30 December 2011

Knowledge Sharing: Resepi Muffin Coklat

Hahahaha..

Aku gedik. Mula-mula buat episod Jalan-jalan Isi Perut. Pastu sekarang buat pulak sesi Knowledge Sharing. Hahaha..terbawa-bawa mood pejabat ke blog. Ni lah akibatnya. Layankan aje lah. Dan sesi Knowledge Sharing ini saya mulakan dengan berkongsikan satu resepi desert yang mudah, simple dan memang patut cuba. Patut cuba sebab InsyaAllah berjaya. Peratusan gagal tu sangat tipis rasanya.

Resepi apa?? Kan dah baca tajuk kat atas tu. Muffin berperasa Coklat (: Serius. Memang mudah. Dan paling penting, sedap. Ini resepinya.

Coklat Muffin


Bahan-bahan diperlukan:

  • Coklat Masakan 250gm
  • Butter 75gm
  • 2 biji telur
  • Gula 50gm
  • Tepung Superfine 60gm
  • Baking Powder 1 sudu teh

Cara-cara menyedia:

1. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiling. Bila coklat dah cair, tutup api. Masukkan butter, dan kacau rata sehingga butter cair
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama gula hingga sebati. Tak perlu guna mixer, sebab tak perlu kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat. Kacau biar campuran sebati
4. Ayak campuran tepung dan baking powder ke dalam adunan, dan kacau lagi sampai sebati dan rata.
5. Panaskan oven 170C. Isikan adunan dalam bekas muffin sehingga 80% penuh. Bakar selama 20minit

Coklat Muffin Kukus

Mudah kan.. Silalah cuba. Aku dah buat 2 kali. Alhamdullilah. Cantik je kembang mekar muffin ni. Makan panas-panas lagi menarik. 2nd time, aku cuba kukus pulak. Pun boleh, tapi kena makan time panas2. Dah sejuk dia macam keras skit. Tapi sedap tetap sedap.

*actually aku pun google je resepi Chocolate Muffin ni

29 December 2011

ChaCha & Eee

SmartPhone ni nama dia HTC ChaCha

yang ni pulak Asus Eee 


* Hahaha..hebat anak aku, ada smartphone ngan laptop sempena nama dia. 
* ni memang namanya entry mengarut (:

Vial Perfume: House of Aurelia

Nak tukar perfume?? Tapi takut perfume baru yang dipilih tidak sesuai dengan diri anda?? Dan itulah kegunaan Perfume Vial ni. Apa tu Vial?? Alah, senang kata miniature la. Yang selalu dapat free kalau beli perfume set tu.

Mana nak dapat vial ni??

Boleh dapat kat HOUSE OF AURELIA. Murah je. Ada yang RM6, ada yang RM10. Yang RM4 pun ada. Pelbagai pilihan lak tu. Pergilah pilih sendiri kat House of Aurelia. Tak terhad kepada wangian wanite je ye. Untuk lelaki pun ada. Pilih je mana yang berkenan di hati. 

           
Antara koleksi Vial di House of Aurelia. RM 7.00/pc

RM 10.

Sarah Jessica Parker Trio Set Vial. 
RM 20 sahaja

Tak nak vial, yang 30ml pun ada. 50ml ada. 100ml pun ada. Senang kata, macam-macam ada kat House of Aurelia ni. 

Dan boleh juga gunakan vial ni sebagai favor gifts kepada tetamu for any events. Beli yang RM5 tu. Alah beli banyak-banyak haruslah dapat diskaun kan. Pandai-pandai la bodek tuan kedai. Tak dapat banyak, sikit mesti ada kan..kan..

                                                        
No more Eggs (: Menarik giler.

Selamat mencuci mata ye. Ada vial ni, boleh lah merasa tukar-tukar bau perfume. Tak lah asyik ngan satu scent je sepanjang tahun. Nak beli banyak-banyak jenis, tak mampu. Have fun. 

28 December 2011

Jalan-Jalan Isi Perut: D'Arab Cafe

Hari ni aku nak buat slot Jalan-jalan Isi Perut. Boleh?? Dan ini kiranya episod pertama ni. Yelah, jarang rasanya aku nak buat review pasal tempat makan sebelum ni. Aku pun bukan selalu gi makan kat tempat-tempat yang menarik, yang best sampai rasa nak review bagai. Selalu kalau sampai rumah lewat, sebab Ekwan terlebih rajin, sampai rumah dah pukul 8. Kau ingat aku rajin nak buka fridge, defrost ayam segala. Dari lapar boleh jadik kebulur tau. Nak tak nak, singgah je lah kedai sebelah rumah ni. Sampai naik muak dah, tak tahu nak makan apa.

Tu yang bila sekali sekala berjalan menghibur hati di hujung minggu, dan Ekwan tanya 'nak makan mana yang??' Ligat kepala otak aku berfikir, recall balik tempat-tempat makan best yang budak-budak opis aku dok cerita.              

Kebetulan hujung minggu yang lepas kitaorang ke Shah Alam. Ingatkan nak gi makan Nasi Bubur kat Seksyen 7, tapi tutuplah pulak. Peergghhh, Seksyen 7, Shah Alam sekarang happening giler. Mesti budak-budak UiTM sekarang dating kat KFC, Seksyen 7 tu je. Seksyen 2 lengang je. Zaman aku dulu, seksyen 2 lah paling meriah. Jalan pun sesak jadiknya. Kereta beratur nak masuk I-City pun berderet-deret. Memang beza giler lah dulu ngan sekarang. Agaknya berapa sewa rumah flat kat belakang tu. Dulu boleh lagi dapat sebijik 700-800, share 5,6 orang boleh lah merasa bayar seorang RM100++ Sekarang???

Okay, merepek sudah. Back to the topic..

Kalau kebetulan ada kat Shah Alam, dan ada sekitar kawasan UiTM dan Unisel, boleh la singgah ke D'Arab Cafe. Boleh rasa Nasi Beriani Arab dia. Peerghhh!! Memang terbaik. Tak cukup sepinggan. Kedai ni kat dalam food court belakang Unisel. Mostly kedai-kedai kat foodcourt ni jual makanan arab. Biskut arab, jus-jus arab. Dan yang paling full house, kedai ni.

D'Arab Cafe

                           
Lamb Kabshah. RM15.. Terbaik!! Nasi dia memang banyak. Kambing pun banyak. Tapi sebab sedap sangat, sorang je aku perabiskan. Siap rasa nak tambah lagi. Tapi rasa bersalah pulak kat perut, lain kali la kita dtg lagi. Eisya pun suka nasi dia. Banyak dia makan.

Ada gak menu lain, roasted chicken ada. Mee rebus ada. Tapi kalau dah sampai sini, memang kena cuba la nasi beriyani arab ni. Bagi aku memang sangat berbaloi lah dengan harga dia. Sedap dah memang pasti. Tapi kalau memang tak boleh makan beriani, mana tahu alergik ke apa *ada ke??*, boleh je pilih menu lain kat kedai berhampiran. Nasi kukus ayam berempah kedai depan cafe ni pun macam menarik. Sedap je bau ayam goreng dia.

Air Strawberry + Mango + Susu.. Gelas besar macam ni RM5. Memang terbaik!!

So geng, kalau ke Shah Alam, boleh lah singgah ke foodcourt kat belakang Unisel Seksyen 7 ni. Boleh cuba rasa sendiri Lamb Kabshah tu. Sedap.. percaya lah..

Sekian sahaja edisi Jalan-jalan Isi Perut kali ini. Kita jumpa lagi di episod akan datang ye.

27 December 2011

Adan Laundry Sg Besi

Malas basuh kain?? Itu mungkin kurang malas lah kot. Tengah campak masuk dalam mesin basuh je kot, isi sabun, isi softener. Tekan-tekan, tinggal. Tahu-tahu siap dah. Tapi adakalanya benda senang pun tak sempat nak buat kan. Balik out-station ke, harus bawak stok baju kotor berbakul-bakul.. Terus jadik malas kau..

Sekali-sekala malas takpe, jangan buat selalu. Nanti suami murka. Hahaha..

Anyway, kalau rasa malas nak basuh baju tiba-tiba muncul, boleh manfaatkan promosi Baik Punya dari Adan Laundry Sg Besi. Sebab dia menawarkan harga yang sangat BEST. Sekilo Adan Laundry caj RM2 je. Mana nak dapat. Comforter pun RM8 je sekeping. Tak kira tebal nipis. Nak lagi best, caj iron baju RM 0.80 sehelai. Peerghhh!! Mana nak dapat harga gini weehhh??? Cepat, gi kutip semua baju kotor, gi hantar kat Adan Laundry Sg Besi.

Hah!!  Karpet pun dia boleh tolong cuci. Langsir pun haruslah diterima. Dry Clean baju kurung RM 7.50 je sehelai. Cepat!! Cepat!!

Kat mana Adan Laundry ni?? Ni alamat dia:

ADAN LAUNDRY SG BESI
11-G, Jalan Tasik Utama 3,
Medan Niaga Tasik Damai,
The Trilium Lake Field, Sg Besi, Kuala Lumpur

Peta Panduan nak ke Adan Laundry Sg Besi. 


Promosi sehingga Hujung Tahun. Cepat.. Cepat..

Adan Laundry Sg Besi

Kepada yang berdekatan, bolehlah mencuba servis yang ditawarkan Adan Laundry ni. Kedai dibuka sehingga jam 9.00 malam. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi tuan punya kedai di talian 019-261 4557. Sekian, terima kasih.

Saya yang Menurut Perintah

Perkataan paling favorite waktu ini adalah: SBPA.

Duduk breakfast, bincang SBPA. Tengah-tengah discussion pun boleh selit lagi hal SBPA ni. Lagi-lagi kat food court pejabat kerajaan khasnya. Menjelang tarikh akhir penyerahan borang opysen SBPA, makin banyaklah isu-isu diutarakan. Macam-macam pendapat orang bagi. Ada yang rasa tak setuju, ada yang suka. Semua dengan pendapat masing-masing.

Aku rajin gak sibuk-sibuk amik tau pasal SBPA ni. Yelah, hal periuk nasik kita, nak tak nak kena la juga jaga kan. Biarpun mula tu macam 'pape je lah, terima je lah' Tapi bila dengar macam-macam, teringin gak nak tahu menahu kan. Bila pekeliling keluar, sama-sama lah aku sibuk download. Beriya lah kononnya nak membaca, nak bagi khatam pekeliling tu. Sudahnya 'tak paham aku ayat-ayat pekeliling ni' Dah la benda yang paling syiok nak tengok takde. Sudahnya, aku letak tepi je pekeliling tu. Yang lain tak penting, yang penting Jadual Gaji. Boleh pulak, jadual gaji tak diisytiharkan. Timbul la pulak 'ni adalah yang nak disorok' SBPA tak telus la, nak aniaya penjawat awam lah.. Aku dengar je, sesambil tu merungut gak tak dapat tengok jadual gaji.

Tapi cuba berfikir positif, ada sebab musababnya jadual gaji tak ditayang kepada umum. Bahaya. Bila umum dapat tahu hal gaji baru penjawat awam yang berjuta kat Malaysia ni, nanti semua orang nak amik kesempatan. Semua sibuk nak naikkan harga barang. Gaji tak naik lagi, tapi yuran bulanan nursery Cha dah naik harga. Ni salah satu contoh. Mentang-mentang mostly parent tu JKR staff, sepantas kilat yuran dinaikkan. Naik banyak pulak tu.. Pandai betul amik kesempatan. Ni baru satu contoh, so bayangkan kalau jadual gaji boleh diakses oleh semua orang. Merasalah makan nasi goreng kampung RM8 kang.

Dan sekarang, tengah heboh hal penangguhan pelaksanaan SBPA.

Apa-apa pun, AKU DAH SIGN SBPA. Dengan yakin, tanpa banyak soal aku bawak pen gi mintak borang opsyen tu dan turunkan tandatangan.

SETUJU!!!

Kenapa sangat yakin? Sebelum ada yang berbunyi 'kau P&P, memang la cepat je sign.. gaji naik banyak' Iye-iye, itu aku kena mengaku. Itu salah satu sebab aku tanpa banyak soal, pergi je sign 2,3 keping borang tu. Siapa tak suka, boleh dapat kenaikan gaji yang agak banyak dengan sign 2,3 helai kertas.. Penipu tu namanya. Tapi takde lah banyak mana pun sebenarnya. Tapi aku pun tak la membuta tuli, main sign je. Taklimat dah dengar, mana yang aku kurang pasti, dah ada tolong jelaskan. Dah clear, tak payah lah nak bertangguh lagi. Sign je. Selesai. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Boleh concentrate dengan keje yang dah menanti atas meja. Tu lagi penting..kang tak capai SKT, tak naik gaji kang. Semuanya terserah kat kita juga, kau tak perform, tapi harapkan ganjaran macm-macam. Mana boleh. Bila orang dapat rewards lebih, cemburu pulak. Tapi bila dia buat keje lebih, tak pulak kau cemburu.

Jangan terlalu meminta, fikir dulu apa sumbangan kita. Bila fikir macam ni, selalu buat aku insaf sekejap.

Anyway, achik pilih opysen persaraan paksa ukur 58tahun (:

Entah-entah, sementara nak tunggu pencen lagi 30 tahun ni, macam-macam skim baru keluar. Maka, terima jelah SBPA ni. Grab segala opurtunity yang ada ni.

kami sudah.. anda bila lagi?? (:

*ni hanya pandangan bagi orang yang baru keje nak masuk 4 tahun ngan sektor awam macam aku. Yang dah bekerja bertahun-tahun mungkin lain pendapat mereka.
* dan macam-macam istilah yang keluar untuk SBPA ni, kreatif masing-masing

20 December 2011

Lawatan sambil belajar: Zoo Negara

Dah lama sebenarnya berhajat. Sejak Eisya berusia setahun agak lagi aku dah pasang hajat nak bawa dia melawat Zoo Negara. Tapi asyik je tertangguh. Ada je yang menyebabkan perancangan aku gagal dilaksanakan. Kalau tak sebab kesihatan Eisya yang tak mengizinkan, ibu abah dia ni yang sibuk megalahkan menteri. Sudahnya, di usia 20 bulan baru Eisya merasa melihat pelbagai binatang secara 'real'

Seronok anak aku tengok rabbit.. Tapi bila suruh pegang kuda takut pulak. Selama ni kalau nampak kuda dalam tv, asyik la tepuk muka aku suruh tengok.

Beratur beli tiket. Bayaran masuk adalah RM20 bagi pemegang MyKad. Boleh la, kang murah-murah, binatang kat dalam Zoo ni nak makan apa pulak.

Disebabkan kami 'check in' ke Zoo pukul 2 petang, dengan keadaan Eisya yang baru bangun tidur. Awal-awal dia agak moody lah. Tunjuk monkey pun dia buat muka 'apa kena ibu ni??' Nasib baik monkey memberi kerjasama, elok pulak dia bergayut-gayut dalam sangkar tu depan anak aku. Seronok la budak tu, merasalah aku kena tepuk muka disuruh tengok 'monkey' Layan je lah kerenah anak, dia tak meragam sudah.

budak baru bangun tidur. tengok monkey peluk abah kuat-kuat. bila tengok monkey makan pisang, tepuk muka ibu 'nana..nana' Banana lah sayang..

hahaha..Eisya takut bila kambing ni datang dekat. kambing PakLong kat kampung tak pulak awak takut..

Secara keseluruhan, aku rasa memang berbaloi lah bawak Eisya ke Zoo Negara. Sangat bagus untuk sesi memperkenalkan binatang kepada dia. Selama ni tengok gambar je, tak pun tengok kat Animal Planet. Bila dapat tunjukkan binatang sebenar kat dia, aku sebagai ibu memang rasa puas hati. Biarpun aku tengok dia adakalanya macam boring je. Buat muka pelik bila aku tunjuk 'bear' Mungkin dia sibuk pikir 'bear ke ni?? apsal buruk sangat ni?? bear kat umah kaler pink, kaler coklat, ni apsal kaler hitam ni?" Hahaha..kesian anak aku nak kena pikir..

Sesiapa yang belum berkesempatan, aku rasa boleh lah cari masa dan bawak anak-anak ke Zoo Negara. Bagi anak-anak bermesra dengan alam (:

Eisya teruja tengok Zirafah (:

Mula-mula Cha takut bila gajah tu datang dekat. Tapi bila tengok ibu dia ni bagi gajah makan anggur, terus hulur anggur kat tangan dia nak bagi gajah makan.

Tips ke Zoo Negara 

1. Yang penting: Bawak bekalan air yang mencukupi. Juga makanan ringan nak mengisi perut. Payung juga jangan lupa. Tapi masa aku datang melawat, cuaca adalah sangat memuaskan hati. Redup je. Berangin pulak tu. Maka, tak la merasa sangat keletihan. Tapi tu pun berpeluh ketiak kau. Nasib baik Eisya sporting nak duduk dalam stroller. Aku yang beriya, tiap kali berhenti depan cage, dukung keluarkan dia kasik tengok binatang yang sedang berehat dalam sangkar tu.

2. Animal show ada 2 kali sehari, pukul 11am sekali. Dan ulang tayang sekali lagi jam 3.00pm. Dan walaupun mula jam 3.00pm, pukul 2.30pm seats dah penuh. Maka, sila datang awal. Baru boleh pilih tempat duduk menarik.

jom tengok animal show!!!
ibu ngan abah yang teruja nak tengok sea lion

3. Beli lah peta zoo yang berharga RM2 ni kat kaunter masuk tu. Sangat bermanfaat, kalau tak merasalah jugak melilau sana-sini.

Pemandu pelancong kami. Aku hanya tahu 'yang, tiger belah mana?? ni nak gi kanan ke kiri ni??' sambil teguk air mineral.

4. Pergi awal pagi. Supaya tak sakit kepala melayan jammed nak masuk ke zoo. Dah, tu je tips yang boleh aku share kan.. Takde apa-apa lagi kot.

Tamat sudah lawatan sambil belajar kita kali ni. Next kita pergi Aquaria pula ye Cha.. Ibu kasik awak tengok pelbagai jenis ikan. 

*gambar melambak-lambak, tapi upload kat FB Cha jelah, sebagai kenangan. nanti dah besar boleh jadikan bukti ibu ngan abah dah bawak dia gi jumpa kawan-kawan(:

Kalau dah kemaruk

Bila dah minat, ginilah gayanya. Tengah malam pun sanggup berjaga. Asalkan perancangan yang otak dah set dari tadi berjaya dilaksanakan. Dah tahap kemaruk pun iye jugak kot. Tapi serius, memang suka. Tak kesah mengenepikan masa tidur. Sanggup berjaga sorang-sorang kat dapur main tepung pelbagai warna. Semuanya sebab suka.

Dan bertambah suka bila hasil sangat menerujakan. Bulat-bulat, gebu-gebu Apam Polkadot saya. Comel *layankan aje perangai pompuan yang memujia hasil keje sendiri ni*

 Taraa!!! Apam Polkadot gebu saya.

 Makan cicah teh'o panas..perrghh..memang syiok

Kali ni apam ni memang jadik sangat lembut. Gebu je. Biarpun buat malam, esok pagi tetap gebu. Tak payah nak kukus semula. Maybe sebab aku gunakan tepung Superfine yang selalu aku guna kalau nak buat muffin. Lepas ni memang guna Tepung Superfine je lah jawabnya. Sebelum ni puas gak fikir macam mana nak kasik apam ni lembut. Dapat sudah jawapannya kini.

Eisya suka apam warna biru.. bagi yang purple, dia letak semula, Pastu amik yang warna biru. Alahai Cha, sama je rasa dia Cha, warna je lain.

Dari breakfast hingga la ke petang, hadaplah Apam Polkadat sepanjang hari.. (:

Dan malamnya pula, aku buat muffin pulak. Sebab niat asal memang nak buat Coklat Muffn, tapi sebab stok baking chocolate sudah habis, tu yang ganti dengan apam polkadot tu. Disebabkan 'kemaruk' terus aku terjah Mydin carik coklat. Pergghh, semua orang tengah 'kemaruk' mem'baing gak ke? Baking chocolate yang aku beli ni last bar okay..

Okay, kena mengasah bakat untuk membuat muffin.

Ye, kena gi carik muffin cup small size, buat besar-besar tak berapa menarik. Risau gak kalau tak betul-betul masak, tapi Alhamdullilah. Nasib baik masak dengan sempurna. Tu pun aku lebihkan masa membakar, ikut resipi asal 20min je.

*gmbr tak berjaya ditayang, sebab aku gagal menemui cara macamana nak convert gambar dalam REM file dari Blackberry ni ke JPG file.. nantilah, kalau dah berjaya aku tunjuk. Nak ke tengok??

19 December 2011

Tie-Rack

Ini bukan 'Tie-rack' buat untuk susun tie eh.. bukan, bukan..jangan silap sangka. Ini adalah Tie Rack Scarf. Aku pun baru tahu pasal shawl bernama 'Tie Rack' ni. Yelah, selalu beli kat Jalan TAR je. Mana la ada jual Tie Rack kat sana. Dan baru jugak tahu, yang kedai TieRack ni ada kat KLIA je.. *giler exclusice* Tapi tak pastilah kalau sekarang dah ada branch lain. Tapi tak payah risau, sekarang kan segala-segalanya ada di alam maya. Klik sana, klik sini..Esok dapat apa yang diingini. Semua di hujung jari (:

Boleh terjah Tie-Rack Lovers sekarang!!!

Peerrghhh!! Design Satin Shawl dia memang menawan hati lah. Design abstrak idaman kalbu.

Jatuh Cinta!!!

Sila jangan terngigau-ngigau ye Dayu.

Siyes, design shawl dia memang menarik. Kat Jalan TAR pun agak payah nak dapat shawl design gini. Kalau pashmina memang banyak la. Tapi aku macam tak baper minat ngan pashmina, kain dia tebal kot..pastu panjang sangat. Tapi tak minat, tak minat pun..melambak gak koleksi aku. Semua sebab corak/design dia yang mengoda.

Nape aku tak tau pasal Tie Rack ni dari dulu *sian aku ketinggalan*

Mata juling browse shawl

Yang lagi best, shawl dari Tie-rack lovers ni memang datang dari UK. Harga yang ditawarkan juga adalah yang terbaik di pasaran buat new stock tie rack shawl. Tak dapat lah dari online shop lain. *boleh cuba kalau tak percaya*

So, apalagi.. boleh la try TIE RACK pulak..

Alahai anak

Ini aktiviti kegemaran Eisya buat masa kini..

Tak pasti dari mana dia dapat idea na buat macam ni. Sebelum ni dia reti 'mengemas' je. Habis semua barang dalam laci tu dia punggah bawak keluar. Tapi 2,3 hari lepas dia start masuk dalam tu. Duduk sambil tersengih-sengih buat muka tak bersalah. Makin kita suruh keluar, makin galak dia kat dalam tu.

tengok muka dia.. geram

siap berjoget kau. ibu dah seriau je kalau laci tu patah. awak tahu eh abah nak dapat bonus bulan ni Cha..

bila suruh keluar, bukan dia turun. makin dia peluk TV tu adalah. Huhuhu..semoga laci itu terus kukuh, dan mampu menampung berat anak dara sorang ni. Nasib baik 10kg Cha.. kalau tak memang dah patah kot Cha.. 

Macam-macam okay gelagat budak ni sekarang. Dengan dah pandai merajuk, pandai marah. Ada masa rasa comel, ada masa memang menahan je. Tapi ada masanya, merasa jugak kena lepuk. Tak boleh dibiarkan, kang dilayan sangat kerenah dia, naik lemak. Mana boleh, nak dengar kata dia je. Kalau nak pakaikan diapers pun degil meronta-ronta, kaki tendang-tendang muka ibu.. harus merasa sedas peha tu. Sambil aku lepuk, sambil tu terangkan kenapa aku pukul dia. Dengan harapan dia akan faham, apa yang dia buat tu tak elok. Tak baik.

Biarpun kemudian dia nangis bersungguh-sungguh, kuar air mata, air hidung segala. Aku biarkan aje. Biar dia tahu. Kang penat-penat aku marah, pastu terus gi pujuk. Takde lesson learnt di situ

Selalu juga aku baca status-status kat FB tu orang yang meluahkan rasa bersalah sebab marah/pukul anak. Rasa teruk. Rasa umpama ibu yang sangat tak berguna. Jangan..jangan rasa sampai begitu. Itu salah satu cara mendidik anak, bagi aku. Kan pepatah melayu sendiri ada kata 'sayang anak, tangan-tangankan' Aku setuju dan percaya akan kenyataan tu. Anak tak boleh terlalu dimanjakan. Kalau dia memang salah, tanggungjawab kita sebagai mak bapa untuk perbetulkan. Dan kalau dengan 'naik tangan' sekali-sekala tu lebih berkesan, gunakan la. Tapi sila jelaskan, dan terangkan kenapa kita pukul dia. Biar dia tahu, kita bukan sengaja nak sakitkan dia.

Biar dia macam tak faham.. tapi mungkin kita yang rasa dia tak faham. Dia faham sebenarnya. Jangan rasa sia-sia je cakap berkali-kali. Dan jangan rasa kita adalah ibu yang teruk kalau kita adakalanya hilang sabar dan marah lalu terpukul anak kita. Kita pun manusia biasa.

Kan 'Parenting is Lifetime Learning'

*ni lagi satu kes budak bertuah ni, cukup tak suka pakai seluar sekarang. asal pakaikan, dia bukak. sudahnya, suka hati awak la Eisya Elyssa


14 December 2011

Ini namanya Keinginan *tapi tak mengatasi kewarasan akal*

Alahaii, susah sungguh jadik orang perempuan yang bernafsu 9 ni. Berkeinginan kat semua benda. Semua benda dirasakan perlu. Semua benda nak kena ada. Tengok ni, nak. Tengok yang tu, pun nak jugak. Alahai.. Tapi nak buat gaya mana kan, dah nama kita perempuan. Gini la gayanya..

Ke ada yang nak kata dia tak begitu? Mampu kawal hawa nafsu yang cuba menguasai keinginan tu sampai akhirnya mengawal akal?

Aku ni adakalanya berjaya juga kawal, tengok sekadar tengok. Meleleh air liur kat situ je, tapi akhirnya pejam mata je. Buat-buat lupa. Kalau lah mampu, kalau tak 2,3 hari gak asyik la terbayang-bayang. Tapi ni selalunya kalau sedar diri dan keadaan kewangan adalah sungguh-sungguh tak mengizinkan. Tapi kalau tiba-tiba lupa diri, pulak tu, duit macam ada terlebih sikit. Mulalah, terus hilang arah.

Ni hah.. ni yang aku teringin sangat ni.

Corningware Casserole

Sejak kawin, sejak ada rumah sendiri. Sejak ada masa nak mengaplikasikan pelbagai resipi yang ditemui, aku macam makin rajin la memasak *cewah* Dan sejak tu jugak aku selalu berkeinginan nak memiliki periuk-periuk kaca yang elegant seperti di atas tu. Mesti jadik makin bersemangat aku nak berkarya kat dapur. Tapi bila mengenangkan harga dia yang macam agak mahal, sudahnya aku pakai aje periuk besi cap buaya tu. Tapi keinginan hati tak pernah pudar. Simpan je dalam hati, diam-diam.

Semat dalam hati 'ada duit beli, takde duit diam sudah' Setakat ni ada seketul je, tu pun beli guna voucher. Dapat la harga murah sikit.

Sape tak suka ada dinner set complete lawa gini. Tapi Ekwan pernah kata kat aku 'apa beza ngan yang satu set rm70 tu awak, apa best sampai ratus-ratus ni?' Eleh.. cuba sendiri basuh pinggan. Cuba rasa berat tak berat tak pinggan yang harga RM70 tu. Tapi itu bukan sebab utama kot, ni lebih kepada kepuasan. Kepuasan semata. Bila kata untuk kepuasan, nampak macam tak perlu je benda ni semua kan. Takde set pinggan ni, boleh juga makan. Tu belum lagi ada yang berbunyi 'kalau masak dah sedap, makan guna pinggan plastik pun sedap, tak payah pinggan mahal-mahal' Huhuhu.. memang sadis lah..

peerrghhh, dapat ni memang aku senyum seminggu kot

Tu yang bila Fashya buat offer untuk beli benda ni secara ansuran, aku rasa nak join sama. Konon tak terus kata setuju, konon nak fikir dulu. Tapi dalam hati dah melonjak-lonjak, siap konon nak bayar 2 kali je *macam banyak sangat duit kau kan Dayu kan* Tu yang bila Fashya follow-up terus je kata 'ok..jadik' Dan terus aku belek katalog.

Dan sekarang tengah pening tak tahu nak amik yang mana..

Dalam kepala sekarang asyik la 'Cornelle... Corningware.. Vision..' Tapi aku macam berkenan lah ngan set luminarc.. 

*eh, kalau berminat nak join sama skim ansuran Puan Fashya, boleh la hubungi dia,


De'Home Project

Perhatian!! Perhatian!!

Ini ada berita baik nak bagitau ni, terutamanya kepada bakal-bakal raja sehari, tak pun yang nak bertunang. Yang nak buat majlis harijadi anak pun kena baca sekali. Tak terkecuali juga yang nak buat majlis akikah ke, Bridal Shower ke.. apa-apalah event yang nak dianjurkan.. Meh sini, achik ada hebahan umum nak buat ni.

Buat yang nak jadik tunangan orang, nak bergelar raja sehari. Kad dah tempah?? Kalau belum, apa kata gi jenguk De'Home Project ni. Wedding card custom made dia menarik tau. Sangat menepati selera.


 kad-kad berciri comel macam ni memang jadik pilihan hati. 
*merasa la Cha nanti kawin, kena layan selera ibu dia ni*

kad kawin tuan De'Home Project

Selain dari buat servis untuk Kad Jemputan ni, macam-macam servis lagi ada. Nak banner/bunting.. pun De'Home Project boleh buatkan. Signages nak ke lokasi kejadian pun depa boleh tolong uruskan. Dan seperti biasa. Semuanya adalah berciri comel dan menarik. Harus terpikat. Bukan setakat tu je servis dia. Mini pelamin ada, Hand Bouquet ada.. TQ tag pun De'Home Project boleh buat. Yang penting, semua direka ikut kehendak customer.

Dengan motto mereka 'Servis Mampu Milik Untuk Semua' Tawaran harga pastilah menarik.

Mini Pelamin *tgh promosi ni*

Hand Bouquet

Petunjuk Arah supaya tetamu tak sesat

TQ tag beserta paper bag

Cute TQ Tag

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok sendiri kat Facebook De'Home Project ni. Dan kalau berminat, apa lagi, PM aje. Admin De'Home Project sedia nak melayan. Sekarang tengah ada promosi ni. Kasik terjah sekarang.

Untuk sebarang pertanyaan lebih segera, boleh terus contact:

Pn Nadia: 012 - 237 8065
Pn Erni: 017-696 5938


*gembira aku tengok bila kawan-kawan dah mula ada bisnes sendiri.


13 December 2011

Benda menarik nak kasik share

Isu hangat masa kini, yang asyik didebatkan sepanjang masa. Minum pagi bincang hal ni, dalam lif pun dok cakap pasal benda ni. Kat opis lagilah. Benda ni saje diborakkan. Selagi tak betul-betul dilaksana, memang ginilah gayanya. Banyak sangat cakap-cakap pasal SBPA ni. Tau dah kot, apa tu SBPA kan..lagi-lagi yang bergelar penjawat awam ni. Hot stuff SBPA sekarang ni?.

'kau sign tak??' Itu soalan favourite masa kini (:

Bila pekeliling dah keluar, takde Lampiran C (jadual gaji) masing-masing frust. Yelah, kan katanya ada kenaikan gaji yang agak lumayan. Semua tak sabar nak buat perancangan kewangan 2012 *termasuk lah yang tukang taip ni* Tapi berusaha tak nak berharap terlalu tinggi, takut frust. Dahlah takde pape taklimat lagi pasal SBPA ni. Geram gak aku. Tapi borang Opsyen dah sampai. Uiihh.. aku letak tepi sesaje lah..

Pagi ni dapat email yang sedikit menarik.

benda menarik kena kasik extra large. 



study lah kasik paham.. aku sampai ke sudah tak paham (: tapi tengok angka2 tu tersengih jugak. paham tak paham peduli

Maklumat kat atas ni mungkin bermanfaat bagi penjawat awam dalam skim J.. sorry geng, skim lain aku takde. Tapi ngan jadual gaji minimum ngan maksimum kat atas tu, boleh kot buat anggaran (: Pape..syukur tu paling utama. Alhamdullilah ada kenaikan gaji yang boleh dikatakan agak lumayan. Dan siap sedia, barang mesti naik harga nyer. Tak payah jauh, nursery Cha yang dikelolakan oleh jabatan pun boleh naik harga. Yelah, dah parent smua naik gaji katanya.. tak kan nak remain yuran lama kan.

*keje dalam sektor awam ni.. semua benda tak boleh nak rahsia. Dapat bonus pun tak boleh nak sorok-sorok. Habis satu Malaysia tahu. 

Motivasi pagi

Ada masanya klau kita terlalu memikirkan, membanding-bandingkan apa yang orang ada, kita takde.. asyik rasa cemburu tengok hidup orang, rasa tak puas hati memanjang dengan apa yang kita ada.. Hidup boleh jadik huru-hara, baik-baik tenang, terus asyik nak memberontak je kejenya. Buat benda semua jadik tak kena nanti.

Ye.. mungkin ada eloknya jugak kalau kita amik somebody untuk kita jadik sebagai garis aras kita nak perbaiki diri. Untuk kita jadikan idola, untuk kita jadikan perangsang nak perbaiki diri. Amik positive side sudah, jangan kau nak banding-bandingkan diri ngan dia lak. Jangan la asyik keje merungut je 'nape dia boleh dapat ni.. dapat tu.. aku?? apa je ada?' Kalau merungut komplen membebel kat diri sendiri je, takpelah..boleh la tahan lagi. Sendiri tanya, sendiri carik jawapan. Tapi kalau sampai meluah rasa kat orang sekeliling, mengadu domba nasib diri.. silap-silap sendiri yang malu. Umpama menayang kelemahan dan kekurangan sendiri..

Jangan..jangan, mungkin sendiri tak rasa malu.. tapi kalau dah mengheret orang lain. Kesian dia, tak pasal-pasal aib sekali.

Actually, kenyataan di atas juga adalah dituju untuk diri sendiri. Peringatan supaya sendiri tak terbabas. Lumrah kot, mana ada makhluk kat muka bumi ni pernah puas dengan apa yang dia dah ada. Semua benda rasa tak pernah cukup. Dah ada kete 2 bijik kat rumah, pun masih terpikir 'isskk kalau dapat Wish sebijik best gak ni..senang nak balik kampung' Tak gitu?? TV kat rumah elok je lagi, boleh je lagi nak hadap 24 jam sehari pun tapi bila jalan-jalan kat mall singgah gak kat electric department survey-survey harga LCD 42" Tu belum lagi saje test ke'empukan sofa-sofa kat Macy.. sedangkan sofa kat rumah molek je lagi buat baring-baring malam hari tengok tv sampai tetrido-tido.. Tu lah namanya tak reti rasa puas.

Nak buat macam mana.. nafsu kan adakalanya berjaya mengatasi akal.

Tu yang bila tengok orang lain hidup senang sikit, mewah sikit mulalah rasa cemburu. Rasa dengki. Lagi-lagi kalau difikir-fikirkan 'kenapa dia boleh hidup mewah gitu?? keje sama je ngan aku' Kenapa?? Kenapa?? Jangan tanya banyak-banyak..tak baik.. Dah itu rezeki dia yang Allah nak bagi, yang kita nak persoalkan kenapa.. tak baik. Kan masing-masing ada bahagian masing-masing kat dunia ni. Mungkin rezeki melimpah ruah belum tiba untuk kita..

Mungkin juga mereka dapat kemewahan material yang begitu, nampak sangat happy. Nak berbelanja boleh sesuka hati. Tak payah nak pikir 2,3 kali. Berkenan beli. Tak payah nak rolling duit sana sini. Tapi camne aspek kehidupan yang lain? Sama ke ngan life quality yang kita ada?? Entah-entah dia lagi jealous tengok kita yang pukul 5 dah boleh cabut balik rumah, boleh main geletek-geletak anak beranak depan TV sambil makan nugget ayam, sedangkan dia still lagi kat opis. Kita hujung minggu rileks je duduk rumah jahit manik, buat frame, masak-masak, buat kek *walau adakalanya gagal* dia kat rumah hadap keje.. memang patut lah gaji dia berganda-ganda dari gaji kau.. pastu kau nak jeles.. *mana adil*

Maka, hidup ni sentiasa berkait dengan PILIHAN. Mana mungkin nak dapat semua benda sekaligus. Tamak sungguh bunyinya. Dan paling penting, sentiasa pupuk rasa bersyukur dalam diri. Apa yang kita ada sekarang dah cukup baik, tapi dalam masa yang sama aim higher. Dalam hidup ni kenalah ada target juga, kalau tak hidup ni tak mencabar lah, plain je jadiknya.Boleh demotivated jadiknya.

Okay.. by 30 aku target ada rumah milik sendiri. Tak dapat banglo, teres 2 tingkat pun jadiklah, okay..okay, setingkat pun layan lah *mahal sangat harga rumah kat KL ni*

Motivasi diri di pagi hari

*walau tak dapat hidup mewah, aku rasa aku ada orang-orang yang beri aku kasih sayang dan perhatian tak berbelah bagi. walau adakalanya tetap rasa 'apasal laki aku tak macam laki dia tu, laki dia ni..' Tapi bila difikirkan kesanggupan dia melayan kerenah aku yang macam-macam, terus cepat-cepat muhasabah diri.. jangan terlalu meminta, pikir dulu apa yang kita sumbangkan..


12 December 2011

My Pirate girl

Eisya sejak diserang sakit mata bulan lepas, hampir 2 minggu dikuarantinkan dan setelah pulih, dia seakan ada satu tabiat. Mungkin dah terbiasa sangat masa skit aritu, sudahnya terbawa-bawa smpai ke hari ni. Sekarang dia suka sangat tutup sebelah mata dia. Tak nak bukak dua-dua. Bangun tido pagi-pagi, mesti tersengih-sengih ngan sebelah mata terkatup. Amik gambar pun tutup mata sebelah. Kadang-kadang, tengah duduk-duduk tak buat apa pun, tengok-tengok dia tutup sebelah mata dia..

Puas suruh bukak, baru dia bukak.

Abah dia kata 'otot mata cha dah terbiasa..arrghh sudah..pirate girl anak aku'

orang suruh sengih..ye dia sengih, tapi mata kiri mesti dia tutup

tengok!!! mata mesti terkatup

Buat apa-apa pun mesti tutup mata sebelah.. di mana-mana. Menangis pun tutup mata sebelah. Terasa risau jugak. Mana lah tau ada pape yang tak normal selepas sakit mata hari tu. Tapi bila dia bukak mata, mata dia okay je.. Aku assume Cha dah terbiasa kot. 2 minggu hari tu hidup dengan mata tak boleh bukak sebelah.. dah baik pun tak boleh tinggalkan habit tu.. 

Positif je lah..



Okay, nanti ibu carikkan Cha penutup mata eh.. kita main 'Pirates in the House' eh..

05 December 2011

How to: Fabric Frame/Panel Wall Art

Mudah. Senang dan Menjimatkan

Ni keywords kalau nak meng'DIY.. kalau DIY tu lagi costly, baik gi beli yang dah siap je. Lagi senang. Tapi sesungguhnya, untuk hiasan dinding ni.. memang lagi best kalau DIY. Sebab memang mudah. Aku buat sorang-sorang je. Sambil Cha menyibuk sama nak tolong (: Mula Ekwan kata nak tolong buat, tapi tunggu dia asyik tertangguh je. Last-last achik buat sendiri sudah. Biasalah achik mana pandai nak menyabar.. Semua kena segera.

Idea asal aku cilok dari Jessica Jones ni.. buat masa sekarang, hasil keje dia adalah sumber inspirasi aku *sesambil cilok* Hasil keje dia lawa-lawa, menarik lak tu. For more details, boleh rujuk blog Jessica ni. Aku tak amik progress details..*ada gmbr tp tak reti nak transfer dr Blackberry ni, jakun* Lain kali kot.. Buat kali ni, ni jelah yang mampu aku kongsi bersama.

Peralatan diperlukan: Staple Gun (aku takde stapler besar tu, maka hammer ngan paku tekan la dimanfaatkan), Gunting, Kain, Kayu frame (kedai hardware banyak jual) tapi aku ngelat, aku guna je kayu RIBBA frame IKEA yang dah lama terperap dalam stor..lagi mudah lah 

*kain aku beli kat Nagoya, semeter RM23.90.. tp pakai sikit je.. memang boleh buat byk set lah

*sengih* Cik Eisya sibuk nak tolong ibu paku kan kain. masa nak paku kain tu, pastikan kain tu tegang la. Kalau buat 2 org lagi senang, sorang pegang other side kain tu, tarik kasik tegang, sorang paku kat another side. Nak kemaskan kain kat border tu, rujuk blog kak Jessica (:

Siap!! Amik anak suruh jadik model untuk tunjukkan scale frame tu. So kalau korang tak guna readymade frame, bolehlah buat size ikut suka kan.. Nak buat besar2 pun tak jadik hal.

lagi gambar anak menggayakan frame kain buatan ibunya.. ye..habis satu rumah dia heret frame ni. suka bukan main... macam dia yang buat. sedangkan dia tolong sepahkan paku tekan je, sampai ibu dia terjerit-jerit takut dia terpijak paku tu. 

Okay..mudah kan. Hujung minggu ni boleh cuba. Kain kat Nagoya tak berapa menarik design dia..tak banyak pilihan. Mana nak beli kain printed lawa-lawa gini hah kat KL?? Takkan nak order dari Canada sana...tak jimat jadiknya.

Kalau tau, bagitau eh..

Selamat mencuba.. Nanti dah buat, post gambar eh.. nak tengok