30 December 2010

Ucapan Selamat Tinggal

Okay, lagi sehari bakal meninggalkan 2010.

Ini mungkin entry terakhir bagi 2010. Cukup 204 entries. Semakin lama makin merosot jumlah entry yang aku hasilkan. Komitmen hidup yang lain lebih didahulukan. Blog diketepikan pun takpe. Tak nangis terjerit-jerit pun dia.

Bagi aku 2010, tiada lah best mana kecuali peristiwa satu yang amat bermakna dalam hidup. Kelahiran Eisya, tanpa sebarang komplikasi, betul-betul memberi makna dalam hidup dan juga memberi kesan paling mendalam. Belajar macam-macam. Belajar urus anak, belajar berbelanja dengan lebih berhemah sebab kini ada anak nak kena tanggung. Belajar juga mengutamakan keperluan orang lain lebih dari diri sendiri.

hari pertama. muka kembang

Setiap hari didedikasikan untuk dia. Aku mengaku. Kualiti kerja aku memang hancur. Cuti dari melambak-lambak, habis. Semua digunapakai untuk jaga kebajikan dan kesihatan anak. Syukur sebab aku keje dengan agensi yang agak fleksibel. Dapat pulak ketua yang memahami. Maka, aku boleh lagi rasa tenang. Tapi tahun depan aku nak keje kembali macam dulu. Macam masa 2008 dan 2009. Harap-harap terlaksana lah hajat yang satu ni.

2011 aku harapkan akan lebih baik, dari semua segi. Kesihatan kami anak beranak. Harap-harap tak kan ada episod menghuni hospital lagi untuk Eisya. Biar dia membesar tanpa ada virus jahat menyerang. Dan berharap juga, rezeki akan sentiasa dimurahkan. Amin. Dan aku juga berharap, kebahagiaan dan kegembiraan akan sentiasa jadik milik kami. Tak mahu gaduh-gaduh, masam-masam muka suami isteri. Harap kami akan lebih memahami. Harapnya tempoh hidup bersama hampir 2 tahun ni membantu kami memahami perangai masing-masing.

beri kami kekuatan dan persefahaman membesarkan bidadari kami ini

Erti kata lain, aku mahu 2011 jadik lebih baik. Lebih bahagia. Penuh kegembiraan. Selamat menempuh satu lagi episod hidup. Semoga berjaya. Amin

29 December 2010

Cerita Bergambar Hari Ini

Ehh silap..silap, bukan cerita hari ni tapi semalam. Tapi sebab ibu dah draft entry ni semalam, tajuk patut 'Cerita Bergambar Hari Semalam'

Pagi ni pagi-pagi lagi ibu dah mandikan. Uiihh, nak ikut ibu gi opis lagi ke? Tapi ibu tak pakai baju keje pun.. Nak gi opis abah ke?? Tapi abah mana ada opis. Tak kesah la, asal tak payah gi school.

Ohh.. ibu bawak gi klinik. Macam lama je tak datang sini. Ramainya kawan-kawan. Jom main tarik-tarik baju orang, pegang-pegang muka orang. Dan tak lupa, senyum kat semua orang.

Apa punya lama lah duduk kat sini. Dah tido, bangun semula pun kat sini lagi. Akhirnya setelah 3 jam duduk kat klinik, ibu bawak gak saya keluar. Hari ni tak kena cucuk. Yes!! Perkembangan saya adalah normal. Tapi berat saya hanya 7.6kg. Ibu kata sebab saya sgt lasak kini. Asyik nak memanjat je. Tu yang badan segan-segan nak mengembang. Lagipun kan 2 minggu lepas saya cirit-birit.

Dan kemudian abah dtg dan saya tak tahu apa jadik selepas tu sebab saya balun tido je. Tahu-tahu bila bangun, tengah baring dalam stroller, ada ramai orang kat sekeliling. Pastu teman ibu ngan abah makan. Ibu bagi saya rasa skit nasi ngan air fresh oren. Uiihh sedap.. Pastu mana ntah ibu ngan abah bawak, tapi macam biasa je dtg sini.


uiihh, macam seronok je benda ni.

Eisya: abah, nak ni boleh??
abah: sorry Cha.. Cha takde lesen, mana bleh ada car

Frust gak lah bila ibu ngan abah tak angkat benda kaler merah tu masuk dalam trolley. Puas dah belek-belek, tekan hon, main lampu semua. Takpe, nanti dah besar, dah ada lesen mintak lagi kat abah. Kita tengok apa pulak dia kata nanti.

apa je yang ada dalam ni untuk saya?? smua ibu ngan abah punya je.

Eisya: dah la ibu, jom balik. ngantuk. nak tido *alasan sebab tak dapat toy baru*
ibu: Cha dah dapat buaya okay, abah belikan kat Ikea aritu. bulan depan lah toy baru
Eisya: yelah..yelah

** aku mmg suka upload gmbr anak besar-besar
** tempat kejadian pertama: Klinik Kesihatan Tanglin
tempat kejadian kedua: Mydin Hypermarket, USJ, Subang Jaya

28 December 2010

Taska Temanku

Ramai ye yang macam berminat nak antar anak ke Taska Temanku itu.

Rate dia bagi aku amat berbaloi la. Rasanya tak dapat dah kat mana-mana harga gini. Tu yang terus tak melepaskan peluang. Terus daftarkan Cha. Walaupun aku hanya akan berpindah keMenara PJD tu next year, dalam bulan 3. Aku tak kira, nak gak antar Cha ke sana by Januari. Tak mahu lambat-lambat, nanti penuh.

-gambar selingan-

pegang pen, tekan kalkulator.. perrghhh!! engineer baru ke ni?? bila masuk cik?? ganti puan hidayu ke? tapi apsal muka macam sama je ni? puan hidayu jadik baby ke??

Hasil dari lawatan tapak semalam, aku memang puas hati la. Tapi bak kata Ekwan 'tempat baru, memang lah smua lawa, barang semua baru' Okay la,betul la apa dia kata tapi sekurang-kurangnya, lega gak la hati ni. Nanti kalau berkesempatan, aku amik la gambar baby area kat taska tu. Ada ruang aktiviti untuk baby lagi. Suka aku. Setiap pagi akan ada sesi membaca buku cerita untuk baby. Teruja jap aku dengar owner dia explain semalam.

Harga bagi bukan warga JKR berbeza lah skit. Tapi nak compare dengan yang lain, memang tak dapat lah harga gini.

Untuk lokasi, korang klik je lah kat link ni. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Zannat. 017-6255980. Sementara quota untuk non-JKR ni masih kosong, kalau rasa memang berminat. Boleh lah daftar. Ni aku bagi sekali jadual harga. Kalau call jangan lupa mention nama aku ngan Cha eh, mana tau aku bleh claim diskaun nanti. Hehehehe..

Yuran Bulanan Taska

Umur

Yuran Bulanan

Yuran Bulanan

( Separuh Hari)

Sehari

Sejam

2 bln – 2 thn

RM210.00

RM130.00

RM28.00

RM5.00

2 thn – 4 thn

RM200.00

RM120.00

RM26.00

RM5.00

4 thn – 6 thn

RM190.00

RM110.00

RM25.00

RM5.00

7 – 12 thn

RM120.00

RM80.00(Transit)

RM22.00

RM5.00

OKU (7- keatas)

2bln – 2 thn

2 - 4thn

4 – 6thn

RM250.00

RM230.00

RM220.00

RM150.00


























Yuran Pendaftaran Taska


Perkara
2 bln – 2 thn
2 thn – 4 thn
4 thn – 6 thn
7 – 12 thn
OKU
Pendaftaran

40
50
50
50
50
Program Perkembangan Linguistik
20
30
30
30
30
Alat Tulis dan Worksheet
-
10
10
10
10
Insurans

6
6
6
6
6
Buku Rekod Kanak - Kanak
6
6
6
6
6
Penilaian Perkembangan Kanak- Kanak
10
10
10
10
10
Kesihatan Dan Keselamatan
5
5
5
5
5
Jumlah
RM87.00
RM117.00
RM117.00
RM117.00
RM117.00

aku boldkan apa yang aku bayar je lah ye

*makanan bayi adalah disediakan. lepas ni kalau aku malas nak masak bubur Cha, boleh la ngelat :) kan ibu nak kena bangun lebih awal lepas ni
** Cha juga tak perlu dimandikan. baby akan dimandikan jam 9 pagi..

27 December 2010

melawat tapak

Hari ni angkut Eisya bawak gi office. Hajat dihati nak cuti je. Tapi sebab opis kosong, bos cuti, pengarah cuti. Apa ada hal, bawak je lah dia. Pagi-pagi dah mandi anak aku tu. Tapi mandi air suam, apa ada hal. Dah la skrg kalau bleh nak berendam lama-lama dalam besen tu. Tak nak keluar. Angkat keluar, menjerit.

Disebabkan bangun adalah seawal jam 5.15 am, dalam kereta balun tido je lah dia. Bagi susu, terus terlentuk. Bawak naik opis, baringkan sambung tido semula. Tapi kejap je lah. Jaga je trus nak bermain. Tak sempat nak isi perut. Merasa la aku makan sambil tangan sebelah pegang anak yang melompat-lompat, habis semua kotak tisu, cawan dia campak ke bawah. Ohhh, namopak je diam anak aku ni. Tapi lasak bukan main. Pandai dia ni, depan orang behave je. tersenyum-senyum. Duduk ngan ibu, habis ibu kena buli.

seronok la duduk atas meja ibu ni. Cha tolong kemas eh ibu eh

Hari ni (27.12.2010) ada sesi suaikenal kat nursery baru tu. Tu yang bawak Eisya ke opis tu. Eisya akan tukar school baru by next week. Lepas ni tido dalam kete lah anak aku setiap pagi.
Dan lepas ni kena set alarm baru. Nak bangun pukul bape la aku lepas ni. Kalau sebelum ni 5.30am, keluat rumah pukul 7..aku rasa lepas ni aku kena bangun pukul 5 lah kot. Pukul 6.30am mesti kena gerak dah.. Kita tengok la nanti macamana ye.

sampai-sampai trus terjah playroom, bukan nak gi jumpa teacher.

seronok dia tengok bola melambak-lambak. kawan-kawan ramai. lagi lah gembira dia. ohh, sekarang sangat suka bermain. dah pandai bersosial dah anak manja aku ni

Harap-harap Eisya dapat yang terbaik kat taska baru ni. Aku malas dah nak memendam rasa semua. Setakat ni ada 10 babies. Baby adalah berumur dari 0-2 tahun. Ada bilik asing untuk budak bawah setahun dan 1-2 tahun. Decoratioan bilik dia pun aku suka. Merah hitam putih. Pergghh, rasa nak tiru untuk bilik Cha kat umah.

Sape-sape opis area Titiwangsa, boleh lah antar anak ke nursery JKR ni.

26 December 2010

aktiviti sehat di pagi Sabtu

Sudah lama rasanya tak menikmati hujung minggu yang agak lazat begini. Hahaha, habis jahanam bahasa aku. Okay maksud sebenar yang hendak disampaikan adalah, sudah lama tidak menghabiskan masa hujung minggu ber-3. Hanya keluarga kecil kami. Selalu ada je aktiviti kekeluargaan yang tersusun rapi dalam jadual hujung minggu. Maka, bila dapat peluang macam ni. Aku rasa macam terlebih happy. Biar pun kelihatan biasa. Macam takde apa pun yang menerujakan sangat, tapi bagi aku cukup bermakna.

Eisya bangun seawal jam 6 pagi. Aku dah sediakan diri nak melayan anak kesayangan. Abah dia pun jaga awal Sabtu ni. Bergelak ketawa la kami anak beranak jam 6.30 pagi. Dan Ekwan secara tiba-tiba 'jogging jom yang' Ohhh, sudah terlalu lama tak merangsang jantung. Terus aku setuju. Terus bangun masuk dapur siapkan breakfast nak tapau bekalan mengisi perut. Siap-siapkan Eisya dan terus ke Taman Bukit Jalil. Hahaha, dulu duduk Bukit Jalil tak pernah pun nak datang, dah duduk jauh-jauh, kena bayar tol bagai baru nak pegi.

Orang adalah ramai. Ingatkan lenggang. Tapi meriah. Parking pun penuh.

ibu: orang jogging tak duduk dalam stroller la Cha.
abah: Cha nak gi aerobik ke Cha?
Eisya *tersengih-sengih kegembiraan berjalan di pagi hari*

Eisya sangat behave, duduk je elok-elok dalam stroller. Asal orang lalu, kepala sampai teleng-teleng perhatika orang. Aku rasa semalam walaupun tak berjogging, aktiviti menolak stroller menaiki bukit adalah cukup untuk buat aku berpeluh.

Disebabkan aku terpaksa berjalan sambil menolak anak di dalam stroller, maka terpisah la kami suami isteri. Tanpa sebarang alat perhubungan. Handphone semua pada aku. Kunci kereta pun aku pegang. Maka telah terjadi peristiwa melilau-lilau di taman yang entah berapa besar tu. Semalam rasa dah nak nangis dah sebenarnya. Sebab tak reti carik jalan pulang ke tempat asal. Nasib baik anak sangat baik. Diam je sampai tertido. Kesian aku tengok dia. Nak tak nak, tolak je lah stroller mengikut gerak kaki dengan harapan bertemu jalan pulang.

Tengah melilau-lilau terpandang kelibat suami yang juga tengah memanjang-manjangkan kepala mencari anak dan isteri. Terasa macam jejak kasih lak, rasa terpisah sangat lama. Nasib baik tak berpelukan kat situ jugak, walau aku terasa teringin sebab rasa 'selamat dah hidup aku' Lepas ni jangan harap aku nak jalan sorang-sorang tanpa Ekwan bawak handphone. Susah okay. Pape jadik aku takde tempat nak mengadu nasib. Aku kan kememeh.

kesian anak ibu, sampai tertido-tido dia.

Balik umah, bagi Cha makan bubur. Tidokan dia dan terus masak untuk lunch. Ada agenda seterusnya yang hendak dijayakan. Baik punya aku susun. Ekwan setuju aje walau dia macam lebih suka duduk rumah je. Hahahaha.. jangan harap. Macam-macam benda dah tersusun dalam kepala aku ni.

*sabtu adalah indah..

24 December 2010

hal rezeki

Eisya sekarang baru 8 bulan. Katakan lah kan.. kata je eh.. belum tentu lagi.

Katakan aku bersedia untuk mengandung semula. Mula merancang untuk menukar status Eisya dari seorang anak yang manja maksima kepada seorang Kak Long.. Dan sekali lagi, katakan conceive by another 2 months, di kala Eisya berusia 10 bulan.. Tambah tempoh 9 bulan membawa perut, kemungkinan Eisya untuk menjadi Kak Long adalah pada umur 19 bulan, iaitu 1 tahun 7 bulan.. Di mana, secara normalnya pada umur 19 bayi anda, oppss bukan bayi lagi dah jadik toddler dah *bhs melayu apa hah?* adalah sangat aktif, mula nak belajar bercakap, memanjat sana sini.

Ohh.. tak dapat aku bayangkan macamana rupa aku kalau kena mengurus 2 anak kecil dalam satu masa. Nak melalui tempoh berpantang.. ngan Eisya, ngan baby.. Uihh, aku betul-betul tak terbayang. Atau lebih betul, dengan sengaja tak nak pikir.

Dalam erti kata yang lebih tepat, aku belum bersedia.

Dah banyak kali dah rasanya aku meluahkan rasa ketidaksediaan ni. Tapi tak bermakna aku menolak/akan marah/akan rasa kecewa andai ditakdirkan berisi semula. Tidak. Tidak akan sama sekali. Itu ketentuan Allah. Sape aku nak berani marah/protes keputusan Dia. Cuma, kita kan ada peluang untuk merancang. Maka, aku pilih 'nanti, belum lagi' Ohh, ini bukan keputusan aku sorang. Keputusan sebesar ni, haruslah keputusan bersama. Ini persetujuan yang dimeterai berdua. Aku dan Ekwan. Dia pun kena sediakan diri kalau nak tambah anak. Jangan pikir seronok je.

Banyak faktor kena pikir bila nak menambah kuantiti anak. Mental satu hal. Kewangan lagi penting. Dan bagi aku, faktor ni paling penting. Bab fizikal dan emosi, kau boleh control. Dari kononnya tak sanggup, bila anak depan mata mungkin kau akan boleh berubah. Boleh tiba-tiba jadik superwomen. Tenaga tak reti nak habis. Tapi kalau tang duit ni. Susah nak control. Ingat sesuka gaji bertambah sampai 500-600 sebulan. Lagi-lagi aku yang keje gomen ni. Dapat RM100+ setahun pun dah syukur. Nak tambah anak, maknanya kena sediakan paling sikit pun another RM400 sebulan. Ni aku anggap tak payah beli susu ni, bagi anak susu terbaik dalam dunia ni. Kalau gaji tak bertambah, camne?

Dan itu sebab aku tak bleh nak tambah anak cepat-cepat. Hutang banyak. Kedudukan kewangan tak mengizinkan. Maka, kenalah tunggu short term loan habis, barulah kita proses adik bagi kat Cha.

Insya Allah, by end of 2012 aku akan bersedia nak kembali mengembangkan badan.

let she be our only little girl until she is ready
or should the parent

Sekarang makin ramai yang menerima konsep 'Kualiti berbanding Kuantiti' Tapi ada jugak yang tak setuju kan. Katanya 'setiap anak tu ada rezekinya' -mak aku jugak kata mcm ni bila aku kata aku nak beranak semula bila smua utang dah habis- Bukan aku tak percaya. Tapi aku ni jenis, selagi benda tak depan mata, susah aku nak terima. Makanya, kalau gaji aku belum tiba-tiba bertambah, angka kat slip gaji tu masih sama. Aku tak berani nak amik risiko. Kos membesarkan anak di Kuala Lumpur ni boleh tahan okay. Dari kos pengurusan diri, pengurusan emosi, keperluan perubatan. Semua nak pakai duit beb. Mungkin memang boleh. Tapi kalau ada peluang nak berada dalam keadaan selesa, kenapa pilih nak hidup menyesak nafas.

Dengan keadaan Eisya sekarang. Aku rasa dia juga masih belum bersedia nak ada adik. Memang kalau aku pegang baby lain, dia rileks je. Tak lah dia marah ke apa. Tapi perhatian yang dia mintak adalah sangat maksima. Sila bagi perhatian kat dia sorang saja. Tak mahu kongsi-kongsi. Sebenarnya, aku pun belum sedia lagi nak mengagih kasih untuk dia. Aku nak curahkan hanya untuk dia. Aku nak bagi segalanya untuk Eisya seorang. Hanya dia.

hidup didedikasikan hanya untuk dia kini

Entry ni terhasil sebab makin ramai lak yang bertanya/bercakap:
  • 'hah dayu, taun depan satu lagi ke?'
  • ' silap-silap kau yang pregnant lagi dayu'
  • ' besar dah Cha, boleh satu lagi ni'
Tapi aku tak kesah pun sebenarnya. Cakap je lah. Tak mendatangkan apa-apa masalah pun. Ta terasa. Tak terusik pun. Aku anggap tu sebagai doa je. Sungguh. Kata-kata yang baik tu kan umpama doa. Orang mendoakan kesuburan, takkan nak marah. Syukur patut.