Semalam Eisya sangat behave. Diam-diam dia main kertas sorang-sorang. Habis renyuk-renyuk flash cards dia kerjakan. Selalu dia akan bising-bising main ngan abah dia. Tapi petang semalam, senyap je. Aku kat dapur ni dah pelik. 2 beranak ni main atas katil ke. Bila jenguk ke ruang tamu, Ekwan tengah sibuk update report, Eisya pulak tengah seronok kemam kertas kat hujung tilam yang memang sentiasa terbentang depan tv tu. Ralit je dia. Bila panggil, dia toleh sengih pastu kemam kertas balik.
Tak pulak dia tergesa-gesa tinggalkan kertas-kertas tu, mengesot nak datang kat ibu macam selalu. Aku panggil lagi. Dia toleh, sengih. Main kertas semula. Tak heran sama ibu sudah.
Tiba-tiba aku macam 'warrgghh!! Eisya tak hiraukan aku'
Terus aku tinggalkan ikan tongkol yang tengah bersinggang atas dapur. Terus angkat dia, cium dia. Peluk dia. Tiba-tiba macam sangat rindu kat Eisya. Terasa macam tak patut biarkan dia main sendiri macam tu. Terus bebel-bebel kat Ekwan sebab tak layan Eisya. Laki aku layankan aje bini dia yang tiba-tiba emosi. Tapi serius, semalam aku rasa macam sangat sedih. Terasa betapa singkatnya masa aku ada bersama Eisya. Sehari berapa jam je dia bersama aku. Pagi-pagi adalah dalam sejam. Petang pun dalam sejam dua sebelum dia tido. Harapkan hujung minggu je lah.
Hujung minggu pulak, itu je lah masanya nak bangun lambat skit. Eisya pulak seperti biasa, tetap celik jam 6.30am paling lewat. Aku sedar, ada masanya aku 'terbiar' Eisya berjaga sorang-sorang. Bergolek-golek la dia atas tilam kat ruang tamu tu sorang-sorang sampai tertido semula. Tertido sendiri lebih tepat. Bersalahnya la aku rasa sebab abaikan dia sampai macam tu. Pernah juga dia menjadi sangat cranky. Merengek je sepanjang masa. Semua aku buat tak kena. Asyik la nak berdukung. Aku penat. Aku dah tak larat. Aku jadik meluat nak melayan kerenah dia. Tanpa sedar, aku terus letak dia atas tilam dan meninggi suara 'dah la Eisya, ibu malas nak layan awak' Terus aku tinggalkan dia. Menangis-nangis dia kat situ. Aku masuk bilik. Nasib baik abah dia ada. Mengadu nasib la dia kat abah dia.
Eisya, ibu minta maaf sayang.
Terasa takde guna aku jaga segala keperluan dia yang lain. Beli baju sampai tak muat almari. Tambah koleksi mainan setiap bulan. Tapi emosi dia tak berjaga.
Memang bukan selalu terjadik, tapi sekali pun tetap terjadi kan. Hari ni, aku bertekad. As Eisya bukak mata, aku akan pastikan aku bersedia nak melayan dia. Tak mahu sampai dia kena panjat-panjat badan aku, korek-korek mulut aku baru aku nak bukak mata tengok muka dia yang tersengih-sengih baru bangun tido tu. Lagi-lagi time hari Sabtu ngan Ahad. Isnin sampai Jumaat memang tak masalah sebab selalunya memang aku yang akan bangun dulu. Aku nak pastikan Eisya akan mendapat sepenuh perhatian dari ibu ngan abah dia pada Sabtu dan Ahad.
Sebab tu je masa yang kami ada untuk luangkan bersama. 24 jam sehari.
Malam-malam kalau dia tak nak tido, asyik nak bermain pun aku tak kan marah. Biarlah. Tak kan aku paksa dia tido semula. Dan kalau dia bangun pukul 2,3 pagi pun. Selagi larat aku layan la dia borak pagi-pagi buta tu. Biar esok aku tersengguk-sengguk. Tapi tak kan aku biarkan dia sorang-sorang. Aku akan sentiasa cuba luangkan masa untuk dia.
Aku bukan nak manjakan anak secara maksima. Aku hanya nak beri sepenuh perhatian yang dia layak dapat dari mak ayah. Tiap hari, balik keje. Aku sedih sebenarnya mengenangkan Eisya yang terpaksa duduk kat nursery sampai 11 jam sehari. Tengok dia yang terlompat-lompat kesukaan dalam dukungan orang kat pintu bila nampak aku ngan Ekwan datang nak amik dia, tersentuh hati beb. Mesti dia rindu kat ibu ngan abah dia. Mesti dia tertunggu-tunggu. Tu sebab aku memang akan sangat nak mengamuk kalau Ekwan lambat datang amik aku. Aku tak nak Eisya tunggu lama. Tak nak dia jadik orang terakhir tinggalkan nursery.
Aku bukan ibu yang sempurna. Tak mungkin aku mampu berikan semuanya kat Eisya. Tapi aku percaya, langkah pertama nak mendidik anak. Sila jaga emosi anak. Berikan segala perhatian. Barulah nanti senang dia nak percayakan kita. Senang nak dengar kata.
*aku tak kan marah lagi kalau dia asyik nak berkepit je ngan aku lps ni. biarlah orang kata 'manjakan sangat lah anak tu' aku tak peduli. selagi berkesempatan nak belai dia, aku akan beri sepenuh tumpuan kat dia. sebab aku percaya, peluang ni tak kan dtg lagi. layankan sangat kata-kata org, hak anak aku terabai
** bila Eisya tak nak dengan orang, nak ngan mak bapak dia je. bagus gak aku rasa. sekurang-kurangnya aku pasti dengan yakin yang dia hanya selesa, rasa selamat hanya bila bersama mak ayah dia. biarlah orang nak kata dia ngada-ngada ke, manja ke.. peduli..
Speechless...
ReplyDeleteDayu, kita hadapi situasi yg sama.
Bila bc entry dayu ni, tetiba teringatkn ammar huhu
yea.. u're right...:)
ReplyDeleteklu asek dengar ckp org,mkn hati la jwbnyer
ReplyDeleteSedih..but thanks utk ingatan ni..
ReplyDeletesmlm na tertido dlu, sedar2 kol 3 pg dia tertido ujung kaki na,
ReplyDeleteadeshh sebaknye lahai,
trase betui2 mgabaikan si kecik tu,
ntah cmne dia tdo tanpa nenen dr ibunye tanpa tepuk2 dr ibunye,
dan yg plg sedey, tanpa org menyelimutkannye,
huwaaaaaaa :(
huhuhu, yup itu hak diye..May Allah guiding us!
ReplyDeletekadang semua tu kita buat tanpa sedar
ReplyDeletetu kadang2 kena muhasabah diri
kena ingatkn diri selalu
selagi terdaya
bagilah apa yang mmg layak dia dpt
mostly parent yg bekerja selalu lupa yg anak kita bukan heran sgt toys mahal2, baju cantik2 or pape material lain tp attention kita yg depa nak sangat :)
ReplyDeletesetuju! itulah yang reen rase 2-3- arini.. terbiarkan fahrin main sorang2.. pastu pejam mate balik layan nafsu tido.. rase bersalah sangat2! mintak maaf fahrin, umi pon janji akan jaga fahrin baik2.. semoga kite semua dapat menjaga hak anak kite dengan sebaik2nye.. amin..
ReplyDeletekdg2 nurul pun mcm tu dayu. kalau tiba2 rasa tak larat nak layan raina tiba2 TERmarah anak sendiri.
ReplyDelete"raina stop crying."
jika raina still nak kita layan tapi tak larat TERcakap begini
"lantaklah raina. mama malas nak layan raina. raina dah big girl bukan baby lagi"
tapi tak sampai seminit pun kot tiba2 rasa bersalah. dalam hati eh kenapa ckp mcm tu kat anak.
terus pergi kat raina pujuk dia balik. selalu nurul bisikkan kat telinga dia
"mama bukan tak nak layan raina. mama penant balik kerja. raina kena faham mama penat"
tapi bila fikir2 balik berapa jam kita luangkan masa bersama terus lah buat keja apa yg patut cpt2 terus main2 dgn anak.
p/s : semalam sedih bila lepas abis kemas dapur tgk2 raina dah tido. abis semua flash card bersepah atas lantai, permainan dia pun bersepah. tiba2 sedih anak aku dah tido tak dpt main dgn dia lebih sikit smlm. huwaaaa
ala...sdeh la pulak...tsk tsk tsk... sume ibu yg berkerja akn mengalami menda yg sama...sy pnh dgr seorg bibik bercerita ttg seorg budak...bibik tuh pn xterniat nk burukkan majikan dia, cuma dia ksiankan anak majikan dia tuh...kuar umah awal pg da tentu2 anak tuh tdo lg...blk kul 10mlm...langsung xgi jenguk anak...dibiar anak tdo dgn bibik cenggitu je...patot ke??smpai anak tuh mcm da anggap bibik tuh ibu dia...sedih lak dgr... T__T
ReplyDeletesedeh.
ReplyDeletetp ape yg dayu tulis ni mmg sgt betolnye. and lately sejak dah htr raisya ke nursery ni. teraseeeee sgt2 limited masa ngan anak. sedeh lg.:(
nak berenti keja lah...
mun pon penah jugak hadapi situasi macam dayu tue...
ReplyDeletemasa buat tak ingat..
tp bile dah buat rasa sedih dan menyesal sangatttt...
*tetiba teringat mirza....
dayu....btol kn..
ReplyDeletesy a few week ago..
slalu la nk marah2 mikhail
sbb dia ngada2 rengek2
tp ade satu mlm tu..
tetibe je terpk yg sy ni selfish
sy boring kat umah
so same la ngan mikhail
dia nk ilangkan boring dia
for sure dia nk mummy dia layan dia
tp mummy dia marah2..
kejam sgt sy..
so since dr situ
sy mmg x marah dia..
mmg biar ape je orgnk kate
manjakan ank o whateva
janji ank sy hepi..
bukannye manjakan ape pn..
umo2 dorg ni kn mmg nk attention terlebe
dh la x leh nk jln sendiri..ckp pn pelat2 je..
cian mikhail time sy garang
huhuhuhu
bukan kita nak spoiled anak kita
ReplyDeletetapi derang kecik lagi
tak paham apa pun lagi
kita marah2 pun, bukan derang tahu pe
layan anak sepenuh jiwa bukan bermakna kita ni turut kata anak
kita mmg senang terlupa
dah buat baru sedar
alhamdullilah kalau tersedar
kalau terus leka, rasa takpe
lagi naya. maka, marilah sama2 saling mengingati
sedih pulak bace entri ni.
ReplyDeletekadang2 bila kite dah tension mmg termarah kat anak tu.lagi2 kalo die asik menangis. langkah terbaik fashya buat senyap, istighfar. jangan keluarkan ape2 perkataan dari mulut. bila dah ok, baru pujuk dia.
tappi kadang2 termarah jugak...kesian dia...bukan tau ape2.
bila fikir2kan, kalau kita tak tahan dgna ank sendri macamana BS pulak jaga dia yang bkn darah daging dia. Terus insaf... :(
betul lah kan.selama sebelum kita jadi ibu dah pentingkan diri sendiri dah.nie dah ada anak,apa salahnya pentingkan dia dari diri kita lak kan.
ReplyDeletetp ye lah kan..tanpa sedar kita ignore dia.tanpa sedar kita marah dia.hmmm...
Puan Dayu..
ReplyDeleteWe have the same feeling... mmg sedeh bila mengenangkan yg kita tak byk masa utk anak...
niway, credit for u sbb wat entry ni. Really touching dan mengingatkan saya apa makna ibu sebenar...thanks..
kita mmg tak mampu nak sentiasa bersabar. kerenah anak pelbagai..mcm2..mmg adakalanya sungguh teruji
ReplyDeletetapi itu lah keindahan jadik mak kan
suatu hari nanti
kita mesti terkenang moment2 membesarkan anak ni kan..
how i wish eisya will always be my little sweet baby :)
oh my...dayu,
ReplyDeletemacam psikik la dayu ni, fiza pon selalu rasa macam ni, memang pelik sangat kazim nak melekap kat kita 24 jam..kadang² abah dia amik pon dia tanak..bab marah tu jgn cakap la...
i like your honesty, tak ramai yang berani buat entry macam ni...mana adamanusia yang sempurna, tapi macam dayu cakap muhasabah diri tu penting...
dh ada ank ni tiap2 hr nk blk cepat kan.rasa tak sabar2 nk jumpa ngan ank.then hujung minggu digunakan sehabis baik memanjakan ank.
ReplyDeleteeisya sgt baik la langsung tak ganggu ibu ngan abah nye tido.berbeza dgn mya.pepagi kalo dia bgn terlebih dahulu jwbnya teruk la momy ngan papa nya kena tampar ngan ank hahahaha.my doter boleh diharap wat wake up call lah
same goes to me...
ReplyDeletesobh...=(
kekadang tu mmg pernah meninggi sore smpai teresak2 aleef kesedihan..
dan aku wat xtau jer...Ya Allah, mama ape la aku ni...terlalu ikutkan perasaan...
so bile ko wat entry ni,ati den tersentuh...
yer...detik ni xkan berulang..
so same2 la kite manfaatkan bersama anak tercinta..
sgt setuju dgn ko dayu..
tq so much kerana mengingatkan kami..