24 December 2010

hal rezeki

Eisya sekarang baru 8 bulan. Katakan lah kan.. kata je eh.. belum tentu lagi.

Katakan aku bersedia untuk mengandung semula. Mula merancang untuk menukar status Eisya dari seorang anak yang manja maksima kepada seorang Kak Long.. Dan sekali lagi, katakan conceive by another 2 months, di kala Eisya berusia 10 bulan.. Tambah tempoh 9 bulan membawa perut, kemungkinan Eisya untuk menjadi Kak Long adalah pada umur 19 bulan, iaitu 1 tahun 7 bulan.. Di mana, secara normalnya pada umur 19 bayi anda, oppss bukan bayi lagi dah jadik toddler dah *bhs melayu apa hah?* adalah sangat aktif, mula nak belajar bercakap, memanjat sana sini.

Ohh.. tak dapat aku bayangkan macamana rupa aku kalau kena mengurus 2 anak kecil dalam satu masa. Nak melalui tempoh berpantang.. ngan Eisya, ngan baby.. Uihh, aku betul-betul tak terbayang. Atau lebih betul, dengan sengaja tak nak pikir.

Dalam erti kata yang lebih tepat, aku belum bersedia.

Dah banyak kali dah rasanya aku meluahkan rasa ketidaksediaan ni. Tapi tak bermakna aku menolak/akan marah/akan rasa kecewa andai ditakdirkan berisi semula. Tidak. Tidak akan sama sekali. Itu ketentuan Allah. Sape aku nak berani marah/protes keputusan Dia. Cuma, kita kan ada peluang untuk merancang. Maka, aku pilih 'nanti, belum lagi' Ohh, ini bukan keputusan aku sorang. Keputusan sebesar ni, haruslah keputusan bersama. Ini persetujuan yang dimeterai berdua. Aku dan Ekwan. Dia pun kena sediakan diri kalau nak tambah anak. Jangan pikir seronok je.

Banyak faktor kena pikir bila nak menambah kuantiti anak. Mental satu hal. Kewangan lagi penting. Dan bagi aku, faktor ni paling penting. Bab fizikal dan emosi, kau boleh control. Dari kononnya tak sanggup, bila anak depan mata mungkin kau akan boleh berubah. Boleh tiba-tiba jadik superwomen. Tenaga tak reti nak habis. Tapi kalau tang duit ni. Susah nak control. Ingat sesuka gaji bertambah sampai 500-600 sebulan. Lagi-lagi aku yang keje gomen ni. Dapat RM100+ setahun pun dah syukur. Nak tambah anak, maknanya kena sediakan paling sikit pun another RM400 sebulan. Ni aku anggap tak payah beli susu ni, bagi anak susu terbaik dalam dunia ni. Kalau gaji tak bertambah, camne?

Dan itu sebab aku tak bleh nak tambah anak cepat-cepat. Hutang banyak. Kedudukan kewangan tak mengizinkan. Maka, kenalah tunggu short term loan habis, barulah kita proses adik bagi kat Cha.

Insya Allah, by end of 2012 aku akan bersedia nak kembali mengembangkan badan.

let she be our only little girl until she is ready
or should the parent

Sekarang makin ramai yang menerima konsep 'Kualiti berbanding Kuantiti' Tapi ada jugak yang tak setuju kan. Katanya 'setiap anak tu ada rezekinya' -mak aku jugak kata mcm ni bila aku kata aku nak beranak semula bila smua utang dah habis- Bukan aku tak percaya. Tapi aku ni jenis, selagi benda tak depan mata, susah aku nak terima. Makanya, kalau gaji aku belum tiba-tiba bertambah, angka kat slip gaji tu masih sama. Aku tak berani nak amik risiko. Kos membesarkan anak di Kuala Lumpur ni boleh tahan okay. Dari kos pengurusan diri, pengurusan emosi, keperluan perubatan. Semua nak pakai duit beb. Mungkin memang boleh. Tapi kalau ada peluang nak berada dalam keadaan selesa, kenapa pilih nak hidup menyesak nafas.

Dengan keadaan Eisya sekarang. Aku rasa dia juga masih belum bersedia nak ada adik. Memang kalau aku pegang baby lain, dia rileks je. Tak lah dia marah ke apa. Tapi perhatian yang dia mintak adalah sangat maksima. Sila bagi perhatian kat dia sorang saja. Tak mahu kongsi-kongsi. Sebenarnya, aku pun belum sedia lagi nak mengagih kasih untuk dia. Aku nak curahkan hanya untuk dia. Aku nak bagi segalanya untuk Eisya seorang. Hanya dia.

hidup didedikasikan hanya untuk dia kini

Entry ni terhasil sebab makin ramai lak yang bertanya/bercakap:
  • 'hah dayu, taun depan satu lagi ke?'
  • ' silap-silap kau yang pregnant lagi dayu'
  • ' besar dah Cha, boleh satu lagi ni'
Tapi aku tak kesah pun sebenarnya. Cakap je lah. Tak mendatangkan apa-apa masalah pun. Ta terasa. Tak terusik pun. Aku anggap tu sebagai doa je. Sungguh. Kata-kata yang baik tu kan umpama doa. Orang mendoakan kesuburan, takkan nak marah. Syukur patut.

12 comments:

  1. iyer.. setuju.. betul sangat2 cakap dayu.. kalau reen pulak reen kemungkinan berhenti keje balik kampung.. @ buat bisnes online.. at least buat bisnes lah kot.. untuk tampung duit pampers ke..

    ReplyDelete
  2. ada anak sorang pun tunggang langgang..ainul la.hihihii..2nd tggu dl la kot.nk rehat jap.tp kalo dh rezeki terima aje :)

    ReplyDelete
  3. btoi 2..
    kewangan faktor pertama..:D
    smue mende skrg gune duit..
    kalo 2 mau tunggang langgang..

    dah stabil cha leh jd kak long..:D

    ReplyDelete
  4. mun penah jugak wat entry mcm dayu nie....mmg setiap anak ader rezekinye....tapiii at least biarlah kedudukan kewangan kite kukuh dulu baru boleh pikir untuk the next baby....

    ReplyDelete
  5. hahaa.dl hati dah pk..dayu nie preggy lagi ke? ;P
    skrg nie bukan cam dulu2.skrg nie sumanya nak kena pakai duit.so,kena lah rancang btol2 kan

    ReplyDelete
  6. hahahah
    zuris pikir aku dah pregnant lagi
    oohhh...belum
    belum lagi. nanti dulu

    tapi sunggh
    smua nak pakai duit kan skrg
    takde duit, duduk diam2
    nak gi keje pun tak tenang

    ReplyDelete
  7. aku and hubby adalah antara kalangan manusia yg percaya tiap anak ada rezkinya. tp mcm sekarang, merancang psl kesihatan and emosi aku belum sedia nak anak lagi.

    ReplyDelete
  8. betul2..huish menyara sorg anak mmg habis beriban2..nk tmbah lg kene pkir btul2..tu bab duit..ank sorg pun dh rase dri xtrurus..haha..lg2 la bernk c-zer, 4thn klo blh..hihi

    ReplyDelete
  9. betul tu kak dayu..
    tapi kalau ibu yang lain dah betul2 bersedia emosi fizikal dan kewangan..
    why not nak tambah anak lagi kan..
    tapi semestinya bukan saya..
    huhuhu :P

    ReplyDelete
  10. hihi sangat2 setuju.. lebih2 lagi dengan elly yang baru 2 tahun kawen dah ada anak 3 orang walaupun 2 tu hanya "simpanan"...

    kewangan satu hal.. nak rehatkan badan satu hal..hihi nak puas2 manjakan putry dulu baru leh pkr nak tambah.. lagipun ceaser kan,..nyilu tu masih terasa2 lagi..hihi

    ReplyDelete