14 February 2012

Petang-petang hari

Nursery Cha mengamalkan konsep Parent Friendly. Maka, mak bapak adalah bebas untuk masuk berlegar-legar di kawasan taska. Adalah masa-masanya. Tapi kalau petang-petang tu, ikut suka lah. Nak masuk dapur ke, toilet ke. Ikut suka kau lah.. Derang tak marah.

Dan lately ni Cha memang sangat susah nak tinggalkan nursery. Yelah. Kesian gak kat dia. Nursery ni kan kat dalam bangunan. Manalah ada tempat dia nak bermain. Ada 1 bilik jadik playland. Tapi cikgu-cikgu semua pemalas nak bawak budak-budak ni main petang-petang. Duduk la budak ni dalam bilik dari pagi sampai petang. Tu yang bila petang, nampak je buaian, nampak gelongsor berebut-rebut. Sampai nangis-nangis kalau nak balik. Tu yang aku tiap-tiap hari tepat je pukul 5, terus gi amik Cha. Sementara tunggu Ekwan sampai, layan lah dia melilau dalam nursery tu.

sabar ye Cha.. tahun depan dah bleh join Playschool Junior. Okay..okay, hujung bulan ni ajak abah gi Ikea beli meja ngan kerusi ni eh..

budak ni tengah menjerit tak kasik orang datang dekat ngan buaian ni. marah macam harta dia je

cha kalau main gelongsor memang dia akan baring terlentang. dia takut nak duduk mengadap ke depan. eh. slide camni bape ringgit hah??

Petang-petang nak bawak dia keluar dari nursery memang seksa wehh.. budak ni pagi-pagi monyok, ptg2 ngamuk tak nak balik. Geram aku. Kalau umah kat sebelah nursery je ikut suka la. Ni lambat je skit, mau kul 7 kang baru cecah kaki kat rumah. Dah la sekarang pandai bergolek-golek hentak kaki kalau orang tak ikut kata dia. Memang mengundang amarah sungguh. Awal-awal dulu boleh la guna umpan muka abah dia. Nampak abah dia je, terus amik kasut tuju pintu. Sekarang, takde maknalah. Merasalah hadap dia meronta-ronta sambil teriak tangan tunjuk pintu nursery.

Walau geram, tapi bila pikir positif. Maknanya dia sukalah duduk kat nursery kan. Maka, layankan ajelah perangai gedik dia tu. Ikut perangai sape je pun.. tak ibu dia, abah dia kan.. (:

8 comments:

  1. nak jugak la slide mcm tu. yayen pon suke sgt duk main gelongsor tu. siap mjerit2 ;)

    ReplyDelete
  2. gelongsor tue mun de tgk haritue range dlm 200-400 kot dayu...nanti mun check balik tp pteloved lah......biasalh tue budak2 kan...mak bapak nie kene lah melayan walupun penat

    ReplyDelete
  3. kt giant ade...xslp dlm rm400++ hehe

    ReplyDelete
  4. sonok dia ngan mainan tu.. ragam anak-anak ni macam².. kadang² serender.. hehehe

    ReplyDelete
  5. aku nk beli meja kusi utk naurah x terbeli2 neh..grr..ikea ade murah2 tak? hihi

    ReplyDelete
  6. Hahaha aku selalu rase cha macam ade iras budak jepun. Ke aku sorang je rase camni? Iyalah. Comel kot cha tu haha

    Aku baru2 neh ade gak melayan mudah.com saje carik slide murah2. Dapat gak satu tu, dalam seratos lebih tapi kecek je la. Mini punye. Bolehlah. Rumah pon kecek hahaha

    ReplyDelete
  7. Dayu,
    tunggu mydear warehouse sale la
    murah2 slide n swing dia
    :)

    ReplyDelete