Hari ni boleh bertenang sikit.
Tak mahu nanti orang sangkakan aku sudah tak mahu ber'blog. Itu macam perkara tak mungkin kot. Aku rasa potensi untuk aku berhenti blogging adalah sangat tipis. Aku dan blog sangat susah ok mahu dipisahkan. Nak masuk 4 tahun aku bina blog ni *poyo sungguh bunyinya* Ingat senang nak lupakan benda yang dah hampir sebati dengan diri ni. Susah..susah... Biarkan terabai seminggu pun rasa bersalah, inikan pulak nak lupa terus.
Tuntutan keje adalah sangat maksima minggu ini. Kena utamakan mana yang utama, maka sorry blog, i have to put you aside. Bukan tak sayang, tapi terpaksa.
Banyak perkara berlaku, banyak benda nak citer. Tapi bila dah terlalu lama, hilang idea jadiknya.
Aku mulakan ngan gambar pujaan hati seorang ni ye.
achik saje pilih extra large -gambar petang semalam. berjaya duduk dalam carseat 10min je pastu mengelupur suruh ibu amik- |
Esok aku bakal terima seorang adik ipar. Wahh.. bertambah ahli keluarga. Cha nak dapat MakNgah. Semoga majlis berjalan lancar. Aku dah la agak frust ni, sebab tak dapat pulang awal. Yelah, majlis besar kat rumah tapi malam ni baru aku nak tunjuk muka. Dah la mak ayah aku buat kenduri doa selamat malam ni. Ada kan org tengah bertahlil aku sekeluarga sampai jinjing beg. Geram lak rasa ngan bos laki aku. Adik nak kawin pun tak bagi cuti. Dia cuti, senang lah pulak.
Dan, di sini saya ingin mengundang sape-sape yang available, yang berada di sekitar johor terutamya. Sudilah kiranya datang ke majlis sambut menantu Ahad ni (2 Oktober 2011). Boleh laga-laga pipi. Nak laga pipi time raya tak dapat.. lepas raya pun jadiklah.