Showing posts with label My Job. Show all posts
Showing posts with label My Job. Show all posts

29 April 2009

bila dah asyik ngadap laptop buat report

Arrggghhh!!!

Sakit paler siapkan report. Nak cuti kenalah siapkan report dulu kan. Tak kan nak lari balik kampung, report terkontang-kanting gitu je kan. Dah lah sekarang nak naik pangkat takde test2 PTK lagi, penilaian SKT 80%. Kena lah tunjuk cemerlang skit kat boss, walau hakikatnya takde lah rajin mana pun..

Arrrgghh!! Ingat senang ke nak pikir 'punca kemalangan' hah?? Kenapa dia terbabas?? Kenapa dia tak lepas memotong?? Kenapa dia langgar pokok?? Mana/Siapa mahu tanya weehhh???

Buat pemerhatian senang je, sampai tang 'Analisa Punca Kemalangan' jammed paler otak ni.. Adooiii..pening la wehhh... dah la tak boleh salahkan pemandu 100%. Tak bleh salahkan jalan gak.. habis tu???? *campak tepi je report ni bleh???*

*nak makan buah mangga lah...
*pape esok saya mahu cuti ye boss...kasik lulus saja lah

08 April 2009

aktiviti sosial *penting tu*

Semalam ke Banting *lagi dan lagi, ko suruh gi sekali lagi, bosan aku jadiknya*

Ada team building, CKJG dan JKR Kuala Langat. Dapat lah peluang beramah mesra ngan rakan secawangan. Kalau tak, dok memerap kat unit sendiri je.
Ada juga sesi lawatan teknikal, dan semua itu membuatkan Dayu rasa nak menangis bila balik. Apa taknya, asyik keje makan je. Korang yang berhajat nak masuk JKR, siap sedia jugak lah untuk menambah berat badan. Memang asyik keje makan je lah.

jom kita main bowling. tak pasal-pasal kul 12.30 malam baru balik.

feeling engineer habis lah masing-masing

penat en kontraktor tu terang macam-macam, korang dok sibuk amik gambar je
warga banting, sila lah nikmati kemudahan ni nanti ye *sy tak tahu bila siap*

~ la la la la ~

Habis technical visit ada sesi makan-makan. Biasalah kan, tak kan kontarktor nak biarkan org JKR balik kelaparan kan. Makan lagi.. sedangkan kul 10 am tadi dah balun nasi lemak kat JKR Kuala Langat.

Bayangkan bape banyak dayu makan semalam...*nanges la*

Petang futsal lak. Banting ni kira hebat la kan. Bowling ada, Futsal ada. Bagus. Kalau kena berhijrah ke sana takde lah menjerit meraung kan

sesi ptg tu mmg sgt membuat perut sakit asyik ketawa. budak2 laki ni mcm2 perangai lah

*nak kena gi collect gambar lah
*teman tunang saya potong rambut, tgk dia cuci rambut, tak pasal2 kita pun cuci rambut sama *gediknya rasa diri ni*

30 March 2009

i'm off to kuantan

Saya akan ke Kuantan hari ini. Sehingga esok. Nak membuat siasatan kes kemalangan di Teluk Chempedak. Huhu, report kes kat Kedah pun terumbang-ambing lagi, dah nak kena buat lagi satu. Tapi takpe, saya bersyukur sebab masih ada keje nak buat.

Akan menetap di Duta Sand Beach Resort. Sudah muak menginap di hotel. Boring ko. So, alang-alang dah ke kawasan pantai ni, carik lah resort, amik chalet. Korang yang selalu out-station, yang selalu keluar masuk hotel ni akan faham rasa boring yang cuba digambarkan tu.

sila lah jangan indah khabar dari rupa *aku ngamuk kan*

Wahai otai-otai bunga dip di kuantan, mari lah kita berdating di resort ni malam nanti. Kita lepak2 tepi pool sambil memintal dawai buat rangka bunga.. *hahahahahah*
-pssst, pape just sms me ok. i'm always available-

abis je keje kat site boleh terjun jap ni. hahahaha.. memang pakej percutian lah out-station kali ni. tp sebelum tu, berpeluh bagai lah saya kat atas jalan *hitam aku gini gaya weh*

Last not least, here presenting my production department. Di mana Dayu menghabiskan masa sepanjang minggu.

kotak A4 tu penuh dgn kad kawin yg harus ditampal riben *mati la aku*

En Ekwan kini di Maran, menguruskan borang nikah dia. Semoga segala urusan dia berjalan dgn lancar, and i can proceed mine.

*na, pape sms dayu eh*

19 February 2009

bukan selalu dpt bermandi peluh

Fuhhh!!! 2 hari berjemur di tengah panas, bertarung nyawa di tepi+tengah jalan raya.. Semuanya dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja. Walaupun dalam hati dah menjerit 'warrgghhh!!! nak balik hotel..nak berendam dalam pool!!!"

Sesungguhnya, amat panas ye. Bekerja di tepi jalan pada pukul 2 pm.. sila lah gambarkan sendiri betapa banyak peluh yang dah keluar!

Dan saya rasa, saya lah perempuan paling selekeh 2 hari lepas!!


Maka, silalah jangan kata orang-orang keje gomen keje rileks. Tak benar fakta itu. Kami juga bertungkus lumus bekerja. Terkejar-kejar juga dateline.
Balik opis terus kena sketch drawing, prepare design proposal. *report lain juga menanti*

Tapi nasib baik ada best+seronok dalam penat memerah tenaga. Boss sgt baik. Time keje mmg dia suruh keje sungguh-sungguh. All out, tp siap je keje.. dia bawak gi makan durian *walaupun dalam hati 'bila nak sampai hotel ni??'

16 February 2009

agaknya kalau dah kawin cmne nanti??

Ditempatkan di Unit Forensik Keselamatan Jalan adalah sgt mencabar minda + fizikal. Sekarang ni kalau tengok berita, kalau ada kemalangan je mesti berdoa 'jgn la ada yang mati'
Kalau ada yang maut pun, tolong lah jangan lah lebih dr 3 kematian.

Skrg pun ada 2 lagi kes yang pending. Every week kena kuar buat ASI (Accident Scene Investigation) *dah ala-ala CSI rasa nya*

Esok 1 team akan ke Perak, and next week my turn ke Alor Setar dan Penang. Huhu..every week out station..nanti kalau dah kawen, kena tinggalkan En Ekwan... kena tinggal 2,3 hari, mesti merengek pakcik tu. Esok pun 2 hari akan ke Kuala Langat, nak upgrade jalan kat sana. Ada 4 site nak kena tengok, balik nak kena buat report, design proposal.
Dah lah komputer opis ni buat perangai.. adoiihaii...

Kekadang terlintas gak 'kan best kalau tak yah keje, tapi tiap2 bulan duit masuk'

Boleh???

10 February 2009

Batu Pahat adalah sgt Panas

Rutin kehidupan, menghuni bilik hotel sudah kembali.

Hari ini bersama Aziah, telah ke Batu Pahat, melaksanakan Audit Traffic Management. Ohhh, sgt Panas. Huhu..sgt rasa akan hitam kalau selalu sgt buat gini..
Tapi dah tugas kan.. layan kan je lah..

Sudah tidak sabar mahu berendam di dalam tab. Sangat best oohhh *kat hotel je lah rasa pun*

muka dayu kepenatan... tp cuba mencomel kan muka tembam nya itu

Mahu mandi.. malam ada sesi audit lagi. Penat la.. Nak rehat..

Teringat sgt nak citer aktiviti di Ayer Hitam, di mana almost 1/2 k telah dihabiskan dengan jayanya. Sila sampaikan ucapan tahniah kepada Dayu segera...
Malam nanti lah, lepas acara memenuhkan perut dilakukan dgn jayanya ok...

-ohhh, menginap di Katerina Hotel ni..tetiba rasa nak check smua celah2 bilik ni -

*ye, ramai akan interview PPSPPA bulan 2 ni. tak sempat la nak buat tips untuk PPSPPA ni, lagi2 untuk post penguatkuasa, kalau teknikal boleh la gak. tapi study la pasal background PPSPPA ni*

04 February 2009

Bila otak dah Agak tepu

Iye..beginilah gayanya kalau dah lama sgt meninggalkan keje2 design. Bila kena buat design balik, rasa berkarat je otak ni.
Dah lah dulu zaman study, bab2 highway engineering ni lah yang paling nyampah. Paling banyak ponteng kelas, paling banyak copy paste assignments org, sekali bla keje boleh lak ter'berminat nak buat kerja2 jalan, design jalan smua..

Dan dah 2 minggu kat sini, puas lah menelaah. Buku dah mcm boleh bukak library. Setiap engineer akan dapat full set of Arahan Teknik Jalan *zaman study dulu seksa ohh nk dpt*, REAM, ngan mcm2 buku pasal jalan *rasa mcm nak muntah je baca, tp kena gak as every Friday akan ada training session* Rasa sgt gigih study, dulu zmn blaja pun tak gini. Yelah, takmo lah nanti bila senior/boss ckp2, kita ni blur je. Dah lah term2 roads engineering byk tak tau *huhu...ni lah gara2 2 tahun buat project management, ckp pasal design, mmg hampeh lah*

Tapi, rasa puas tu ada. Keinginan nak buat design akhirnya muncul.

Dan org tanya 'nape pilih jalan, nape tak nak amik geotek bangunan? kat luar tu, smua buat bgn, mana ada buat jalan sgt'

Setiap org ada pendapat sendiri, tp for me.. dimana ada projek bangunan,mesti ada projek jalan sekali. Tak kan new development area takde access kan, kena buat jalan masuk gak. Jalan2 sedia ada, perlu maintenance, perlu diupgrade...
So, kerja2 jalan sama penting dgn bangunan. Pape lah, yang penting i so love my current scope job. Belajar benda baru, boss suppportive, senior pun best..

Should be we're out to Kuala Langat, ada audit jalan tp cancel. And next tuesday ke batu pahat, ada audit traffic management.. ngadap lah buku Road Safety Audit saya. Luckily ada aziah..dia dah 2 tahun buat keje2 ni, boleh lah bg tunjuk ajar.

Tapi kurang lah skit masa nak pikir hal kawen bila dah kat sini kan.

Boleh tak nanti, takmo anak2 jadik engineer.. Cukup lah mak ayah je buat keje2 engineering ni. Biar lah derang masuk field lain.. Kalau jadik Doktor bagus gak..kalau nak gak libatkan diri dalam construction ni, jadik la arkitek ke.. QS ke..
-kalau jadik ID pun bagus gak, mak design plan umah, awak buat ID dia eh... :)-

22 January 2009

pekerja gomen membuat catatan

Saya tak berkesempatan nak berblogging. Keadaan tak mengizinkan. Minggu pertama adalah agak suram *sape dh biasa keje gomen harus paham pe yg cuba dayu sampaikan*
Menunggu Pengarah cawangan pulang dan menentukan penempatan juga amat membosankan, jgn lah keadaan ni berlarutan lebih dr seminggu *ada aku balik umah tido je kan* Namun sesi ini penting untuk bermesra sesama pegawai baru, mana la tahu nanti kena bekerjasama kan.

Ye..saya telah berjaya sengih keriangan masa dapat surat penempatan. Yes!!! Terus kekal di Kuala Lumpur, kembali menjadi penumpang LRT untuk mencari rezeki. Boleh kuar umah 7.30am, tak yah nak kuar awal2. Bestnya!!!! Dan kembali berasa amat dekat dengan Sogo, Jalan Tar.. hahaha!! Hari Jumaat ku bakal kembali dihabiskan di Sogo. Seronoknya!! Sukanya!!!

Tapi bukan di cawangan lama. Cukuplah setahun setengah buat project management. Sangat teringin nak buat design.. and i Got It!!!

Welcome to Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik. Hahahhaha..greet kat diri sendiri. Sangat teringin nak masuk unit rekabentuk jalan *walaupun amat takde pengalaman pasal jalan* Sangat tak sabar nak mula bekerja. Tapi kalau tak dapat pun it's ok. Kat mana2 pun still boleh belajar kan.

Hehehe..Sabtu En Ekwan ajak shopping barang hantaran. So, Jumaat bleh browse*boleh ke guna term ni??* handbag kat Sogo. Ye, it's Sogo Anniversary sale. Tag 70% diskaun dimana2. Guess pun ada 40%, new arrival item lagi. Sangat sesuai lah nak menghabiskan duit. Masa yang berbaloi untuk berbelanja.

19 January 2009

saya sudah kembali bekerja

Ye.. Hari ni telah melapor diri di Ibu Pejabat JKR. Fuhh!! Punyalah ramai engineer lapor diri. Civil je 300++, Mekanikal+Arkitek+QS 100+.. Punyalah ramai engineering garduated kat malaysia ni, dan mostly smua dalam range umur 25-28 tahun. Setahun agaknya bape ramai engineer dihasilkan erk?? Nasib baik kat Malaysia ni masih ada keje kan.. Syukur..syukur..

Dan khabarnya, bulan 2 nanti, another 300 engineers will report duty. Wow!! Pengambilan secara besar-besaran. Tapi yang ni kontrak post lah.

Seronoknya rasa dah dapat jawatan tetap ni. Boleh merancang kehidupan dengan lebih teratur. Dah ada sedikit jaminan kan. Tapi hari ni masih gundah gulana, as masih belum tahu posting kat mana.. Jangan lah kena gi JKR State/District. Tak mahu!! Saya nak HQ. Nak kawen ni, tak nak la kena posting luar KL, susah la nak mengatur kehidupan..
Tak terbayang lah kalau terpaksa duduk seperately lepas kawen.. Tak nak!! Tak sanggup!! Penempatan akan di beritahu esok, hopefully akan tetap di HQ. Tak kira la masuk cawangan mana, asalkan HQ, klau dpt design/technical dept seronok lah. Kalau project management pun redha je lah. It's better kan dr kena gi state.

-bila dah lama tak bangun pagi, liat je rasa nak gi keje tau-

18 December 2008

seronok tapi penat

Camne boleh penat tapi seronok?? Sebab sambil keje, boleh jalan2 skit *sikit yg amat sikit ye* Tapi bila dah asyik outstation, muak, badan penat. Balik opis keje melambak *dan amat tak sesuai untuk dayu yg dah nak resign*
Tapi mcm tau-tau je this will be my last out-station with PPSPPA, dia bagi seronok skit.

tgh mengedik mencuba kamera projek baru di terengganu
*sy suka gmbar ni sbb saya tak nmpak tembam yg melampau*

suka gmbar ngan farhana kat site gua musang ni..
*tp ini adalah gmbar lama*

lihat la Dayu yg tak beretika, dgn selamba ber high heel di site
*lantak..suka hati den lah*
Dulu, masa kat JKR ye, amat menjaga sahsiah diri, sbb slalu out-stn ngan boss, tp skrg saya lah bos, suka ati lah... *hhahhahaah..gelak suka ati*

Dan masa duduk lepak minum ngan kontraktor kota bahru di Ridel Hotel Cafe malam tu;

'u, u tau tak masa 1st site visit dulu, i tanya Zul (their QS), sape tu (which refer to me)'
'pastu apa zul kata??' -dayu
'tu la Cik Dayu, engineer projek kita ni'
'nape?? tak caya ke engineer pompuan dtg' -dayu
'tak lah, u ngan jeans, ngan selipar je. selalu engineer gomen mana ada mcm tu'

Hahahahahah!!!! Iye, engineer lain smua smart2 je trun site *lagi2 time JKR dulu* Rimas lah, sehari bukan satu site, kadang2 smpai 5 site. Baik pakai jeans je. Senang nak buat keje. Tapi kalau gerak dr office kena lah menjaga etika pemakaian ye.

Surat dari Kementerian Kerja Raya telah diterima. Lapor diri 19 Jan 2009, notis dah bagi smpai 31 Dec 2008. So, Cik Dayu akan mengganggur selama 2 minggu. Rehat puas-puas, setelah berhempas pulas di PPSPPA. Ada sorang lagi engineer resign, dpt the same offer, so peluang pekerjaan menanti di PPSPPA. Apply lah segera...
*best keje kat PPSPPA, J41 pun dh mcm J48, kena sign payment, kena buat mcm2 keputusan, seronok..*

05 December 2008

Sesuatu yang amat Dinantikan

-penantian itu satu penyeksaan tau-
Almost everyday i checked my mailbox *mcm dah setengah giler dah rasa*, tggu surat dari SPA. And finally, it reached me yesterday.
Yay!!! Rasa nak je jerit suka hati depan mailbox tu semalam. Namun masih ada perasaan malu dalam diri, so cancel.

Tarikh lapor diri takde lagi, tapi mengikut rekod2 sebelum ni, selalunya seminggu lepas ni dapat lak surat dari JKR.
Hari ni resign letter PPSPPA telah diprint dan dihantar kepada semua pihak berkaitan. Namun, keje di sini masih melambak-lambak, non-stop. Balik dari cuti raya haji nanti kena gi pantai timur lagi *cepat la masa berlalu, tak sabar dah saya*

01 December 2008

Adakah ini namanya Merungut??

-uncit ekwan kini sedang asyik tersengih riang, EG dah ada depan mata-

Minggu ni out-station lagi. Kali ni kena jelajah Johor pulak. 6 site nak T&C, so start Rabu sampai Jumaat. Pastu terus balik JB *dah alang2 kan* -Kena tinggal kan uncit saya sorang2 kat KL- Dan the next week mungkin kena gi T'ganu ngan Kelantan sekali lagi *kalau keadaan mengizinkan, kata sana banjir teruk kan* Ada 2 site boleh T&C *tak lekat kat opis lah saya jawabnya*

Seronok kah keje begini??
Sekali-sekala rasa lah bestnya kan, dapat keluar, tak payah duduk opis *banyak duit abis tau time out-station ni* Tapi hakikatnya duduk opis lagi best dari penat ke hulur-hilir macam ni. Dan mungkin tugas gini lagi sesuai untuk lelaki kan *huhu..dulu time interview, smua sanggup, ni baru suruh asyik keluar site pun dah bising*

Kalau dah kawin nanti *dah ada suami yg perlu dijaga* pasti saya akan memberontak kalau disuruh bekerja begini. Tak sanggup wehh nak tinggal laki lama2.. apa kan lagi kalau dah ada anak.. sanggup resign rasanya *mungkin lah* Nak gi kursus lama2 pun mesti teragak-agak...

Rasa nak jadik cikgu lah.. *tetiba*

26 November 2008

Hari ni Dayu Kat Penang

*huhu...buat naya je out-station, site meeting semua ni tau, keje nya makan je. Jahanam diet aku, sia2 bertarung, tak makan nasik semua, sampai sini, abis semua kita tibai. Dah lauk mcm2 kan depan mata...pe lagi..dah lah smua org kata sedap, kena lah cuba kan*

Pagi tadi, lepas makan secara tamak kat hotel, terus gerak ke Sik. Janji ngan kontraktor kul 1, tapi kami yang kena tggu depa, amat tak senonoh!!
Kitaorg dah siap sembahyang, makan semua pun tak muncul2 lagi. Tak beretika sungguh kontraktor ni. Dah lah kita ni dtg nak T&C (penyerahan projek oleh kontraktor kepada client), boleh derang buat lengah2 *tak approve V.O tu kang*

Sementara menunggu tu, borak lah kami *kali ni out-station bersama sorang TA sorang QS, smua laki, dayu sorang pompuan, tapi memang seronok sebab masing2 ada perangai tersendiri*

'agak2 kau agak bape sewa umah teres tu dayu?' -abang man driver
'hmmm... 150 kot' -dayu
'aku rasa lagi murah, kat Alor Star tadi pun 150, Sik ni lagi lah' -abang man
'tak habis duit gaji aku duduk sini' -azhar TA

Huhu..kos sara hidup mmg murah lah kat sini. Makan 4 orang, termasuk air baru RM18, lauk punyalah melambak..*kat KL jangan harap*
Memang boleh jimat lah kalau dok kat daerah2 mcm ni, tapi kos jadik bertambah lah kalau nak balik JB/KL..dan duduk lah terceruk, semua jauh...
-dah pencen balik duduk kg lah-

Kul 2.30pm baru pakcik kontraktor tu muncul. Terus lah kami check bangunan yang akan jadik pejabat cawangan PPSPPA kat Sik, Kedah tu. QS terus gi nego harga V.O ngan kontraktor.
Ada lah sikit defect, tapi minor je. Keje2 touch-up je *bagus!! walau kelas F boleh buat keje molek mcm ni*

Kita ni dah siap dah check semua, tapi still tak dapat finalize harga kerja-kerja tambahan tu. QS ni masih lagi berdebat ngan sub-kon pakcik ni *aiiiyaaa!! manyak leceh owwhhh*
So keje kami pe lagi: Bergambar lah..

bukti saya di tapak projek ye *muka penat dah ni*
-gambar lain dlm kamera lah, takde cable-

4 jam ko nego harga!!! Giler la, tu pun ada yang tak diputuskan lagi. Berkira sangat kontraktor ni. Dia mintak sampai 10K++, kita approve 5k je..tu yang dok keje berdebat je
*seb baik experienced QS, so dah biasa dah mcm ni, rileks je lah dia, kita yg penat tengok dia*

Kul 6 lebih baru keluar dari site, terus menuju ke Penang. Bestnya!! Kali pertama jejak Penang, tapi dah malam, tak larat nak jalan2 *esok la lepas site meeting*
Azhar bawak makan ikan bakar kat tepi laut *sedapnya!!! dan hancur lebur diet ku!!*

-penat badan, tapi siap sedia lah balik opis jumaat ni..pecah paler otak-


Keputusan Yang amat di Nanti

Malam tengah menuggu nak gi makan malam, saja lah check laman web SPA. Pastu click la kat link untuk keputusan temuduga tu, keputusan untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 dah ada.
Pastu try lah check...
*syukur alhamdullilah*

keputusan yang dinanti akhirnya mucul juga

Hampir 2 tahun bekerja sebagai engineer kontrak, puas dah rasa dibuli, OT tak boleh claim, banyak kemudahan2 lain dikecualikan. Tapi syukur tu tetap ada, kerana jawatan kontrak itu jugak lah diri ni tak memegang langsung gelaran penganggur lepas grade Dec 2006 dulu *syukur*
Dan peluang ini amat akan dimanfaat kan. Saya nak masuk design team please..
Jangan lah post saya ke mana2 state or district, nak duduk kat HQ.. tolong lah ye.. *kena guna segala network yg ada ni*
-cepat lah antar surat lapor diri..tapi pape pun 1hb Disember 2008 ni, surat resign akan tetap dihantar ke PPSPPA, notis sebulan, kalau JKR suruh masuk mid Dec, kena lah mintak tangguh-

24 November 2008

ni pembulian ke apa ni namanya??

Uiihhhh!!! Penat ke Terengganu & Kelantan last 2 week masih lagi terasa, belum lak tambah dengan penat ke Bera menghadiri kenduri kawin sepupu, 2 hari kami atas jalan je *penat nya rasa badan*

Ekwan siap msg 'sedapnya dapat tido atas katil sendiri. 2 hari tido tak proper'

Kesian uncit saya, dari JB ke Bera, pastu sambung lak ke Maran. Dia drive sorang. Lesen Cik Dayu dah tamat tempoh rupanya. Maka, tak dibenarkan la memandu. Nak tak nak, en Ekwan sorang la bawak kete. Kita ni jadik peneman je lah. Nak tido, langsung tak dibenarkan. Kalau terlena pun, 5 minit je dia bagi,pastu dia kejut suruh teman semula.
Ngantuk sgt tau, bayangkan lah sendiri, kul 2 am sampai JB. kul 6 pagi dah gerak ke Pahang, pastu singgah Maran, kul 9 malam gerak JB semula..penat tak penatnya badan saya. Uncit Ekwan mesti lagi penat

Tapi hari ni, saya lagi penat jadiknya bila dapat call dari TA. Ada peralihan kuasa, perubahan skop keje mendadak kat bahagian Teknikal PPSPPA *rasa nak ngamuk tapi tahan je, tak lama dah kat sini*

Kini, segala urusan ubahsuai pejabat dibawah tanggungjawab Cik Dayu, dibantu 2 TA dan QS. Giler lah!! Ada lebih kurang 20+ pejabat in renovation progress.. Tetiba kena amik projek orang, sedangkan dah nak siap, bagi je lah current engineer tu settle smpai siap *susah kalau org penting kan diri sendiri ni*

Dan tadi, baru je dapat call
' dayu, esok hang kena pi Kangar, Perlis ngan Sik sekali '

Aduhaiii!! 3 hari ke utara lak. Site meeting ngan T&C sekali. Giler lah!! Kontraktor serah projek kat aku!! Aku kena terima projek!! Saya kini adalah wakil S.O*dulu ada J44, skrg dayu sorang*
Tekanan siot!! Tanggungjawab besar sgt ni...*gaji ciput*

Rasa tak sabar nak letak jawatan. Tak kira, 1hb Dec ni antar resign letter. Lantak lah..tak tahan dah keje mcm ni...*ada boss keje nak lepas tgn je, baik aku jadik boss, gaji kita share sama2*

-JKR & SPA cepat lah antar surat suruh lapor diri-

20 November 2008

tadi saya ketakutan, kini saya tersenyum kegirangan

*ye.. dari tadi dayu tersenyum saja*

Dia kegembiraan kini, dia dah boleh tersenyum girang. Boleh merancang masa depan dengan lebih teratur, kerana sudah ada sedikit jaminan.

Tak perlu lagi risau akan dibuang kerja bila tiada lagi peruntukan. Ohhh!!! Saya amat gembira kini!!! Syukurnya saya.. *terasa mahu telefon mak saya sekarang jugak*

senyuman kegembiraan terpancar jelas di muka dayu
*kalau boss saya mengamuk bagai pun hari ni, saya akan tetap senyum*

Saya tahu, ini semua berkat doa yang tak pernah putus dari mak saya *juga kamu2 semua*
Dan mungkin ini juga namanya rezeki orang nak mendirikan masjid..*alhamdullilah* Last month peluang itu tiba buat ekwan, namun terpaksa ditolak setelah beberapa pertimbangan diambil kira, kini giliran dayu pula.

Maka, betul lah kan org kata, org nak kawin ni, murah rezeki. Allah permudahkan segala urusan kita

-tak sabarnya nak tggu surat rasmi sampai-

14 November 2008

hari saya mcm best sikit lah

-heheheh..baru je balik dari minum petang bersama en kontraktor yang ensem di secret recipe, sukanya saya.. *gatalnya ko dayu, kan dah tumbuh jerawat tepi hidung*-
Dan sesungguhnya, encik uncit saya tau saya sedang memuji keenseman kontarktor tu, dan dia geleng kepala je. Alah saja-saja je..buat cuci mata kan...

Dan yang best, dia bagi kamera projek yang best. Canggih sungguh.. Touch screen, boleh edit gambar terus dari kamera, tak yah nak photoshop2 lagi.
Tapi sayang, itu adalah kamera projek ye, untuk kegunaan projek, bukan hak peribadi *owwwhhh, alangkah best kalau jadik milik dayu kamera tu*

tak jadik hak milik mutlak, bergambar jadik lah
*tapi saya nak pinjam jap, saja nak test guna, kang bawak gi site, tak lah jakun*

Mereka juga adalah kontraktor2 muda, so mcm senang lah sikit dr segi komunikasi, senang nak bercakap..*selalu asyik berurusan ngan pakcik2 je*
Dan encik managing director itu jugak adalah seorang yang humble..*sukanya saya*

-tadi masa dia dtg, semua dok sibuk nak tengok gerangan encik kontraktor itu, nasib baik dia tak perasan-
hari ni dia pakai kasual je, makin lah nmpak ensem..

saya penat

Badan saya penat.. Otak penat.. Mata penat, rasa nak katup

Tapi saya tetap di sini, pukul 8 pagi mengadap V30 buat report, walau malam td sampai pukul 10.
-owwhhh, saya rasa terseksa yang amat!!! ada keje kosong tak??-

Keje macam ni mampu buat orang jadik giler!! Arahan datang tak kira masa, tak tengok keadaan, tak pikir langsung kemampuan kita. Tahunya, keje jalan. Yang penting, pe yang diminta ada atas meja.

Saya bukan robot..
Badan saya ada limitnya...
Tapi selagi mampu, saya turutkan je lah.

12 November 2008

saya nak tido

Baru je sampai bilik hotel..
Dari pagi sampai ke malam berkeje.. nasib baik bawak kete office, ada driver semua. Tak lah penat sangat, kalau tak..mmg pancit lah..

Hari ni pun 4 opis kami balun, dari Kemaman ke Dungun. Pastu ke Kuala Terengganu, malam sambung lak ke Kuala Berang..tak ke keje mcm org giler tu namanya??
*ekwan siap cakap, pe kejadahnya keje malam2, esok tak boleh ke?? tapi nak buat camne, saya hanya menurut perintah*

Dan esok, pagi2 nak gerak ke Besut, pastu Kota Bahru, kemudian Keterh dan terus ke Gua Musang. Dan habis je discussion ngan kontraktor kat site, terus shoot balik KL.
Sian pakcik driver..tapi nak buat camne, dah keje kan...

*nak tido lah saya, esok nak bgn awal, nak singgah Payang jap. itu tetap gak kena buat walaupun packed camne pun schedule kami...heheeheheh*
Cemut: tak sempat lah nak singgah...jadual keje full
dan kepada semua yang lain: terima kasih atas keprihatinan anda, doakan saya selamat sampai semula ke KL ye

-huhu..kontraktor Kota Bahru tu ensem, muda lagi, anak dato you-

10 November 2008

i'm off to Terengganu + Kelantan

Saya akan ke Terengganu & Kelantan esok. Sampai Khamis. Tapi saya akan tetap berusaha update, sbb V30 akan dibawah bersama untuk buat report *gigih kan saya*

i'm blogging form east coast