Hasil kerja petang semalam. 3D Sticker. Favorite Eisya. Yang Dinosour tu buat minggu lepas, tapi semalam baru siap.
Semalam aku publish gambar ni kat Instagram, link kan ke FB. Ada yang bertanya 'beli kat mana ni Dayu?' Tapi aku gedik, tak nak jawab kat komen FB. Biasalah, gedik. Simpan jawapan buat bahan nak update blog. Kat entry semalam, pun ada yang tanya. Jawapannya adalah: MrDIY. Silalah terjah MrDIY yang berdekatan dengan anda. Pasti korang akan mengila. Rasa nak beli semua benda. Sebab semua best, pastu murah-murah.
Stick Art. Buat bunga dengan batang ice-cream, RM2.90 je. Tak siap lagi sebab tetiba sibuk nak main 3D Sticker. Budak ni memang tamak.
kusyuk sangat. 3D Sticker ni RM1.80 je sekeping. Menarik tau, bahan pun berkualiti. Takdelah sticker bodoh-bodoh je kau dapat. Design dia pun melambak. Ikut hati aku nak beli je semua gambar. Tapi mengenangkan Eisya tu tamak, semua benda nak buat sehari. Aku beli lah 4 keping je.
Coloring stuff pun melambak. Dan yang penting murah. Poster color tu RM3.90 je. Set berus ada 7 batang, RM1. Whiteboard marker 3 batang RM1.90. Kertas lukisan RM1.90. Memang penuh bakul aku kalau masuk MrDIY.
Coloring dinosour ni RM3.90. Sekali dengan Glitter Glue. Kalau yang kecik RM1.90.
Party stuff pun melambak. Kalau nak beli bahan untuk party goodies pun menarik buat lawatan ke MrDIY. Banyak pilihan. Yang paling best, kertas sand painting yang selalu kena bayar mahal tu. Kecik je pun RM5. Kat MrDIY RM0.90 je kau. Size besar lagi. Berapa ratus peratus lah orang niaga tu amik untung. Rasa kena tipu bulat-bulat je aku selama ni. Sesuai sangat lah jadik kan tu goodies birthday party.
Dah..pergilah ke MrDIY berdekatan. Rasailah sendiri keseronokan menjadi mak melihat bahan-bahan bantuan untuk aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak dijual pada harga yang sangat menguntungkan.
Happy Shopping Moms!!
alaa.. tak pernah jumpa pun benda alah ni kat DIY dayu..DIY cheras selatan and tesco kajang takde pun.. tak aci la.. ada nak gi lagi tak?
ReplyDeletelepas ni terjah diy harus terjah kt tmpt lain gak ar..hihi..
ReplyDeleteesok nak g terjahhhhh.....
ReplyDeletedayu ada lg satu yg best..kertas tu kaler itam. ada lidi sebatang..gores2 ngan lidi nanti appear lah gambo colourfull. tp anak aku mengelat gores guna duit syilig sbb nk cepat siap
ReplyDeletebaguih2x. Mulalah nak tamak halabo ni.
ReplyDelete