28 January 2010

New Year BBQ Party

Jangan percaya ngan tajuk tu. Kalau korang percaya, entry ni akan jadik entry paling basi pernah dikeluarkan. Dah nak masuk bulan 2 beb, pe kes nak buat entry 'new year' lagi.

Idea nak memanggang dan membakar ni dtg dari Puan Ummi Naziha, bila mana dah terlalu banyak program terancang yang dibatalkan. Ingat nak gi ber'surfing kat Sunway Lagoon. Tapi ramai tak bleh bagi komitmen. Aku lagi lah frust.. gi Sunway, jadik tukang amik gambar je lah nanti. Hampa la aku tak dpt nak terjerit2 main slide2 tu.
Bila dia bagi idea ni.. smua mcm ok je. Siap dah bagi2 tugas dah *kami mmg begini, barulah lg meriah* Tapi aku sangat kesian sama tuan punya idea, last minit dia kena gi BTN. Punya lah hampa membe ni. Seb baik kawan-kawan yang lain ni mcm tak kejam. Ikut hati nak je trus upload gmbar kat FB, tp demi tak nak dia menangis lebih2 kat kem tu. Kita simpan je lah dulu.

Event mcm jadik makin menarik bila idea official shirt diutarakan. Seminggu masing2 semangat buat design. Bagus kawan-kawan aku. Aku tgk dr jauh je sbb idea mcm tak mari. Yang paling aku kagum, perancangan tu berjaya dilaksanakan. Dapat gak pakai masa BBQ ni. Aku je yang tak pakai, sbb aku tak nak jadik nangka kena sarung. Dah besar dah Sal & Hana pilihkan.. maka, jgn nak sangkal lagi. Sememangnya aku yg kembang tak ingat dunia.

Nah.. lihat lah sendiri.. *aku mcm nyampah siot tgk gmbr ni*

*aku sarung baju ni, semata-mata nak amik gambar ni*
perrghhh!! giler besar ko dayu.. takut siot tgk diri sendiri. siyes, lepas ni breakfast oat je lah aku jawabnya. malam mkn sup sayur je.. nekad ni

Majlis diadakan di rooftop umah Salwa & Syafiq.. lokasi yang menjadi pilihan ramai. Terbaik tempat ni. Dah lah angin punyalah kuat malam tu. Dah aku feeling mcm BBQ kat tepi laut je. Janji 4.30pm, tapi kul 6.30pm baru aku ngan Ekwan sampai. Dah lah yang kena bawak BBQ pit tu kitaorg. Mahu tak kena marah.. hahaha, tp akak sengih je. Tak kan la membe sampai hati nak marah si buyung ni lebih2 kan.. Mintak ampun kawan-kawan..

jgn smpai dpt warning letter dr management sudah.. kalau tak sian korang berdua. membe2 smua buat bising di luar kawalan. pe, ingat ni kolej kat UiTM dulu ke hah?? terpekik terlolong..

tukang bakar ayam

tukang makan ayam ... tp as baru seminggu lps BBQ kat Port Dickson, aku makan kepak ayam 2,3 ketul je..

sotong.. perghh!! favorite of the night. asal angkat abis..letak je licin..

tukang marinate sotong dan udang, dan tukang bakar sotong.. kerjasama yang mantap. next time, task ni tetap milik korang

jemput makan!! aku tahu, aku sorang tak pakai baju rasmi, sbb tu aku jadik tukang amik gamabar je. makan la selagi korang larat.

*alahai suami saya, malu2 potong kek birthday*

Lepas masing-masing dah kenyang. Dah potong kek..dah makan kek.. kita main game pulak. Lose, Win & Draw. Hahahahah.. sgt kecoh waktu ni. Sampai lupa nak amik gambar. Sangat bising. Dah la lupa tutup main door ke rooftop tu. Mesti org2 kat level 19 tu hangin je. Seronok giler time tu. Gelak tak ingat dunia masing2. Samai lupa yang tadi aku dah pedih-pedih ulu hati. Laki aku jeling2 je, suruh beringat skit. Takut bini dia terberanak kat atas tu..

sara sgt adorable malam tu. dah lah dah reti ckp. seronok je layan dia. S&B Jr pun ada baju rasmi ok. Azeem kat UK tu pun ada. Nasib baik anak aku dlm perut lagi. Kalau tak mau aunty Sal carikkan romper putih kosong bagi dia pakai.

As sewa rooftop tu sampai pukul 11 je. Maka segera la kami mengemas walaupun masing-masing mcm masih syiok layan game 'conteng & teka' tu. Kang kena halau kang, haru je. Ada lagi niat nak terjun pool lak. Macam larat je masing-masing. Kalau korang masuk pool lak, jawabnya tak tido lah penduduk2 USJ One Avenue malam tu. Amik gambar je pun jadik lah. Tu pun korang dah cukup bising tau...

akhirnya..akhirnya berjaya gak memiliki baju rasmi S&B. perancangan last minit gak baru menjadi. kitaorg mmg terkenal begitu. pe yang rancang awal2, smua cancelled. BBQ ni seb baik berjaya gak direalisasikan.
ok, aku eksyen je lebih ngan baju,mana muat nak sarung siot

as usual, sesi bermanja terlebih ngan pasangan masing2 harus ada
apsal jadik tangga gambar ni??

27 January 2010

sekali lagi: lelaki ke perempuan

Orang-orang tua, easpecially orang melayu ni banyak betul hint kan dalam meneka jantina baby yang dikandung. Pegang-pegang perut pastu kata 'laki anak awak ni' Tengok gaya kita makan pun dia boleh kata 'ni nanti mesti kuar pompuan anak kau ni' Kadang mcm betul, tp mungkin gak kebetulan kan. Tapi seronok gak kadang-kadang bila teka meneka ni.

Jom buat hint checklist...

Bab Menghias dan Mengurus Diri
Orang kata, kalau si mak tu malas je nak bermekap. Gi keje pakai bedak pun malas. Muka comot je. Besar kemungkinan anak dia perempuan. Tapi kalau jenis yang time pregnant bermekap habis, katanya anak dalam perut tu laki
  • Ohhh.. kalau ikut aku.. muka mmg pucat lesi lah.. mmg selekeh habis. Lagi2 1st trimester dulu. Tapi sekarang ok lah skit.. rajin la gak aku nak pakai eye liner, sapu2 blusher skit. Ohhh, lelaki ke anak i?? Ok, 1st hint for Boy.
Next hint...

Posisi Tido Waktu Malam
Kalau lagi selesa tido mengiring ke kanan, budak dalam perut tu adalah lelaki. Kalau tido lebih ke kiri, anak perempuan katanya.
  • Mula-mula dulu boleh lagi tido macam biasa. Masih boleh lagi nak terlentang ke,ngiring pun ikut suka lah. Tapi masuk 3, 4 bulan. Bila dah ada gerakan dari dalam perut tu. Dah tak boleh nak tido sesuka hati. Kena mengiring. Tu pun kena ke kanan je. Kalau ke kiri, rasa tak selesa sgt kat perut tu. Tak reti nak describe. Hmmm.. saje je tak kasik aku tido ngadap muka laki sendiri tau. Ok, maka 2nd hint for Baby Blue.
Petunjuk ke -3..

Arah Berat Perut
Katanya, kalau perut lebih berat ke kanan, itu anak lelaki. Dan perempuan kalau lebih berat ke kiri.
  • Ohhh, yang ini sendiri tak pasti, tak tahu nak tgk mcm mana. Tapi perut ni memang macam tak balance. Ekwan pun selalu cakap 'yang, perut awak senget' Ye..ye, dia macam membesar lebih ke kanan. Maka, adakah anak saya lelaki?? Dah 3 hints dah ni..
Garisan Perut
Garisan perut pun jadik penentu. Macam pape je. Tapi siyes, waktu pregnant je ada ni. Dulu-dulu mana ada. Yelah, perut dah membesar, kulit menegang. Tu yang muncul tu agaknya. Dan mengikut petua, kalau garisan tu terang dan tak putus-putus, anak dikandung adalah lelaki. Kalau putus-putus2 perempuan.
  • Garisan perut aku adalah tidak jelas, dan terputus. Ohhh.. hint pertama untuk memiliki baby girl
Bentuk Perut
Perut tajam.. anak lelaki. Perut bulat dan bundar.. anak pompuan.
  • Perut guwe?? Membulat dengan comel. kecik je. Malu-malu nak tersembul. Girl ke..girl ke?
perut yang didakwa oleh tuannya kecil dan comel itu. alah, ni waktu baring lah geng, mmg lah besar mcm ni.. sendiri kasik imagine lah, camne nak tido dgn selesa ngan perut yg mcm ni. ni baru nak masuk 7 bulan ni. aku dah terbayang gaya mana lah aku tido bulan 3 nanti.. masuk bulan 4 tak tido agaknya.

Ikut kepercayaan orang tua-tua, peratusan kebarangkalian adalah sama banyak. Boleh jadik anak aku laki, tak pun perempuan. 50-50.. kalau tgk perut mcm pompuan, tp bila tang tido2 tu macam laki. Tapi kalau ikut kata doktor..dah 3 orang doktor jumpe ni. Semua kata benda yang sama. Semua kata anak kami adalah 'PEREMPUAN'

Ye..ye..hari ni saya nak buat pengumuman terbuka ni..

Dari imbasan pertama masa 4 bulan lagi doktor kat klinik gomen tu dah kata yang baby ni perempuan. Tapi dia kata 70% je, sbb tak baper jelas. 70% pun doktor kata, aku dah caya 100%. Hahahah.. dah start jeling-jeling baju kaler pink yang cute2 tu. Masuk kedai barang baby, dok belek barang kaler pink je. Biar pun daddy dia kata 'kang kalau kuar laki kang, sape nak pakai baju2 ni??' Tapi guwe ada kesah... tetap gak beli warna pink..

baju cop 'i luv daddy' dah ada byk.. cukup lah ye. meh, kita gi beli baju sayang mommy pulak. jgn nak jadik anak bapak sgt, mommy jeles.

Bila gi scan kat private pun doktor tu kata 'baby girl..tengok ni..' puas lah doktor tu tunjuk itu ini kenapa dia kata girl. Ingat aku paham?? Tak langsung.. yang penting dalam hati dah kata 'yeay, baju pink tu smua confirm boleh kasik baby dalam perut ni pakai' Lepas ni dah boleh membeli dengan yakin. Tiada lagi nak ragu-ragu. Tapi.. reserved gak lah, 3,4 helai baju universal color.

daddy awak pilih dan disokong oleh mommy.

koleksi terkini yang mommy rembat waktu melilau-lilau kat Sogo tunggu daddy dtg kutip mommy.. kan mommy dah kata, jgn bagi mommy masuk kids & infants dept. harus 2,3 helai awak dpt baju baru.

Aku nak tambah satu lagi hint. Kalau kaki membengkak dari 2nd trimester lagi.. pompuan lah anak korang. Ni berpandukan pengalaman sendiri ni. Hahahahah.. sesuka hati aku je.
Maka, no more secret.

26 January 2010

kotakan janji kamu

Sekarang ni orang asyik keje nak menyaman je kan. Salah skit 'tggu surat saman dari aku'

Dan this lately, kisah yang mcm menarik perhatian aku adalah 'Putus Tunang Tuntut Ganti Rugi' Perrgghhh, tak sangka boleh ada kisah yg mcm ni. Dan yang makin lagi tak caya, lelaki yang buat tuntutan tu. Selalu kan, kalau hal-hal gini keluarga perempuan yang malu terlebih. Hmm.. tak...tak.. dua-dua pihak akan rasa tempias dia.

A'ah kan,mesti lah pihak lelaki yang akan bersungguh-sungguh nak menuntut balik. Dah berhabis, dah melabur macam-macam tapi hasil takde. Haruslah hampa. Frust.. Sedangkan kalau dah pasang niat nak makan cendol jagung jual tepi jalan tu sekali gi dia tutup pun dia punya hampa macam tak terbayang. Inikan pulak kalau ada orang mungkir janji yang sama-sama dah dimeterai. Berjanji nanti nak hidup bersama, sehidup semati. Yang disaksikan mak ayah masing2. Siap rakam video smua. Tak ke lagi sakit rasa kecewa dia.

Ye, banyak sebab nape orang boleh mungkir janji. Curang bukan semata-mata sebab orang putuskan ikatan pertunangan. Tapi paling tak boleh terima kalau putuskan ikatan tu last minit. Kad jemputan dah tempah, pelamin, mak andam, katering smua dah booked. Tapi tiba-tiba ada pihak nak tarik diri. Perrrghhhh!!! Yang ni mmg kira biadab beb..boleh tak tolong pikir maruah pihak lagi satu tu?? Bayangkan kalau keluarga kamu yang ada kat situ. Tu belum lagi kalau amik kira hal ringgit yang dah dilaburkan. Bukan 2,3 ribu yang dah habis. Silap-silap bersih dah smua saving akaun.
Memang salah kalau teruskan juga.. menyeksa orang. Tapi sekurang-kurangkan, keadaan akan kelihatan normal. Takde orang akan mengata. Mak ayah tak kan tanggung malu. Tak salah jadik hipokrit sekejap rasanya. Selesai majlis, pepandailah selesaikan masalah tu. Dalam masa yang sama, masih ada peluang untuk teruskan hubungan yang dah sememangnya sah dan halal tu kan. Bagi masa kat diri sendiri untuk berfikir...sama-sama bincang kenapa sampai jadik macam ni..

Kan ada kalanya kita suka buat keputusan terburu-buru...

Tapi kalau dah takde jalan penyelesaian. Kalau memang itu jalan terbaik. Memang hidup bersama bukan jalan terbaik. Anggap je memang itu bukan jodoh kamu. Kamu bukan untuk dia. Dan kalau boleh, pilih jangan penyelesaian terbaik. Jangan bermusuh paling bagus. Ye..ye.. tak senang nak maafkan orang dah permainkan hidup kamu. Tapi tak salah mencuba, sebab dah memang terbukti bila kita rela memaafkan seseorang, hati jadik lebih tenang, otak lega.. mesti senang nak teruskan hidup kan. Tanpa terus dibelenggu kenangan bersama dia.

Setiap kejadian ada hikmahnya... ini harus percaya.

*aku tak pasti nape aku buat entry ni. keadaan sekeliling kan selalu mempengaruhi kita. aku pun tak terkecuali

25 January 2010

dia gembira, saya senang hati

Dapat mengembirakan hati orang tersayang kan adalah sangat menyeronokkan. Tengok dia tersenyum kesukaan. Rasa macam sangat memuaskan. Rasa macam baru dapat umah teres 2 tingkat free je. Uiihhh, yang ni kalau ada org bagi mmg aku tak tahu nak kata apa dah. Sepanjang hayat aku akan asyik ucapkan terima kasih kat insan berhati mulia tu. Tapi tu macam 'in ur dream' lah, sila kembali berpijak di bumi nyata. Takde benda free kat dunia ni eh..

Ehhh jap..jap... Sape kata takde.. ada lah.. Setahun peluang tu datang sekali je. Kalau nak banyak kali, kena gi kursus memaniskan mulut. Dan melembutkan hati orang sekeliling agar sentiasa bermurah hati. Tengok je muka kita trus prihatin.

Ye.. dah 10 hari ulang tahun kelahiran suami saya dah berlalu. Tapi hadiah masih tertangguh. Kesian sama dia. Maka, bila dah jumpa benda yang dia inginkan sangat tu. Dia pun macam dah suka sangat. Tak beli kang.. monyok lak *kang anak kita buat perangai guling-guling depan kedai, siap awak* Maka, beli je lah. Lagipun mmg dah janji kan. Memang nak beli pun, cuma belum berkesempatan. Ni dah ada depan mata ni, hah...pilih lah.. amik lah mana yang berkenan.

Dia sangat suka.. balik umah trus ngadap. Dah lah buat aksi mcm budak umur 4 tahun dpt mainan baru. Isskkk.. saje buat aku gelak tau.

dah tua, nak jadik bapak budak pun nak main helikopter lagi. tapi dah dia teringin, kita bagi je lah. kang ngigau tido malam kang.. sape yang susah, diri sendiri gak

Ok, tiap malam aku ngan meow kena teman dia main benda ni kat depan umah. Jangan ingkar perintah suami lah.. meow pun ikut je sebab takut nanti kena buang kat pasar borong.

24 January 2010

mak tgh semangat

Lately ni, nursery rhymes adalah bahan utama untuk di download. Pasang cita-cita, dari dalam pantang nak mainkan smua lagu-lagu tu untuk baby. Bila bagi dia dengar sekarang..dengar dari dalam perut ni.. dari duduk diam, terus melompat-lompat kat dalam tu agaknya. Lagi-lagi bila dengar lagu Jack & Jill.. suka betul..

Lullabies songs juga sgt best... aku lak yg mcm nak lena bila layan lagu2 tu..



Dan sila lah mengasah bakat nanyian anda supaya si kecik tu nanti boleh tersengih riang dengar mak dia nanyi bukannya teriak ketakutan. Kalau jumpe files yang dah siap nanyi tu seronok lah. Tapi bagi dia dgr suara mak dia lagi bagus kan, dr suara omputih mana entah. Alah, lagipun dia bukan dgr suara org lain lagi. Suara kita lah yang dia ngadap hari-hari kan. Mesti bagi dia 'sedapnya mak nanyi'

Nak gi carik dvd lah..

22 January 2010

pengembangan

Perut adalah masih kecil, lagi-lagi kalau sarung baju-baju megandung pakai gi keje. Sebab baju-baju tu memang sengaja beli besar, risau mana tau hujung2 nanti perut ni tiba-tiba mengembang di luar kawalan.

Muka gak dah kembang semacam.. kaki ko jgn tanya, tuan punya badan sendiri seram nk tgk

pandangan sisi atas, berjaya memberi sedikit impak kurus kepada diri sendiri. walau hakikatnya korang kena tahu, berat aku naik lagi 1.5 kg setakat ini. tapi baby dah 1.2kg sekarang, maka berat aku sebenarnya baru naik 9 kg lah.. *nak gak*

Nantilah, esok-esok saya upload gambar pandangan hadapan ye. Yang di ambil pada sudut 180 (mana nak dpt simbol hah??) darjah ngan objek. Yang akan menunjukkan figure sebenar Puan Hidayu yang selama ini cuba berselindung dengan teknik2 dan trick mengambil gambar. Tapi hakikatnya, dia adalah sgt besar.
Nak jalan pun mcm dah tak larat sekarang ni. Mengalahkan org bawak perut 8,9 bulan. Orang menunggu hari pun agaknya lagi aktif dari aku. Siyes, mcm sgt letih. Orang sekeliling pun penat tgk aku agaknya. Cakap banyak pun tak boleh dah, dah mengah. Ohhh.. lembiknya ko dayu. Ni baru nak masuk 7 bulan. Kalau 7 hari lagi nak beranak?? Confirm aku mintak MC awal2 kat doktor, duduk umah diam2 tggu je sakit nak bersalin tu datang. Kalau tak dpt, korbankan aje lah cuti tahun tu. Tak mahu sakit tu dtg masa kat opis. Tak mahu susahkan orang...

Minggu ni pedih kat ulu hati mmg menyerang sepanjang hari. Dari pagi smpai ke petang. Sakit ok... sampai umah mmg trus baring lah. Dah seminggu tak masuk dapur. Umah pun kemas mana yang larat je. Kul 9 mata dah layu.. oohhh, hidup sgt pasif minggu ni. Cuma baby kat dalam ni je makin aktif.. punyalah kuat dia menendang, aku yg tgh nenyak tido pun boleh terjaga.

E*** D*****, baik-baik ye kat dalam tu. jgn tendang kuat2 sgt, mommy terkejut ok..

21 January 2010

i'm feeling happy

Hoyay!!! Hari ni rasa macam nak gembira je. Biarlah dah mcm duduk dalam oven sebab aircond opis ni buat perangai tak nak kuarkan angin dingin. Aku tetap nak gembirakan hati. Sebab tadi tak kena tunggu lama nak tengok baby. Pastu baby tak tido, seronok tgk dia tak duduk diam sampai doktor tu kata 'aktif betul budak ni' Dah lah main cak-cak, kejap tutup muka, kejap buka.. iskkk.. geram lah.. tak sabarnya nak awak kuar.. *ilang jap rasa takut nak bersalin guwe*

Dan paling best doktor kata 'ok, uri u dah naik, so insya Allah boleh bersalin normal'

Ok..ok.. siap sedia nak rasa the heaven pain!!!

Isskkk..rasa nak ajak daddy awak gi buat 4D scan malam ni gak lah. Nak sgt tgk rupa awak. Ikut muka mommy ke daddy. Agak2 mulut awak akan besar mcm mommy ke daddy, mata kalau kecik macam daddy, mommy suka. Agak-agak awak nanti kuar ada rambut tak erk?? Sila lah dptkan rambut seperti daddy awak ye.. baru best nak main tocang2 rambut..

Patutlah makin menjadi-jadi pedih ulu hati ni. Kaki baby tengah kat atas skrg. Doktor tu siap sengih je suruh siap sedia je dgn pelbagai rasa yang akan aku alami nanti. Bila ngadu kat En Ekwan, balik-balik dia kata 'sian bini i' pastu pegang perut kata kat anak dia kat dalam tu 'nanti baby jgn degil ye, sian ibu' Dia nak suruh anak panggil aku 'ibu' ke??

19 January 2010

imaginasi terlampau

Mengikut pengiraan sendiri, sepatutnya skrg minggu ni baru 26 weeks, tapi last check-up (2 minggu lepas) nurse tu kata dah 26 dah, dan minggu ni 28 weeks dan aku perlu repeat scan sbb dulu masa scan uri kat bawah. So kalau kali ni scan, dia tetap kat bawah... maka.. siap sedia lah aku. Harap-harap tidaklah uri tu menutup jalan baby nak keluar.. mcm takut je nak kena potong2 ni.

Dalam hati punyalah seram nak beranak normal..pastu seram nak kena potong. Ingat ada option lain ke dayu weh???

Dan aku jadik makin seriau bila baca tentang komplikasi semasa bersalin yang bermacam-macam tu. Terus paras keterujaan tak sabar nak baby lahir, merundum turun. Rasa takut yang membuak-buak. Siyes takut ni. Walaupun biras aku dok kata 'anak 1st awak tak tahu pe, tak takut lah' Tapi aku tetap takut. Tu lah, terlebih rajin membaca lagi..

Dan bila terbaca pasal tumpah darah kat blog Azza. Otak aku tiba-tiba jadik kreatif tak tentu pasal. Mula draft skrip drama melayu tahap meleleh air mata. Lagi dasat, dia sambung buat keje kat umah pulak. Sambil masak pun boleh siap 2,3 babak. Waktu nak tido jangan kata, lagi mencurah-curah idea dtg. Bukan 2,3 babak, siap untuk seminggu punya episod. Laki aku cukup marah kalau aku suka pikir yang bukan-bukan. Tapi nak buat camne, otak ni mmg suka jadik kreatif bab-bab hal sedih+haru mcm ni. Pastu letak diri sendiri jadik watak utama, siaplah basah-basah bantal tu jadiknya.

Bagaimana nanti kalau aku tak berjaya dalam pertarungan mengadai nyawa tu nanti?? Bagaimana kehidupan mereka-mereka yang aku tinggalkan?? Anak yang tak sempat nak jumpa mak dia?? Aku siap imagine, anak aku duduk ngadap laptop mak dia ni tgk gambar2 mak ayah dia, pastu tanya kat abah dia 'mak mana??' Perrgghh..meleleh air mata aku jap.
Macamana suami aku rasa nanti 'dapat anak, hilang isteri'? Macamana hidup dia nanti?? Pandang anak nmpak muka bini. Lagi2 kalau muka anak tu saling tak tumpah muka mak dia.. Berapa lama aku akan ada dalam hati dan fikiran dia?

Ye..ye.. memang tak baik pikir yang bukan-bukan gini kan. Tapi dari dulu lagi, otak aku mmg suka sgt memandang jauh ke hadapan. Suka bayangkan benda negatif lebih dari yang positif.

*kena sediakan diri fizikal dan mental hadapi saat tu nanti

birthday suami saya sebelum dia jadi abah

Sempena hari jadi ke 28 suami saya Jumaat lalu, kami sekeluarga telah ke Port Dickson. Tapi aku macam selamba. Hari jadi dia tapi dia yang uruskan tempat penginapan segala, aku jadi food & beverage manager je. Dah lah takde kek, hadiah postponed. Huhu..kesian suami saya. Alah, i tau u tak kesah kan, tu yang i boleh selamba badak je buat gini. Kalau tak, tak kuasa i nak buat u murka tau..

Sampai dah tengah malam, maka tido trus. Esok pagi lah baru kita berendam ye. Ohh, pihak penaja telah menyediakan Family Suite untuk kami di Tiara Beach Resort. Terima kasih ye..tahun depan taja lagi.

membawa bersama anak2 sedara. feeling jadik young parent, muda2 dah ada 2 org anak, pastu dalam perut ada lagi satu. dah lah muka budak2 ni mcm muka achik wan dia, mau org pandang kitaorg sambil kata dalam hati 'umur bape budak 2 org ni kawin??'

anak2 dah tido bersama maksu. maka mak ayah nak keluar gi dating. tp sebelum tu bagi mak amik gambar jap ye.

Petang gi ber'BBQ. Punyalah penuh PD last week. Carik punya carik, dpt gak lah tempat paling sesuai nak memanggang. Dekat Astana Beach Resort. Tengok gaya macam kena bayar sewa, tapi selamba je kitoarg. Selagi takde org dtg mintak. Kita teruskan je aktiviti membakar ni. Suami saya kata 'takde resit rasmi, tak kuasa aku nak bayar' Tapi kami mmg nasib baik. Takde sape pun minta duit. Tapi 2,3 group lain, smua kena bayar RM40. Macam tak berbaloi je, kalau dia sediakan arang takpe gak... Nape kitaorg tak kena bayar hah?? Org takut kot nak dtg mintak..

teruskan usaha anda membakar arang ye.

grill man.. abang ipar yang asal jumpa aku je 'besarnya awak ayu' isskk..kang aku mengecik kang, lagi tak boleh terima hakikat kang..

aku yang saja tunjuk gigih nak menjaga ayam2 dan daging tu. konon nak kasik grill man berehat lepas penat hidupkan api buat bara semua. tapi bila lamb tu mcm nak separa hangus, trus aku letak jawatan. dok tepi pegang pinggan sudah...

Niat hati nak mandi laut pulak. Tapi mcm malas, sebab air laut PD tak cukup mengoda. Tak kaler biru. Pastu bila mengingatkan konon ada buaya. Lagi lah aku batalkan je niat tu. Duduk makan kepak ayam sambil tengok laut sudah.

selamat bertambah umur ye en suami. semoga murah rezeki, sehat sejahtera. dan semoga menjadi abah yang cemerlang ye. *hadiah kamu wiken ni lah kita gi beli ye* Sayang kamu sepenuh hati!!

18 January 2010

mommy dah tak sabar nak jumpa awak

Bila bercakap tentang jantina anak, semua ada idaman sendiri kan. Lagi2 anak 1st. Ada nak anak laki as 1st child. Ada yang nak baby girl. Tapi jawapan standard semua 1st time parent 'tak kesah, laki ke pompuan ke.. asal sehat sempurna sudah' Anak 1st memang tak kesah lagi kan. Masuk anak ke 2, ke 3 kalau tak dpt yang diidamkan, boleh jadik gaduh gak laki bini. Bercerai berai pun tak mustahil kan.

Dan skrg soalan yang kerap ditanya 'laki ke pompuan anak ko ni??' Dan aku masih je tersenyum, berahsia konon. Sape dah tau tu diam-diam ehh.. Sama ngan org lain, aku juga akan bagi jawapan standard kat atas tu. Apa pun jantina dia, dia tetap benih cinta kami suami isteri. Penyambung zuriat. Bak kata kawan-kawan daddy dia 'Nates Jr' Si kecik yang akan ditimang sepenuh jiwa, tak kira dia laki ke pompuan.

Ohhh, mommy tak sabar nak gomol kamu!!!

Dapat anak laki jadik anak sulung. Ramai yang mahukan anak laki kan. Ye, bila besar, si abang boleh jadik boodyguard. Jaga adik-adik jgn sampai kena buli kat sekolah. Bila dah besar nanti, dia boleh amik alih tugas ayah jadik ketua keluarga. Boleh jadik driver mommy. Kalau sinki tersumbat ke, oven mommy buat perangai ke, boleh awak tolong tengok-tengok kan. Anak laki, even dah kawin, dah ada keluarga sendiri. Mak ayah tetap tanggungjawab awak tau.. Tu yang mommy suka tu.

Anak perempuan... baju baby girl comel-comel oohhh!! Girl boleh pakai blue, boy mana bleh pakai pink. Hehehehe...

Nanti boleh tolong mommy kat dapur. Masak sedap2 bagi daddy makan. Biar dia lagi kembang. Baru seronok awak nak main panjat2. Nanti boleh mommy tocang rambut awak macam-macam gaya gi sekolah. Nanti raya , kita pakai baju sama corak ye. Kita pilih corak abstrak kaler purple eh.. tak pun pink, mesti nanti daddy geli-geleman nak sedondon ngan kita. Silap-silap sanggup dia takde baju melayu, :)
Bila awak dah besar, biar mommy jadik perunding imej awak. Kita gi shopping sama-sama. Pilih kasut sama-sama, lagi best kalau kita sama size. Boleh share.. handbag pun kita boleh share, mommy no hal... *huhu..mommy perasan muda remaja sama macam awak, mesti daddy geleng kepala*

masa ni dah 3 bulan awak dok dalam perut mommy. tgn tu terlambai-lambai, tak duduk diam. tutup2 muka.. alahaiii... teruja mommy tau

Siyes,mommy dah sgt tak sabar nak tengok awak!! Dah lah awak makin tak duduk diam kat dalam tu. Ok, mommy nak gi belek baju2 kecik awak tu, lepas tu lipat lagi, buat yang ke berapa kali pun mommy tak tau dah. Aritu mak teh ada bagi pinjam barut dan bedung untuk awak... nanti awak kiss mak teh ckp thank you ye..

15 January 2010

nak berpantang pun susah tau

Menuju ke fasa trimester 3 kitaran kehidupan sebagai wanita mengandung soalan yang kerap ditanya sekarang adalah 'dayu,nanti pantang mana??' Dan lagi satu 'antar nursery mana nanti anak ko??' Alah, tak bestnya soalan, tanya lah 'dayu nak hadiah pe lepas beranak nanti??' Hah, kan lagi menerujakan tu. Lagi tak sabar aku nak beranak.

Dah lah this month ramai giler bloggers yang dah jadik mak. Lahirkan baby2 yang comel giler. Peergghh!! Terus aku jadik tak sabar nak beranak ok. Tapi bila baca citer sakit bersalin derang, trus aku rasa mcm ngilu satu badan. Sungguh pandai bercerita lah mereka tu smua. Tak pasal-pasal aku macam 'hmmm...takde cara lain ke nak beranak??' *ok, aku mmg suka minta yang bukan-bukan*

Balik pada cerita berpantang lepas bersalin nanti. Siyes, aku tak pasti nak pantang kat mana. Kat mana tu maksudnya adalah:
1) kat umah mak ayah di johor bahru
2) kat umah sendiri di kuala lumpur yang tenang *sgt* ini.

Ada 2 pilihan je pun. Macam banyak sgt je dengarnya tadi kan. Alah, macam org lain pun banyak pilihan. Ni je lah pun. Ok, yang membuat kan tiada keputusan yang boleh diambil hingga kini ialah kerana:
Kalau pilihan pertama yang terpilih, berpantang di johor. Masalahnya adalah, ibuku itu bekerja. Siapa yang nak jaga aku?? 2,3 minggu pertama tu mesti aku lembik lagi. Mana lah mampu *aicehhh* nak bancuh air, sediakan air panas anak nak mandi. Lagi penting sape nak lumurkan badan aku ngan segala bahan yang aku pun tak pasti apa tu, pastu sape nak bungkuskan badan aku?? nak panaskan tungku smua.. tak kan lah mak nak kena amik cuti sampai 2,3 minggu jaga anak dalam pantang??

Dan kalau aku pilih nak pantang kat umah sendiri. Ohhh seronoknya, tak payah tinggalkan laki aku tu. Takde lah dia feeling jadik org bujang jap. Takdelah nanti aku balik dr berpantang tgk umah aku jadik pusat ternakan kulat. Dan Ekwan pun mcm prefer kalau pantang kat sini je. Dia kata senang dah depan mata. Tak payah susah2 nak berulang ke mana2 nak tgk baby. Baby je?? Aku??? Siyes lah, kena bersiap sedia kalau nanti balik-balik keje je dia gomol anak dia dulu. Takpe..aku redha..anak dia gak kan.. Tapi..tapi.. Sape nak jaga aku?? Warrgghhhh!!! Jom kesiankan dayu beramai-ramai.

Pilihan yang ada sekarang, mungkin kena minta jasa baik ibu mertua ku. Kena minta mak dtg duduk sini sekejap. Tolong jagakan menantu dia ni. Laki aku punyalah gembira. Dia kata 'nanti boleh makan mak masak selalu' Ye, masakan air tgn ibu sentiasa yang terbaik. Nanti aku nak anak aku pun macam tu, macamana dia puji masakan org lain pun, di hati masakan mak tetap No 1. Takde yang lebih baik. Ok, set ni jadik azam 2011, bila anak dah start makan nasik nanti *ooohhh, jauh ke hadapan siot azam aku* Tapi.. ye, banyak tapinya. Nak ke mak tinggalkan umah kat kampung tu?? Nak ke dia duduk sini lama-lama??

Tapi..tapi.. anak aku ni cucu pertama mak ayah aku. Setuju ke mak kalau aku pantang kat sini je?? Mesti mak nak jaga cucu 1st dia ni. Tapi tu lah, camne mak nak jaga anak dlm pantang sambil keje?? Entahlah, tak tahu lah camne nanti. Tak bincang pape pun lagi ngan kedua-dua pihak. Tggu lah bulan 2/3 nanti. Time tu aku mesti terima je sebarang keputusan. Asalkan kebajikan aku dan E**** masa pantang nanti tak terabai.

*aku excited nak celebrate bday laki aku ni

14 January 2010

saya tiada masa

Bukan tak nak update blog. Tapi kena gi kursus ni. Pergi menambah ilmu, tu yang 3 hari ni sunyi je. Blog sendiri tak jenguk, blog org lain lagi lah takde masa. Balik umah, ngan sakit2 ulu hati, sakit dada smua. Harus lepas makan je aku terbongkang.

Siyes lah, skrg ni macam tak bleh makan ngan byk. Kalau tak siap sedia lah rasa senak perut smua. Sakit kat ulu hati merasa la sepanjang hari. Kesian kat dayu tau... Dan.. esok genap 27 tahun suami saya kat muka bumi ni. Plan?? Hehehehe.. *tapi takde surprise2 lah, aku selamba je rancang sama2 ngan dia* Hadiah?? tu kemudian boleh pikir, silap2 postponed.. sian suami saya, dr dulu hadiah asyik kena tangguh je.

Tak pun aku buat muka paling comel, kata kat dia 'E**** dalam perut ni kira hadiah hari jadi awak lah ye'

12 January 2010

tak selalu terjadik

Bukan selalu dapat peluang macam ni. Tapi bila ditanya 'yang, malam ni nak masak pe?? org masak ayam lemak cili api je lah eh' Tu lah keje aku, petang2 duduk dalam kete.. otak kena ligat pikir. Tapi bila dia jawab 'arini kita makan luar nak??' Ohhh..aku macam, ni betul ke ni?? Pastu ajak makan burger kat Wendy's lak tu. Ni mesti ada opismate dia yang introduce kat dia ni.

Ikut hati macam malas sebab tekak aku ni dah macam terbayang-bayang gulai ayam. Pastu bila dah sampai umah, masing2 dah melepek depan tv. Jadik macam malas lak nak kuar.Tapi sebab nasi tidak ditanak, ayam juga masih membeku, nak tak nak gi lah bersiap segera sebelum IOI Mall tu tutup. Kang kempunan laki aku nak makan Shrimp Burger.


Bila amik gambar gini, aku mcm suka. tak nampak lah mcm lori balak sgt. cuba amik full body, siap sedia lah ternganga mulut tgk pompuan gemuk ni

Isskkk, dah masuk IOI ni, dah lah byk booth yang jual babies stuffs. Uuiihhh, sungguh mengoda tau. Pegang yang ni lawa, pegang yang tu berkenan. Semua aku suka. Salesgirl tu pun macam saje je tunjuk macam2 kat aku. Dah la tunjuk yang lawa-lawa. Saje je tau. Tapi...tapi... perut i lapar lah.. i gi makan dulu ye. Alasan terbaik sebelum aku borong baju-baju cute tu. Next month lah i singgah ye...

*siyes, jgn bagi dayu dekat ngan kedai brg baby, kalau takde yg menghalang, mesti ada je dia beli.
*gambar makan kat Wendy's tiada. terima kasih

11 January 2010

ni kira azam 2010 lah ni

Biarlah aku berterus-terang, takde guna pun nak rahsia. Mengandung 6 bulan, dan aku dengan jayanya telah menambah berat sebanyak 8kg. Berat asal aku dulu, 2 bulan selepas kawin dan disahkan mengandung adalah 62kg. Ni semua hasil menjaga perut suami dengan penuh dedikasi, tak pasal-pasal, lemak kat badan aku pun menimbun sekali. Ok..tidak lah ringan mana.. tapi dibandingkan dengan sekarang.. aku macam sgt rindu dgn nombor tu.

Walau hakikatnya, aku lagi rindu dengan berat aku masa zaman belajar dulu. Zaman kegemilangan gitu. Zaman yang tanpa perlu mencuba dulu kalau membeli baju atau seluar baru. Berkenan,mintak saiz, trus gi bayar. Balik confirm boleh sarung punya. Ohhh!! Aku inginkan bentuk fizikal yang macam dulu!!!

kurus tak kurus lah aku dulu. masa ni rasanya 54kg je berat aku

Sesungguhnya, aku sgt jeles tengok perempuan2 lain yang berjaya kembali ramping dan slim selepas bersalin. Memang aku jeles. Sungguh-sungguh punya cemburu. Sebab aku nak macam tu gak. Dan nak sangat-sangat. Tak sanggup nak teruskan kehidupan dengan badan yang begini. Kalau dah aku sendiri je tak suka, laki aku lagi lah...

Aku teringin nak makan nenas lah. Siot tul lah, nape lah boleh lak ada iklan org ni makan nenas dgn sungguh mengiurkan. Dah lah tiap2 hari tengok org beli nenas, ngan sambal kicap nye...aku ni telan air liur je. Benci lah..-ni namanya selingan tak berasas-

Maka, aku nak berpantang bersungguh-sungguh!! 44 hari je *sungguh bongkak ko ye dayu, blum rasa lagi boleh lah ko kuar statement gini* Full breastfeed, kan org kata BF ni the natural way nak lose weight lepas bersalin. Lagipun buat pe nak membazir, badan dah hasilkan produk berkualiti, lagi sibuk2 nak gi buang duit beli formula milk buat pe. Dan semoga aku tidak akan keputusan susu nanti.

Dan mulai sekarang, silalah mencari breastpump terbaik untuk dijadikan perlaburan yang tidak akan menyempitkan poket sendiri. Ohhh, apa produk terbaik nak pakai masa pantang nanti erk?? Puas dah google ni, tapi macam tak tahu gak lagi. Puan-puan yang dah berpengalaman, kalau rajin, share lah ngan saya. Lagi bagus, kalau anda buat entry khas. Maklumkan kat saya, dengan segera saya gi membaca info anda tu.

*nak call mak, nak tanya ada ke stok barut kat umah?? kalau tak nak mintak mak jahitkan.

delima seorang isteri di dapur

Hari Sabtu adalah hari gi pasar, hari memenuhkan stok peti ais. Ohhh, harga ikan, udang,sotong semua adalah sgt melambung ye skrg. Udang halus je pun dah RM13/kilo. Selalu yang besar2 pun baru RM10/kilo. Tapi beli tetap beli gak... nak murah, gi tangkap sendiri.

Ada jual lala kat pasar borong. Sekilo RM7.. aku yang tak tahu rege dia, terus amik sekilo. Pastu tanya suami 'nak masak pe lala ni yang??' Tanya kena dalam nada confident, konon yakin aku tahu byk style nak masak lala tu. Hakikatnya... dah siap sedia nak meng'google. Sekali kantoi beb, suami aku dah cukup kenal bini dia ni. Bila dia kata 'awak reti masak pe??' Terus aku sengih-sengih 'google je lah nanti'

Dan bila start mengeledah di alam maya, dan teringat masa makan kat Bagan Lalang dulu. Teringin la nak mencuba Lala Sos Tiram. Tapi bila tengok kena ada serai, terus cancel. Dalam peti ais takde serai. Ok, jgn putus asa. Carik lain. Lala Masak Serai... ohhh harus lah lagi kuar dari pencalonan. Kalau halia tu boleh jadik berubah rasa jadik serai. Ye, sekarang gak aku masak serai lala tu. Lala Masak Pattaya.. sedap ni. Kalau dah namanya pattaya, harus ada serai dan juga daun limau purut. Arrgghh!! Tekanan aku jadiknya. Rasa nak gi tanam serai sekarang jugak!!! Akhirnya, aku redha... Lala Masak Pedas je lah. Tu pun ikut resipi asal, kena ada daun limau purut.. aku pejam mata je lah. Buat tak nampak ada daun limau dlm list bahan-bahan tu.

Dan aku macam rindu memasak di kampung. Yang mana, kalau aku nak serai, nak daun kunyit ke.. daun limau purut ke.. aku keluar je, gi tepi umah, petik je. Semua ada. Nak lengkuas, suruh je adik aku korek. So bila tiba-tiba rasa nak masak rendang.. no problemo..tak lah kerana ketiadaan bahan2 tadi, aku trus tukar menu.. terus jadik masak kicap je. Dan sebab stok daun kesum gemuk yang melambak-lambak, asam pedas mmg jadik santapan wajib setiap minggu. Kat sini... hhmmm, bila suami kata 'dah lama ayang tak buat asam pedas kan' barulah aku terhegeh-hegeh mintak dia gi beli daun kesum. Dah lah tak byk kedai yang jual, maka kalau takde.. ikan kerisi tu aku masak sambal je lah..

Ohhh, tanah di kampung sgt dimanfaatkan...

Dan aku tiba-tiba terbayangkan, camne lah kalau aku terpaksa hidup di luar negara. Tanpa sambal belacan, tanpa tempoyak..takde pucuk ubi.. ohhh, mesti aku boleh termimpi-mimpi agaknya. Mengigau sampai meleleh air liur konon makan ikan pari bakar cicah air asam. Peergghhh!!! Camne lah akak ipar aku kat Melbourne tu?? Angah, stok rempah kari banyak lagi tak?? Ke nak kitaorg poskan?? Ohhh..

Sebab suami tiada, dan dia dah kata tak makan tengahari kat umah. Bila perut dah betul2 lapar baru aku gi masak. Dan masak secara pantas sebab perut dah main lagu keroncong dan baby kat dalam dah meronta-ronta mintak makan.

Lala Masak Pedas yang memang pedas. Cili kering kat umah aku tu mmg stok yang pendek2, yang kalau dah blender, letak sesudu je pun dia punya pedas boleh buat telinga berasap. pedas pedas pun, separuh kuali laki aku ratah lala tu.

sayur goreng campur... dengan harapan kepedasan lala tu dpt diatasi.

*lala tu sila bersihkan ye, jgn biarkan pasir mencemari makanan anda

10 January 2010

pagi ahad yang permai

Suami mahu ber go-kart pagi ahad ni. Maka, seawal pukul 8 pagi aku dah bukak mata, nak mengoreng mee hoon untuk santapan dia sebelum gi bergembira.


Mee hoon sudah.. Nak harapkan ada Nasi dagang ke, nasi kerabu ke atas meja tu... oohhh, saya belum cukup gigih nak buat tu semua. Tak cukup rajin dan yang paling penting, mana lah aku reti nak buat tu smua. Tak menuntut lagi. Takpe, nanti ada masa aku gi menuntut di alam maya. Free je.

Dan sejurus suami pergi, saya sengaja tak nak ikut. Dengan alasan nak gosok baju, nak kemas umah. Dan tak nak berpanas kat stadium tu nanti. Namun hakikatnya, aku nak tengok tv sebenarnya. Nak qada' balik smua episod CSI yang aku tertinggal minggu lepas. Minggu lepas aku macam sgt lembik. Lepas dinner je, mesti trus tertido atas sofa. Puas gak dia tanya 'betul ayang tak nak ikut??' Dan bila aku tetap kata 'takpelah, org dok umah je lah' Dia jawab 'alah, sape nak amik kan gambar orang nanti??' Suami saya..suami saya... self-timer sudah sayang...

Dan saya rasa nak buat epok-epok lagi lah..

07 January 2010

tak sabarnya nak sarung kat baby

Aku ada rutin baru sekarang ni.

Balik keje, letak bag, duduk atas katil. Sebelum tu capai dulu beg plastik tepi katil tu. Habis semua isi dia aku keluarkan. Pastu belek satu-satu. Suami aku masuk, dia tengok... dia keluar semula. Dah tak tahu nak kata apa agaknya. Biarkan je lah..


sangat comel lah..

Malam sebelum tido pun buat benda sama. Lagi dasat kalau aku tertido sambil peluk baju-baju kecik yang comel tu.

Tapi bila tengok-tengok balik, semua baju yang aku pilih perlu disarung masuk ikut kepala. Baju butang depan,ada sehelai 2 je. Huhuhu.. entah nanti berani ke tak agaknya nak pakaikan baby baju. Takpe..takpe, anak sendiri. Pandailah aku.. anak orang lain, memang awal2 aku undur diri. Ok,lepas ni kena carik baju yg leher dia lebar skit..

*daddy sgt berkenan nak belikan kamu sweater la,pantang nmpak sweater cute2, mesti dia amik tunjuk kat mommy. tp smua mcm besar2 la sayang, tunggu kamu besar skit lah ye.

06 January 2010

meraih undian *malu siot*

Sebenarnya aku macam teragak-agak nak buat dan publish entry ni, sebab rasa macam 'alah, bersungguhnya ko dayu' dan macam malu. Tapi bila tengok, orang lain buat. Aku pun rasa macam perlu gak. Alah, berusaha untuk kebaikan sendiri kan.

Ok geng, niat hati ni nak meraih undi ni *tanpa malunya* Maka, keikhlasan dan kerajinan anda dialu-alukan ni. Ohhh, contest di blog juga mengunapakai konsep mengundi ye kini. Penilaian juri profesional juga masih diambil kira *tak pasti sebenarnya* Maka, sila secara beramai-ramai, klik di SINI. Dan bagi memudahkan keje kamu sekalian, sila lah vote untuk No.31 ye kawan-kawan.

No bape?? 31 ye..

Tapi kamu boleh mengundi sebanyak 3 peserta. Yang lagi 2 tu pilih lah antara lagi 45 gambar tu. Mana yang berkenan di hati. Ramai sungguh yang join kan. Masing-masing kreatif. Klik segera ye, tarikh tutup dah nak hampir ni. Sampai tengah malam esok je.

*tak sangka, ada gak yg sudi vote tanpa diminta
*dunia blog semakin meriah

Lelaki ke Perempuan??

Ramai yang asyik bertanya 'lelaki ke perempuan baby ko dayu?? dah scan kan??' Dan selalunya aku mcm masih nak berahsia. Takde sebab pun, tapi rasa tak nak reveal. Konon macam tak best je kalau orang dah tau awal-awal jantina anak aku.

Dan pagi tadi, lepas balik dari kena inject kancing gigi ni.. terjumpa benda ni. Hmm, menarik gak ni. Teori 'Bayi Lelaki atau Perempuan' Bila cuba.. waahhh, kalau benar seperti yang 2 orang doktor tu katakan, memang boleh caya carta ni.

ibu-ibu yang lain, cuba guna. kalau tepat...lps ni tak yah bazir duit gi scan nak tgk jantina. dr 1st week lagi dh bleh tau baby kat dlm laki ke pompuan

*bulan mula mengandung tu, aku pilih bulan last period dan disahkan mengandung. Cthnya: period terakhir adalah bulan 3. Bulan 4 bila gi check.. dah pregnant dah. Maka amik bulan April.
pakcik kat sebelah ni test untuk last baby dia. pun tepat..

05 January 2010

aku sedikit risau

Esok perlu melawat klinik kesihatan ibu dan anak. Harap2 prestasi cemerlang servis 30min bulan lepas akan diteruskan lagi. Kalau tak, duduk termenung la aku menunggu nama dipanggil.

Semalam dah siap sedia timbang berat sendiri. Tapi mesti bila timbang kat klinik tu, tambah sekilo lagi. Tapi takpe, aku redha dan terima. Biarlah, biarlah...walaupun bila tgk dalam cermin pagi-pagi, mahu je menjerit tgk badan sendiri. Ya Allah!! Besarnya lah rasa. Perut takdelah besar mana, tp apsal badan mengembang bagai nak rak ni?? Bencilah..tak suka..

Kau apsal dayu?? Tadi kata terima dgn redha?? -emosi kan boleh berubah-ubah-

Berat saya berapa?? Cukup lah bagitau, skrg dah 7kg dah bertambah. Gila punya berjayalah. Baru masuk 8 bulan kawin, 6 bulan ngandung.. dah 7 kg.. Tapi yang musykilnya, nape badan suami aku tu mcm maintain je?? Penat aku masak tau, bagi dia makan siang malam. Nape dia gitu gak?? Ada nanti org kata 'mesti bini malas masak ni??' Huhuhu.. luluh hati hamba..tapi takpe, sebab hakikatnya dia sendiri tahu..

Tapi esok aku mmg byk benda nak tanya. Sebab banyak sangat kemusykilan. Dan yang paling aku nak tahu adalah : Kenapa perut aku ni macam sesuka hati je, bila dia nak kempis, dia kempis..bila nak kembang, besar semcam..?? Membuat hati hamba gundah sahaja tau. Lagi2 bila pagi-pagi, time bangun tu. Raba-raba perut, kempis je. Takde pun tersembul-sembul. Mula lah aku merengek2 kata kat suami 'yang, perut orang kempis..apsal ni??' Dia yang macam immuned, sbb selalu sgt dengar soalan tu, dia pegang skit pastu kata 'alah,jap lagi besar lah balik' Tapi memang, lepas bangun, mandi-mandi.. makan-makan sikit.. dia akan mengembang smula. Di luar sedar, tahu-tahu rasa mcm berat je badan.

Adakah masalah ini hanya dihadapi oleh Hidayu?? Ke anda juga wahai ibu-ibu sekalian?? Normalkah sebenarnya??

Bila bangun, tengok perut mcm kempis, mcm dulu-dulu.. buncit kandung lemak semata.. hati sangat risau. Terus rasa nak goncang perut, nak suruh baby gerak, nak suruh dia menendang. Biar lega hati mak dia, yang dia masih segar bugar kat dalam sana. Dan sesungguhnya, kalau dia mcm lambat beraksi di dalam sana. Memang aku cuak dah. Mulalah raba-raba perut sendiri. Tapi dia macam sgt faham rasa gundah mak dia ni. Dengan segera dia mengetuk2 dinding perut. Barulah boleh tersenyum, kalau tak. Kerut je muka ni.

Sape yang tak risau wehh?? *bukan aku sorang je kan??*


dan aku mcm redha sekali lagi *dalam paksa dan pasrah* walau bila tiba masanya aku yang guna, smua ni dah tak serupa.

*malam ni nak masak apa weehhh??

kebuntuan

Hari ni dah 5hb.. and it make me only have another 10 days to thinks what to buy for my dear husband birthday. As he had mentioned few times '1st birthday jadik suami ni kenalah special skit kan??' Dah lah cakpa sambil sengih-sengih... Maka, saya adalah paham.

The 1st request *ohh, banyak rupanya permintaan suami saya* Ohh,yang ni memang harus dipenuhi. Sebab diri sendiri boleh tumpang sekaki. Dia kata 'awak tak yah susah2 lah yang, orang nak cheese kek je' Dalam paler otak dah set dah, gi beli New York Cheese Secret je. Tapi.. sekelip mata, berderai angan-anganku itu. Dia sambung lagi 'orang nak yang ayang buat eh..tak nak beli punya' Huhuhuhu...suami saya..suami saya.. ingat isteri mu ni berbakat sangat ke bakar2 kek ni.. jadik cheese cake rentung kang... rasa la tiup lilin atas kek hangus..

Ohhh... just talked with him. He made me smiled. Aku ada peluang untuk tidak perlu membuat sendiri kek harijadi untuk dia. Boleh tempah saja. Ohhh, sgt berharap ianya akan menjadi kenyataan. Tapi tetap kena bersedia. Meng'google resipi lah aku jap lagi. Demi suami kesayangan..

Cukup satu perkara, tambah lagi satu. Pe nak bagi ni??

Aritu jalan-jalan kat Ikano dia kata nak mini remote control helicopter. Uiiihhh, nak bagi yg kecik, mcm kesian, halus sgt.. apa feel main kecik2 gitu. Nak beri yg besar, yg mcm sesuai ngan umur dia... mau meraung aku tgk skrin mesin ATM tu nanti. Apa nak bagi ni??