08 December 2010

keperluan anak

Aku baru pulang dari daftar Eisya ke nursery baru yang bakal dihuni mulai Januari 2011. Aku memang dah lama nak pindahkan dia, tapi asyik bertangguh je. Bukan nak kata apa, tapi current nursery ni macam tak komited je jaga Eisya. Dah lah suka kata Eisya nakal, asyik je mengadu kat aku 'dia meragam arini, asyik merengek je' Tapi aku ni malas nak bising, diam je.

Aku rasa sepanjang 3 bulan dia duduk kat situ, jarang sungguh nak tengok dia tersenyum time aku amik dia. Lepas menangis tersedu-sedu adalah. Seperti biasa, aku bukan jenis yang nak komplen banyak-banyak. Tak nak dikatakan cerewet. Tak nak nanti diaorang makin meluat ngan anak aku. Setakat baju kotor, diapers bertukar time mandi je.. aku diam je walau masuk je kereta habis aku luahkan Ekwan.

Tiap hari hati tak pernah tenang lepaskan Eisya ke sana.

Survey-survey, jumpa gak. Tapi mahal sangat sampai RM350. Kena yang harga sesuai, condition nursery tu sendiri aku tak puas hati. Maka, bertahan la anak aku duduk kat nursery tu. Yang buat aku sejuk hati skit, budak-budak kat situ semua sangat suka kat Eisya. Petang-petang bila aku dtg amik Eisya, semua berebut nak kasik beg Eisya kat aku. Nak cium-cium dia.

Bila kata kat opis yang bakal aku duduki mulai bulan 3 tahun depan ada bukak Tadika & Taska. Terus aku berlumba-lumba booking, dan terus gi bayar pendaftaran. Dan melihatkan pengurusan yang agak sistematik, dengan owner yang lebih menyakinkan. Aku harap, Eisya akan mendapat penjagaan yang lebih sempurna. Dan yang seronok, yuran bulanan adalah lebih murah. Biasalah nursery JKR, mana bleh sesuka hati nak letak harga mahal-mahal kan. Biarpun nanti kena keluar lebih awal, dan kemungkinan untuk tiba lewat ke rumah adalah sangat tinggi. Aku rasa ini lebih baik dari sekarang. Yang penting, Eisya dah ada dalam pangku.

Tak sabar pulak nak tunggu 27.12.2010, nak temukan Eisya dengan cikgu-cikgu baru.

Merasalah Eisya layan jammed KL pagi-pagi dan petang hari.

*nasib aku dah bayar yuran bulan 12 ni awal, kalau tak mmg dah tukar nursery dah
**boleh la nanti menjenguk Eisya setiap hari

14 comments:

  1. oo tukar school baru yer Eisya...

    Dayu, seb baek nursery Naurah skrg mmg ok dr awal. Pengasuh semuanya baik2 & suka dgn Naurah. Pagi2 rebut2 nk amek Naurah depan pintu nursery. Sejuk hati kite tgk. Naurah pon senyum2 bile nmpk pengasuh yg sllu dgn dia. Lega.

    Hrp school baru Eisya lebih bagus. Klu pengasuh asek report anak kite byk masalah, bermakna diorang yg byk masalah. Bdk2 mmg la byk ragam. Bengong!

    ReplyDelete
  2. ee seronoknyeee reen dengar!!! alhamdullilah! semoga cha semakin cergas & aktif kat nursery baru! i love u cha! aunty sayang sangat kat cha!

    ReplyDelete
  3. Untung dapat nursery murah dan dekat dgn ofis, boleh tengok dia selalu. Mmmg kalau anak duduk nursery ni banyak kena sabar dengan kerenah budak2 yg jaga tu. Tu la, kalau marah lebih takut diorang meluat dgn anak kita lagi tak terjaga kebajikannya. Saya bayar nursery Azfar 300 sebulan tahun depan naik harga 350. Tp dia hepi, so saya ikutkan je. Sbb tu bila nursery buat perangai saya geram. Kdg barang tertukar, kadang pampers tak bertukar..

    ReplyDelete
  4. mun tak merasa lagilah anta mirza ke nursery coz yang jaga mirza sekarang nie mak mun..nasib ader mak yang duduk dekat dan sangup nak jaga mirza..kalau tak merasalah mirza duk nursery....

    ReplyDelete
  5. nak hantar kysha ke nursery gak tp dulu2 takde nursery yg nak jaga kysha sbb kysha taknak minum botol dan diorang pun malas nak suap2 pakai sudu.nasib baik ada makcik yg baik hati nak tlg mengasuh.
    w/pun tak brp nak puas hati,tp kena bersyukur lah sbb dia nak jaga kysha.
    nak kena gak cari nursery tuk ksyha sbb dia dah start mkn.so..takde problem lah nursery nak ambil kot.

    mudah2an nursery baru tu lebih bagus tuk cha ye.semoga cha hepi2 pasni sampai taknak balik bila ibu ambil.boleh?hihiii...

    ReplyDelete
  6. memang bertuah kalau mak/mertua ada dan sanggup nak jagakan anak kita
    mesti lagi rasa selamat kan
    tapi kalau dah tak berpeluang, kena la bagi kat orang jaga

    tu lah, budak kan byk ragamnya
    kenapa nak merungutkan

    tu lah, harap2 lps ni apa yang diharapkan akan jadik kenyataan
    tak nak la indah rupa je

    ReplyDelete
  7. biasalah dayu..
    iera dulu pun hantar sara kat nursery dengar2 gak dorang ckp sara suka merengek lah itu inilah..susah nak tido lah..
    dah keje dorang ..dorang kenalah jaga ...
    iera pun xpernha bising2 kalu dorang lambat tukar pampers sara.selalu bekalkan 5 keping tp bila sampai kat umah ada balance 3 keping ..2 keping je dorang pakai..bontot anak xyah citer lah ..asal kena air..melalak pedih..menangis2 tgk anak cam tu..
    so sekarang iera hantar umah pengasuh...rm300 sebulan..mahal lah juga tp puas hati sbb layanan setakat ini bagus..

    ReplyDelete
  8. takpe kite hantar anak kite ke sekolah anak kite nanti lebih keterbukaan nya kepada dunia asing. confident level mungkin akan berbeza.

    jem pun jem la dayu..yang penting anak dalam pangkuan dan depan mata..hati pun banyak senang...

    ReplyDelete
  9. ish kalo dh mcm tu mmg patut tukar la dayu.kalo x kita asik xkeruan.kalo diapers xtukar baju xtukar pengasuh makan gj buta tu..nasib baik jumpa yg lebih ok

    ReplyDelete
  10. alahai perangai budak kan berbeza antara satu sama lain..
    ada yang nakal,ada yang kuat menangis..
    dah nama budak memang la macam tu..

    pada pendapat kid la..
    kalau kita dah buat keputusan nak menjaga anak orang..
    kita kena betul-betul bersedia dari segi mental,emosi,dan fizikal..

    tak mengapa la cha ye..
    nanti di sekolah baru ada lagi ramai kawan dan teacher yang akan sayang cha..

    <3

    ReplyDelete
  11. ermmm besnye cha dah dapat skul baru...
    kat tmpt mar ni amat2 lah susah nak dapat nursery tau...BS lagi lah susah...sume nye dah jage sampey 5-7 org budak...tak sanggup asenye ...ade je nusery kat opis ni tapi jenis memilih bulu lak...skang pon ngah runsing nak cari nursery utk qaseh...

    ReplyDelete
  12. sabar ye dayu..xlama dah bln 3 2011 tu..berbaloi kuar umah awal blk lewat sbb nursery murah n also dpt jenguk2 eisya anytime

    ReplyDelete
  13. skool fees alfiy cecah 400! tp so far, sy puas hati dgn service. alfiy pun hepi je. develop mcm2 skill since masuk skool.

    bila lah KPT nak bukak nursery mcm JKR. haih.

    ReplyDelete
  14. yeay!. Eisya nak tukar school baru yer. hopefully school ni akan jaga Eisya better than yg skrang ni.


    bercakap ttg school, nampaknya kaisya pun akan ke school juga next year atas sbb2 yg tak dpt dielakkan. :(


    and oh. nak invite dayu & family ke majlis kaisya nnt. send address kat email (nraihanilias@yahoo.com) ya. tq!

    ReplyDelete