam ko cakap la dayu, rasanya hati masih cinta astro. =)
ReplyDeletememang berminat ngan unifi dari dulu tp sayang, kat ipoh tak meluas lagi
ReplyDeleteTM ada anjur pertandingan tulis blog cerita pasai produk TM... leh la dayu join :)
ReplyDeletemcm best je statement ko psl unifi ni
ReplyDeletemmg sebelum ni mcm berkira kira juga nk tukar
cuma tu la takut teringat-ingat kat astro
almaklumlah dh sebati dgn jiwa kan
hehehe
wah buat teruja nak pakai unifi ni..dia wireless ek dayu?tunggu masuk rumah baru yg ntah bila nak masuk tu yek..hehe..
ReplyDeleteaii tingin gak ni nak pakai unifi...huhuhuhutapi tak tahu kat area umah nunu ada ke tidak
ReplyDelete