Showing posts with label things that happen. Show all posts
Showing posts with label things that happen. Show all posts

23 April 2009

ni namanya apa ni?? dugaan nak kawin la kan

Betul lah.. kita ni orang kata darah manis. Pape boleh jadik, tak mengira masa. Tapi kalau nak jadik, bila2 pun jadik gak. Kita mungkin sedaya upaya cuba nak mengelak, tapi sape kita nak halang smua tu kan.

Kini En Ekwan sedang berehat-rehatan di rumah.

EG pulak terlantar kat Kepong tu. Kat rumah sakit mana pun tak pasti lah. Kena tanya tuan dia sendiri.

*huhu.. lg sebulan aku nak kawin ni weh*

11 April 2009

nape semua orang macam nak sakitkan hati aku ni???

Rasa nak nanges je semalam. Lagi-lagi masa call Yun. Sebab rasa marah sangat-sangat kat budak kaunter klinik tu. Nasib baik tak mengamuk kat situ. Nasib baik masih boleh kawal lagi diri ni. Kalau tak buat malu diri sendiri je.

Tapi memang marah sangat!!!

Beriya dah buat appoinment, siap pagi tu dah confirm kan. Tapi bila datang, boleh dia kata nama takde dalam appointment list. Tak ke bodoh tu namanya.
Rasa nak je tulis surat kat Kementerian Kesihatan. Tunggu lah, datang mood rajin aku nanti, melompat lah korang semua.

Dan untuk makluman anda sekalian, klinik kesihatan kat Wilayah Persekutuan, perlu ada appointment ye nak buat HIV test. Tak boleh walk-in gitu je. Dan kena klinik yang ngada2, kena a week appointment *sengal*

Kalau gini lah gayanya, tak lama lagi nampak gayanya boleh la buat HIV test kat private. Menyusahkan orang.

Jawabnya buat kat JB je lah. Klinik kat Kg Melayu tu Isnin bleh buat HIV. Yang ni pun satu hal, nape lah nak kena ada hari khas. Test tu kejap je pun. Apa masalahnya kalau buat everyday, org dtg nak buat.. bagi je lah *memang tengah hangin ni*

25 March 2009

nak nanges

Ko tahu tak macam mana perasaannya kalau dah 3 BULAN TAK DAPAT GAJI????

Sekarang ni rasa macam nak nanges je. Check akaun maybank, angka ribu-ribu yang diidamkan, yang dimimpikan dari 2,3 hari lepas tak muncul. Memang nak nanges!!! Warrrghh!!! aku nak kawin ni weehhhh....

26 November 2008

Keputusan Yang amat di Nanti

Malam tengah menuggu nak gi makan malam, saja lah check laman web SPA. Pastu click la kat link untuk keputusan temuduga tu, keputusan untuk jawatan Jurutera (Awam) J41 dah ada.
Pastu try lah check...
*syukur alhamdullilah*

keputusan yang dinanti akhirnya mucul juga

Hampir 2 tahun bekerja sebagai engineer kontrak, puas dah rasa dibuli, OT tak boleh claim, banyak kemudahan2 lain dikecualikan. Tapi syukur tu tetap ada, kerana jawatan kontrak itu jugak lah diri ni tak memegang langsung gelaran penganggur lepas grade Dec 2006 dulu *syukur*
Dan peluang ini amat akan dimanfaat kan. Saya nak masuk design team please..
Jangan lah post saya ke mana2 state or district, nak duduk kat HQ.. tolong lah ye.. *kena guna segala network yg ada ni*
-cepat lah antar surat lapor diri..tapi pape pun 1hb Disember 2008 ni, surat resign akan tetap dihantar ke PPSPPA, notis sebulan, kalau JKR suruh masuk mid Dec, kena lah mintak tangguh-

19 November 2008

semuanya di luar perancangan kita

Pagi ni, tengah bersiap nak gi keje, dapat sms. Jarang org antar sms pagi2 ni. Bila cek, dari Nadia, yang baru je kawin ahad lepas.

'dayu, adik aku Jai dah meninggal'

Terkejut yang amat membaca msg tu. Terus teringat Jai, dulu kalau every time dtg umah Nadia, selalu Jai ngan Poji mesti suka ngusik, kata akak dia takde semua. Tak nak bukak kan pintu lah..

Dalam hati dah berkata, mesti accident ni. Sebab Jai memang suka main motor. Tapi reply msg tanya semua. Tak berani nak call, tak tahu camne nak ckp nanti. Mesti Nadia tengah sedih sekarang. Dan tak dapat bayangkan mcm ne perasaan derang sekeluarga..

Baru je Ahad lepas happy2 buat kenduri kawin, hari ni nak buat kenduri arwah pulak..
Dah lah Sabtu ni kenduri sebelah lelaki... Tak terbayangkan situasi derang sekarang...

Semua berlaku di luar jangkauan kita, semua boleh jadik tiba-tiba. Owwhhh..bagaimana agaknya kalau kejadian ni terjadi sebelum majlis besar Nadia??

Adakah majlis yang dah dirancang berbulan-bulan lamanya itu akan diteruskan??

29 October 2008

Saman ohhh Saman

Isskkk..baru je nak senang-lenang, tak mau fikir pape. Nak concentrate keje konon.
Sekali tengahari ni En Ekwan sms 'kita ada problem besar. tak boleh amik roadtax. Blacklisted'

Arggghhhh!!!! Sudah..
Memang lah tau kita ni banyak saman tak bayar, ingat kan lepas.
*ko ingat PDRM sengal ke dayu???*


Arrgghhh!!! Rasa nak menjerit.. Punya lah melambak saman ni. Tak kan nak settle kan semua sekali gus, makan roti cicah air lah jawabnya.
Tapi rasanya bleh dapat kurang 50% ni.
So esok kena mintak half day, nak kena gi Bukit Aman.

Habis la duit saya bulan ni..
'uncit..sharing is caring kan?? *wink..wink*
tak kira, kena bayar sama, tu yg kat speed trap kat Temerloh tu, kamu yg buat..

28 August 2008

beli dah ye uncit


Dengan ini saya, tunang kamu, Cik Dayu sesungguhnya telah menggunakan wang yang kamu beri semalam untuk membeli 'Monthly Travel Pass' sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan saya yang terdahulu.

Bersama-sama ini disertakan bahan bukti supaya kamu tak mempertikaikan kenyataan saya yang di atas.

Ini dia ye uncit, orang beli dah kad LRT untuk bulan depan.

*owwwhhh...saya sayang sangat sama kamu*

Dan yang selebihnya telah saya gunakan untuk bayar duit sewa rumah ye. Sebagai bahan bukti sila hubungi roomate saya ye En. Ekwan, kerana kami mmg tak kuarkan resit bayar2 sewa ni.

Catatan:
Sesungguhnya wang yang telah disalurkan tersebut adalah di bawah peruntukan wang sementara ye. Dimana pihak pemiutang iaitu Cik Dayu dikehendaki untuk segera membayar semula segala pinjaman yang telah dilakukan itu sebaik saja dia dapat gaji ujung bulan 9 nanti.
-tunang saya bukan millionnaire-

Maka dgn ini, there's no allocation untuk Cik Dayu bersuka-ria di Sogo atau Jusco. Dia hanya boleh shopping raya lepas dia dpt gaji bulan 9 nanti. Kesian kan dia...

17 August 2008

Harus kah menyesal?

Nak menyesal pun tak guna, tak baik lagi pun. Biarlah.. Doakan je lah mereka akan terus kekal bahagia berdua.. *ikhlas ni..malas nak amik ati walaupun sebenarnya terasa*

Tak payah lah nak terasa ke apa kan, buat rugi je.

Pernah tak korang gi mana2 majlis kenduri kawin, tapi terasa macam sebenarnya org tu tak nak korang datang *pastu yang kau antar kad jemput aku dtg buat pe??*
-main pass-pass je pun, mana ada aku dpt pun kad kau, takde pejabat pos kot kan kat area umah kau-

Dahlah peta kat kad tak boleh pakai, mmg tak membantu langsung. Ke memang kau tak nak org dtg majlis kau?? Buat syarat je ko 'pass' kad tu..

Kan dah tak pasal-pasal aku marah!! Baik-baik aku dtg nak meriahkan majlis kau, dah rasa menyampah pulak. Takde makna dah la nak amik-amik gambar semua.. blah lagi bagus!!! Nasib baik nasi ngan lauk pengantin kau sedap.

Tapi sebagai kawan *tu pun kalau kau nak mengaku aku ni kawan lagi lah..* Aku doakan korang, suami isteri bahagia berdua dalam dunia korang. Dia suami, sebagai isteri kenalah taat, dengar kata suami semua..dah dia tak kasik kawan ngan kitaorg...nak buat camne. Kitaorg kan Comel, Sopan-Santun, Suka tolong orang.. tu yang dia tak kasik kau kawan ngan kitaorg kot...
*tak kasik sudah..aku tak heran*

Takpe lah..syurga isteri di bawah telapak kaki suami kan...

30 July 2008

hah sudah...

Bangun tengahari pagi tadi, 1st thing dicari harus la handphone kesayangan tu kan. Tengok ada sms. Tapi tak tau sape. No ni dah byk kali antar msg tau. Msg2 forwarded yg biasa2 tu... Have a great day la, pape lah....

Tetiba terasa lak nak tau sape pengantar sms tu, sbb dah byk kali kan. So reply lah sms tu. Nanti Ekwan tanya takde lah terkulat2 nak menjawab.

'thanks for the wishes, but i'm sorry to ask..who is this?' -dayu

Then it replied

'i'm remy. can we be a fren?'

Hah sudah! Remy mana la pulak ni. Do i know anyone name Remy?? Takde rasanya. Maka masih lagi beranggapan baik, mungkin i know him somewhere. I replied his sms.

'Remy who? where and how u got my no?' -dayu

A minute later he replied.

' i got ur no from an ads'

Hah? Dapat dari iklan? Sudah..bila pulak no hp ni dijaja ni.

'hah? an ads? wht kind of ads? i don't think i ever had advertised my no'

'you did. i pay visit to my fren at KL couple months ago. i came across ur ads there'

Owwhhhh, baru teringat. Ni mesti iklan nak sewakan bilik dulu. Huhu.. Tapi i malas dah nak layan bdk tu. Tak reply pun msg dia. Lama lepas tu, dia that so called Remy sms me again.

'do you remember what the ads are about? in the ads you're looking for housemate. but i don't need room, i need fren. how old are you?'

Dia ni nak pe actually ni? Isskkk, ada ke carik kawan mcm ni. Banyak lagi cara lain weh nak carik kawan. Kalau betul nak carik kawan..baik dia gi register MySpace ke, Facebook ke, Friendster ke..lagi senang nak dapat kawan..

So, malas nak layan. Tak rajin. Maka, i decide to reply with something that will stop him sms me.

'i'm sorry. i don't think i can be ur fren. I'm married. Just married'

Hahhaha!!! Lantak la, menipu pun menipu la. Asal ko tak kacau idup aku lagi. Tapi kan dia ni kan mmg tak paham bahasa la.

'what wrong with that? we still can be fren right'

Arrgghhh kau pun. Dah terang2 orang ngaku dah ada suami pun ko nak kacau lagi *ke dia ni tahu i menipu erk?* Susah betul jenis tak reti bahasa ni. Maka, just ignore it.. Jap lagi kalau dia sms lagi delete je trus...*tak kuasa nak layan, buat perabis duit je*

Huhu..ni lah salah satu sebab Ekwan so insist i change my no. Terlalu byk nombor2 yang tak dikenali muncul kat screen ni. Dah la contact no untuk urusan rasmi keje pun i pakai the same no..

*tapi leceh la tukar2 no ni, dah lah pakai maxis postpaid skrg, nak tukar2 acc..malas*

22 July 2008

Syukur Alhamdullilah.. Thanks God!!

*i'm on leave today* -walaupun tak apply cuti awal, kira EL la-

Dad and Angah is in KL today. And i have to send them to Putrajaya and this evening i have to be there again. To collect dad's document and fetch Angah -'weh budak, sila isi minyak kete akak ko ni ye'

And last night while driving to Uptown Damansara for our dinner after fetched Angah from Puduraya, Ekwan got a call. From the way he spoke, i knew it was from his office. So, when he hang up, i came out with lots of question..-kata tunang yg prihatin, apa ke hal opis nak call malam2-

'opis ke?' -dayu

'a'ah' -ekwan jawab sambil sengih-sengih

'apesal call awak malam2 ni? ni yang awak tersengih2 ni nape?' -dayu

But he kept smiling. Gila apa tunang aku ni. But then he talked.

'kata nak jadik CE' - ekwan

I just turned to him and giave him a surprise look.

'HR ke call? so awak dapat lah that post?' -dayu yang terlebih excited

Ekwan gelak2 sambil tersengih2. Angah kat belakang tu tengok kan je lah aksi kitaorg tu.

Alhamdullilah!! Ekwan got the promotion. And he really desereved it. Sebelum ni pun skop kerja dia dah macam skop kerja engineer. Walaupun actually post tu memerlukan at least diploma in computer/electrical engineering, Uncit Ekwan saya manage to grab the post with his one years experience at there.

Memang dia keje luar bidang kelulusan dia lah. Belajar Public Administration tapi keje bidang engineering technical support. Pape lah, janji keje kan *berbakat lak dia buat keje2 mcm tu, nak ngadap mesin2 tu smua*

Uncit saya naik pangkat!!

'yang, takde makan2 ke nak celebrate?' Hehhehe.. :)

And now, i'm just home from Kg. Baru Medical Center (KBMC) for medical check-up. I spent an hour there and my medical form is completed. And it cost me RM89.. It's better that spent almost a day at HKL -dan kena buat appoinment lain untuk dental check-up- But yeah..It only cost you RM 1...*not including the parking fees*
*it you for decide which one to choose*

16 July 2008

Sedih rasanya

Finally, i manage to approach En. Shahidan..

Tadi masa nak masuk bilik dia, punya la berfikir, susun ayat semua mcm ne nak ckp kat dia.. Puas lah reka2 ayat...tapi bila masuk lain gak yang dicakap..

Pape lah.. Yang penting.. He has signed my Resignation Form!!

Dia siap tanya2 kontrak kat sana mcm ne, camne nanti kalau dapat offer from SPA. Huhu..dalam rela dia terpaksa melepaskan staff terbaik dia ni -hahahaha..perasan jap-

En. Shahidan siap pesan, suruh handling over smua pape yang patut kat Dol. Mmg dah discuss ngan Dol pun. Lagipun sebelum ni buat keje sama2 kan...

*dan sekarang i tengah kemas meja i, clear kan drawer, penuh sudah tong sampah -mcm tak sabar lak nak blah-

10 July 2008

Bukan Mudah

Bukan senang kita nak buat keputusan, lagi2 bila perlu memilih antara 2. Takut nanti kita tersalah pilih. Waktu tu nanti kita dah tak boleh patah balik, kita kena terima je pilihan yang kita dah buat.

Puas dah buat senarai pro dan kontra antara 2 pilihan tu... dan hati ni masih sukar nak memilih. Walau hakikatnya dah tau mana nak dipilih, tapi mcm tak berani nak buat keputusan. Tak berani nak bulatkan hati. Tamak kah namanya itu?

*pening owwhhh nak fikir*

22 June 2008

penatnye...dan habis duit ku

Semalam adalah Sabtu yang memenatkan dan juga pengeluaran duit yang maksimum telah berlaku -keluar duit ASB lah jawabnya Isnin ni-

Salwa + Syafiq are married yesterday. Kan kami dah janji nak kumpul kat dewan tu pukul 1. Tapi i lambat..pukul 2 baru sampai. Miss Organiser yang tak punctual langsung. Nasib lah, sape suruh lantik Cik Dayu kan. Tapi i successfully gather all S&B okay..kira berjaya pe...

Then went to LowYat.. ye dan setelah tawaf LowYat entah bape pusingan, kami berjaya menghabiskan duit membeli lappy baru untuk Cik Dayu. My old Acer dah tak boleh dibaiki, processor dah damage, overheated

'angah, sila bayar ganti rugi okay, ko yang download naruto, on laptop 24jam smpai hangus processor lappy aku tu' -cik dayu to his brother

Dan harus lah i akan just swipe my Maybank card kan -mana nak dtg cash ujung2 bulan ni- Banyaknye hutang. So, Isnin ni kena la korek duit ASB langsaikan hutang kad kredit.

Huaargghhh!! Habis duit!! Takpe la, asal puas hati dan tak berhutang. Lagipun nanti Ekwan nak guna gak kan..

'ayang, ke kita share bayar lappy ni, bil broadband pun awak tolong bayar eh'

*tak dapat nak upload gmbar my new baby, cable takde la
- Sal is so adorable on her wedding. Esok lah upload the pic

19 June 2008

pity him

Kesian uncit saya itu...
I just managed to call Ekwan, after about an hour attempt, kalau tak asyik masuk voicemail. Hp Ekwan cedera parah!! Faris@Faiq telah mencampak Hp pakcik mereka ke bawah, dari tingkat 5!!!

Harus terburai hp tu. Puas la Ekwan godek2 hp tu. Patut la td bila i call dia tak dgr suara i.

Hmmm..nmpak gaya kena beli hp baru lah dia. Argghh!! Lari budget la bulan depan gini. Ekwan baru plan nak amik Celcom boadband. Kalau dh mcm ni, mesti tak jadik. Silap2 peruntukan untuk betul kan laptop i pun akan ditarik balik...huhu... Isskk...

17 June 2008

I'm so Happy!!!

Yayyy!!! -rasa nak lompat2 and ketawa suka2 satu opis-

I got my broadband!! :woooh:

I amik maxis -kata pelanggan setia maxis kan- lagipun yang ni paling murah. Rm118/month. Tu pun sebab i tukar my hotlink prepaid to postpaid -lepas ni byk la bil smpai-

Lepas ni bleh la berinternet sesuka hati. Takde sape bleh blocked pape.
Dunia ni i yang punya!!
:scream:

~tapi lappy tgh problem la...harus kah melawat lowyat carik lappy baru?-

15 June 2008

i need back-up!!

Yeah..current economy amat mengecewakan. Recession mungkin terjadi lagi, and it's expected to be the worst!! Arrghhhh!! Tension jap tau.

Skrg kan kerajaan tengah kawal pebelanjaan giler2 babeng nyer. Habis smua peruntukan nak kena tarik balik. I tak kesah pun, maybe it's the best way to help lighten our burden kan, tapi yang paling frust bila one way to implement it is by minimize the new appoinment of government officers. Habis kami pegawai-pegawai KONTRAK ni pe citer? What is going to happen to us?

My contract is only valid until Feb 09. I only have another 8 months. Lepas tu kalau kontrak tak sambung, habis lah khidmat i kat JKR ni. Warrrrgghhh!!! Habis madu sepah dibuang!! '' Currently, SPA is calling for an interview for J41 post, tak tau la permenant ke contract post and i have not received my invitation letter yet. I dah called SPA and SPA did confirmed that my name was in the list, in waiting list. Tapi bila PM buat pengumuman pasal Pembekuan Pengambilan Pegawai Awam... i terus rasa hampa. Adakah diriku akan terus menanti?

I hate being in this situation!! Seriously..tak suka sgt!! I nak buat hutang baru pun takut, nak beli lappy baru pun tak berani. Hate all these!!

I really need new job, at least as back-up!! So, anyone out there with any vacant? Yeah, KPKT offered me a post, as Civil Engineer but still it's a year contract post. Tak menjamin pape!!! Tensen lak rasa... camne nak kawin ni!!! -gedik ko dayu..kkekekeekek-

I hold the offer, i mintak tangguh sebulan kat KPKT..they agreed. I mcm nak tolak the offer tapi saja nak save je dulu. Entah la...

Harus kah i beli The Star semula every Saturday? Job hunting again?

13 June 2008

Nak Broadband!!!

It was a week ago since my last post.. It doesn't that i purposely don't want to update but i can't!! JKR had blocked everything!! Benci!! Tak bleh lagi nak bergembira kat opis, walaupun seminit.

I can view my blog...only view!! I can't log in, cannot read comments you have leaved for me. Can't leaved comments for you. I hate it!!! Even ada proxy...leceh!! Namun itu je lah cara yg i ada untuk curi2 baca komen yang ada. Ke i yang 'tak cukup terror' bab2 ni? So, hacker2 out there... Help me!!!!

Terus nekad nak subscribe broadband!!
Tapi tak sure nak amik ape, Maxis or Celcom. Dan ada fews things to be consider before nak make the choice. As my apartment is located in floor 14th..pasti i akan menghadapi masalah ngan coverage wireless tu nanti. Nak amik streamyx lak, nanti tak bleh bawak gi opis. Kalau i balik JB nanti tak bleh guna... Diriku di dalam delima!!!

Tapi buat masa skrg ni Celcom menjadi pilihan. I nak beli modem dia terus, RM499 dan monthly i hanya bayar RM60+ But, not sure yet.

Any suggestion guys?

~yeah..i tolak offer KPKT, sebab kontrak gak, setahun je lak tu. lgpun nanti office kat Wisma UOA, kena drive, minyak mahal skrg ni...so stay JKR je lah~

24 April 2008

smile on my face

Yeah...finally i can have my smile back even not the big one..but at least i can smile. He being normal but not totally the old Ekwan.

After the interview -lama sungguh ok, schedule on 8.30am, tapi 10.30am baru start- We were divided into group of 5, i been in group 2. Each group spent almost 45min in the room... Arrgghhh!!! Bosan..nak je balik rasa, dah la lapar. Then ada sahsiah test, another 15 min in the computer lab. Then i terus rushed ke Plaza Sentral, for lunch with Ekwan.

Iye..i amat suka hati. Ekwan agreed to have lunch with me. Tapi i lambat, yelah, around 12.45 baru i leaved Pusat Bandar Damansara, nak ke Bangsar in the noon...sampai sana lunch hour dia dah habis. Konon nak gi lunch kat Hartamas but as we were rushing, just had our lunch kat KL Sentral.

We talked. I was so thankful..he treated me dengan baik nya. Adakah dia dah betul2 maaf kan i? I not dare to ask. Bak kata Kuchalana, he will not show thru the talk, but dengan apa yang dia buat. I believe in that.

He also said, maybe we need a vacation. Mmg slalunya lepas gaduh2 macam ni, kitaorg mmg akan gi jalan2. Tapi macam takde masa lak... Hmmm... kena reserved sometime for this event ni..

~kali ni dia punya merajuk mmg lama tau, slalu 2 hari paling lama~

23 April 2008

the thing

I sent Ekwan lots of email yesterday as he not entertain any call from me... and he finally replied. He asked for some more time for him think over the things and make a decision. But i just can't help myself, i kept sent him email saying how sorry i was, how much i love him.. how i can't barely being neglected by him. But..he just kept silence.. Warrgghh!! His silence really killing me!!

But as what all of you had said.. maybe he really need some time for his own... So, i just let it be..

I gave him a call at the night... He answered. We talked..as usual.. i was so thankful even i'm a bit shock. He asked whether i had my dinner yet? What i'm doing... What does it really mean? Dia dah maafkan i ke? Maybe not.. Mungkin dia cuma dah cool down..

The call end up after about 4 mins.. but just with cold 'bye', no 'luv you', without 'take care dear'
I'm missing his love..his sweetness...

It really make me sad..hurt deeply..and in a glance..i was in tears