03 April 2015

Kaki Kontes

Aku sekarang memang kemaruk join segala jenis contest. Lagi-lagi yang free. Yang senang tapi hadiah best. Tak perlukan proof of purchase, tak yang nak kena cipta-cipta caption. Cuma Like, Share.. Tak pun, upload gambar saje. Memang aku suka. Tak perlukan masa yang banyak.. Kejap je. Dah, Pastu tunggu email maklumkan kemenangan. Ehhwahh, bunyi macam semua contest masuk akan menang. Tapi begitu lah, setiap hari bukak emel, berharap ada emel masuk bagitau 'Tahniah!! Anda berjaya memenangi ....' Serius, sekarang kalau bukak emel, memang aku baca betul-betul.

Latest addiction adalah contest The Kids Discover Contest anjuran Friso. 

Yang ni memang sangat best. Sangat mudah. Hadiah best. Grand prize dia percutian ke Hong Kong Theme Park. All inclusive. Tiket flight, hotle, tiket park.. Sediakan duit belanja makan je. Memang berebut-rebut lah memasing join. Dan Alhamdullilah, aku berjaya dapatkan 4 tiket ke Lost World of Tambun. 2 tiket dewasa, 2 tiket kanak-kanak. just nice untuk kami sekeluarga. Dengan hanya submit gambar-gambar Eisya, dapat tiket percuma. Rezeki. Tuah anak. Tak sia-sia dulu Ekwan selalu angkut kamera dia ke hulu-hilir amik gambar Eisya. Berguna jugak koleksi gambar Eisya yang dah beribu dalam hardisk tu. 

Dan sekarang berharap semoga gambar Eisya menjadi yang bertuah terpilih menjadi top 3 terbaik untuk challenge ke-2. Nak hadiah utama!! Impian kena tinggi.

Gambar yang menghasilkan 4 tiket ke Lost World of Tambun. Tahniah Eisya.

InsyaAllah ada rezeki kita, dapat lah merasa cuti ke Hong Kong percuma. Kalau takde, kita cuba lagi ye.

Sesi mengundi untuk pertandingan Scott's pun dah berakhir 31 Mac yang lepas. Eisya berjaya dapatkan undian sebanyak 398. Tak sangka aku gigih lancarkan kempen mengundi. Yelah, nak sangat dapat tiket ke Legoland tu. Dan kalau ikutkan memang dah layak, tapi marilah bersabar tunggu keputusan rasmi dari Scotts. Scott's akan maklumkan kat facebook dia 11 April 2015. Tak sabar.. Mak yang excited lebih dari anak ni. Alah Eisya pun tak sabar tu sebenarnya. Asyik tanya 'bila nak gi legoland? ' Tanya macam tahu je Legoland tu apa.

*Sabar menanti tiket tiba



3 comments:

  1. Kan aku dah kabo klu menang jd ketagih..aku.mmg ketagih dh tp masa x mengizinkan

    ReplyDelete