31 July 2008

Memories Time

*tajuk mmg tangkap syahdu la*

Bila dah asyik duduk umah ni, start la rasa boring. Nak keluar, smua org keje. Sape nak teman kan. Gossip Girl pun dah khatam. Nak membaca? Not so in mood.

Then start la main game budak2 kat V30 ni..boring gak. Pastu tiba2 terasa nak layan gambar lama2. Gambar zaman muda-muda dulu. Zaman masih bergantung idup ngan PTPTN kat UiTM tu. Gambar masa masih kurus dan selim melim dulu, gambar masa Ekwan kurus kering, gambar ngan my girl yang ketika itu masih bergelar anak dara *kini smua dah jadik bini org*

Huhu..ada satu feeling yang mcm syahdu je. Rindu kah itu namanya? *absolutely!!!*

Dan yang paling rasa tersentuh *melebih lah ko dayu* bila layan gambar ngan Ekwan. Ada 2 album khas gambar kitaorg je. Time diploma lah yang banyak. Time degree kurang skit sebab time tu cinta kitaorang huru-hara *nyesal..nyesal, rasa nk je lempang muka sendiri laju2 sebab jadik bengong time tu, tak kenal mana intan mana kaca*

20. 8.02: one of our photos. time ni 2nd sem diploma ni. baru balik dari kelas, gi lepak2 kat tasik shah alam. Favourite port dating bdk ITM ni. Tipu la kalau ada yang kata tak penah dating kat sini...takyah la nak kelentong. Masa ni Mc'D pun takde lagi..
note: baju yang ekwan pakai itu adalah hadiah pertama dari cik dayu, sekali terbesar. sampai skrg ekwan akan kata i failed bab pilihkan dia saiz baju

3 May 2003 - gmbar ni umi yang tangkap kan. Harus la i ingat. Time ni gi Genting sekali ngan Umi ngan Wak. Dalam cable car ni. See..see..betapa kursnya Ekwan time tu. Ngan rambut panjang dia, ngan misai bagai..*tapi dia tetap cinta hati saya*
note: gambar ini juga penah dicopy ngan size A3, Ekwan bawak gi Kedah tampal dalam bilik dia..*malu lak rasa*


inilah mak bapak si Raiyan, Ummi Naziha dan Mohd Yahya(wak).
Umi is my dearest roomate and Wak is Ekwan housemate. 8 bulan wak tunggu umi terima dia, tapi berbaloi kan. Kawin dah korang, sedangkan kitaorg couple dulu *jeles..jeles*
Wak, tak sia-sia aku bawak umi tgk korang main bola tampar malam tu...bertemu jodoh ko wak


9 Ogos 2004 - time ni pun kitaorg bercinta jarak jauh. Ekwan dtg dari Kedah nak celebrate our anniversary. Time ni my 1st sem degree. Seksa weh jauh2, bila dah biasa dekat je.

The anniversary is on 7th August. Tapi sekarang Ekwan kata dah tak valid. Sebab kitaorg dah penah putus dulu kan *sorry dear..* Pastu tak sure bila kitaorg being in love smula, tak boleh nak decide bila the exact date. Maka there's no more anniversary. Ekwan kata tunggu kawin je..baru ada anniversary smula.

Kurusnya dia time ni *dayu pun mcm kurus gak time ni* kata rindu-rinduan sebab berjauhan. sorang kat shah alam, sorang kat sg. petani

Banyak sangat kenangan *dugaan juga banyak* dengan Ekwan ni. Yelah, bape lama kan ngan dia. Lagi2 time kitaorg sama2 kat Shah Alam, gi kelas sama2, abis kelas sambung dating, lak sampai member2 naik meluat tgk kitaorg *heheheh...korang jeles la tu*

Namun di atas kesilapan +kebengongan Cik Dayu, cinta selama 4 tahun yang dibina, musnah gitu je. Argghhh!!! Tak nak la ingat balik. Biarlah semuanya berlalu...

Sudah..sudah...

Actually byk lagi gmbar zaman2 bercinta tak ingat dunia ni. Tapi sebab dulu mana lah ada digital camera kan, nak tepek kat sini kena scan, dah la takde scanner. Kena snap balik, nak edit smula bagi clear laceh lah. Lagi pun byk gmbar tinggal kat JB.

Balik ni nak kumpul semua gambar2 tu, nak masuk album khas...

30 July 2008

hah sudah...

Bangun tengahari pagi tadi, 1st thing dicari harus la handphone kesayangan tu kan. Tengok ada sms. Tapi tak tau sape. No ni dah byk kali antar msg tau. Msg2 forwarded yg biasa2 tu... Have a great day la, pape lah....

Tetiba terasa lak nak tau sape pengantar sms tu, sbb dah byk kali kan. So reply lah sms tu. Nanti Ekwan tanya takde lah terkulat2 nak menjawab.

'thanks for the wishes, but i'm sorry to ask..who is this?' -dayu

Then it replied

'i'm remy. can we be a fren?'

Hah sudah! Remy mana la pulak ni. Do i know anyone name Remy?? Takde rasanya. Maka masih lagi beranggapan baik, mungkin i know him somewhere. I replied his sms.

'Remy who? where and how u got my no?' -dayu

A minute later he replied.

' i got ur no from an ads'

Hah? Dapat dari iklan? Sudah..bila pulak no hp ni dijaja ni.

'hah? an ads? wht kind of ads? i don't think i ever had advertised my no'

'you did. i pay visit to my fren at KL couple months ago. i came across ur ads there'

Owwhhhh, baru teringat. Ni mesti iklan nak sewakan bilik dulu. Huhu.. Tapi i malas dah nak layan bdk tu. Tak reply pun msg dia. Lama lepas tu, dia that so called Remy sms me again.

'do you remember what the ads are about? in the ads you're looking for housemate. but i don't need room, i need fren. how old are you?'

Dia ni nak pe actually ni? Isskkk, ada ke carik kawan mcm ni. Banyak lagi cara lain weh nak carik kawan. Kalau betul nak carik kawan..baik dia gi register MySpace ke, Facebook ke, Friendster ke..lagi senang nak dapat kawan..

So, malas nak layan. Tak rajin. Maka, i decide to reply with something that will stop him sms me.

'i'm sorry. i don't think i can be ur fren. I'm married. Just married'

Hahhaha!!! Lantak la, menipu pun menipu la. Asal ko tak kacau idup aku lagi. Tapi kan dia ni kan mmg tak paham bahasa la.

'what wrong with that? we still can be fren right'

Arrgghhh kau pun. Dah terang2 orang ngaku dah ada suami pun ko nak kacau lagi *ke dia ni tahu i menipu erk?* Susah betul jenis tak reti bahasa ni. Maka, just ignore it.. Jap lagi kalau dia sms lagi delete je trus...*tak kuasa nak layan, buat perabis duit je*

Huhu..ni lah salah satu sebab Ekwan so insist i change my no. Terlalu byk nombor2 yang tak dikenali muncul kat screen ni. Dah la contact no untuk urusan rasmi keje pun i pakai the same no..

*tapi leceh la tukar2 no ni, dah lah pakai maxis postpaid skrg, nak tukar2 acc..malas*

29 July 2008

Arman Faris dah 4 tahun dah..

'Bape umur abang Long?' -makcik Yu

Terkial-kial la si Faris ni kuarkan 4 jari dia. Faris..Faris...

Training Ekwan cancelled, so semalam dapatlah dia join bday party Faris. Takde lah party mana pun, sekadar makan-makan ramai2. Kak Fatin beli Satay Hj. Samuri *dah la mmg teringin nak makan satay..tq kak fatin*

excited sungguh faris ngan kek dia.
ibu beli kat Secret recipe khas untuk awak tu abang long

bday boy makan satay..

pantang nmpk org nak amik gmbar dia ni, mmg pose lah. pastu mesti nk tgk gmbar dia kat kamera.. abang long..abang long

Kak Fatin & Abg Izan with their precious, Faris and Faiq

Achik Wan tgh ajar Faiq buat peace

pe awak buat tu Faiq?
takpe..dulu abang long awak pun tak reti. skrg ni, asal bergambar mesti buat peace...

Duduk kat sana sampai around 11pm, borak2 ngan derang. Layankan budak 2 org tu. Dan teruskan aktiviti memakan...pastu baru balik.

Bagi present lah dulu kan...suka abang long dapat hadiah.

Happy Birthday Arman Faris!!!

28 July 2008

Faris's Birthday

*skrg ni Cik dayu tengah menghabiskan cuti. maka seminggu ni i will be home*

And today is Faris 4th Bday! Dan disebabkan Achik Wan dan Makcik Yu dia ni terlupa yang arini bday dia, so hadiah pun tak beli la lagi.

Maka, tengahri tadi berkejar-kejar la Makcik Yu ke Sogo mencari hadiah. Ingat nak beli kan toys, tapi taun lepas dah beli mainan. Beli baju la tahun ni.

Pusing punya pusing, sedar2 dah dekat 2 jam kat situ. Tapi tak beli pape pun lagi. Semua berkenan. Huhu..jalan2 kat toddler ngan infant department ni, leka siot. Semua baju cute2, lawa2.. Patut la Pa'a kata, kalau gi mall, harus asyik membeli baju Si Sara je.

Last-last i beli kan Faris Kemeja Garfield. Dan dengan bermurah hati beli kan jugak Faiq baju.

wrapped dgn sampul spiderman..kotak je besar, dalam baju je

Majlis mula kul 8 malam ni, tapi Ekwan can't make it. Dia ada training malam ni. Balik keje kang dtg amik i..terus lah ke Hartamas tolona pape patut...

*huhu..bila nak gaji ni. dah la gaji ekwan pun tgh revised smula ni*

26 July 2008

I love Free Material with Quality

Bangun lewat seperti biasa di hari Sabtu setelah 5 hari memaksa diri bangun awal dan kesejukan mandi di pagi2 hari. Jam kat dinding yang penuh habuk tu, jarum pendek dah kat no 6, yang pjg kat 11. Hmmm..rasa malas nak bangun tapi bilik air memanggil-manggil...

Art tido umah kawan dia. Maka i'm all alone. Jenguk dapur jap. Panas kan laksa yang masak semalam. Ye, begini la saya. Suka masak something byk2 kali... Pastu makan sorang2 smbil ngadap kartun kat tv3..

Text Ekwan.. dia dah bangun. Dia kata dia nak gi Auction kat Kastam Kelana Jaya. Dia ajak ikut. Tapi tak nak. Panas la.. Tak rajin, lagi pun nak marathon Gossip Girl. Dia okey je..entah2 lagi suka..tak payah nak layan kerenah tunang dia ni nanti.

On V30..connect broadband *yang agak sengal dari malam semalam* bukak tribalwar jap. Wajib ni, Cik Dayu dah addicted kat online game ni. Sila salahkan tunang dia.

Then bloghoping jap... pastu jumpa satu blog ni. Terus terhenti aktiviti meronda di alam maya. He/She might be a writer. Tapi rasanya dia seorang lelaki. Dia letak collection of his novel there. Dan i download one of it 'Cinta Nasi Lemak' It is in Pdf File with 201 pages.

Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria

So, instead of marathon gossip girl, i was sitting and sometimes laying in front V30 read the novel. It's written there 'BAHAN BACAAN UNTUK PEMBACA DEWASA SAHAJA' *bdk2 bawak umur tak boleh baca ye* Tapi tu bukan maknanya novel dia berunsurkan 18SX but you have to be an adult to understand what he write about. To understand the way his blend the stories. Karakter watak2 dalam novel tu.

Tak tahu whether he is really a novelist + author + tv director as he assumed in his profile..tapi the novel is great!! Novel tu berjaya buat i sit still, keep reading *sampai sanggup tak mandi, ekwan tak sms i langsung pun tak kesah*

I was so amazed with his writing. Bukan senang nak dapat hasil2 penulisan yang berkualiti mcm ni -free pulak tu- kat internet ni. Selalu semuanya sekadar hasil karya penulis2 amatur, isi pun biasa2 je.. Tak rasa rugi ke erk dia ni? Kalau dia antar kat mana2 publisher mesti ramai je nak jual novel dia ni...

Tapi ni mungkin pilihan dia, dia tak kesah nak bagi orang baca free je kan..*amal jariah mungkin*

And bila abis baca the novel, i browsing for his other novel. Download another 2 of it. Tapi tak berani nak start baca, sebab takut i akan terus membaca bila mula baca the 1st page... Keep it for another session.

And i dropped him an email saying how amazed i was with his writing. Dan asked him to keep writing and finish the other 2 novel that he is working on as soon as possible for me download it *hahahaha..mesti dia kata tak bermanfaat punya budak, aku susah2 perah otak, ko tau nak download free2 je*

So onwards, if i kebosanan, i know where to find my reading material.

edited:

And then Ekwan texted asked me to get ready *baru teringat rupanya tak mandi lagi* Dia nak bawak gi makan *owwhhh...baru sedar dan terasa lapar*

Had our dinner at Mc'D, Onion ring Mc'D tak sedap. Layankan borak sampai berjam. Gelak2 tak ingat dunia. And i have great times with my dear uncit!!

25 July 2008

~ la la la la ~

Gossip Girl

Dah lama beli dvd ni, tapi baru semalam tengok. Dan bila dah layan 1st cd, macam tak boleh nak stop. Terus pasang 2nd cd, dan akibatnya..pukul 2 pagi baru tido. Dan pagi ni mengantuk tak ingat.

Best la layan movie ni. Seronok layan kisah idup anak2 org kaya ni. Nama2 watak dia pun macam menarik je... Serena Van Der Woodsen -seronok je nyebut nama dia ni-

Blake Lively as Serena

Dan Humprey (dia ni kejap mcm ensem, kejap mcm tak) Nate & Chuck Bass

Dah lah..takmo tulis panjang2 *ke actually tak tau nak tulis pe* Skrg nak layan cd ke-3 ni. Ada 5 cd ni.. weekend ni boleh marathon Gossip Girl. Nak beli Pushing Daisy la, ke nak beli Heroes Season 2 erk...

24 July 2008

Baru 2 bulan...

Semalam mak kesayangan Cik Dayu call, nak cakap TQ untuk kain2 yang i beli kan untuk dia -suka la tu dia- Kata dah janji kan..lagipun dulu2, mak yang beli kan baju raya semua kan. Baper taun dia yang tanggung makan minum kita kan.. Kini tiba lah masanya, derang lak nak merasa duit kita kan. 'ayah nyer along beli kemudian eh'

And suddenly she came with this:

'long, bila nak balik?' -mak

'awal bulan la, tunggu gaji baru seronok nak balik' -dayu

'jangan tak balik lak. kalau tak bila nak gi carik pelamin, mak andam semua' -mak

Huhu...mak aku. Semangat terlebih lak dia. Tahu la nak dapat menantu pertama kan. Macam over excited lak mak ni. Baru 2 bulan kitaorang tunang la.

'ni budget bape ni? biar mak carik dulu'- mak

'mak tengok2 je lah dulu. pakej yang dalam rm1600 -rm1800 ok lah' -dayu

Dan sempat i melawak kat dia. Saja mencuba nasib.

'ke mak nak sponsor?' -dayu

'takde..takde yang ni bayar sendiri' -mak

Tahu dah..mak dah kata dah awal2 dulu. Part2 pelamin, mak andam, baju smua sendiri. Belanja kenduri boleh dipertimbangkan.

Tapi dulu ayah macam penah kata je nak sponsor kenduri, tapi mak macam tak bagi -saja je tau mak ni- Dia kata nanti mesti kalau dah sponsor mine, adik2 i pun kena la gak ditanggung.

Tapi mak, along kan anak pompuan -the only one lak tu, comel lak tu :inlove:- Anak pompuan kan tanggungjawab parent dia selagi tak kawin.. Maka kenduri kawin along tanggungjawab mak ngan ayah lah...*boleh tak nak cakap gini kat derang?*

*uncit ekwan, confirm eh theme color kat my side light blue*

22 July 2008

Syukur Alhamdullilah.. Thanks God!!

*i'm on leave today* -walaupun tak apply cuti awal, kira EL la-

Dad and Angah is in KL today. And i have to send them to Putrajaya and this evening i have to be there again. To collect dad's document and fetch Angah -'weh budak, sila isi minyak kete akak ko ni ye'

And last night while driving to Uptown Damansara for our dinner after fetched Angah from Puduraya, Ekwan got a call. From the way he spoke, i knew it was from his office. So, when he hang up, i came out with lots of question..-kata tunang yg prihatin, apa ke hal opis nak call malam2-

'opis ke?' -dayu

'a'ah' -ekwan jawab sambil sengih-sengih

'apesal call awak malam2 ni? ni yang awak tersengih2 ni nape?' -dayu

But he kept smiling. Gila apa tunang aku ni. But then he talked.

'kata nak jadik CE' - ekwan

I just turned to him and giave him a surprise look.

'HR ke call? so awak dapat lah that post?' -dayu yang terlebih excited

Ekwan gelak2 sambil tersengih2. Angah kat belakang tu tengok kan je lah aksi kitaorg tu.

Alhamdullilah!! Ekwan got the promotion. And he really desereved it. Sebelum ni pun skop kerja dia dah macam skop kerja engineer. Walaupun actually post tu memerlukan at least diploma in computer/electrical engineering, Uncit Ekwan saya manage to grab the post with his one years experience at there.

Memang dia keje luar bidang kelulusan dia lah. Belajar Public Administration tapi keje bidang engineering technical support. Pape lah, janji keje kan *berbakat lak dia buat keje2 mcm tu, nak ngadap mesin2 tu smua*

Uncit saya naik pangkat!!

'yang, takde makan2 ke nak celebrate?' Hehhehe.. :)

And now, i'm just home from Kg. Baru Medical Center (KBMC) for medical check-up. I spent an hour there and my medical form is completed. And it cost me RM89.. It's better that spent almost a day at HKL -dan kena buat appoinment lain untuk dental check-up- But yeah..It only cost you RM 1...*not including the parking fees*
*it you for decide which one to choose*

21 July 2008

Laman2008

As been promised..here's the entry on our visit to Laman 2008 on last Saturday. It's an interesting visit even it exhausting.

i shoot this one
punya la berlawan ngan ekwan sape bleh amik gambar micro paling cantik ngan digital camera tu..*boleh buat wallpaper ni*

and he shooted this
*cik dayu gak kena jadik model*

and also this.
ni gambar gubahan hiasan meja minum petang jepun

Gubahan kat dalam rumah tu memang menarik tapi sebab terkesima sgt dan terlalu excited nak buat micro pic, tak ingat nak amik gambar gubahan2 tu. Dan yang menarik, gubahan tu smua gunakan bahan2 terbuang..tapi hasilnya sgt menarik. So creative!!

ni decoration from Johor, tu yang semangat bagai nak bergambar

konsep gubahan ni kalau tak silap i 'Itik Pulang Petang'
Suka...nak laman umah macam ni la...

saya dan uncit ekwan -sila abaikan ketembaman yang melanda-
*sian kami kena amik gmbar sendiri*

cik dayu saja nak mengedik amik gmbar di balik pintu
time ni kat decoration from Melaka

dan ini uncit saya tengah duduk rileks kat laman Port Dickson

Okay done. Banyak gmbar kitaorg amik tapi smua macam tak baper best. Sebab dah malam dan Olympus FE230 itu mcm tak baper terror nak amik gambar time gelap. Dalam gambar dia jadik tak lawa..terlebih cahaya.

dan dengan rajinnya, i create this pic untuk ekwan..
puas suruh dia pose gedik2 byk2 kali...seb baik pakcik tu rajin nak bergambar ala2 model tak bertauliah ni...

So..sape2 takde buat pe weekend ni, gi la jalan2 cuci mata. Gi la petang, time tak panas. Yang minat bercucuk tanam, bawak duit lebih skit, bleh beli anak-anak pokok.

*and on sunday, spent time with uncit's family. gave his mom a visit.. owhh..i just love the moment!!

20 July 2008

Bila asyik berjalan, Penat lak rasa badan

Bila asyik duduk umah bosan..tapi bila asyik ke sana, ke mari letih lak rasa. Seronok memang seronok tapi bila balik umah je terus tido.
*tak sedar diri tul, minyak dh naik -gaji lambat lagi- tp dok keje merayau je-

Last friday, kitaorg gi berendam kat Kolam Air Panas Selayang. Pegi sekali ngan En. Izan, Kak Fatin and Faris & Faiq.
Seronok lak berendam kat situ..layan kan Faris berendam. Rasa tak nak balik je. Seb baik gi ngan kete En. Izan kalau tak, mau sampai kena halau baru kitaorg balik.
*takde gmbar diambil sebab kamera tinggal dlm kete

Then on Saturday, dengan gigihnya cuba memasak laksa. Resepi yang Ns bagi sentiasa ada kat tepi *first time ni masak laksa*

Hehehe..setelah bertungkus lumus kat dapur tu, akhirnya Laksa Kedah ku siap!! I rasa sedap je *harus la puji masakan sendiri kan* Pastu terus tapau bagi kat En. Izan -terbanyak lak jadik laksa tu- And suruh Ekwan test rasa. Dia kan pengkritik terbaik masakan Cik Dayu.

'mcm pekat sgt je awak' -ekwan

'terlebih masam la yang' Adoi..banyak lak komen dia.

'ye..esok org kurang kan asam keping dia. Pekat ke? org rasa mcm cair je' -dayu

Komen2 pun tak cukup semangkuk. Siap tanya boleh tambah tak. Uncit saya...dia kuat makan la sekarang. Zaman student dulu selera dia tak mcm ni...*makin uncit la awak pakteh*

Then, lepas makan2 terus ke Tasik Perdana. Nak ke Laman 2008. Punya la susah nak dapat parking. Nak tak nak, kena la berjalan berkilo-kilo. Jauh tau parking.

Pameran menarik, paling best tengok gubahan kat dlam umah berair-cond tu. Ke dia jadik best sebab ada air-cond? Hhehehehe...

Gambar tak transfer lagi. Next entry la ye. Skrg saya nak ke dapur masak Laksa Kedah lagi. Ptg ni nak melawat bakal mak mertua. Mintak2 laksa i tu memenuhi piawaian citarasa my future MIL.
Wish me luck!!!

Till the people!! Muaaahhhssss!!!

18 July 2008

*Huhu..Hoho*

*kini saya di dalam tempoh penyerahan tugas -atau lebih tepat: menunggu masa untuk blah-*

Dad is coming from JB next Monday. Angah also coming from Kedah on the same day. Both will go to Putrajaya on the next day.

So, i'm the one who responsible to fetch them on the evening. Huhu..bersiap sedia lah untuk meredah jammed ptg2 kat Puduraya.

And Ekwan asked to visit his mom this weekend.
*smlm dinner ngan uncit saya itu di Uptown, dia kata i look more 'tembam' than before..Benci!!!*

Last week derang smua gi tgk mak, i kan sibuk buat rambut. Maka, sebagai bakal menantu yang comel dan baik hati -kui..kui..kui- harus la gi datang melawat kan. *dayu mmg suka puji diri sendiri*

And suddenly Ekwan asked me this:

'nak bawak pe untuk mak erk? awak masak la yang' -ekwan

'nak masak pe? nak bagi awak makan senang la..nak bagi mak ni..pe je yang org reti' -dayu
*huhu..kena gi menuntut lagi ni*

'buat sphageti je la. kan awak terror' -ekwan

'tak kan nak bawak sphageti. lain..lain' -dayu

Ada sape2 nak sedekah resepi? Dah lama tak masak2 lah..kena masuk dapur semula ni.

And mom called me yesterday. Dia suruh print gambar tunang and passed it to dad. Dia kata smua org tanya mana gambar anak dia..
*kena antar print arini jugak ni*

16 July 2008

Sedih rasanya

Finally, i manage to approach En. Shahidan..

Tadi masa nak masuk bilik dia, punya la berfikir, susun ayat semua mcm ne nak ckp kat dia.. Puas lah reka2 ayat...tapi bila masuk lain gak yang dicakap..

Pape lah.. Yang penting.. He has signed my Resignation Form!!

Dia siap tanya2 kontrak kat sana mcm ne, camne nanti kalau dapat offer from SPA. Huhu..dalam rela dia terpaksa melepaskan staff terbaik dia ni -hahahaha..perasan jap-

En. Shahidan siap pesan, suruh handling over smua pape yang patut kat Dol. Mmg dah discuss ngan Dol pun. Lagipun sebelum ni buat keje sama2 kan...

*dan sekarang i tengah kemas meja i, clear kan drawer, penuh sudah tong sampah -mcm tak sabar lak nak blah-

*takut*

Saya Takut nak Jumpa Boss.

:sakit:

Tapi nak kena mintak dia sign borang resign ni.

Kena mintak dia sokong surat perletakan jawatan ni.

Nak guna ke idea kak Elly tu:
'boss, saya ada surprise.. saya nak resign ni'

huhu..ada mampos kena pelangkung kalau buat gini..

Lapor Diri PPSPPA

Semalam (15.7.08) adalah hari melapor diri kat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA)
*pjg betul nama dia, penat weh nak isi form yg melambak2 itu

So, it decided!! I take the offer and will report duty semula 4 Ogos 2008. Dapat tangguh 2 minggu je. Mintak sebulan tp dibenarkan 2 minggu je..

Arini kena settle kan urusan resignation kat JKR...-huhu..terasa sedih lak-

Things to do:

1. Jumpa admin, mintak borang berhenti ngan format surat letak jawatan
2. Gi CIMB bukak akaun
3. Gi Medan Mara, buat akuan sumpah. RM5 ye kos nya..
4. Buat medical cehck-up. Buat kat private je la. Tak rajin nak gi HKL

Dan yang paling macam tak sanggup..tak tau camne nak bagitau En. Shahidan yang i nak resign. Huhu, pagi ni pun dia masih bagi keje kat i, suruh follow-up projek2 kitaorg tu...

Tak tau nak bagitau camne...

14 July 2008

I'm GOOD at this

Hoho...bab perabis duit mmg Cik Dayu terror. Kalau terasa duit tu dah melambak-lambak, tak reti camne nak abiskan, bagi je kat dayu, kejap je dia habis kan -ada ke org tak reti nak abis kan duit kat dunia ni?-

I need new shoes for tomorrow, so Cik Yun suruh i shopping. So apa lagi, tepat pukul 5.30pm terus la menuju ke Sogo yang hanya beberapa km je dr opis ni -gigih berpayung meredah ujan tau-

Hehehe,setelah hampir sejam kat dalam Sogo -sambil menunggu ujan teduh, tu yang lama tu- Kalau tak ujan mesti i beli kasut je pastu terus balik...hehehehehe....

konon nak beli kasut je, sekali 'terbeli' handbag ngan purse la pulak

Tadi kuar dinner ngan Ekwan, while dia sibuk nak 'jakun2' kat i ngan Nokia 6110 Navigator abang dia tu, i tunjuk la purse baru tu. And told him what else i had bought, tapi dia mcm tak endah je.

Hp ni lah buat Ekwan ralit, smpai pe i ckp pun dia tak dgr
*huhu...ekwan tgh menyesal la tu sebab tak beli hp ni aritu masa abg dia nak jual

Navigator ni amat sesuai untuk orang2 mcm i yang selalu sesat barat. You just set the location, and dia akan kuar map -yang amat detail- siap bagi arahan lagi
'go straight 300m and turn left' -i pun mcm terkesima td, rasa nak je pinjam

Cukup...go back to main topic.

So masa makan tu Ekwan tegur 'uncit, beli purse baru eh' Arrrgghh!! Melekat la nama 'uncit' tu.

'tadi kan dg bgatau' -dayu

'ada ke? bila awak cakap?' -uncit ekwan

Harus la kena cubit pakcik tu. Time ni pun dia tengah godek2 hp tu. Uncit saya..uncit saya...

And just now he sms me: i'm browsing dis gps, and found very attractive place -selayang hotspring! Nk pegi la weekend ni'

Hehehee...boleh dijadikan bahan bukti ni nanti, bila nak menuntut di bawak berjalan. Janji tetap janji ye uncit!!!

Nak lapor diri esok

Surat nak mintak tangguh mula bertugas kat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dah siap. I asked to postponed until 15 Ogos 2008.

So esok kena clear everything.. the contract content smua kena disemak habis2an. Takmo pisang berbuah 2 kali. Kena really make sure they will pay KWSP, if not, it's better i just stay JKR.

Posting pun ke confirm, betul ke kat KL..kang kena antar kat ujung M'sia kang, takde maknanya nak menjerit meraung..

*hoho..i need new shoes aarrrr*

When he's in Good mood

When he's in Good mood, my day seem to be the perfect one - i love my uncit-

Image Hosting by Picoodle.com

My sunday start at 11.30 am, yeah a late wake-up as usual weekend. Ekwan and me planned to jog that morning but it just another wish to be forgetted. I went to bed at 3am the last nite, how could i woke up at 7am the next morning -harus i tido smpai kul 2, seb baik jaga kul 11 tu-

There's no sms from Ekwan, so it confirmed he still in his bed. Gave him a call. In fews attempted he answered. Yeah, he did changed this lately. If not, it might took me an hour to reach him.

With my eyes still closed, hugging my dog stuff.

'ayang baru bangun ke?' - dayu
'a'ah..nape tak kejut org, kata nak jogging?' -ekwan
'org pun baru jaga, camne nak kejut awak' -dayu
'jap lagi la org dtg kat awak. nak gi little black book kan' -ekwan
'a'ah, orang siap terus lah' -dayu

And he be at me as promised -rekod ni..selalu lambat memanjang- Had his kepok lekor which i prepared for him and we went straight to Pantai Dalam looking for my new office. Kan i nak report duty tomorrow, kena la carik dulu, kang tak la sesat barat.

So in only about 20min from Sentul to Wisma UOA Pantai, but that based on weekend traffic la, pagi2 hari time smua org nak gi keje tak tau la pulak camne.

Then Ekwan ajak gi survey umah kat that area. Hari tu dia gak yang kata tak payah pindah, duduk je Sentul but yesterday he the one who so insist me to move out. So, stop at Fajaria Condo kat Jalan Pantai Baharu. There's only 2 room to let advertisement. Ok lah harga dia, small room for RM170. Tapi penuh sudah...

Pastu try tgk kat Vista Angkasa, mahal gak sewa kat sini, tapi kebanyakan carik housemate. I nak bilik, takmo sharing. Maximum i can afford is the room for RM250. So, anyone with rental room in Pantai Dalam?

Pusing punya pusing, perut lapar sudah. Ajak Ekwan carik makan tapi dia masih semangat nak carik umah, mcm la i nak duduk esok. Sedangkan i will only start working there in August. Lagipun kalau takde umah, duduk je lah Sentul dulu kan..
Entah nape semangat semacam pakcik tu...

Akhirnya, we went to Hartamas. Nak gi little black book, beli dvd Gossip Girl complete season 1 and makan.

lepas ni weekend bleh layan dvd ni, ekwan nak layan drift ke apa ke, suka dia la
'you can ignore me dear'

Tapi tiba2 Ekwan mcm mengedik 'mcm tak seronok je yang nak makan kat sini'
Pulak pakcik tu..so i suggest gi Uptown Damansara, bleh makan local western.. ke sana la kami. Bila dah sampai sana 'sini pun mcm tak best yang, byk kedai tutup'

What happen to my uncit? Why he being so fussy?

Finally we had our considerable dinner at JomBali at Tesco Mutiara Damansara.
*kami macam tak sedar diri harga minyak dah naik, sesuka hati je merayau

Borak-borak, gelak2 mcm kedai tu kitaorg punya, order air lagi, makan kek -this lately asyik mkn kek secret recipe je-, gedik2 amik gambar, bdk waiter tu dah macam nak halau kitaorg baru kitaorg blah...

He sent me home. Borak2 depan pintu jap and i have a great day!!

Image Hosting by Picoodle.com


12 July 2008

Hari Sabtu Hari Rambut

Puas fikir semalam, pening2 fikir nak potong pendek ke kerinting kan rambut tapi last2 the hair remain as long as yesterday. Takde perubahan pun -hahahahah.

I'm just go for rebonding, touch-up je. Apply ubat kat atas je, dalam 2 inch je. Tapi the process tetap sama ok, i tetap kena duduk kat kedai tu dari pukul 1 pm sampai 5.30 pm. Korang bayangkan la betapa penatnya!! penyek bontot weh

5 Jam duduk kat kedai tu.. Khatam semua majalah dia.

rambut cik dayu kekal panjang
*bila muka saya nak cerah semula ni?? itam legam siot

Kali ni gi sendiri. Selalu uncit ekwan akan teman kan. Dulu2 dia sanggup tau tunggu i kat kedai tu, tengok je org tu seterika rambut i. Kutuk2 kata rambut i busuk time sapu ubat tu..

Tapi dulu lah..lepas abis blaja ni skali je dia penah tggu i buat rambut, tu pun sebab buat kat Sg. Wang -ekwan mana caya i jalan sorg2, dia kata nanti i sesat...alasan je tu-

*dayu merepek sudah* :lipstik:

Tapi rasa Isnin kang nak potong gak la. Panjang sgt dh rambut ni. Nak gi keje leceh. Lagipun i tak suka ikat rambut..so kalau pjg2 sgt, pagi2 nak gi keje rimas jadiknya.

~lapor diri ngan rambut baru la saya jawabnya~

i'm very not the good one

Arrggghhh!!! Rasa nak tarik2 rambut...

Yeah!! i'm just can't make a decision, sometimes even on a simple things. Amat tak sesuai for an engineer ok Cik Dayu...-lalalalala..lantak la-

I'm going for new hairdo tomorrow but until now.. it 3.oo am!! org lain dh lena diulit mimpi and i'm sitting front V30 still confusing...nak go for curl or short...

me in curl

Macam bengong je rasa, tu pun susah nak decide.. My fren used to call me 'lalang' Dia kata i ni kejap kata gini, in another minute i akan kata lain lak... Hahah...but she used to it!! Tapi benda2 kritikal i bleh decide eh..sebab selalunya mmg dah terang2an solution dia camne.

with lisa.. the shortest i ever had

But haircut is not a simply thing ok... i have to live with it at least for 3 months. Kalau buruk rambut itu, buruk la Cik Dayu yang tak seberapa ini selama 3 bln.. tu yang kena decide betul2...

Nak short ke curl ni? Ekwan tak suka i rambut pendek.. dia kata baik ngadap i kerinting dr short, dia kata muka i tembam, tak sesuai rambut pendek..betul la kot pe dia kata tu..-saya sedar diri-

*esok tgk la pe yg i suruh akak tu buat...

11 July 2008

Semalam Sakit Kaki

Huhu...time tengah seronok shopping, memang tak rasa penat kan, tapi bila nak balik, time tu la baru nak rasa sakit kaki la, sakit pinggang lah...*seronok shopping mengatasi segala2nya*

Baca dalam majalah wanita yg Aziah beli semalam, ada satu artikel tu tajuk dia 'Wanita lagi Gemar shopping dari Seks'. Hah amik ko sampai gitu sekali penangan shopping..

Tapi betul ke? Sape2 yang boleh jawab, sila bagi komen+pendapat anda -dayu tak layak lagi-

Isskkk, tersimpang jauh. Actually nak cite pasal aktiviti memborong kain a.k.a Hari Shopping Sedunia Cik Dayu semalam. Takde la shopping bagai, carik kain untuk baju raya je..tapi habis semua tempat ditawaf. Semua kedai masuk kecuali Euro Moda -rasa mcm tak layak je nak beli kain kat situ-

Hasil rondaan hampir 2 jam kat Jalan Tar dan Masjid India, ini la hasilnya.

Chiffon Silk : rembat kat Harith, ingat nak beli yang kat Maya Silk tapi kat sini lagi murah RM135 free lining. Kat Maya Silk RM160 dan mcm tak bape berkenan ngan corak dia
Yang ni nak buat kurung moden

another chiffon, tapi yang ni biasa je.
2m chiffon dan 2m satin RM35 saje... Ni buat kurung biasa je lah

Chiffon kat Jalan Tar ni lagi murah dari Nilai tau. Aziah semalam mengeram je, sebab kain2 yang dia beli kat Nilai semua ada kat sini dan lagi murah...

So tepatlah tindakan Ekwan yang tak nak bawak i gi Nilai, beli je kat sini. So, kena gi lagi sekali untuk carik kain untuk my mom, Harus nanti terbeli lagi...hahhaaa...kan shopping mengatasi segala2nya.

Dan yang paling tak best, bila dah berhabis duit membeli kain pasang, bleh lak sambung perabis duit kat SOGO... Dugaan maha hebat la semalam..

*secret recipe ada promotion, set meal RM10, smlm dh mkn, nak ajak Ekwan makan la malam ni

Baju itu

Baju dari Nano dah smpai petang semalam. Nano kata dia tak muat, sedangkan i tengok ok je...

'Na, u slim je aarrrr. Jangan lah kata u gemuk' -dayu

So, mesti la kena tunjuk kan gmbar baju tu, kat page nano pun dh deleted gmbar dia pakai baju tu. Kena lah Cik Dayu yang tak sudah semakin mengembang ini jadik model nyer.

-the pic has to deleted due to other requested-
*sila abaikan keselerakan bilik ku itu
kata baru balik shopping semalam, tu yg bersepah je tu


see..see..dayu gemuk sudah
dan lengan ku itam berendam lama sgt masa kat pulau

Baju ni just fit me nicely. Warrrgghhh!! I'm fat!! Gemuk sudah.. Mampos kena gelak ngan En. Izan ni kang...

Sekarang ni mana bleh pakai size S, M pun muat2 je tau.. Kalau body shirt tu mmg jgn lah gedik2 nak pakai, kalau nak gak kena la amik L... Owwhhh tidakk!!!

Ada nak buat ni? Ada pape petua tak?

10 July 2008

Bukan Mudah

Bukan senang kita nak buat keputusan, lagi2 bila perlu memilih antara 2. Takut nanti kita tersalah pilih. Waktu tu nanti kita dah tak boleh patah balik, kita kena terima je pilihan yang kita dah buat.

Puas dah buat senarai pro dan kontra antara 2 pilihan tu... dan hati ni masih sukar nak memilih. Walau hakikatnya dah tau mana nak dipilih, tapi mcm tak berani nak buat keputusan. Tak berani nak bulatkan hati. Tamak kah namanya itu?

*pening owwhhh nak fikir*

09 July 2008

MBF card

Arrgghh!! Saje je tau nak suruh i tambah koleksi kad kredit.. Takmo la..nak pulang balik boleh tak.. Cukup lah ada satu, tu pun tak terkawal dah perbelanjaan ku..




lawa pulak kad dia.. Lady Gold..


Tidak!! Tak kan terpedaya.. Nak sorok jauh2 dalam purse -kekeekek, nak gak letak dlm purse- Ke simpan je kat umah erk..lagi selamat


Tak nak sign belakang kad tu, so nanti tak 'terguna'


*sampai gak kad ni, dulu poslaju antar i out-stn, dia suh amik kat jalan tun sambanthan tu, i buat tak tau je. sekali je carik smpai call berkali2...

First Love

Semalam tengah tengok2 citer Ezora kat Tv3, ada satu scene ayah dia cakap2, luahan hati ngan anak laki dia. Dialog dia tu mcm amat mendalam ok maksudnya... ayah dia kata gini

'selalunya cinta pertama yang berakhir dengan perkahwinan tak kan bertahan lama' -mcm tak bape setuju je..ye ke?-

Then anak dia tanya 'nape papa kata gitu' -lebih kurang la dialog dia-

'sebab cinta pertama itu terlalu indah, ianya hanya untuk dikenang, dijadikan memori indah'

Memang lah 1st love tu yang terindah, tapi nape bleh lak dia kata hanya untuk dijadikan kenangan. Kalau dah indah, mesti lah seronok, harus la best.. so mesti lah marriage to can stand last..tapi nape dia boleh terfikir the other way..

Pastu tiba2 akak housemate tu cakap,

'a'ah la, betul kata pakcik ni. bape ramai je yang kekal' -kak nadia
'ye ke kak?' -dayu
'ramai kawan akak yang mcm tu' -kak nadia (dia dah kawin ada anak 2)

And then it make me think... Siapa kah cinta pertama ku? Cinta2 zaman sekolah dulu bleh ke kira cinta pertama?

Adakah Ekwan cinta pertama ku? Dia kah? Actually camne nak define CINTA PERTAMA ni?

*nape nk pening2 pikir ni?*

08 July 2008

Part 1: From Maju to Mersing

*mcm terlambat je nak cite pasal vacation ke Pulau Besar tu, tapi nak gak, sebagai kenangan sendiri kan*

Kitaorg gi 17 orang, tolak about 6pm from opis. Naik 4 kete. 7 org perempuan, yang balance lelaki. Dan another 6 guys kawan2 Hj. Zainal, smua org JKR.

kami the girls yang excited giler

Ini lah kereta2 yang bertanggungjawab mengangkut kami ke Mersing..
Nasib baik semua pakai diesel,jimat minyak..
-bukan kitaorg byr pun-

org lain sibuk masuk kan brg dalam kete, kitaorg ni lah keje nye

Ikut highway sampai Seremban je, pastu ikut jalan lama. Huhu..masa kat Bukit Putus, dari tido terus terbangun sebab dia pun selekoh amat tajam..*seram owwhhh*

Pastu stop dinner kat Bahau. Seperti biasa, order saja, ada org bayar *semoga murah rezeki Hj Zainal* Pastu terus kan perjalanan. Budget sampai around 12++am, i pun balun tido je lah. Duduk dalam Chevrolet tu sedap je tido.

Sekali kat Rompin, kete stop. Ada accident. Dasyhat yang amat. Vios ngan lori balak. Setengah jam gak sangkut kat situ, tggu derang alih kete smua. Kitaorg dlm kete, masing2 buat analysis, camne eksiden smua...*poyo masing2 nak jadik pegawai MIROS*

Sampai Mersing around 1 am. Kitaorg duduk kat Kg. Air Papan, umah kampung milik en boss. Sampai2 tak ingat pe dah, terus kemas2, carik selimut trus tido. Sebab esok pagi2 terus nak ke Pulau.

jeti nelayan kat air papan *saya lupa nama kg tu*

sementara tggu another trip smpai,kitaorg apa lagi

kitaorg naik bot kat sini pagi2 tu, lepas bfaz trus angkut2 brg smua.

kampung tu best je pagi2, sejuk je..senyap, aman je rasa

sekali trip 13 orang. barang smua angkut 1st trip. punya le kecoh time ni.
nasib baik bot tu tak terbalik tau..


kami yang tak sabar nak ke pulau..
pagi tu smua tak mandi, bersiap sedia nak terjun laut je masing2

ok, done for the 1st part. sambung next entry...

To be Continue....

Nak terima ke tidak ni?

Pening!! Dayu confuse..tak tau nak buat camne... Tapi kena decide by this week gak ni..

Semalam offer letter dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) sampai. Kena report duty by 15 Julai 2008.

Dulu mintak extend tapi bila call derang kata, dtg je dulu lapor diri. Permohonan nak postponed smua kena apply time tu. S skrg tgh pening, nak terima ke tidak offer tu?? Kat sana pun kontrak gak..skim gaji sama je, tapi kat sana ada KWSP -skrg JKR tak bg KWSP- Rugi owwhhh, setahun 6ribu++, sape nak bagi...

Posting confirm kat HQ, kat Wisma UOA Pantai.. maknanya kene naik kete la keje. Dan mungkin kena pindah umah, kena duduk area Bukit Angkasa, kalau tak sendiri la tanggung kos minyak tu.

Tapi rasa mcm nak terima je, sebab kontrak kat JKR ni pun smpai bulan Feb 2009 je. Tak tau sambung ke tidak.. Lagipun kalau nak dpt permenant post, tetap kena melalui SPA, so sementara tggu SPA panggil, keje la dulu kat PPSPPA..

Hmmmm...tapi tak final deide lagi ni.. saja nak pening kan paler sendiri..

07 July 2008

short or curl?

Tengah2 demam ni -bila dah takde mood nak buat keje, sedangkan tepon asyik berbunyi je- kejenya browse internet carik gambar2 haircut -konon nak buat contoh nak gunting rambut-
*tapi selalu bila sampai kedai lain jadiknya

Skrg tengah confius, nak potong pendek ke nak curl kan rambut ni? Kalau potong pendek dan kerinting kan, ok ke? -ekwan tak suka rambut i kerinting-

Konon teringin nak buat camni, terasa mcm comel la. Pastu saje terajin edit gambar tu. Nak tgk kalau letak muka i camne jadiknya. Kat Lucy Liu ni lawa je.

Hahahahah...gini la rupanya kalau dayu berambut pendek kerinting... -gelak puas2-
Punya la kelakar, ke i yang tak berbakat guna photoshop -lagi pun td mcm tak beriya je tampal muka tu- Mungkin i patut adjust angle muka tu kot..

So cik dayu, nak buat gini gak ke?



Tapi suka gak ngan haircut ni..

Tapi nak buat camni, kena la rebonding dulu. Rambut i kan bukan original straight, kalau tak rebonding dulu, harus mengembang kang rambut ku itu.

Lagipun mcm tak sesuai je..muka i kan tembam, tak sesuai..haircut ni kena muka kurus ni...*reject



Yang ni pun suka gak..tak pendek sgt, paras bahu je. Nak ikat pun boleh lagi kalau panjang gini.
Tapi sekali lagi kena rebonding dulu...

Kesimpulannya, gi straight kan dulu la rambut ni. Pastu baru potong...
Tak yah la kerinting, mcm leceh je nak jaga. Ada nanti jadik penyapu rambut i ni...keras je

Terus terasa nak gi buat hari ni gak... Balik dari pulau ni, rambut dh mcm pe je, keras semacam. Hmmm..pe kata gi buat treatment dulu..*duit bakal melayang ni*

Kat mana erk murah?? Tapi best.. Nak murah tapi nak best, camne tu?

*tak dpt koleksi gmbar kat pulau yg lengkap lagi, complete je nanti trus i update ka, percutian percuma yang menyeronokkan itu