28 March 2014

Syukur.

Alhamdullilah. Langkah pertama untuk bergelar pelajar semula telah berjaya dilepasi. Kawan-kawan semua kata 'rezeki baby ni Dayu' Iye, aku juga percaya. Ini rezeki bahagian adik baby yang Allah kurniakan melalui kami sekeluarga. Syukur. Sesungguhnya memang murah rezeki kami sekeluarga sejak aku disahkan mengandungkan adik baby. Di awal tempoh mengandung, kami diberikan rezeki bertemu dengan rumah idaman yang dicari-cari selama ini. Sebulan lepas pula, Ekwan berjaya merealisasikan impian dia nak memiliki kedai dan perniagaan sendiri. 

Dan hari ni, aku dikhabarkan pula dengan berita gembira ini. Syukur sangat. Terima kasih Allah atas segala pemberian ini.

alhamdullilah, impian nak memiliki rumah atas tanah akhirnya termakbul. 

37 minggu. Menunggu dengan penuh sabar (walau hakikatnya tidak). semoga terus diberi kesihatan dan kegigihan menanti kelahiran insan kesayangan.

*officially, kami dah bersetuju dengan nama adik. Eisya siap dah hafal nama adik dia. nama sendiri lak yang terkial-kial nak sebut.

24 March 2014

Promo datang lagi!!

Aku kan sekarang duta PixaJoy. Tapi duta tak rasmi lah. Tak rasmi bermaksud, buat keje free. PixaJoy tak bayar apa-apa elaun khas pun kat aku. Erti kata lainnya. Buat keje sukarela. Maka sebagai duta tak berbayar ni, aku tetap berbesar hati nak maklumkan, PixaJoy ada buat promosi baru. 

Latest promotion oleh PixaJoy. 

Promosi print kad kahwin pada harga hanya RM 0.90 sekeping, sekali dengan envelope. Berbaloi?? Berbaloi bagi aku sebab dia kan guna Art Card 260gsm, pastu kita boleh design sendiri. Ikut selera masing-masing. Kalau malas nak design sendiri atau kurang kemahiran, pilih je lah template yang dia dah sediakan. Voucher valid sampai September 2014. So sape nak kawin bulan 6 ni, memang patut tempah lah.

The details. Tapi untuk maklumat lanjut, boleh terus ke website PixaJoy.

contoh template yang disediakan oleh PixaJoy.

kalau takde promo, harga adal dia RM 1.64 sekeping sekali ngan envelope.

Disebabkan kad kahwin ni macam dah tak sinonim dengan aku. Tapi apa salahnya hebahkan promosi baik kat kawan-kawan yang mungkin memerlukan. Yang ada adik nak kawin, bolehlah tolong tempahkan kad kawin. Belanja adik-adik kan..sementara ada promo ni. So, kalau nak order, bolehlah terus ke website PixaJoy. Kat situ, dia akan guide step by step on the purchase dan camne nak design kad tu. Rajinkan membaca, fahamkan.. dan silalah submit design. 

Ok, sekian hebahan dari saya duta free PixaJoy.

*aku rajin nak jadik duta tak bergaji sebab PixaJoy dah bagi banyak album photobook free. org berbudi, kita berbahasa katanya.


Sesi riadah Eisya

Lama dah tak bawak Eisya keluar. Sejak Ekwan bukak kedai ni, memang masa dia banyak habis kat kedai. Weekend pun kat kedai. Aku ngan Cha memang melanguk je lah kat rumah. Nak keluar berdua ngan dia je, ngan keadaan aku macam ni, Adeihhh, memang tidak lah. Kereta pun takde. Maka, duduklah rumah diam-diam. Bagus gak, banyak keje setel. Duit pun selamat. Tapi yelah, budak tu dah lah 5 hari memerap kat nursery. Time weekend kalau tak bawak berjalan, macam kesian je tengok dia menyepah rumah. 

So Ahad lepas aku gamble je lah keluar berdua dengan dia. Plan bawak dia ke indoor playground. Tempat yang aku yakin, aku boleh lepaskan dia main berjam-jam tanpa perlu pemantauan yang melampau. Budak dah besar, pandailah bawak diri. Ekwan dropped kitaorang kat Alam Sentral, Shah Alam dan dia ke kedai. Pandailah aku 2 beranak bawak diri, petang kang dia datang amik. Nak ikut dia ke kedai pun bosan gak, nak tolong buat keje, tak reti. Baiklah aku melilau 2 beranak.

Ekwan yang bagitau kat Alam Sentral ni ada indoor playground. Baru lagi. Harga pun tengah harga promosi. RM10 je seorang. Mainan pun oklah. Puas lah untuk budak-budak dan sangat berbaloi lah dengan harga RM10 tu. Tapi kalau lepas ni dia naik kan harga RM15/seorang pun berbaloi lagi.

Alah, lupa amik gambar sekitar playground tu. Biasalah, tak lama tak buat keje-keje rutin seorang blogger. Kalau dulu, segala genap sudut aku amik gambar.

budak yang gembira bukan main bila ibu bawak masuk indoor playground

dah besar beranilah main kat laluan jaring-jaring gini. kalau dulu, memang tidaklah dia masuk kawasan ni.

berhenti berehat sekejap. makan ice-cream, minum milo. botol air masak tu hiasan je. ibu yang tukang minum. dia minum sikit je.

Dari pukul 3, sampai 6 lebih ok dia kat sini. Tu pun kalau boleh tak nak balik. Lagi-lagi bila ada kawan bermain. Aku berjaya bawak dia keluar dari sini pun bila umpan ajak makan KFC dan time tu kawan dia gi toilet, kalau tak jangan haraplah. Bila kat KFC nampak benar penat dan lapar. Habis ayam 2 ketul dia makan. Tapi bila bawak main kat Dataran Shah Alam sementara tunggu Ekwan datang amik kitaorang, cergas semula. Adeih, manalah dapat tenaga budak ni. Ibu lak yang keletihan.

Dan paling aku geram, dah bermain seharian, suruh tidur punyalah susah. Aku ni dah tak menyabar nak naik katil, dia boleh lagi layan tengok kartun. Sudahnya pagi ni merengek-rengek nak gi school. Mengaruk sebab tak puas tidur lah tu.

Malam ni, pukul 9 tutup TV.


21 March 2014

Makan nasi kenduri

Aku tahu macam dah ketinggalan, dah lambat kalau nak tulis kat blog. Tapi aku rasa nak jugak tulis. Lagipun takdelah lama mana, citer awal bulan hari tu. Valid lagi lah nak citer. Lagipun, pedulilah tak sejajar timeline publish dengan tarikh sebenar kejadian kan. Cerita tu penting.

Ceita pasal kenduri kahwin sepupu. Ni kira 1st wedding untuk tahun 2014 dalam family aku. Dan rasanya, ni je kot. Hujung tahun InsyaAllah ada 1 lagi kat Kedah. Ohhh, yang itu aku dah plan nak lajak ke Langkawi. Nak beli corelle. Boleh bawak mak ayah jalan-jalan sekali. Hehehe, aku bab berjalan memang panjang akal. Ni lepas pantang pun dah macam-macam aku plan. Yelah, planning awal tahun ni banyak tertangguh dan terbatal. Hajat hati harus dipenuhi. 

Majli kat Melaka. Tapi sebab makcik aku dah sediakan homestay berdekatan. Aku datang awal, malam sebelum majlis aku sekeluarga dah ada kat Bukit Katil, Melaka. Mak ayah lagi awal dah sampai. Sebab majlis gunakan khidmat katering, nothing much to do. Aku pun sampai lewat, sampai terus tido. Hahaha, memang tak bermanfaat. Tapi dah makcik aku cakap siap-siap, dia suruh datang meriahkan majlis je. Tak payahlah nak rasa bersalah sangat kan. Sepupu lain yang sampai awal pun, malam tu berjalan je pun. 

Majlis pernikahan dan sanding dijalankan pada 1 hari yang sama. Nikah pagi, tengahari sanding. Disebabkan bangun dan bersiap agak lewat, tak sempatlah nak saksikan majlis nikah. Sekadar dengan dari luar je lah. Sambil-sambil posing di pelamin yang belum dirasmikan pengantin.

- lawa gerbang ni -

lawa sepupu aku. berseri-seri.

time ni entah mana sepupu yang lain. maka kami je lah yang bergambar.

ini adalah kegemaran aku. ekwan ngan Eisya pun tak pasal-pasal kena join sekali.

Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia, dimurahkan rezeki. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. 

*ada tapai pulut sedap kat kenduri sepupu aku ni, geram je aku tengok adik aku makan berbungkus-bungkus. aku sekadar melepas kempunan je lah. issskk, hilang nikmat makan bila ada kencing manis ni. harap-harap lepas bersalin, hilanglah diabetes ni.

Progress

Baru pulang dari bertemu Endochrine di PPUM. Disebabkan usia kandungan aku kini 36 minggu, dan result BSP aku cuma di kadar borderline, belum melebihi paras yang dibenarkan. Doktor putuskan tak perlu amik insulin, teruskan dengan diet control je. Tapi aku tetap kena jaga makan terutamanta tie lunch dengan dinner. Sebab 2 meal tu yang bacaan agak tinggi. Okay, aku janji. Akan lebih berjaga-jaga.

Semalam adik baby macam kurang aktif. Serius, aku memang risau tapi pura-pura cool. Pantau pergerakan dia betul-betul. Pukul 6pm baru dapat 10 movements. Lega sikit. Dan bila malam dia makin aktif, bolehlah aku senyum. Risau. Aku tak sanggup nak menghadapi sebarang kemungkinan yang menyedihkan di fasa ini. Mampu berdoa je lah.

We have decided for adik baby's name. *sengih*

As usual, task tu memang aku yang jalankan. Aku listing kan dan Ekwan pilih. Eh, dia tak pilih pun, dia kena setuju je. Hahaha, kuasa veto di tangan ibu. Harap-harap, benarlah gender awak bagai yang dikata doktor. Kalau tak mengagau lah ibu abah carik nama baru pulak nanti.

*comel je rasa bila tengok Eisya pegang perut sambil panggil nama adik.

20 March 2014

Orang nak jadik kakak

Lama tak citer pasal Eisya. Lama sebab aku memang lama tak update blog kan. Minggu ni, entah kenapa tiba-tiba macam rajin. Rajin update blog sebab malas nak buat keje kat opis. Hahaha, tapi bukanlah malas mana pun, cuma keje yang tak bape banyak. Kang aku hadap lah, sejam dua setel lah smua.

Bulan depan Eisya nak 4 tahun. Dari bulan lepas dia dah request kek birthday. Nanyi-nanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Kalau ada kawan sambut birthday kat school, mesti heboh citer kat aku. Sambil tu bagi gentle reminder kat ibu dia ni 'chacha nak kek strawberry tau ibu' Dah pandai request. InsyaAllah, akan ibu penuhi impian awak Cha. Dan kalau takde apa aral, aku sedang berpantang time birthday dia. Baru sangat melahirkan. Ekwan lah kena uruskan semua. Hantar kek ke nursery. Hmmm, bila lah aku nak packing goodies bag nak antar nursery?? Kena buat awal kot. Demi mengembirkan Eisya.

Dan aku nak pasang niat, nak belikan dia hadiah siap-siap. Dah lama dia minta set playdoh. Walaupun sebelum ni dah penah ada 2 set. Semua dah jahanam. Dan aku tau, kalau belikan lagi pun akan hancur akhirnya, tapi biasalah.. memenuhi keinginan anak kan kegembiraan ibu. Aku nak sediakan hadiah siap-siap sebab tak nak dia rasa terpinggir. Yelah, aku baru bersalin. Dia dapat adik, nanti kalau orang datang melawat semua bawak hadiah untuk adik, untuk dia takde pun. Sedangkan minggu tu birthday dia. Hati budak lagi sensitif. Belailah selagi boleh.

Setakat ni Eisya menunjukkan bakat menjadi kakak yang penyayang. Segala aktiviti, segala cerita mesti dia libatkan adik. Sedangkan adik dalam perut ibu lagi. Kalau nak gi makan, bila tanya 'Cha nak makan apa??' Dia akan jawab, pastu tanya semula 'adik makan apa ibu?' Kalau nak gi mana-mana, mesti dia akan pastikan 'adik ikut tak ibu?' Caring lah tu kononnya. Harapnya bila tiba masanya nanti, begitulah awak ye Eisya. Jaga adik, main ngan adik. Senang ibu buat keje.

sibuk minta nak pakai tudung sekarang bila kuar. sebab tak berkesempatan lagi belikan tudung budak untuk dia, aku sarungkan inner je. nasiblah..

budak manja kededek. pagi-pagi peluk ibu tak nak lepas. bila malam mengeletis dengan abah. pantang abah takde depan mata, mulalah gelabah.

*dalam dia tak sabar nak ada adik, nak jadik kakak.. dia tetap mengaku dia baby ibu.



18 March 2014

Menghitung Hari

Hari ni dah masuk minggu ke 36. Lagi sebulan sebelum rasmi bergelar ibu beranak 2. Due date yang diberikan 17 April 2014. Disebabkan aku berada dalam kategori kandungan 'berisiko tinggi' memang confirm lah aku tak deliver adik baby melebihi tarikh due date yang diberikan tu. 

Bolehlah mula pangkah kalendar, mengira hari bersalin.

Insya Allah, kali ni aku memilih PPUM untuk melahirkan. Sebab PPUM yang paling dekat dengan rumah. Dari opis pun PPUM yang paling hampir. Kena amik kira hospital berdekatan opis juga sebab aku memang tak rancang nak amik cuti awal macam time mengandungkan Eisya dulu. Walau hakikatnya, aku lagi cergas time tu berbanding sekarang. Dengan kena memanjat tangga 4 tingkat setiap hari, ada juga Ekwan cadangkan aku amik cuti awal. Tapi achik sayang cuti weh, rugi. Nanti kena naik keje awal. Takpelah, gigih dan gagahkan lah diri.

PPUM agak cerewet menerima patient nak yang berhasrat nak bersalin kat tempat dia. Kena booking awal-awal ok. Aku dari awal bulan 2 dah gi booking. Tu pun akak nurse tu kata nasib baik datang awal. Perghhh, memang ramai pilih nak bersalin kat PPUM gayanya. Rekod dia baik, jarang dengar orang komplen yang bukan-bukan. Tu semua pilih PPUM. Tapi kalau Hospital Serdang dekat dengan aku, aku pilih Serdang lagi kot. Sebab masa Eisya dulu, Alhamdullilah memang puas hati.

Masa admitted sehari kat PPUM time 33 weeks aritu disebabkan bleeding, aku dah amik feel sikit keadaan wad kat PPUM. Alhamdullilah, memuaskan lah. Cuma tang makanan dia lah. Tasteless sungguh. Tapi nurse semua baik-baik. Tapi kalau dah namanya hospital universiti, memang ramailah student berlegar-legar. Doktor-doktor pelatih pun asyik tersembul kat hujung katil. Bagi aku, aku ok je. Derang nak belajar kan, kalau tak bagi peluang macamana nak pandai. Sama jugak kes macam aku dulu, menempek je tepi senior engineer menuntut ilmu.

Tarikh booking aku 17.3.2014. Semasa 36 weeks. Kira sebelum diterima untuk bersalin kat PPUM. PPUM akan pastikan dia ada rekod pesakit. Dah macam 1st check-up pulak aku rasa. Dah lah banyak maklumat dalam buku merah aku takde walau hakikatnya ujian tu dah buat kat KK Tanglin. Dah kena buat semula kat PPUM. Layankan je lah. Daripada tak diterima nanti. Tapi yang geramnya boleh pulak doktor PPUM tak puas hati dengan result BSP aku. Doktor kat KK Tanglin tak kata apa pun. Ok je. Hmmm, siap refer aku ke Endocrinologist. Sebab dia berhasrat untuk suruh aku amik insulin. Tak mahu aku. 

Dan terus pantang gula secara gigih. Sebelum ni pantang juga tapi macam langgar-langgar pantang gak. Lagi-lagi time lunch ngan dinner. Time breakfast ok lagi, makan sikit tapi kerap. Time lunch ngan dinner selalu gagal. Tapi bila doktor PPUM kata nak suruh aku amik insulin, terus 'ok..ok..makan sikit tapi kerap' Sape tak cuak beb bila memikirkan risiko-risiko disebabkan kencing manis semasa pregnant ni. Baby besar aku macam bleh terima lagi. Risiko yang lain tu yang buat aku cuak terlebih.

Berharap sangat baby akan membesar dengan sehat dengan sempurna. Selamat dilahirkan. Risau weh. Sebab tak tahu kan macamana dia kat dalam tu. 

13 March 2014

Photobook dan PixaJoy

Aku memang gemar bergambar. Lagi-lagi sejak Ekwan beli DSLR, memang galak aku bergambar. Ekwan lak jenis rajin nak mengangkut kamera gabak dia tu setiap kali keluar rumah. Maka, memang melambak lah gambar kami anak beranak. Terutamanya Eisya dan aku. Koleksi gambar Eisya sejak dia berusia setahun memang melambak. Dalam hardisk kat komputer penuh gambar dia sesaje. Tu belum lagi ditambah koleksi gambar yang diambil guna handphone. Memang menimbun.

Tapi aku memang jarang print gambar. Penah sekali je print, tu pun sebab kat Groupon ada buat promotion. Print gambar 100pcs bayar RM20++ je. Semangat lah aku print dan albumkan gambar dia. Tu pun berbulan kot tunggu aku beli album dan susun gambar-gambar dia.

Bila ditambah dengan koleksi-koleksi gambar mengikut event, gambar raya, gambar vacation..perghh, memang melambak-lambak. Semua simpan dalam hardisk. Dan sebab bimbang komputer dan laptop jahanam, buatlah back-up kat external hardisk. Dengan harapan, selamatlah koleksi gambar-gambar tu. Tapi kebimbangan tu tetap ada. Tapi nak print gambar punyalah malas.

Dah lama aku berkeinginan nak mem'photobook kan semua gambar-gambar tu. Selalu jugak nampak promotion photobook kat MyDeal, LivingSocial, kat Groupon.. tapi tak berasa nak beli voucher tu, sebab rasa macam mahal lagi. Hahaha, giler kedekut kau Dayu. RM30++ untuk sebuah softcover photobook, dalam 30 pages bagi aku adalah mahal. Size pun takdelah besar mana. Biasalah, aku ni kan kalau bleh nak aku je yang ada kat win situation, sedangkan kalau ikutkan memang murah dah. Berbaloi. Tapi kalau dah kedekut, gini lah. Peraplah gambar tu dalam hardisk. Jahanam, meraung kau situ sorang-sorang.

Bila member dok kecoh sebarkan pasal promo baik punya kat MyDeal, aku pun mencelah, tanya details. Memang terbeliak bijik mata aku bila tengok promo yang ditawarkan. Memang terbuntang mata aku tengok perkataan 'FREE' kat promo tu. 'Free Mini Softcover 6" x 6" Photobook, 36 pages' Tak peduli dah aku apa size dia, berapa helai, yang penting FREE. Terus aku rembat deals tu, melambak-lambak voucher dia aku beli. Tamak katanya. Terus aku download editor PixaJoy dan selongkar hardisk. Kumpul gambar yang nak dialbumkan. Dan bermulalah episod kusyuk menghadap komputer men'design album.



kerja aku sepanjang minggu. kebetulan kerja di pejabat macam tak menimbun. boleh lah aku fokus men'design photobook. memang fokus habis lah. dalam seminggun 3,4 album kot aku buat.

Dan kemudian mulalah tak menyabar tunggu album tunggu depan mata. Asyiklah check status order kat website PixaJoy. Tiap hari check email update dari PixaJoy. Macam menunggu apa je. Pastu jadik makin mengelupur bila kawan yang hantar kemudian dari aku pun dah sampai. Album aku tak sampai-sampai. Over, memang over. Tapi bila yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul depan mata. Alahai...gembiranya rasa hati. Asyik lah membelek. Tak puas-puas tatap gambar dalam photobook tu.

antara yang pertama sampai ke tangan. favorite Eisya album birthday dia tu. sebab dalam tu byk gmbr dia dengan hadiah, pastu asyiklah 'ibu, chacha nak mcm ni ibu


disusuli pula dengan yang ini. makin bertambah koleksi. setiap 1 event aku buat satu buku.

secara total, inilah semua photobook yang dah berjaya aku hasilkan dengan PixaJoy. 5 softcover, 2 hardcover. dan aku sedang menanti kehadiran 3 lagu photobook. dan dalam perancangan menghasilkan beberapa buku lagi. semua orang kata aku gigih. alah, buat benda kita suka, memanglah gigih kan.

Terima kasih PixaJoy sebab bermurah hati buat promotion yang sangat baik begini. Buatlah selalu. Gembira kami semua. Laggi-lagi insan macam saya. Eh, untuk makluman. Promosi untuk hardcover photobook tu masing berlangsung tau. RM 5 je uols. Tak tergoda ke?? Gi lah terjah website PixaJoy. Sekarang, kena gi sekarang sebab promotion dia sampai 31 Mac 2014 je.