Okay, lagi sehari bakal meninggalkan 2010.
Ini mungkin entry terakhir bagi 2010. Cukup 204 entries. Semakin lama makin merosot jumlah entry yang aku hasilkan. Komitmen hidup yang lain lebih didahulukan. Blog diketepikan pun takpe. Tak nangis terjerit-jerit pun dia.
Bagi aku 2010, tiada lah best mana kecuali peristiwa satu yang amat bermakna dalam hidup. Kelahiran Eisya, tanpa sebarang komplikasi, betul-betul memberi makna dalam hidup dan juga memberi kesan paling mendalam. Belajar macam-macam. Belajar urus anak, belajar berbelanja dengan lebih berhemah sebab kini ada anak nak kena tanggung. Belajar juga mengutamakan keperluan orang lain lebih dari diri sendiri.
hari pertama. muka kembang
Setiap hari didedikasikan untuk dia. Aku mengaku. Kualiti kerja aku memang hancur. Cuti dari melambak-lambak, habis. Semua digunapakai untuk jaga kebajikan dan kesihatan anak. Syukur sebab aku keje dengan agensi yang agak fleksibel. Dapat pulak ketua yang memahami. Maka, aku boleh lagi rasa tenang. Tapi tahun depan aku nak keje kembali macam dulu. Macam masa 2008 dan 2009. Harap-harap terlaksana lah hajat yang satu ni.
2011 aku harapkan akan lebih baik, dari semua segi. Kesihatan kami anak beranak. Harap-harap tak kan ada episod menghuni hospital lagi untuk Eisya. Biar dia membesar tanpa ada virus jahat menyerang. Dan berharap juga, rezeki akan sentiasa dimurahkan. Amin. Dan aku juga berharap, kebahagiaan dan kegembiraan akan sentiasa jadik milik kami. Tak mahu gaduh-gaduh, masam-masam muka suami isteri. Harap kami akan lebih memahami. Harapnya tempoh hidup bersama hampir 2 tahun ni membantu kami memahami perangai masing-masing.
beri kami kekuatan dan persefahaman membesarkan bidadari kami ini
Erti kata lain, aku mahu 2011 jadik lebih baik. Lebih bahagia. Penuh kegembiraan. Selamat menempuh satu lagi episod hidup. Semoga berjaya. Amin
yep..moga dipermudahkan Oleh-nya untuk seluruh urusan kehidupa kita seharian kan.Nikmat kesihatan ialah nikmat terbesar.Duit melambak pun tak guna kalu tak sihat.jani kita yang cukup-cukup makan nih sentiasa sihat....untuk menghadapi hari-hari mendatang.Selamat tahun baru Dayu!!
ReplyDeletegoodbye 2010.. welcome 2011~
ReplyDeleteamin!
amin...
ReplyDeletehappy new year,dayu!
amin...dayu moge ape yg di hajati tercapai...moge segalanya akan menjadi lebih baik tahunhadapan...
ReplyDeleteepi new year dayu...kiss 4 cha
semoga 2011 lebih manis...;)
ReplyDeleteselamat tahun baru beb...semoga ape yang diimpikan akan dipermudahkan Allah...dan semoga cha sihat sokmo...peace!!!
ReplyDeleteblog walking
ReplyDeletenice blog sis
http://banijamianphotography.blogspot.com/
terima kasih sebab menggunakan perkhidmatan saya.Harap berpuas hati:)
happy new year dayu!
ReplyDeleteamin... :)
ReplyDeleteselamat tahun baru 2011:)
ReplyDelete