23 May 2016

#SewnByDayu

Last entry aku 16 Mac 2016....

2 bulan aku tak update blog. Hhhmm.. Tempoh yang sangat lama tu bagi aku. Selalunya, lepas sebulan muncul lah jugak entry baru seketl. Ni langsung takde. Busy. Takde masa. Selalunya masa rehat tengahari lah curik-curik masa update blog. Sekarang, waktu tu lah aku gunakan untuk potong kain. Balik rumah, malam-malam menjahit sambung kain. Dah asyik hadap kain dengan mesin je. Bila masa nak update blog nyer. Huhuhu,... Ni pun terbuka hati nak update bila Fiza whatsapp suruh update blog. Huhu.. Rindu sungguh gayanya. Dan hari ni dapat menatap blog pun sebab aku tak bawah kain untuk digunting. Saja merehatkan diri. 

Alhamdullilah. Tempahan skirt #SewnByDayu dapat sambutan hangat. Sampai rasa macam tak terbuat dah. Tapi mengenangkan tu semua rezeki, aku korbankanlah masa tidur. Demi menunaikan amanah yang diberikan. Chewaahh... Yelah, kenalah berikan yang terbaik kan. Kualiti kena jaga. Aku memang cukup risau kalau tetiba skirt yang aku jahit tu tak muat. Kes naya weh.. Tapi Alhamdullilah, setakat ni semua boleh gayakan skirt tu happily. Achik Dayu lagi lah tersengih tengok anak orang posing kesukaan gayakan skirt yang dia jahit.







Melting tengok anak orang gayakan skirt yang kita jahit. Sorrylah, tak dapat nak upload semua. Nanti achik upload kat sesi seterusnya ye.

Kebanyakan order yang aku terima adalah dari kawan-kawan. Aku rasa bertuah sangat memiliki kawan-kawan yang sangat memberi sokongan atas setiap apa yang kawan-kawan usahakan. Hasil order kawan-kawan, share gambar anak-anak derang. Adalah aku modal nak buat iklan seterusnya. Thanks semua!!!

Dan atas dorongan derang jugak, aku create page khas untuk #SewnByDayu. Yelah, campur-campur kat FB personal susah gak nak manage. Nanti silalah jengah ye. 
Dan alang-alang tu, klik lah 'LIKE' sekali