Tahniah..Tahniah sebab berjaya menghilangkan diri berbulan lamanya. Teruk giler perangai abaikan blog sebegini sekali. Sampai hati abaikan blog begitu sekali. Gaya macam busy bebenor. Hakikatnya..malas je lebih. Keje memang lah sentiasa ada, tapi kalau pandai luangkan masa. Mustahil terbiar begini blog. Tapi tiba-tiba rindu kat blog sendiri. Rindu nak merapu kat sini.
Dan, muncullah entry ini.
Aku dah masuk minggu ke-32 weh, terasa sangat pantas masa berlalu. Tak pantas manalah, sebab aku sebenarnya menghitung hari bilalah nak bersalin. Ikutkan due date adalah pada 18 April 2010. Sangat hampir dengan kelahiran Eisya. Eisya 20hb. Kalau dapat sama tarikh, amazingnya aku rasa. Senang ibu nak plan birthday party 2 beradik. Sekali gus.. tak dapat sama tarikh, sama bulan pun memang merasalah korang kongsi kek. Tapi kalau sah bagai yang doktor scan, adik baby will be a boy, kenalah ibu tempah 2 kek. Untuk adik haruslah tema boyish kan, kakak tu belum pasti. Sebab selera dia berubah-ubah. Kejap nak Dora, kejap nak boboiboy, kejap nak Ben-10, kang tiba-tiba nak princess. Kecelaruan identiti dia tu. Yelah, selalu sangat gurau kasar dengan abah, tu yang lupa agaknya dia tu perempuan.
Serius, tak sabar nak bersalin. Tak sabar sebab aku memang sangat lembik pregnant kali ni. Rasa macam tak larat sungguh nak bawak badan. Sakit pinggang, sakit bontot, segala-galanya sakit. Dengan masalah kencing manis, kencing kotor.. macam-macam. Tapi yang best, badan tak mengalami perubahan yang sangat ketara. Berat naik 3 kg je. Gembira sungguh. Sehingga kini aku masih boleh sarung baju kurung ok, tapi kurang selesa lah. Masih gigih ke tapak projek walau hakikatnya malasnya dan semua orang kata 'bawak-bawak lah duduk kat opis je, kang tak pasal-pasal beranak kat site' Memang hakikatnya itulah keinginan aku, tapi nak buat camne, dah keje kan.
sebelum berpanas di atas jalan raya. ni gmbr semalam ni, in 32 weeks aku merasakan perut aku seakan kecil. tapi kenapa bila baring, rasa macam 'besarnya'
kagum sebab masih boleh sarung baju korporat JKR ni.
Ramai yang teka anak aku yang kedua adalah lelaki melihatkan gaya perut aku yang ke hadapan. Membulat kata mereka. Setakat ni pun doktor scan kata lelaki. 2 orang kata lelaki. Adik baby memang agak berahsia. Menyorok, mengepit je kejenya. Scan time 30 weeks baru doktor nampak, tu pun lepas lama doktor tenyeh perut ibu ni hah. Tak kesah pun sebenarnya, lelaki ke perempuan.. aku ngan Ekwan terima je. Tetap jadik anak kesayangan pujaan hati. Sape tak sayang anak kan.. yang penting sehat, sempurna. Walau hakikatnya hati aku lagi suka kalau aku dapat anak perempuan lagi sorang.
Sebab merasakan membesarkan anak perempuan macam sangat membahagiakan hati. Eisya anak yang sangat senang diuruskan. Walau ada masa mencabar kesabaran, aku kategorikan Eisya dlm golongan yang mudah dijaga. Eisya pandai bawak diri, pandai main sendiri. Tak selalu minta perhatian yang melampau. Dan yang penting dia manja dengan abah. Manja yang amat. Sampai kalau abah dia nak keluar rumah, kena menyorok-nyorok tak pun kena rasuah macam-macam.
Another 2 months, tak sabar. Tak sabar nak beranak, dan tak sabar nak cuti 3 bulan.