30 March 2009

i'm off to kuantan

Saya akan ke Kuantan hari ini. Sehingga esok. Nak membuat siasatan kes kemalangan di Teluk Chempedak. Huhu, report kes kat Kedah pun terumbang-ambing lagi, dah nak kena buat lagi satu. Tapi takpe, saya bersyukur sebab masih ada keje nak buat.

Akan menetap di Duta Sand Beach Resort. Sudah muak menginap di hotel. Boring ko. So, alang-alang dah ke kawasan pantai ni, carik lah resort, amik chalet. Korang yang selalu out-station, yang selalu keluar masuk hotel ni akan faham rasa boring yang cuba digambarkan tu.

sila lah jangan indah khabar dari rupa *aku ngamuk kan*

Wahai otai-otai bunga dip di kuantan, mari lah kita berdating di resort ni malam nanti. Kita lepak2 tepi pool sambil memintal dawai buat rangka bunga.. *hahahahahah*
-pssst, pape just sms me ok. i'm always available-

abis je keje kat site boleh terjun jap ni. hahahaha.. memang pakej percutian lah out-station kali ni. tp sebelum tu, berpeluh bagai lah saya kat atas jalan *hitam aku gini gaya weh*

Last not least, here presenting my production department. Di mana Dayu menghabiskan masa sepanjang minggu.

kotak A4 tu penuh dgn kad kawin yg harus ditampal riben *mati la aku*

En Ekwan kini di Maran, menguruskan borang nikah dia. Semoga segala urusan dia berjalan dgn lancar, and i can proceed mine.

*na, pape sms dayu eh*

26 March 2009

yakin itu penting *juga kena gigih*

Cukup-cukup lah bermuram durja, kalau dah memang gaji tu tak masuk, tunggu je lah lagi. Tingkatkan sikit je lagi kesabaran. Orang kewangan kata tunggu sampai 31hb, ye lah, saya tunggu lah. Kalau takde, tggu sebulan lagi.
Kalau takde jugak, aku bakar opis korang!!! *ko ingat aku boleh sabar lagi???*

Habis cerita pasal gaji, nak citer pasal keterujaan dan keghairahan dayu 2,3 hari ni pulak. Penat dah nak bersedih pasal takde gaji.

Previous entry kan ada cakap pasal bunga pahar. Yang kononnya akan menjadi salah satu item hantaran, tp akhirnya ia adalah item yang akan dibawa ke Pahang masa majlis bertandang.
Dan sebab majlis bertandang itu kononnya adalah lambat lagi, iaitu sebulan selepas majlis di JB, Dayu dengan berbesar hati telah berhajat nak DIY je bunga pahar tu *dayu buat-buat yakin dirinya berbakat nak meng'DIY bunga pahar*

Maka terus minta panduan dan tunjuk ajar dari sifu bunga dip. Sape lagi kan kalau bukan 'Puan Aziyana will be' Minta no hp siap2, senang nak tanya pape. Siap copy paste dia nyer entry lagi nak buat rujukan *yana, tolong bagi hak kebenaran men'copy ye*
Dan seperti biasa, member2 di blog adalah sangat bermurah hati, akan share everything, tunjuk ajar semua benda. Knowledge is for sharing, bak kata yana.

Petang tu jugak Dayu terus membeli bahan-bahan untuk buat bunga dip tu. Bersungguh-sunguh. Kagum mak kalau tahu anak dia semangat sampai macam ni. Balik terus pintal-pintal dawai *gigihnya saya* Dan rasa excited punya pasal, terus celup tu. Habis selongkar kotak beli oven dulu carik polisterin.

best pulak main celup-celup dawai tu *sejuk je jari kalau terkena dip tu*

Petang ni boleh gi beli lidi nak cantum kan kelopak2 bunga tu. part ni yang seram ni. berbakat ke ko dayu?? tapi yana kata 'part tu senang je dayu' *pembakar semangat ni beb*

Kad kahwin majlis kat Johor dah siap potong. Penat ko, ingat senang. Dah lah 500 keping. Tapi saya kan gigih. Dan, kini dalam proses nak tampal riben. Ikut kata mak saya 'tak yah nak riben2 lah, buat semak je'
Huhuh..ibu saya itu. Adakalanya akan menjadi so perfectionist, adakalanya sangat 'lantak lah' Bulan 4 ni kena bawak balik kad, mak ayah dah nak buat edaran ke sedara mara di Muar. Adik-adik pun nak menjemput sama. Maka, kena gigih menampal riben.
*sila la bagi alamat ye kawan-kawan sekalian*

Bila masa pulak nak gam manik ni?? Huhu, tu lah, rajin sangat. Semua nak buat sendiri. Pepandai lah ko carik masa ye dayu.

25 March 2009

nak nanges

Ko tahu tak macam mana perasaannya kalau dah 3 BULAN TAK DAPAT GAJI????

Sekarang ni rasa macam nak nanges je. Check akaun maybank, angka ribu-ribu yang diidamkan, yang dimimpikan dari 2,3 hari lepas tak muncul. Memang nak nanges!!! Warrrghh!!! aku nak kawin ni weehhhh....

23 March 2009

Borang Nikah ohh Borang Nikah

Haiiyaiii.. sorang lagi buat aku gelabah.

'jangan lambat2 yu, kang kadi tu penuh kang, tak nikah ko kan'

Chaiiit, mentang2 ko baru lepas interview, mula lah nak suruh aku buat cepat2. Jangan sangka aku tergugat lah *walau hakikatnya dah macam kecut perut* Reply la sms dia ngan ayat yang konon paling cool.

'isskkk, tok kadi tu kan ada asst dia, tak kan lah sampai takde org nak nikah kan aku'

Pastu dia membalas dengan kata-kata ni pulak

'jiran aku dah kena. ko pikir lah kalau ramai sgt pengantin xkn larat tok kadi tu'

Dengan segera nombor Ustaz Zaidi dicari. Terus call. Buat la suara paling innocent cakap ngan ustaz tu, nak booked time nikah. Ustaz tu rileks je cakap

'bila tu cadangnya??'
'31 Mei ni ustaz, nak nikah pagi' -dayu macam takut2 je ckp ngan ustaz tu
'boleh..boleh.. yang lakinya org mana??'
'pahang ustaz'

Dan ustaz tu dengan tanpa diminta menerangkan procedure nak apply semua tu. Huhu, saya tahu dah ustaz, cuma tak bergerak buat je lagi ni *tapi ckp dlm hati je lah*

'sediakan surat akuan bujang, majikan kamu sahkan'
'saya pun kena ada akuan bujang juga eh ustaz, ingatkan laki je' -dayu si innocent

Dah tak pasal-pasal ustaz tu terangkan format surat tu. Huhu..*terus Dayu google format surat akuan bujang*

Penolong Pengarah, *penolong pengarah je ke yg cek?? ingatkan pegawai kanan*
Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk
Pentadbiran Undang-undang Syariah
Tingkat 3, Blok Perpustakaan
Kompleks Pusat Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur

Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawasanya KHAIRY BIN JAMALUDIN No kad pengenalan; YYYYYY-10-XXXX, adalah seorang pekerja di syarikat ini dan mengikut rekod syarikat kami, KHAIRY BIN JAMALUDIN adalah masih seorang BUJANG dan BELUM PERNAH BERKAHWIN.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang benar

NAMA ORANG YANG MENGELUARKAN SURAT

Cop syarikat DAN TANDA TANGAN pegawai

*kenapa mesti guna nama Khairy Jamaluddin?? tukar..tukar*


Dan terus email kat Ekwan. Dan suruh dia buat segera. Dah ingatkan 80 kali dah, buat tak gak. Tak kan nak orang taipkan jugak uncit wehhhh *nmpak gaya mmg kena buat untuk dia je, konon busy melampau lah tu*

21 March 2009

hantaran bunga pahar

Pink bunga Pahar.. mana kamu?? Sila tunjuk muka skit..

Satu lagi masuk dalam list. Bunga pahar untuk dijadikan hantaran. Huhu, tak tahu pulak sebelum ni kena bagi bunga pahar sebagai hantaran. Tapi tadi pagi selepas berbual sebentar ngan future MIL, so it's decided... bunga pahar akan jadi salah satu hantaran item mereka, maka kena lah saya menyediakan bunga pahar juga...

Maka... mari la mencari Bunga Pahar kaler pink. Takpe, kat air hitam banyak. Mak kata, nak bagi berapa kuntum tak kesah..

Nak bagi bape erk?? 8 kuntum boleh.. simbolik 8 tahun kami menyulam cinta, berbagi rasa, berkongsi segala ragam bersama *hmmmm, love him so much!!!*

Nak gubah camne?? Huhu..sudah.. ke nak carik bunga pahar dip erk.. pastu just susun nicely atas dulang. Letak atas dulang ke. Kena lah cucuk kat pahar kan.. ke just gubah elok2-elok macam gubah bunga...*tak berbakatnya saya*
Takpe.. en google ada untuk membantu..

Tiba-tiba 'camne kalau kita combine bunga pahar tu ngan sirih junjung??' Camne lah rupanya tu?? Idea ko merepek lah dayu.. *nanges*

*abis luka2 tgn saya potong kad kawin, ada 400 keping lagi ni..mati lah*

edited:
dah paham dah.. memang rombongan lelaki selalunya akan bawa sejambak bunga pahar bersama mereka masa dtg ke majlis belah perempuan. so bila majlis bertandang nanti, pihak perempuan kena lah membalas semula bunga pahar tu, guna pahar yang pihak lelaki bawak.. maka tak perlu lah saya mencari bunga pahar tu sekarang
*ada masa kalau nak meng'DIY ni... aziyana, ajar skit bleh???*

19 March 2009

jangan buat dayu gelabah boleh tak

Ye.. hanya tinggal 2 bulan. Banyak lagi tak buat. Tapi bila ada member yang nak nikah 2 minggu before mine dah start tulis nama atas kad, harus lah Dayu gelabah ayam kan.. kad dia baru siap 100 keping, 100 keping lagi tak potong pun..
*kad kawin untuk majlis kat maran lagi..adoiii!!!*

Rasa nak amik cuti je, uruskan hal kawin la. Boleh?? Ada 24 hari lagi ni...

Baru ingat awal bulan 4 nak collect alamat.. tapi sebab tak nak mati kegelabahan, meh lah bagi alamat kalian semua mulai sekarang. Akan diupdate segera..
Email kan terus ye.. kalau nak tinggalkan kaT ruangan komen pun bleh gak..
Semua dialu-alukan untuk memberi nama + alamat.. orang kata, lagi ramai lagi meriah kan. Meh lah memeriah + meramaikan majlis perkahwinan budget dayu itu.

*huhu..baju tak confirm kan lagi ngan bridal.. urusan nak mendapat keizinan menikah juga masih 0%, En Ekwan sila lah segerakan bahagian kamu..
-asal balik JB bridal busy ada event..isskkk mmg kena cuti lah-

*hantaran untuk ekwan pun tak abis beli lagi. cepat la gaji weehhhh!!! gubahan dah terstop ni..takpe, bulan 4 kita sambung smula.. *gigih kan diri*

nak sehari 48 jam boleh???

17 March 2009

ulasan langsung dr majlis perkahwinan

-akhirnya pagi ni boleh curi skit masa untuk update blog, yes!!!-

Pernyatuan Aishah + Wahid (14/3/09)
Kita tayang gambar pengantin dulu. Biar derang jadik pembuka cerita.

Pengantin baru: En Wahid + Pn Aishah

Agak lambat ke majlis mereka, as sampai JB pun dalam 1.30, so siap2, terus heret Hakim jadik driver. Mak pun kita angkut sekali.
Hujan ko, dah lah takde payung dalam kete angah. Dah tak pasal-pasal berlari2 dalam hujan ngan baju kurung smua. Habis basah sampul hadiah *rosak rambut i u*

Dayu dan bonda *muka kami serupa eh??*

Bila sampai pengantin tengah bersamding. Lambat sebab hujan kot. So, sama-samalah mencelah nak amik gambar, sambil nak tunjuk muka kat pengantin. And yes, Aishah did recognized me, seb baik tak terlambai-lambai atas pelamin. Sengih2 je lah.

pelamin persandingan Aishah

Dah makan. Mak gi borak ngan mak pengantin jap. Pastu tengok pengantin makan beradab. Lama sungguh pengantin makan. Lapar agaknya kan.. so nak tak nak kena lah menyelit belakang pengantin nak amik gambar, sebab mak ada kenduri lain kan.

gambar wajib bersama pengantin
Tahniah dear!! Semoga terus berbahagia dan kekal bersama sepanjang hayat.

Dan malamnya baru En Ekwan sampai. Gedik dia ni, org dah kata tak yah balik. Nak gak balik. Yelah, dia dah rasa bersalah tu, nak memujuk agaknya. Layankan je lah. Dah dia nak balik kan, tak kan nak halang.

So esoknya,kami singgah ke Rengit pulak. Menghadiri kenduri kawin officemate Ekwan. Ni mmg betul-betul ikut peta, kalau peta dia silap, mmg sesat barat la kami. Pukul 4pm baru kitaorg sampai. Pengantin pun dah free..

see..see.. i'm wearing the same baju kurung. Ekwan lah ni. Konon sebab tak jadik nak gi wedding kawan dia ni, so tak bawak la balik baju. Hadiah pun tak bawak. Dah datang berlenggang je gi kenduri kawin org. Macam segan je..kita dtg tgn kosong, tapi balik dapat bekal nasik sampai 4 bungkus. Ngan VIP favor bag lagi.. *rezeki..rezeki*

Pengantin pompuan sangat peramah. Borak ngan dia macam dah lama kenal. Sampai Ekwan kena cakap byk2 kali 'jom balik' Heheheheh...
sengih je pengantin laki ngan bakal pengantin laki tgk kitaorg...

Dan on the way balik, boleh lagi singgah pekan Air Hitam. Makan tapai lah, putu bambu la *adooiiihai, tak reti kenyang ke korang berdua hah??*
Jammed kat area Seremban, asal time jammed je, mesti Dayu yang kena drive. Dah la 1st time bawak EG, isskkk..isskkk...kuar je Sg Besi passed balik kat Ekwan. Tak confident la nak bawak dalam KL.. sebelum pape jadik, bagi lah kat tuan dia smula.

:) dah siap potong

13 March 2009

kini boleh tersengih suka hati

Sebab pe?? Sebab esok nak balik JB.. *tapi itu bukan sebab utama sebenarnya*

Minggu ni akan jadik 'hujung minggu makan nasi minyak orang' Sabtu akan ke Taman Cempaka, gi kenduri kawin Aishah. Ahad lak, on the way balik KL, singgah Rengit, kenduri kawin kawan Ekwan lak. Memang balik Johor hanya untuk ke kenduri kawin kawan-kawan *ye, kami semangat terlebih*

Dan itu sebenarnya takde lah menggembirakan hingga boleh buat tersengih sebab, duit akan habis ke minyak dan juga tol. Tapi demi kawan, kami sanggup.

Dan yang sebenarnya, perkara di bawah ini yang telah membuat diri ni tersengih kesukaan. Kad kahwin sudah siap. Malah sudah siap dicetak untuk kuantiti berjumlah 200 keping. Beli kertas 120gsm kat Brickfiels, 100 keping RM 10. Batch ke-2 kad ni akan di cetak menggunakan kertas yang lebih tebal. 200 gsm mungkin bersesuaian...

200 keping kad saya sudah siap!!! yay!!! Dayu sgt suka!!
*kad kahwin dayu ada barcode*

-nak upload gambar kad yg dah siap, tak transfer lagi dr kamera. nanti lah ye-

Estimated kos untuk kad kahwin adalah:
1. Kertas 200gsm : RM 15/100 pcs. 400pcs (untuk 800 keping kad akan menjadi = RM 60)
2. Printing: F.O.C *jgn ditanya kenapa free, sendiri paham sudah*
3. Riben: agak-agak bape byk erk nak guna, kita budget je lebih. 10 rolls kot = RM10

Maka, jumlah keseluruhan RM 70 + RM 10 untuk 1000 keping kad. Sekeping adalah RM 0.08. Yayyy!!! Penjimatan maksima di situ!!!!

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Nurhamli di atas jasa baik anda merekacipta kad kahwin saya. Melayan kerenah saya, berkali-kali anda kena edit kad kawin saya. Jasamu ku kenang hingga ke anak cucu. Nanti buat kan untuk majlis kad Pahang pulak ye.. Terima kasih.

tetiba rasa sayu

Entah tak tahu kenapa.. tiba-tiba rasa sebak la pulak

Bila tengok gambar orang nikah, lepas tok kadi kata sah. Masa mak ayah peluk cium, tetiba rasa mcm sebak..rasa nak mengalir pun ada..
Terbayang, nanti macam mana lah...

Dah lah kat Johor, Taklik dia punya la panjang, mak ayah pun kena baca. Mahu berjurai air mata nanti. Warrrghhh!!!!

10 March 2009

edisi rambang ke-2

Lokasi terkini saya: Tingkat 6, Grand Continental, Alor Setar, Kedah

Dan sekarang tengah bergolek-golek sambil peluk bantal duduk bawah conforter sbb macam sejuk sgt tapi malas nak bangun slow kan air-cond.
Penat lah, seharian atas highway *seb baik tak drive* sampai2 terus gi site tengok tempat kejadian kemalangan. Malam sambung balik. Esok kena gi lagi. Huhuhu.. bila dok opis penat melayan report..tapi takpe lah, dah namanya keje kan...

hah..ni la workstation saya.. kemas tak??
ni snap masa nak balik, kalau tak sendiri mau carik brg pun kelibut

petang lak bersesi photoshoot ngan EG *layan kan kerenah tuan dia*
boleh tak dia menjerit time kita landing atas EG 'uncit, abis kemek EG'. Chaiit!! dia ingat gemuk sgt ke tunang dia ni hah??

09 March 2009

so called routine

Baru selesai menonton Benjamin Button. Awal-awal citer tu agak slow la, tapi bila dah nak ending rasa sayu lak tengok. Tengok Benjamin mati as a baby atas pangkuan Daisy. Pastu terfikir, mmg ada ke kes mcm ni?? Seorang diri layan dvd sambil makan coklat kisses. Kalau diamalkan selalu mmg boleh mengembang dgn jaya lah.

Dah lah tadi En Ekwan bawak makan siput sedut masak goreng berlada kat Hartamas Square. Sedap giler!! Sampai terus cancel niat nak buat carbonara. Makan kat Hartamas Square mmg tak boleh selalu lah. Kalau dijadikan hobi mmg boleh bankrupt. Lain kalau gaji mmg dah beribu leman setiap bulan. Nescafe ngan Nes'O RM 5.60 ko.. giler pe?? Ko pakai gula import ke apa?? Tapi tu lah orang kita *sape tu??* dah tahu mahal pun, penuh je tempat tu tiap malam..

Arrgghhh!!! Sakit urat-urat perut ni. Gara-gara kena buli ngan En Ekwan kat Tasik Perdana Sabtu lepas. Kena paksa buat side-up. Adooiii..seksa wehh kalau badan berlemak ni. Takpe, gagahkan diri. Dah penat, sampai sesak-sesak nafas, boleh ajak dia main kayak. Jangan lupa bawak RM 6 ye.

-ohhh,membaca announcement S&B mmg sgt menceriakan. mereka adalah pencetus bahagia-

06 March 2009

dayu sgt gembira

Kenapa Dayu sangat gembira?? Sebab dia dikelilingi insan-insan yang sangat boleh diharapkan. Yang boleh diminta tolong secara free Hehehe, bukan maksud nak amik kesempatan, tapi maksudnya di sini ialah 'Akan sanggup Membantu tanpa Minta dibalas'
Tapi kita ni kan orang melayu, yang penuh dgn adab sopan, orang dah bantu tolong tu, jgn lah buat-buat tak paham kan. Paling tidak pun, kata lah 'terima kasih, nanti tolong lagi eh'

Cukup introduction, pembuka acara, sedikit details on the title. Kemmbali kepada isu utama yang ingin dibincangkan *poyo giler ayat*

Early in the morning, dalam perjalanan ke opis. Dah lambat tapi rileks je jalan lenggang kangkung, siap gi tapau pau sambal lagi *giler sedap pau sambal pakcik tu, makin tiap hari pun tak muak* Giler la Dayu, sangat kuat merapu kebelakangan ini. Fokus..fokus..

Iye, Abang Am *uiihhh, sgt geli panggil dia begini, walaupun dia sudah agak tua, tpi sebab suka buli kami adik-adik yg comel ni, kami tak nak panggil dia abang, Am sudah* Am telah meng'sms'
'dayu, email JKR ko sama lagi kan' Dan terus reply 'a'ah, tp cc la ke gmail'

Sudah dapat agak,mesti dia nak email kan benda ni. Sangat efisen, baru 2 hari lepas bagi. Dah siap. Sungguh berdedikasi. Cemerlang, gemilang.. tahun ni boleh dapat anugerah!!





Baru 2 hari lepas pass sketch peta kat Am. Dah siap ko!! Sangat bangga dgn kepantasan dia ni. Sangat komited. Siap peta 3D hah dia bagi suruh pilih nak yang mana sebelum dia finalize kat design kad kawin tu.
3D lawa, dan boleh buat kelainan, tapi agak tak jelas lah. Takut org sesat lak kan. Pilih yang pertama je lah. Dan dengan gelojohnya tanya kat Am 'bila bleh siap ni Am, aku dah tak sabar nak print ni' Dan tak pasal-pasal, kena sebijik ngan Am 'ko ingat aku takde keje lain ke hah??' Huhu..alah saja lah tu. Minggu depan dah boleh collect, pastu operasi mencetak boleh dilakukan secara cemerlang juga.

Dan di sini, ingin saya perkenal insan yang sangat banyak membantu itu. Tu, org yang pakai baju kaler kelabu tu. Dia lah yang tolong buat kan..

rindu saat bersama mereka
entah camne, bleh lak kitaorg sama2 pakai grey hari tu. tak pasal-pasal kena jadi penyambut tetamu pagi tu...

05 March 2009

Tempahan Awal

Hari ini adalah hari yang macam sesuka hati membelanjakan duit. Thanks you to Maybank2u yang telah mempercepatkan segala proses itu. Ucapan tahniah kepada Visa juga.. bagus!!! *sebab duit dlm purse mcm tak berkurang, tak sedar diri duit dah nak abis*

Satu: Now Everyone Can Fly!!!

Ye, sebaik sahaja membaca entry Yun pasal dia dah berjaya membuat tempahan ke Langkawi dengan kos yang tak sampai RM 200, Dayu dengan pantas terus masuk web Air Asia. Dan mulalah membuat tempahan.
Mula-mula pilih 2nd week July, konon lepas abis majlis kat Maran, boleh la bersuka ria di Langkawi. Tapi En Ekwan kata 'nape tak gi lepas gaji uncit wehh?? '
Ye, Dayu terlupa yang mereka baru je berhabis membuat majlis Walimatul Urus. So, tukar tarikh. Try hujung Julai. Tiket RM 1 dah habis. Maka anjak ke minggu pertama Ogos.
*boleh tanda dlm organiser skrg. cuti pun dah boleh apply!!!*

Dan dengan jayanya tempahan telah dibuat dgn kos RM 170 untuk perjalanan 2 hala kami berdua *ye, dayu gedik amik makan even just ke langkawi*
Jom kita beramai-ramai ke Langkawi!! Yang ada budget lebih, Bali RM 50 je.. Phuket RM 10, pe lagi.. tempah segera!!

Dua. Tempahan Guest Favor secara Pukal

Setelah berfikir hampir sepanjang masa sampai rasa kepala otak nak meletup dah. Keputusan telah diambil. Tak mahu fikir-fikir lagi. Kita order saja!!! Lagipun harga dia yang termurah *ini paling penting* Dalam iklan tulis RM 0.85/pcs. Bila dah sms, tanpa diminta dia kata 'saya bagi harga istimewa, RM 0.60/pcs'
Pe lagi, terus kata 'ok, saya nak 500 pcs eh' Deposit pun dah bayar. By April dia kata dah boleh ambil. Supplier adalah orang Pasir Gudang, Johor. Senang nak amik, bleh minta dia hantar ke rumah terus.

Sekarang kena carik another 300 pcs favor yang taraf pertengahan. Untuk diberi kepada kawan-kawan mak ayah, kawan-kawan sekolah, officemate. Yang ni budget dalam RM 1 -1.50/pcs lah. 300pcs pun dah bape. Yang ni mmg tak tahu nak bagi pe. Mungkin patut kategori kan, 150 untuk lelaki. 150 untuk perempuan.
Laki kita bagi: Handkerchief. Pompuan: Coin Purse.

Any idea???

bukan nak cari salah siapa

Adakah lelaki sekarang yang bermasalah?? Tak pernah rasa cukup dengan seorang, masih lagi nak mengatal nak mencari yang lain atau perempuan sekarang yang tak reti nak paham perasaan perempuan lain???

Ya, itu adalah topik yang kami bincangkan semalam...

Tiba-tiba tunang saya tu menimbulkan topik tersebut setelah rancak bercerita pasal kes curi kereta kat KL 2 hari lepas. Dah lah satu kes kat Menara Orkid, tu yang semangat terlebih dia bercerita. Memang lepas ni Vito tak parking kat Orkid lah. Duduk lah Vito kat Hartamas, hujung minggu je jumpa tuan dia. Silap-silap dapat main-main mata je...

Out of topic... meh..meh..kita kembali ke topik asal..

Ye..ye..itu topik kat HotFM pagi semalam. Bila dah terdengar imbasan dia, sambil makan Ayamas dan Nugget yang En Ekwan gorengkan di tepian Tasik Titiwangsa, kami pun mengeluarkan pendapat masing-masing.

Memang kalau nak di fikir-fikirkan, both party adalah di pihak yang salah. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, pokok tak bergoyang kalau takde angin..tak gitu?? Maka, tak kan timbul masalah lelaki yang tak pernah cukup bila takde perempuan yang melayan. Dan perempuan tak kan nak melayan kalau takde yang mengatal.

Tapi susah nak cakap. Ada yang dah sedia maklum, orang tu dah berpunya. Dah ada keluarga pun masih nak berhubungan. Macam-macam alasan diberi dengan pelbagai sebab. Ada yang boleh terima, ada yang akan mengata. Kalau itu jalan bahagia untuk mereka, mungkin kita terpaksa akur. Kalau dah bersiap sedia nak hadapi segala kemungkinan, biar lah. Kalau tuan punya badan dah sanggup, kita yang hanya melihat ni apa nak bising-bising kan.

Ye..akan ada yang terluka. Tapi mana lagi sakit, terus tertipu atau rasa sakit yang mungkin lebih sekejap bila kecurangan tu ter'kantoi' di peringkat awal?? Sebelum lagi melarat. Lebih baik kita tahu sekarang kan dari nanti selepas dah bertahun-tahun. Ia, mesti lah rasa sgt marah. Sangat sakit hati..rasa tertipu, rasa macam orang bodoh..

Huhu..kamu Dayu..bercakap mcm sgt bagus lah. Cuba kalau kau yang duduk kat situasi tu, sanggup nak share cinta hati kamu dengan orang lain?? Boleh ke terima kekasih kamu yang satu tu keluar bermesra-mesra dengan org lain??

Ye, cakap memang mudah. Kalau kita kat situ belum tentu kita boleh 'cool' macam ni.

Entah lah...

Tapi kalau kita terus carik salah orang, sampai bila tak habis. Kalau dah terjebak, cuba-cuba lah cari penyelesaian, jangan sampai ada pihak terluka. Hari ni kita buat orang menangis, nanti-nanti giliran kita mesti ada kan. Tak kena kat kita, kena kat anak cucu kita.

01 March 2009

tunang saya dan kisah kad kahwin

Hari ini dengan gigihnya *sebab dah ramai yg marah* telah membuat kunjungan ke LH Creative. Dengan niat nak survey kad kahwin. En Ekwan sangat tak setuju membuat tempahan online tanpa melihat hasil kerja di depan mata. Tiba-tiba dia menjadi sangat particular lak pasal hal ni. Layankan je lah..

Dan bila dah sampai, sangat lah ramai bakal-bakal pengantin sedang menyelongkar kad-kad yang melambak kat sana. Kami pun join lah sama, mcm best lak sepah-sepahkan kad-kad tu semua.

Huhu..hari ni rasa macam tak percaya dengan tunang saya tu. Dia tiba-tiba bercitarasa tinggi. Tunjuk kad yang berstatus ekonomi semua dia reject. Yang dipegang semua yang ber'emboss, yang bila tanya kat uncle tu 'uncle, ni kalau 500 bape sekeping??' pastu uncle tu jawab 'ni 500 RM 1 lah kasik sama you'

Kita ni punyalah sibuk survey yang murah-murah, sehabis simple. Dia pulak sibuk nak yang lawa-lawa. Design modern katanya. Aduhaaii tunang saya. Dah lah lapar time tu, makin berkeroncong perut jadiknya. Terus tarik dia keluar kedai. Tak boleh dibiarkan. Pergi makan lagi bagus.
Dan disebabkan rasa tak mampu, dan cuba menginsafkan tunang kesayangan tu. Balik je rumah, terus open Adobe Illustartor dan mula membuat kad jemputan sendiri. Ssebelum ni memang dah terfikir nak buat dan print sendiri, tapi sebab malas ingat nak tempah je. Tapi bila dah macam ni. Nak tak nak, buat sendiri lah jawabnya.

Esok boleh pass kat Abang Am, mintak dia adjust mana patut. Lepas ni boleh buat peta lak. Pastu try print. It will be simple wedding invitation card but exclusive *nak gak taraf exclusive tu* mesti lah. Kata design pengantin sendiri kan. Ekslusif lah namanya...

Mana nak carik kertas keras murah erk?? Nak plain je..