Pagi tadi semasa Eisya bertukar tangan, dari ibu ke Kak Yana dia di '
school', ada ramai lak budak pagi ni. Selalu bila Eisya sampai baru ada sorang je. Tapi pagi tadi ada 4 orang dah. Duduk berkumpul depan tv sambil mengunyah biskut. Yang kecik, asyik je nyonyot puting. Kak Yana Eisya kata '
bibik diaorang lari. dulu kecik2 mmg dok sini'
Hhmm, kesian gak kan kat majikan-majikan yang bibik melarikan diri ni. Duit dah kuar beribu-ribu dah.
Kalau difikir-fikirkan balik, agaknya kenapalah orang-orang gaji ni asyik melarikan diri je? Aku memang lah takde
maid. Pernah gak terasa mcm nak ada orang gaji, tapi bila aku membayangkan ada orang lain, ada
stranger dalam rumah aku, aku padamkan keinginan tu. Kononnya, selagi mampu, aku nak uruskan sendiri rumah aku yang tak bertangga ni. Iye, selagi daya, tapi manalah tahu nanti kalau dah beranak 3,4 orang *
uuii...3,4 orang kau, suka laki aku* rumah pun dah bertangga, dah makin banyak kawasan nak kena sapu, nak kena mop. Mungkin waktu tu aku menyerah kalah lah kot. Lagi-lagi bila kos mengaji
maid itu lagi berbaloi dari menghantar anak ke
nursery.
Reason kebanyakan orang amik
maid pun sebab ni lah kan. Jimat la katanya.
Selagi boleh, aku nak buat sendiri. Tapi kalau sekarang pun asyik terbongkang je.. larat ke?? Kita tengok je lah nanti macam mana.
Ok...ok.. Kenapa agaknya maid/bibik/orang gaji ni suka main lari-lari?? Kalau lari bawa beg baju je takpe, ni habis harta tuan rumah pun diangkut sekali. Banyak dah kes aku dengar, maid makcik aku je dah bape ramai yang lari. Asal aku dtg umah je, mesti
maid baru, tanya mana yang lama, mesti jawapan aku dapat '
lari dah' Masa kes pertama dulu, memang emo habis dia bercerita, tapi sekarang ni macam rileks je lak dia jawab '
dia lari petang aritu, balik2 tgk takde dah' Macam dah biasa lak.
Antara sebab-sebab aku rasakan kenapa diaorang lari keluar dari rumah lah. Semua berdasarkan pemerhatian aku lah. Bukan pengalaman sendiri, sebab aku tak pernah jadik orang gaji dan tak pernah mampu nak mengaji orang.
1. Tidak selesa, tiada privacyKau kalau duduk rumah orang, suka ke?? Duduk rumah sedara sendiri pun, masuk hari ke-2, hari ke-3 dah panas bontot, pikir nak balik rumah sendiri. Inikan pulak kena bekerja kat rumah orang. Dah lah tak boleh nak keluar jalan-jalan menghiburkan hati. Terperap je dalam rumah. Harapkan
boss bawak kuar gi Tesco, Giant je lah. Tu pun
still kena jaga anak boss. Tak
feel langsung. Nak keluar
dating lagi jangan harap. Tu yang masing-masing dok pikir, baik aku keje jadik
cleaner, kul 5 habis keje dah. Biar gaji macam sikit, kena bayar sewa rumah lagi, duit makan minum, transport gi keje. Tapi keseronokan hidup tu lagi dipentingkan. Siapa lah boleh tahan dok dalam rumah je.
2. Waktu keje yang tak tetapOrang keje kilang pun ada working hour beb, 7am-7pm. Kira OT lagi. Jadik maid mana ada OT. Bangun kul 6 pagi, habis keje ... entah pukul berapa. Selagi tuan rumah kau tak tido, selagi tu kau jangan tido. Kalau dapat cuti dah kira bagus, kalau tak keje lah kau 7 hari seminggu.
Task pun macam tak pernah menentu. Semua dia kena buat. Dalam rumah dia kena jaga, luar rumah kena jaga. Tak larat weh.. memang la dia carik duit sebagai maid tapi jangan lah melebih-lebih. Sampai air minum pun kau panggil dia suruh amik kan. Mandi anak pun dia, basuh berak anak pun dia *
kalau ada yang terasa aku mintak maaf*
Perlu diingati,
maid tu hanyalah PEMBANTU RUMAH. Ditegaskan, PEMBANTU bukannya pengurus kerja rumah. Janganlah kau letakkan smua keje-keje rumah tu kat dia. Jaga anak dia,
baby pun kau bagi tido ngan dia. Syiok lah, tak payah bangun malam bancuh susu anak. Dengan alasan esok kau nak bangun pagi gi keje, habis kau ingat bibik kau tak keje ke esok? Gaji dia tetap sama gak kau bayar. Dah lah siang-siang, 8-10 jam anak duduk ngan bibik je. Malam pun kau nak suruh dia jaga gak. Kang anak lebih suka tido bawah ketiak bibik kang, sendiri yang nangis.
Sorry kalau ada yang terasa, tapi aku tahu ramai yang buat.
Lagi haru kalau ngan laki-laki kau dia jaga. Tapi aku tahu memang smua pilih bibik yang stok-stok konon laki tak berselera lah nak memandang. Tapi kalau dah kain baju kita dia basuh, makan minum pun dia jaga urus, kau ingat tak boleh terpikat. Kalau boleh masak lah sendiri, mintak bibik, potong-potong bawang je. Basuh-basuh pinggan, kuali, periuk je bagi kat dia. Menumis, mengulai tu buat lah sendiri. Biar suami ngan anak-anak merasa masakan air tangan kita sendiri.
Aku tahu, ramai juga yang layan
maid macam sedara. Bagus, biar dia rasa macam manusia biasa. Ada juga yang ajak maid makan semeja. Belikan barang harian pun bukan jenama cikai-cikai, sama je macam tuan rumah punya. Setiap bulan ada je baju baru. Bawak makan kat tempat best-best. Order la, nak makan apa pun ikut suka. Memang bertuah dpt boss macam tu. Tapi semua ni diaorang tak pandang beb, kalau merasa mcm kuli kat rumah. Tu belum lagi yang garang semacam. Cakap ngan maid macam cikgu disiplin marah anak murid. Cuma takde rotan je kat tangan.
Apa salahnya kalau ditetapkan waktu bekerja untuk
maid tu. Katakan pukul 6pagi sampai 8 malam ke? Ni pun dah 14 jam beb.. Dia pun tahu penat gak. Lepastu jangan lah smua benda nak suruh dia buat. Cuba kau, tak ke rasa nak memberontak. Tu yang dapat peluang, terus angkat kaki. Anak pun, malam-malam pun jaga lah sendiri. Cukup-cukup lah siang hari orang tu dok pegang anak kita. Kang kalau anak bergelak ketawa main ngan
maid, ngan kita pasif je, jangan lah dok tarik muka pulak.
Aku ni macam hebat je nak berkata mcm-macam kan. Yelah, belum merasa. Tak berada kat situasi tu. Biasalah, sendiri tak rasa mmg macam ni. Tapi aku anggap ni sebagai
gentle reminder buat diri sendiri lah.
Mana tahu nanti laki aku dah kaya, nak bagi aku 'bibik'