31 January 2013

Kalimantan View Point

Selamat pagi Labuan!!! Eh, ni bukan entry pasal Labuan. Gi Labuan atas urusan keje, nothing much to share tapi ada juga. Habiskan Sarawak ni dulu.

Destinasi pertama dilawati untuk sesi photoshoot adalah Kalimantan View. 2km dari clubhouse. Naik kete lah ke atas ni, tak payah nak tunjuk hebat nak berjalan kaki. Tak pasal-pasal menyusahkan orang nak datang menyelamat pulak nanti. Ini adalah kawasan yang wajib dilawati kalau dah sampai kat sini. Menikmati pemandangan. Biarpun hanya tengok hutan, tu hutan Kalimantan tu.

Udara kat atas ni lagi fresh weh.. siap boleh rasa air menitis-nitis ok. Bukan hujan. Dengan bau rumput bau lepas potong, memang segar sungguh rasa.

Borneo Highlands
Southwest Kalimantan View, 3,351 feet, 600m drop

ini adalah wajib.

Ini baru complete. Thank you kepada yang rajin angkut tripod ke hulur hilir.

lagi sekali. 

Tebing kat belakang kitaorang tu sangat curam, ada penghadang tali je. Cuak memang cuak tapi boleh pulak selamba budak-budak ni main lompat-lompat atas kerusi ni. Biaslah budak, apa dia pedulikan. Tapi dalam gayat-gayat, aku join gak derang memanjat kerusi ni. Nak amik gambar punya pasal. *peace*

bergambar punya pasal. gayat pun layankan aje.

kawasan ni sangat luas. menghijau. segar je mata memandang.

hujan dah mula turun. marilah turun membawa diri.

cepat anak-anak..cepat.

okay sempat lagi posing. masih berposing sebab tukang amik gambar yang suruh.

anak-anak yang ceria. sian Eisya ibu dia janji boleh je tutup kepala dia dengan sweater. nasib awaklah Cha.

kesian suami saya. gambar dia takde. meh lah pass kamera kat orang, orang amik kan gambar awak pulak. sian dia. sikit je gambar dia. tapi biaslah photographer mana ada dalam gmbr (:

amik gambar photographer lagi sebelum dia setting tripod

selamba achik wan tak masukkan muka Farisha ngan Eisya dalam frame

We was here at Kalimantan View Point!!
Kalau ada peluang dan kesempatan datang lah berkunjung nikmati keindahan alam.




*publish from Labuan. Gigihkan saya sebagai seorang blogger

28 January 2013

Selamat Pagi Borneo

Adehhh.. bila nak habis entry Sarawak aku ni?? Aku pun dah rasa tak sabar nak tamatkan. Tapi nak buat macamana, aku kat sana 5 hari 5 malam. Haruslah entry pun menimbun. Aku buat entry ni pun ikut kronologi gambar. Buat pengetahuan semua *ke aku dah pernah bagitau* gambar semua berjumlah 1000++ keping. Nak pilih gambar je dah amik masa. Dan aku akan tetap gigih kan diri catitkan semuanya di sini. Biarpun melambak-lambak, biarpun macam 'oit Dayu, dah tak relevan lah citer kau' Aku tetap akan buat. Sebab tak nak jadik macam entry-entry vacation aku sebelum ni.

Maka, marilah sama-sama bertabah dengan aku ye. Tak pun nanti aku selangkan lah sebarang 2 entry tak berkaitan langsung pasal Sarawak. Sekarang, sila hadap yang ini dulu. Kalau tak sanggup, gi blog lain. Datang semula kemudian, tapi aku tak janji bila entry Sarawak aku akan sampai ke episod penamat.

Selamat Pagi Tanah Tinggi Borneo.

Bangun pagi, hirup angin segar. Sangat nyaman. Seronok hidup kat kawasan tanah tinggi ni. Sekejap pun jadiklah. Makan pun sayur je. Kalau dibiarkan aku lama sikit kat sini mesti usaha aku nak mengikis lemak kat badan ni mudah nak tercapai.

Breakfast adalah disediakan secara percuma dalam pakej penginapan. Bawak je lah kupon dan isi perut sebanyak mana yang mampu.

Selamat Pagi semua.

Vegetarian Breakfast. Sangat healthy. Tapi aku makan keow teow goreng dia 2 pinggan. Sedap weh walau xde udang, kerang mahu pun ayam.

Rasa macam VIP sebab takde orang lain kat cafe ni, kami sahaja. Memang seronok sungguh rasa percutian kali ni.

Selesai breakfast, kami terus berkemas dan bersiap untuk sesi photoshoot di sekitar resort ni. Abang ipar aku nak buat family photoshoot. Haruslah memanfaatkan pemandangan indah kat tanah tinggi Borneo ni. Dan sementara tunggu diaorang bersiap, aku brisk walk lah sekejap sekitar clubhouse ni.

Eisya yang tak pernah nak memberi kerjasama

Nyaman. 



Island BBQ Steamboat.

Tahun ini genap suami aku berusia 31 tahun. Tapi aku dengan selambanya boleh wish kat FB dengan menambah setahun lagi umur dia menjadi 32 tahun. Hahaha.. Angau. Bukan apa, masa tu jetlag. Gedik. Jetlag kebendanya kalau setakat Sarawak - KL. Tapi letih weh, 5 hari berjalan sakan kat Sarawak, pastu sampai-sampai KL terus kena outstation 2 hari ke Seremban dan Port Dickson. Mahu tak lalok aku masa taip status kat FB tu. Tu yang sesuka hati men'tua kan suami sendiri. Minta ampun sayang.

Bila dia tanya 'mana hadiah birthday orang??' Selamba aku jawab 'takde.. habis dah duit gi Sarawak' Dan merasalah aku kena berdas-das dengan dia 'habis apanya duit awak, tiket duit orang.. belanja kat sana pun banyak guna duit orang.. tak kira, nak hadiah gak' Hahaha.. alah, ada je hadiah untuk dia sebenarnya. Lama dah aku beli. Saja simpan nak surprisekan dia. Aku dah pos ke opis dia tapi macam lama bebenor tak sampai-sampai, ke abang posmen tu saje nak sabotaj usaha aku nak beri kejutan kat suami sendiri ni?? Jangan.. susah okay aku nak dapatkan semua tu. Kalau sampai awal Februari tak sampai juga, kena buat semula lah jawabnya. Dah kena pikir cara lain lagi. Nyampah.

Dan supaya nanti bila tiba birthday aku dia buat selamba buat tak tahu, aku belanja lah dia makan. Ingat nak ke Kuala Selangor, tapi jauh sangat. 

Steamboat je lah ye. Dapat juga aku ke Island Steamboat ni akhirnya. Call pukul 5 kata nak datang pukul 8, dapat pulak. Member aku sebelum tu punyalah frust call sehari awal pun takde tempat kosong. Rezeki nak meraikan orang sambut ulang tahun kot. Mungkin.

Tapi aku agak kecewa dengan Island Steamboat. Review kat blog-blog macam sangat best. Tapi aku rasa antara banyak-banyak steamboat yang aku pernah pergi, Island Steamboat lah yang paling tak best. Memang dia murah, RM21.90 je sorang. Tapi tak best. Seafood sikit, takde ketam. Udang pun kecik je. Daging-daging untuk grill pun tak marinated dengan sempurna. Macam takde rasa. Memanglah ada disediakan garam dan pepper untuk menambah rasa. Tapi patut marinated je lah siap-siap. Rebus-Rebus nyer marinated best, sedap. 

suasana dah okay dah, tapi variety of foods tu yang kurang memuaskan.

Tiada dessert disediakan. Hanya aiskrim sebagai pencuci mulut, tu pun dicatu. Takde tong aiskrim kat luar untuk kau ceduk sesuka hati. Buah takde. Dah lah anak aku selalu kalau makan mesti dia minta buah, nasib ada aiskrim, bolehlah buat dia senyap. Bagi aku steamboat ni orang akan rasa puas kalau pilihan makanan adalah banyak. Memanglah tak baik membazir, tapi kepuasan. Dan selagi tak bayar melebihi RM30 untuk steamboat buffet, orang tak kisah kalau makanan adalah variety.

Secara keseluruhan, Flaming tetap yang terbaik.

tak best, tak best pun amik gambar tetap...



Tapi aku ada surprise untuk dia sebenarnya. Tunggu..

25 January 2013

Annah Rais Cafe

Makan malam berasaskan sayur. Tiada ayam, daging dan juga segala seafood. Makan sayur je. Nasib baik ada telur. Laki aku dah runsing. Dia mana leh makan takde lauk, tak kenyang dia kata. Dah lah sebelum ni makan kat Sibu pun tak memenuhi piawaian dia. Tapi memang orang Sarawak makan tak bubuh garam sangat ke hah? Orang kedai tu goreng ayam lumur kunyit je. Adalah disediakan pencicah. Laki aku lak jenis tak makan cicah-cicah ni, lagi-lagi rupa macam sambal belacan.

Tu yang bila kata makanan kat cafe ni semua adalah vegetarian menu, laki aku dok kata 'balik ni masak maggie lah jawabnya

Bila dah cuba. Sedap je. Mungkin sebab sayur-sayur semua fresh.

menu dia pun unik

jangan tanya 'ayu nak makan apa??' order je pape, aku telan je.

sementara menunggu pesanan tiba. camwhore lah, apa lagi. seronok gak ada wide lense ni. ruang lingkup yang lebih luas dapat di capture.

makan!! sedap.

Lupa nak amik gambar makanan. Tapi sedap lah. Telur masak sweet sour, bendi masak kari. Bertambah lah jugak nasi. Dan kenyang hingga ke pagi. Anak aku je gedik, naik bilik minta maggie lagi. Masa orang makan nasi, dia makan buah je.

Sesekali 'Back to Basic, Back to Nature' ni seronok jugak.

Eh lupa nak buat pengiraan kos setakat ini:

- Makan tengahari di KFC, Serian : RM50 (sharing basis)
- Singgah shopping kat Petronas : RM20
- Makan malam di Annah Cafe : RM 50 (berkongsi rasa)

23 January 2013

Petang di Borneo Highland Resort: Evening walks di padang golf

Sesudah puas berendam, aktiviti masih diteruskan. Kami turun semula dan menuju ke padang golf di hadapan clubhouse. Asyik pandang dari tingkap bilik je, marilah menikmati udara segar itu. Dam marilah kita berjalan-jalan di padang golf. Ni pun jarang dapat ni. Padang golf bukan boleh suka-suka masuk amik gambar macam padang bola. Pulak tu kat kawasan yang super menghijau dengan udara segar macam ni, memang harus dinikmati.

Achik Yu dan anak-anak buah. besar dah korang, dulu besar-besar Eisya je.

berlatar belakangkan kediaman sementara *ekwan sengaja sabotaj amik gambar sisi gemuk aku*
tapi ada ke sisi kurus???

kesian dia, gambar dia takde. meh sini orang tolong amik kan gambar. senyum...

di mana ada signboard, adalah wajib untuk kita singgah dan amik gambar.

Seronok budak-budak ni berlari kat kawasan ni. Lepas bebas tak payah pikir kereta ke apa. Jatuh pun takat kotor seluar je. Tak terkejar aku. Nasib Eisya tak perasan masa abang-abang sepupu lari tinggalkan kitaorang. Kalau tak mesti sibuk nak ikut, pastu paksa aku join sama. Ibu tak larat nak. Gi lah ikut MakTeh awak kejar Abang Long. Ibu dan PakTeh ikut slow-slow dari belakang eh.. Hahaha..giler tak fit aku. Jalan kat padang golf pun mengah. 

yang tak fit tertinggal kat belakang

ini juga wajib print masuk album percutian
-tengok budak-budak tu, jauh dah berlari. Eisya tu pakal dah jauh kena tinggal, kalau tak jangan harap dapat dukung dia bergambar.

dalam usaha nak main kejar-kejar dengan anak sedara. kawasan ni sangat cantik tapi sebab dah hampir nak senja, pencahayaan adalah agak kurang memuaskan.

Setelah puas termengah-mengah, dan dah masuk maghrib, marilah pulang ke bilik. Perut pun dah lapar minta diisi. Dah lah Kak Fatin asyik cakap pasal menu berasaskan sayur dia. Tak sabar nak mencuba. 



Entry Bergambar

Ini namanya entry selingan. Tetap menggunakan sumber yang sama dari Sarawak. Tapi aku tempek je gambar sekeping dulu. The details, kemudian.

Makin pandai posing anak aku. Dan di Sarawak lah dia pandai buat 'peace' betul-betul. Sebab ramai sepupu tukang mengajar. Balik KL, terus tak reti semula. Pastu 'abu..yoyong lah..' dah tolong, lupa semula. adeiihhhh...

Sepetang di Borneo Highland Resort: Mandi Kolam Air Panas

Petang tu, lepas sampai. Rehat kejap. Mandi-mandi, sembahyang semua. Dan kami terus turun semula. Walaupun ikut rasa hati macam nak bergolek-golek lagi atas katil, tapi mengenangkan kolam air panas kat bawah dan anak-anak yang dah tak sabar nak terjun kolam, layankan je lah. 

kabus di petang hari

budak-budak yang dah tak menyabar. anak aku kalau dah sarung baju renang, memang mulut tak diam, asyiklah sebut 'kolam..abu kolam

Dan aku boleh pulak jual mahal mula-mula tu tak nak berendam sama. Bila tengok mereka-mereka ini bersuka ria, bertempik dalam air mulalah mengelupur, tak senang duduk. Meronta-ronta nak join sama tapi malas nak naik salin baju. Dasar pemalas, sedangkan bukan jauh mana pun. Bilik kat tingkat 1 je pun. Dan setelah tak mampu bertahan, aku naiklah salin baju dan join mereka berendam dalam air panas ni. Memang seronoklah.


yang tua pun dah macam budak-budak bila berendam dalam kolam

tak mampu aku bertahan tengok derang layan perasaan berendam, rileks-rileks dalam kolam air panas ni

ini wajib print masuk dalam album percutian keluarga. gambar family aku takde sebab tak mendapat kerjasama dari Cik Eisya. 

teringin gak nak melompat macam Faris ni, tapi.. *sedar diri dah tua bangka*

Memang super seronok lah berendam dalam kolam ni. Rasa tak nak naik. Tapi inilah kali pertama Eisya surerender, dia yang sibuk ajak ibu abah dia keluar dari kolam. Selalunya puas kena memujuk ajak dia naik. Tapi memang lama sungguh kami berendam dalam ni. Siap boleh keringkan badan kat sauna, pastu masuk berendam semula. Pun tak puas lagi. Biasalah benda jarang jumpa. Ginilah gayanya.

budak yang dah menyerah kalah. ibu abah masih bersenang lenang dalam kolam dan sauna


Tapi memang best lah. Kolam ni kami je yang punya, takde orang lain langsung. Kalau datang honeymoon, memang super best. Lepas puas berendam, gi panggang badan dalam sauna, pastu steam bath. Memang segar rasa badan. 

Rasa bersyukur sangat dilimpahkan rezeki untuk menikmati ini semua. Alhamdullilah.


22 January 2013

Hornbill Golf Clubhouse & Jungle Spa

Kami menginap di Hornbill Golf Clubhouse di Borneo Highland Resort ni. Bilik adalah sangat best. Masuk-masuk je terus rasa nak hempas badan atas katil. Dah lah memang letih duduk dalam kereta sampai 6 jam baru sampai. Bilik pulak best, tu yang tak menyabar. Tapi serius beb, memang best. Dengan sejuk, udara pun rasa fresh je. Nyaman sungguh. Nak pulak masa tu lepas hujan, lagilah best sungguh.

Masuk-masuk bilik je terus aku capai kamera. Sebab abang Izan ngan Kak Fatin dah pesan 'ni awak kena buat review ni ayu' Baik, akan saya laksanakan arahan itu. Tapi tak suruh pun mesti saya buat, ni kan salah satu senarai tugas seorang blogger.

So here, presenting Birdie Room: Deluxe of Hornbill Golf Clubhouse.

katil king size untuk kami 3 beranak. puas aku tidur tanpa kena tendang-tendang dengan Eisya.

tiada TV disediakan. tapi jangan risau, ada mini cinema kat bawah.

bukak tingkap dan terus menikmati udara dingin tanah tinggi Borneo. Asyik.

sambil menikmati permandangan indah ini. indah sungguh.

bilik air juga sangat best. 

masing-masing keletihan lagi-lagi abang ipar aku tu. dia drive sorang dari Sibu ke Kuching. tapi takpe, dia kuat bertenaga (:

Dengan bilik yang super best macam ni, terus masing-masing posing layan perasaan. Hahaha..anak aku je tetap tak duduk diam, habis satu bilik dia berlegar. Ibu ajak posing sama atas katil pun buat tak layan je. Mesti dia pelik, apa ke jakun bebenor ibu ngan abah aku ni. Atas katil pun nak amik gambar, senyum-senyum lak tu.

best bang baring atas katil king ni? tempah sebijik jom letak kat rumah

muka letih tapi bila disuruh bergambar tetap bersedia, dan ini hasilnya. eh, apsal besar sangat muka aku ni

Selalunya kalau gi bercuti memang jarang kami pilih hotel-hotel best macam ni, selalunya kitaorang amik hotel bajet je. Sebab aku selalu beranggapan 'alah, nak tidur je pun' Ikut objektif masing-masing. Kalau memang dah niat nak berehat, nak tenangkan fikiran, nak menikmati keindahan alam macam percutian kami kali ni, adalah sangat berbaloi peruntukan lebih sedikit untuk hotel demi keselesaan dan objektif percutian akan tercapai. Kalau niat datang satu tempat tu, nak jalan-jalan, nak tengok tempat orang, nak shopping.. yang mana masa banyak dihabiskan kat luar. Duduk hotel biasa-biasa sudah. Duit lebih leh buat shopping.

Tapi yang ni abang ipar aku belanja. Bertuah sungguh rasa ada abang ipar sebaik ini. Terima kasih yang tak terhingga. Semoga akan sentiasa dimurahkan rezeki, lain kali boleh bawak ahli keluarga yang lain pula. Kalau kami nak join, kami gerak dari Kuching. Tak larat weh nak gerak dari Sibu.

21 January 2013

Malam di Borneo Highland Resort dan Morning Walk

Untuk makluman, tiada TV disediakan di dalam bilik. Tak kiralah bilik kau rege bape. Kemudahan wi-fi pun ada kat lobby je. Sebab dia nak suruh relax sebenarnya, jangan sibuk-sibuk pikir hal luar. Tapi biasalah, orang giler bersosial di alam maya, mana leh takde internet. Mengagau jadiknya. Dan nasib baik DIGI adalah sangat efisen di kawasan tanah tinggi ni. Di kala Maxis hanya dapat edge, dia boleh bagi 3G kat aku. Super seronok aku. Walaupun selalu rasa nak mengamuk bila kat foodcourt Pavillion kat tengah-tengah KL dia boleh takde line.

TV takde, tapi macam-macam aktiviti boleh buat. Kalau nak yang adventure, boleh gi night walk. Ada kemudahan disediakan. Kalau nak relax-relax, macam-macam ada kat bawah tu. Ada Spa, ada reading room. Dan yang paling best, ada mini cinema.

dalam bilik bacaan. buku banyak tapi semua aku tak minat.

ini yang paling best. tapi sebab badan dah letih, mata pun macam tak larat nak bukak. lepak kejap je.
baik naik bilik sebelum terlelap.

Dan esoknya, abang Izan dan Kak Fatin plan nak morning walk. Kul 6.30 nak jalan-jalan sekitar resort ni. Menikmati udara pagi. Laki aku konon semangat nak amik gambar matahari terbit. Entah bangun entah tidak. Dah lah tidur bukan main lena lagi 2 beranak, siap lawan berdengkur lagi. Aku gak yang terpisat-pisat tak leh nak lelap. 

Esok pagi-pagi lagi abang ipar aku dah ketuk bilik. Terkebil-kebil aku bangun bukak pintu, pastu masuk bawah selimut balik. Dah lah sejuk. Memang sedap tidur. Cancelled. Tak rajin aku nak join morning walk, aku lebih sayang waktu tidur. Ekwan je lah join. Tapi sebab Eisya dah bangun, tak dapatlah aku sambung tidur. Golek je atas katil dengan dia. Sambil duduk tepi tingkap, hirup udara segar.

peace!! budak ni sibuk ajak mandi kolam kat bawah tu. Cha, tu kolam air bukit ye, bukan kolam air panas semalam. jangan confuse ye nak.

nak menuju ke puncak borneo ke?? mampu ke?? semoga berjaya

permandangan yang cukup segar. semulajadi. kalau duduk kat sini mesti kulit fresh je. udara tak tercemar.

tengok progress rumah ke bro??

Serius beb, bila bangun pagi tu aku rasa macam 'bestnya kalau nikmati semua ni everyday, tak payah bangun terkejar-kejar pagi hari pergi keje' Memang rasa bestnya kalau tak payah balik KL. Mata lak sentiasa dijamu dengan kehijauan alam. Tapi bila Eisya menjerit-jerit minta nak mandi, baru aku sedar.. mimpi je smua tu. Berpeluang merasa sehari 2 ni pun nak nikmat yang tak terhingga. Syukur.