Showing posts with label BKJ. Show all posts
Showing posts with label BKJ. Show all posts

23 September 2011

Malaya Steamboat

Minggu terakhir berpuasa tempoh hari, aku dan rakan-rakan sepejuangan di BKJ berkesempatan berbuka puasa bersama-sama. Satu lagi tradisi kami di BKJ. Acara yang macam wajib kena buat, kalau tak buat macam tak kena je. Macam tak best. Tu yang bila dah masuk minggu terakhir berpuasa, tapi acara berbuka beramai-ramai masih belum diadakan, masing-masing sibuk dah 'weh, bila nak buka sama ni??' dan soalan susulan selepas itu adalah 'nak buka kat mana??'

Dan akhirnya, kata sepakat diperolehi. Nak berbuka berjuadahkan steamboat. Dan operasi mencari buffet steamboat dilakukan secara optimum. Ciri-ciri buffet haruslah: Berbaloi dan tak membazir. Dalam erti kata lain, Murah. Hasil pencarian di alam maya, MALAYA STEAMBOAT berjaya ditemui. Walaupun pada awalnya seperti gagal menempah meja, tapi mungkin dah rezeki kami. Dapat gak tempah meja+kerusi untuk 26 orang.

Syabas kepada aku yang tersasul-sasul call orang kedai. Dail nombor Flaming Steamboat tapi kata 'hello, Malaya steamboat ke ni?' Malu..mali jap achik tau.

Pakej yang ditawarkan Malaya Steamboat bagi aku adalah sangat berbaloi. Makan sebanyak mana yang korang larat selama 2 jam dan bayar RM 23.80. Kanak-kanak, bayar separuh. Pilihan pun agak banyak. Hasil laut dia agak fresh. Suasana kedai okaylah, takde lah lawa sangat. Tapi peduli apa aku, yang penting makanan dia. Dan lagi satu, bila makanan dah habis, dia akan refill. Refill dengan menu lain pulak tu.

ini je lah gambar suasana sekitar Malaya Steamboat yang berjaya dirakam, ni pun selepas puas mengisi perut.

Cha, ibu suruh buat 'peace' la. yang awak jelir lidah apa kena??

SEBELUM

SELEPAS: Penuh meja dengan makanan

ketam!! perrghhh!! memang sedap la meratah ketam+udang.

2 orang kena bayar separuh harga, 2 orang lagi makan percuma

anak-anak dah mula bosan. mak ayah makan macam tak nak berhenti. tu yg anak siap main bawah meja ni...

kekenyangan!! balik tido.. esok jangan buat-buat lupa nak gi keje (:

*rasa nak pergi lagi. tapi rasa nak try Flaming steamboat pulak la

22 September 2011

Jamuan Raya BKJ 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!

Seperti biasa, umpama tradisi Bahagian Keselamatan Jalan, BKJ pasti akan adakan jamuan hari raya untuk semua warga CKJG (malas aku nak taip nama penuh tempat aku berkerja ni, panjang sangat) Dan tahun ni dah 3 kali aku sama-sama sibuk kat pantry menyediakan juadah untuk para tetamu. Jadik tuan rumah, kenalah kerja kuat.

Walaupun kini kami dipisahkan, duduk berlainan floor. Tradisi tetap diteruskan. Ukhuwah antara warga BKJ tetap utuh.

Dan tahun ni, aku disuruh jadik emcee. Arrgghh!! Saje je tau, achik ni kalau depan orang ramai terus jadik pemalu. Tapi layan kan aje lah.


skrip dikarang pagi hari bersama pasangan emcee. pantun pun google sebelum majlis.

Bila ada makan-makan gini, memang jangan harap la nak meminimkan kadar kemasukan makanan. Dahlah menu pelbagai. Ohh!! I like potluck!! Walaupun agak penat kena masak 2 ekor kari ayam untuk roti jala. Aku puas hati. Rasa meriah majlis bila sama-sama memasak. Boleh la rasa masakan kawan-kawan..

dialog 2 karakter di atas
bapak budak pakai baju hijau: kita nak makan apa dulu ni??
bapa beranak 2 berbaju ijau: satay ni lah kita balun dulu, limited stock ni

hahahahah!! kantoi tambah air dalam sup daging. tapi siyes babe, memang kena tambah air kalau tak mana cukup nak jamu semua orang.. lagipun kuah dia sangat kaw

penyeri BKJ. mak-mak dara semua dan bakal mak dara (: sorry ye, takde yang single lagi kat BKJ. nak carik anak dara, gi unit lain
iklan skit. lawa tak satin shawl achik? kalau rasa lawa, dan berkenan. bagitau la eh *sengih*

warga BKJ yang TERBAIK!!
sape2 dapat masuk JKR, minta masuk CKJG. pastu mintak masuk BKJ. boleh join kemeriahan kami.. *bleh lak nak mintak-mintak kan..

*takut nak naik atas weight scale. entah bape kg la aku sekarang

12 June 2009

yang baik kita ikut

Adakalanya kalau kena usik secara melampau pun boleh menimbulkan rasa tak selesa. Tapi kenalah bijak menyatakan ketidakselesaan tu kan. Lagi-lagi kalau pihak yang mengusik tu lebih senior/orang lama yang pastinya lebih berpengalaman kan. Tu yang hebat sangat mengusik anak-anak muda yang baru berubah status seperti dayu ni.

Korang paham sendiri la pe je yang derang usik kan..

Bukan tak boleh terima, tapi segan lah saya. Nasib baik saya bijak berlakon *patut masuk anak wayang aku ni* Buat2 cool je dengar segala usikan derang. Layan kan je. Gelak2. Dalam hati?? Ke sebab derang tgk aku buat diam je, tu yang derang makin jadik. Mungkin gak kan..
Tapi as tak melebih-lebih tu, aku diamkan je lah. As selalunya, siap mengusik banyak kata-kata nasihat derang bagi. Lagi2 dari mulut seorang suami sendiri kan. Yang dah berpuluh tahun berkahwin. Mana yang elok, kita jadik kan lah teladan.

Ohhh, pakcik tu ada kata aritu 'nak jaga suami bukan jaga makan minum je dayu' Dan tanpa ditanya pakcik tu sambung lagi 'yang penting jaga bilik tidur' Hah, jangan menafsirkan benda-benda yang tak patut. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kekemasan bilik tido ye. Jangan lah biarkan bilik tido anda bersepah tak berkemas. Bangun pagi, biar sibuk, tak sempat camne pun. Sila la susun bantal2 tu. Jangan biar bergolek2 di atas katil. Comforter tu lipat. Cadar kalau tuck in semula.
*cit, jom gi beli towel rack, sejadah kita smua tiada tempat mau gantung ni*

Itu pakcik tu kata. Kalau rasa nak amalkan, sila lah.

kes tiba2 bilik ku digelapkan mmg perkara biasa. immune dah
*giler kuasa tak saya, sampai 2 komputer guna..printer pun 2..sila jeles wahai PP yang lain*
note: PP = penolong pengarah a.k.a kuli je

Kadang-kadang timbul juga rasa cemburu kat suami sendiri. Kehidupan dia selepas kawin macam sangat heaven. Betul2 seronok. Yelah, baju dah ada org basuh kan, makan pun dah siap sedia. Asal dia merengek lapar, cepat je bini dia ni kelam kelibut sediakan barang makan. Baju keje pun tak yah gosok sendiri lagi. Bangun pagi, keluar bilik air, dah tersedia dah atas katil. Dia tengah sarung je.

Tak ke seronok tahap maximum infinity tu namanya??

Tapi mengeluh dalam hati je lah *ada gak mcm terlepas, tp cepat2 mintak ampun* Dah memang tanggungjawab kita kan. Dulu, ko gak yang tak sabar nak jadik isteri orang kan. Dah sah jadik milik dia, pe lagi. Sila lah jalankan tanggungjawab anda, Sila jangan mengelat ye.Baik, saya akan berusaha sehabis baik. Mengubah tabiat diri yang agak pemalas ini.

Terima kasih suami sebab kamu sedar isteri kamu ni macam jeles dengan kehidupan baru kamu. Terima kasih sebab teman kan saya memasak petang2 sebaik je kita pulang dari keje. Kamu kata nak belajar masak, biar nanti time saya pantang lepas bersalin kamu tak asyik makan kat kedai *alahai suami saya* Walaupun ikut rasa hati kamu nak je berbaring ngadap astro kat depan. Tapi saya tahu kamu kesian kat saya kan..kamu tolong la basuh pinggan yang kita makan semalam, yang melambak2 kat dlm sinki tu.

Dan terima kasih juga untuk pujian kamu untuk lauk2 yang saya masak tu. Tapi kamu kan dah biasa sgt makan masakan saya. Tapi bila kamu kata 'nasib baik isteri saya rajin nak masak hari-hari keje' Saya rasa macam sangat happy. Sampai bila kamu ajak makan luar lepas shopping kat giant pun saya bersungguh ajak balik makan kat umah. Kan saya dah berazam dulu.

*isskk, kalau dibiarkan berterusan, tetiap malam makan nasi 1.5 pot 2 orang, mmg bulan depan tembam lah kami berdua
*malam ini mahu pulang ke Maran, menyelesaikan urusan yang tak sudah

10 June 2009

ko ingat, ko bujang lagi ke dayu

Hari ini telah berjaya menyediakan sarapan untuk suami kesayangan. Walau sebelum ni dia ada kata 'tak yah lah yang, awak nk bgn kul bape kalau nak buat breakfast' Dan isteri dia ni dalam hati dah kata 'yay...boleh aku tido sampai 5.30'

Tapi pagi tadi, alarm hp belum menjerit2, terpekik terlolong lagi dayu dah bangun. Tanpa rasa takut, terus gi dapur. Bukak peti ais, keluar kan apa yang patut. Ohhh, tengok sinki sudah kosong. Laki saya sudah basuh pinggan, dapur juga sudah berkemas. Makin bertambah sayang i kat u gini tau cit...
Terus gi on iron, gosok uniform ultraman, laki nak gi membunuh raksasa jap lagi. Kena la ensem2. Tengok ada cawan kosong kat tepi laptop en suami. Ohhh, mesti dia buat air sendiri td malam. Sedangkan dlm kete sebelum tu dah janji 'nanti org buatkan milo je lah' bila dia ajak stop beli air kat Shell. Ohhh,mintak maaf ye en suami..

Inilah gara-gara kalau terbawa-bawa perangai bujang kat rumah tak bertangga ni. Entah apa hangin semalam. Astro la ni punya pasal. Beriya balik try nak tgk CSI, sekali tak activated lagi. Terus masuk bilik, berbaring. Dah baring terus terlelap. En suami kejut suruh bangun mandi pun malas. Sedar2 dah kul 5 am.

Dan usaha mengambil hati suami bermula dengan terus bersetuju bila dia suruh drive gi keje arini. Dia kata 'biar awak biasa skit ngan jalan'

ya allah,gelap gelita lagi kami dah bersiap nak gi keje

sudah lama tidak memandu di pagi hari di Kuala Lumpur. En suami kata 'pening paler la yang duduk sebelah kiri ni' dan degan pantas Pn Isteri menjawab 'org dah kata, tempat awak mmg kat sebelah kanan ni' Maka, sila lah amik semula jawatan tetap yang mmg milik anda ini ye en suami.

Hari ini ada 'event of the month' bagi bulan 5 & 6. Buat birthday party, farewell dan juga majlis penyampaian hadiah untuk si pengantin baru ini.

Terima kasih banyak diucapkan atas sumbangan anda semua. Saya memang sgt inginkan hadiah ini. Malah dah siap request lagi kat AJK kebajikan. Mentang2 pengapit sendiri yang jadik tukang kumpul duit. Ikut sesedap rasa je request hadiah.

amik cepat bawak lari.. nanti en boss minta semula *eheheheheh*

Ohhh, malam ni boleh buat photoshoot ngan barang2 pemberian yang diterima minggu lepas. Kena ajak en suami sekali la. Kena la ada tukang amik gambar kan.

*kalau astro tak activated gak lagi malam ni, siap sedia la korang aku bambu
*malam ni kita makan udang masak cili padi nak sayang...

29 April 2009

bila dah asyik ngadap laptop buat report

Arrggghhh!!!

Sakit paler siapkan report. Nak cuti kenalah siapkan report dulu kan. Tak kan nak lari balik kampung, report terkontang-kanting gitu je kan. Dah lah sekarang nak naik pangkat takde test2 PTK lagi, penilaian SKT 80%. Kena lah tunjuk cemerlang skit kat boss, walau hakikatnya takde lah rajin mana pun..

Arrrgghh!! Ingat senang ke nak pikir 'punca kemalangan' hah?? Kenapa dia terbabas?? Kenapa dia tak lepas memotong?? Kenapa dia langgar pokok?? Mana/Siapa mahu tanya weehhh???

Buat pemerhatian senang je, sampai tang 'Analisa Punca Kemalangan' jammed paler otak ni.. Adooiii..pening la wehhh... dah la tak boleh salahkan pemandu 100%. Tak bleh salahkan jalan gak.. habis tu???? *campak tepi je report ni bleh???*

*nak makan buah mangga lah...
*pape esok saya mahu cuti ye boss...kasik lulus saja lah

19 February 2009

bukan selalu dpt bermandi peluh

Fuhhh!!! 2 hari berjemur di tengah panas, bertarung nyawa di tepi+tengah jalan raya.. Semuanya dilakukan demi memenuhi tuntutan kerja. Walaupun dalam hati dah menjerit 'warrgghhh!!! nak balik hotel..nak berendam dalam pool!!!"

Sesungguhnya, amat panas ye. Bekerja di tepi jalan pada pukul 2 pm.. sila lah gambarkan sendiri betapa banyak peluh yang dah keluar!

Dan saya rasa, saya lah perempuan paling selekeh 2 hari lepas!!


Maka, silalah jangan kata orang-orang keje gomen keje rileks. Tak benar fakta itu. Kami juga bertungkus lumus bekerja. Terkejar-kejar juga dateline.
Balik opis terus kena sketch drawing, prepare design proposal. *report lain juga menanti*

Tapi nasib baik ada best+seronok dalam penat memerah tenaga. Boss sgt baik. Time keje mmg dia suruh keje sungguh-sungguh. All out, tp siap je keje.. dia bawak gi makan durian *walaupun dalam hati 'bila nak sampai hotel ni??'