10 April 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Aku rasa weekend ni adalah yang paling dimanfaatkan dengan aktiviti berkualiti dengan anak-anak. Walaupun hanya ke Giant dekat area rumah ni, masa dihabiskan sepenuhnya dengan anak-anak. Dari pagi hingga ke malam, hadap budak berdua tu je. Rumah bersepah. Itu lumrah. Tak perlu nak pelik. Kalau rumah aku kemas teratur di kala budak 2 orang ni ada kat rumah, itu baru pelik. Aku pun bukan rajin sangat nak kemas rumah 2,3 kali. Biar je lah. Bagi puas budak-budak bermain. Alah, bukan ada orang lain pun. Kitaorang je pun. Lantak situlah.

Sabtu hari tu bawak Elma sunat. Huhu, asyik bertangguh je. Sudahnya nak setahun dah budak tu. Tu yang nak tak nak kena gak aku redah drive ber-3 dengan Eisya dan Elma ke Klinik Jameaton. Sampai ke Equine hah aku carik klinik. Sebab semua klinik-klinik kat area USJ ni dah tutup. Satu demi satu klinik tutup, bankrupt agaknya. Aku tak terfikir klinik lain dah. Tu yang tuju ke sana je. Jauh pun jauh lah. Nasib Elma behave je dalam kereta. Tapi boleh pulak Klinik Jameaton tak buat sunat baby. Ke Klinik Qistina lah pulak aku. Nasib tak ramai orang, kejap je setel.

Yeay!! Rasmilah Elma sebagai anak dara!! Sorry Dik, lama ibu tangguh proses persunatan awak ni.

Balik dari klinik, Elma dah menyebut berkali-kali nak gi playground, Indoor playground lah tu maksud dia. Asyiklah 'nak gi Giant ibu, tak nak balik rumah' Yelah, yelah.. Marilah kita ke Kami Kids. Kang tak bawak sampai ke esok dia menuntut. Layan kan je lah permintaan anak-anak. Bagilah main 2 jam, bayar RM17. Bolehlah.. Walau ikutkan aku rasa tak berbaloi. Tapi dah si Eisya ni tak menyabar. Bayar je lah..

Elma geli kaki dia kena biji-biji tu. Beriya dia mengelak kalau aku curah kat kaki dia. Datang kakak, dicurahnya atas kepala Elma. Huhuhu... 

hari tu ada kawan bermain, senang hidup aku tak payah nak mengekor dia.

adik main lego je eh..nak main yang lain tunggu besar sikit. tapi time tu kena bayar dah.. huhu, merasalah ibu masuk tempat gini pun habis berpuluh ringgit

kalau dah ke Kami Kids ni, memang wajib kot kena paw dengan Eisya benda ni. bagi je lah. dah dia minat, macam tak sampai hati nak sekat-sekat minat anak.

Bawak lunch dekat Marrybrown, sebab aku rasa inilah tempat yang paling senang aku nak kawal diaorang. Dan Alhamdullilah, berjaya. Selesai makan, marilah pulang anak-anak. Cukuplah menghabiskan masa kat luar. 

Dalam pukul 3pm baru kitaorang balik.. Wahh, kagum aku kat diri sendiri berjaya manage budak-budak tanpa Ekwan. Penat lah sikit tapi elok je perangai memasing. Eisya dengar je kata aku, dia pun takdelah nak berlari sana-sini. Tahu kot abah dia takde, aku dukung Elma. Mana larat nak kejar dia. Tu yang jalan dekat-dekat je. Dia pun bukan jenis berani, lagi-lagi kalau aku dah kata 'jalan lah jauh-jauh, nanti orang jahat amik chacha..tak dapat jumpa ibu lagi' Tak beraninya dia nak hilang dari pandangan aku. Setakat Giant, beranilah kot aku ni. Orang tak ramai, tempat tak besar. Aku pun takde nak shopping sangat, InsyaAllah tak meleka. Tapi kalau shopping mall, tak beranilah. Tak sanggup nak amik risiko. Baiklah duduk rumah mewarna dengan budak 2 orang ni.

Ahad duduk rumah, buat aktiviti menconteng. 

3 comments:

  1. aku ni nk bw bdk2 ni ke kami ni..asyik la tertangguh..

    ReplyDelete
  2. Salam berkenalan, saya Ida.

    Steady gila anak lepas sunat. Simple gilakan sunat budak perempuan di klinik. Sampai sekarang masih wondering, anak aku ni betul ka sunat ni.. Macam tak serupa zaman kecik2 dulu.

    Keluar tanpa suami..memang kena pesan berbilion kali..soh behave, tak nak beli apa2 yang merobek handbag ku. :D.

    ReplyDelete
  3. aku bwk aneem g main pasir buatan tu,
    balik ptg tu dia berak, ade la dekat berbelas biji pasir tu ade kt poop dia weiiii,,
    eeeeeee elok je berterabur dlm tu, sabar je la. tp aku mmg prasan time dia main, kejap2 tgn ke mulot, agaknye dia ingt ape tuh, nk test skitttt...

    ReplyDelete