Dan di KL Convention Centre lah aku selama 1 hari setengah. Sehari setengah je pun, tapi kalau ada sedikit unsur keterpaksaan, 2,3 jam pun boleh rasa terlalu lama. Setuju?
Tapi seronok juga sebenarnya. Duduk terperap je dalam opis pun bukan heaven sangat.
Majlis Perasmian oleh Y.B PM.. nasib baik short talk, dan ada breakfast before tu. Semangat lah sikit aku nak fokus dengar (:
ni tempat wajib amik gambar ni
kat sini pun wajib
sebelum tamat bertugas. marilah bergambar bersama model bangunan baru Kementerian Kerja Raya ni. manalah tahu tak berpeluang nak duduk kat bangunan ni, amik gambar pun jadik lah *giler bulat muka aku*
Ruang bertugas. Aku perlu berada di sini kerana sistem online di bawah kendalian unit aku. kalau xde sistem tu, boleh duduk diam-diam kat opis
Dalam sedikit keterpaksaan perlu bertugas jaga booth, ada gak terselit rasa suka. Suka sebab event-event macam ni lah buat kita jumpa ramai orang, tambah knowledge. Banyak benda yang kita tak tahu even tentang organisasi kita sendiri kan. Jumpa orang baru. Layan pelawat. Bina keyakinan diri nak jawab soalan-soalan yang tak terduga. Biar belum tentu betul, yang penting yakin.
Lain kali, pastikan lebih ikhlas. Mesti lebih seronok.
Tapi bagus juga terlibat dalam event ni, boleh tulis dalam SKT hujung tahun nanti (:
ooohh teringat zaman belajar dulu..pernah kena tunggu kat booth
ReplyDelete