30 March 2010

menanti waktu

Baru 5 hari mendiamkan diri di alam blog. Dah ada yang ingat dah bersalin. Belum..belum lagi. Masih lagi bergerak, bangun pagi pegi kerja. Walaupun orang-orang kat opis smua mcm dah tak larat nak tgk aku. tapi wa rileks je lagi ke hulu, ke hilir keliling opis ni. Tapi harus la kadar pergerakan menurunkan. Jalan perlahan tahap maksima punya.

Dan kini rutin mengunjungi klinik seminggu sekali pun bermula. Ohh, hari ni dah 38 weeks. ye, dah 38 minggu, tapi anak aku masih selesa duduk dalam perut mak dia. Walau tiap hari mak bapak dia ni tanya 'bila E**** nak kuar ni??' Dia dok rileks je bertango kat dalam tu. Takpe..takpe, rahim mak dia selesa yang amat kot. Tu yang syiok sgt dia dok dalam sana.

EDD adalah pada 14.4 2010..

Doktor kata minggu lepas 'kita bagi another 7 days, kalau dia tak nak kuar jugak.. kita kasik dia kuar' Doktor tu mmg cool je. Sengih-sengih je dia cakap. Aku yang dengar pun pura-pura cool. Dalam hati 'ohhh...tidak, tak mahu kena belah'

Tapi tadi nurse tu kata kepala baby dah turun ke bawah, maksudnya?? baby dah engaged la eh? Maka?? Aku kena siap sedia je ke??

25 March 2010

saya belum bersalin lagi

2 hari lepas wife officemate dah selamat melahirkan. Hari ni pulak, sorang lagi dah masuk hospital dah. Maka, tinggal aku sorang je yang menunggu masa.

Takut?? Alahh..pe nak takut. Buat cool je sudah.

Buat pe nak takut-takut. Nak tak nak, kena redah gak kan. Siap sedia sudah. Bersedia je lah nak meneran. Reti ke aku nanti?? Ohh, balun je lah. Paling aku cuak, camne la nak menguruskan anak yg baru lahir tu. Ohhh, mak.. mak kena dtg segera. Mak kena tolong uruskan cucu mak tu nanti. Dan esok akan ku pastikan kami pergi mencarik beberapa helai baju newborn yang berbutang dihadapan. Segala jenis rompers tu boleh simpan. Tak berani rasanya nak sarungkan si kecik ni romper, ngan tali pusat smua tu..

Mintak2 aku akan dengan tiba-tiba berbaakat nak uruskan anak sendiri.

Malam ni nak rendam buah kembang fatimah.. esok boleh minum. Suami saya punyalah tak kasik minum time weekdays, dia takut bini dia terberanak hari keje.

Fews friend start calling tanya 'dayu, dah bersalin ke blum?' Sangat tak sabar ye kamu semua. Baru aku tak update status facebook sehari 2, dah ingat aku terbaring berpantang lah ye. Tapi rasanya nanti, takde lah nak berbaring2 saja. Nak siap2 suruh adik aku beli CD game baru. Anak tido je aku balun main game. Bosan main game, tgk DVD lak. Habis stok DVD, ngadap komputer main internet pulak. Ohhh, bahagianya hidup...

23 March 2010

dah boleh bersalin dah

Saya masih belum terberanak, masih lagi di pejabat. Belum lah pegang title 'mak' itu.

Cuba menyelesaikan segala kerja yang ada. Tak nak susahkan rakan-rakan, tp macam tak sempat je. Takpe, cuba mana yang mampu. Tapi semalam doktor tu saja je keluarkan statement yang buat laki aku makin gelabah 'by tomorrow, u boleh deliver anytime'

Tak pasal-pasal laki aku jadik macam tak senang duduk. Asyik tanya 'apa orang nak kena buat nanti yang??' Asal call je mesti tanya 'ayang ok?? ada rasa nak beranak tak?' Suami saya gelabah dalam teruja nak jadik abah. 1st time la katakan.. takpe yang, nanti bila tiba masanya tahu lah awak bertindak, buat apa yang patut. Kalau ikut doktor tu dia kata 'u dah 37 weeks dah ni' Hmmm.. macam salah je doktor, bukan baru 36 ke?? Isskk.. perut saya ni pun blum turun pun lagi. Tapi takpelah doktor, saya siap sedia je menunggu tanda-tanda nak bersalin tu. Tapi kalau dia kuar bulan 4 lagi bagus.

Aku cuti 2 hari, dah orang2 kat opis ni ingat aku bersalin dah, sedangkan aku gi berjalan-jalan mengembirakan hati ke Terengganu. Tawaf Pasar Payang, jalan-jalan tengok Masjid Kristal. Nasib baik laut kat chalet yang ktiaorg duduk tu, ombak dia menganas. Menghempas macam nak makan orang, kalau tak mmg aku dah berendam dah. Maka, dapat basahkan kaki, jalan-jalan tepi laut ngan suami pun jadik lah. Jangan sampai kempunan.

perut dah besar mcm ni pun sibuk nak berjalan jauh. kan org kata banyakkan berjalan. biar senang bersalin. kira ni usaha untuk diri sendiri lah ni

oohhh...bila lah laki aku nak membesar ni? maka, proses berpantang harus dijalani dengan patuh. jangan ngelat2. dengar segala arahan.

Dan akan ku pastikan hujung minggu ni pergi menonton wayang.

Menikmati masa berdua, keluar dating manja2 ngan suami sebelum bertiga lepas ni. Lepas ni merasalah tolak stroller masuk dalam cinema.

*nak gi siapkan GL

18 March 2010

nak berjalan jauh

Saya nak berjalan jauh ni. Kejap lagi nak masukkan brg dalam kete.

Malam ni lah baru nak kemas beg nak ke hospital. Pre-caution. Mana lah tahukan, apa-apa boleh terjadik. Tapi aku doa banyak-banyak, my dear little E ni masih mahu menikmati saat-saat gemilang menginap dalam perut mak dia ni. Aku sgt berharap, dia takde keinginan nak melihat dunia 2,3 hari ni. Semoga dia masih seronok main tonjol-tonjol perut mak dia ni.

Sabar ye sayang, tunggu kita habis berjalan lah ye..lepas tu kalau awak nak keluar memberi salam kat satu dunia ni, sangat lah mak tak kisah, walaupun awak baru je masuk 36 minggu time tu. Tapi 2,3 hari ni, awak main-main lah dulu kat dalam rahim ni mak ye. Buat lah apa awak nak, mak tak kisah. Tonjol la mana awak suka, mengeras la lama mana pun. Nanti mak usap2 tempat awak mengeras tu, pandai2 lah alih tempat ye.

Cuak punya pasal, malam ni gak aku kemas beg nak bawak gi hospital.

Carik-carik kad keje... tak jumpa la pulak. Entah mana aku letak. Arrghhhh!! Sudah. GL pun takde. Ohhh, sangat gamble lah.

Kaki dah lah bengkak macam kaki gajah.. oohhh..

15 March 2010

gunakan kaedah yg betul ye

Sekarang memang ramai yang dah ada business sendiri kan. Yelah, sekarang ni segala peluang yang ada untuk menambah pendapatan harus disambar. Jangan bertangguh, selagi tak mula, kalau asyik bertangguh, boleh tak jadik akhirnya. Dan yang menjadi pilihan ramai adalah berniaga di alam maya kan. Buat kedai online. Urusan semua adalah di dalam talian. Boleh buat sambil-sambil, dari opis pun boleh beroperasi. Modal pun tak besar, tak payah sewa-sewa kedai, tak yah nak upah2 amik org keje.. smua boleh buat sendiri..

Kedengaran sangat seronok lah pulak aktiviti ni *rasa mcm nak buat gak lah*

Rasa nak jual nasik lemak kat bawah opis ni, tgk makcik2 tu niaga.. laris je. Siap kena beratur panjang2 lagi nak membeli. Perrgghhh, mesti untung giler. Mesti pendapatan derang, ngalahkan gaji aku yang kena ngadap jammed pagi2 hari, nak kejar punch card ni. Ok, aku jeles...

Dan saya sokong usaha mereka-mereka smua ni, yang melibatkan diri dlm business online. Tapi saya berharap sangat kamu lakukan dengan cara yang betul ye. Buat promosi dengan saluran yang benar. Bukan apa lately ni, sangat ramai orang yang men'tag gambar-gambar produk yang derang jual kat friend's list Facebook derang. Ohhh, tidak rasa macam sedikit tidak menyenangkan ke tindakan tu?? Bukan tak boleh guna FB buat promosi, tapi tak sesuai la guna kaedah tu. Cukuplah kalau setakat kamu buat satu akaun untuk online store kamu tu, kemudian update products kat situ je. Kawan-kawan masih boleh maklum apa tentang produk terbaru kamu.

Bukan apa, bila notification FB tu penuh pasal produk kamu je.. tak ke boring jadiknya. Kang ada yang menyampah lagi susah. Tak semua org suka.. maka, jalan terbaik.. jangan buat org nyampah..

Tak pun, banyak lagi tempat kamu boleh buat promosi. Banyak tempat boleh tempek iklan percuma. Taip je 'IKLAN PERCUMA' kat google tu, melambak-lambak link keluar. Pilih je lah nak mendaftar yang mana satu. Tak pun, daftar je smua yang bagi servis free tu. Bukan susah pun, ikut je arahan, pastu buat lah iklan. Tak pun, kalau nak lagi jaminan iklan akan sampai kepada sasaran, amik iklan berbayar. Boleh pilih Google AdWords. Alah, bayar sikit je. Kalau tak camne orang-orang yang tempek Google AdSense tu nak dapat imbuhan kan. Nak pastikan perniagaan tu berjaya, kenalah usaha lebih skit kan. Biar pun, part-time je. Kena lah kasik berjaya kaw-kaw. Barulah peluang nak mengembangkan business tu berpotensi tinggi.

Nak lagi gigih, gi mana-mana seminar *yang free sudah* Irfan Khairi banyak bagi seminar free lah..

*jom, jana otak buat business plan

tekak ngada2

Ramai dah orang pesan 'dayu, jangan minum ais, besar nanti anak kau' Tapi aku yang terkenal dengan degil, dan susah nak dengar kata ni, 2,3 hari ni asyik dok merengek je kat Ekwan 'yang, nak ABC' Bila dia macam buat2 tak dengar 'jom lah kita gi carik ABC ke Cendol ke' Dia kesian juga agaknya, tapi macam tak berapa rajin kot nak melayan sebab kena gi jauh kalau nak memenuhi selera tekak bini dia ni. So dia saja tangguh, harap2 aku lupa lah. Tapi takde maknanya. Selagi tak dapat, selagi tu aku sebut.

Masa kat Seksyen 2, Shah Alam aritu.. teringin nak makan ABC Pegaga *dulu mmg wajib beli Lai Chee Kang dia lah sebelum masuk pagar ITM tu* Tapi sebab time tu hujan, cancel. Minum Lai Chee Kang panas je. Dah tak pasal-pasal.. bila on the way balik tu,terbayag-bayang ABC kat kepala otak ni. Dan akibatnya, bgn hari Ahad tu, benda pertama aku pikir nak makan adalah ABC. Masak cepat-cepat, konon lepas tu nak ajak laki gi carik ABC.. tapi dia kata 'petang lah'

Bila petang, hujan la pulak. Tapi aku nekad, nak jugak. Lantak lah. Sejuk-sejuk pun aku nak gak makan ABC. Dan misi adalah berjaya.. perrghhh.. nikmatnya. Walaupun kalau bleh nak ABC yang melimpah ruah dgn coklat, ada ais-krim. Tapi dpt yang basic ni je pun dah cukup lah.

Maka, kalau nanti anak aku keluar bersaiz agak besar. Aku terima je lah *uuiihhh... siap lah ko dayu* Sendiri yang tak dengar kata kan. Tanggunglah akibatnya. Alah, tak best la minum takde ais. Orang suruh bykkan minum air kelapa skrg ni... mmg lah aku minum, tp ais tetap kena ada ye.

10 March 2010

dia kekurangan ruang dah

Dayu tengah teruja ni. 

Dari konon nak masuk bilik dan baring-baring peluk bantal. Terus on laptop. Sungguh teruja la sekarang ni. Sungguh-sungguh punya teruja, yang kalau boleh nak jerit kuat-kuat.

Hari ni dah 34 minggu 5 hari *aku setuju je ngan apa yang misi klinik Tanglin tu kira* Dan kala orang kata waktu ni patut perut dah asyik terbonjol sana, terbonjol sini. Yelah, baby sedang membesarkan, mengumpul lemak kat badan. Ruang untuk dia bergerak dah semakin berkurangan. Dia kesempitan di dalam sana. Tu yang sampai senget benget perut kita dibuatnya kan.

Tapi seriously, saya masih belum rasa tu smua. Sampai rasa 'kecik sgt ke anak aku ni??'

Teringin gak nak rasa, nak tengok perut ni ada benda tersembul-sembul keluar kan. Dan anak saya ini mmg sgt paham keinginan mak dia ni. Malam ni, ketika sedang mengosok baju, tiba-tiba rasa ada benda mengeras di sudut kanan perut, Kalau ikut kata misi pagi tadi, itu boleh jadik kaki atau tangan dia. Ke lutut hah?? Siku pun boleh jugak kan. Ohhhh... mak teruja lah sayang. Sempat pegang, dapat rasa. Seronoknya. Pastu dia beralih posisi. Dia mengeras kat bahagian bawah pulak. 

Dan dia macam tak reti dok diam dah. Dari tadi asyik ke sana, ke mari tak duduk diam. Takpe..takpe.. tapi mak nak tido jap lagi. Awak pun tido lah sama ye.

34 weeks and 5 days.. semakin tidak sabar nak peluk cium budak dalam perut ni.

09 March 2010

donut penuh kasih sayang

*lupakan kisah tak pasti yg mcm agak menyedihkan tu, ada jalan penyelesaiannya nanti*

Baik kita bercakap tentang keasyikan waktu kini. Keasyikan. Uihhh,penggunaan kata adjektif yang bunyinya seperti melampau. Tapi memang seronok dan mengembirakan aktiviti malam Ahad yang lepas. Ahhh, segala aktiviti yang dilakukan bersama En Suami saya tu mana ada tak seronoknya. Semua macam 'ohhh... gembiranya hatiku' Kecuali bila ikut dia jumpa kawan-kawan dia di kedai makan dan mereka akan bercakap hanya tentang kereta dan segala yang berkaitan dengan kereta. Ohhh, saya rasa macam nak gi duduk bersila depan tv je. Kalau kedai tu ada tv, kalau takde... pandai2 lah kau layan diri sendiri..

Selain dari itu, semua adalah membahagiakan...

Tapi hari Ahad yang lepas mmg mcm ada sikit tak percaya. Dari lepas makan tengahari hingga ke petang dia asyik kata 'yang, buat donut jom' Aku yang bukan dalam mood nak bermain tepung ni, pandang dia sambil kata 'hah?? malas lah awak' Memang malas sebenarnya. Dah la tak reti. Kang rupa pe jadik donut tu. Ye..ye.. bleh google, tp kalau dah malas, nak buat macam mana kan.

Malas sebab asyik sangat main game Facebook tu. Hahhahaha... sgt tak senonoh..

Suami saya sangat tidak berputus asa ok... dia mcm sangat bersungguh-sungguh nak menjayakan misi membuat donut. Malam tu, pukul 9.30pm dia kuar gi kedai carik instant yeast. Siap dah google resipi lagi. Seakan tak percaya je. Tapi bila dia dah balik bawak barang-barang nak buat donut tu. Haruslah aku sebagai isteri ni, tak mampu lagi nak menghampakan keinginan dia tu. Maka, bertungkus lumus la kami berdua malam tu. Aku tukang campur segala bahan, dia tukang baca resipi. Sangat bagus kerjasama kami malam tu.

Resipi kata 18 bijik je, tapi nape adunan aku jadik sampai berpuluh biji ni?? Amik kau, merasala tido pukul 12.30 malam, mengetel tepung. Ohhh... macam-macam rupa jadik donut tu. Memang tak berbakat la nak bentukkan donut tu. Kena gi carik donut cutter la lepas ni. Barulah boleh menghasilkan donut gebu yang comel.

hasil aktiviti sihat penuh kasih sayang kami suami isteri. jangan dipandang pada rupa, isi dia boleh tahan lah. kata 1st time, ok lah ni.

Suami saya kata 'yang keras smua ayang punya, yang lembut org yg buat' Iyelah...iyelah..

Rasa nak mengajar suami saya memasak lah, nanti kalau kena tinggal, takde la asyik makan kat luar je. Tapi aku tak tahu lah, tiap kali kalau dia start pegang pisau, kupas bawang smua, aku macam 'ehhh..biar orang buat lah. awak gi duduk depan lah' Bukan tak percaya, tapi... tak cukup yakin kot. Masih belum percaya nak agihkan skit tugas ni kat dia. Dia amik tugas-tugas mengosongkan sinki je lah dulu.

*lagi sebulan je nak bersalin*: tiba-tiba

08 March 2010

bukan masalah besar pun sebenarnya *iyelah tu*

Perpisahan tu tak pernah mudah...

Sila lah setuju wahai semua, sebab takde siapa rasanya yang akan dengan senang dan berbesar hati nak berjauhan atau meninggalkan sesuatu, apakan lagi seseorang yang pastinya akan buat hati luluh. 24 jam rasa macam 240 jam.

Ada ke yang sanggup?? Pinjam hati kejap...

Biarlah terpaksa meninggalkan dia dan pergi bergembira melihat ikan berenang-renang di Pulau Manukan, memenuhi keinginan hati, belum tentu lagi sanggup nak lepaskan dia *walaupun dulu macam ada terniat sikit* Ini kan pulak gi duduk mendengar orang bercakap 8 jam sehari, sambil tersengguk-sengguk tahan mata terkatup... tak ke seakan membazir tu namanya.

Ohhh... biarpun masih lama lagi tempoh perpisahan tu akan berlaku.. aku dah terbayang, macamana lah nanti?? Bukan sehari..bukan seminggu.. 2 minggu kau. Ye, 2 minggu akan berjauhan dengan anak kesayangan. Yang pada waktu itu, mak dia baru je habis berpantang. Tak dapat tengok dan cium anak yang hanya baru sebulan dimanja, baru sebulan dibelai, digelek 24jam sehari. Baru sebulan dia buat mak dia tak boleh tido malam dengan tenang, mak dia dah nak tinggalkan dia ngan ayah dia. Gaya mana lah nanti laki aku... Yang sorang ni pun boleh buat hati tak tentu hala lah kalau nak ditinggalkan.

Giler lah, kalau ikut cuti bersalin aku pun belum habis lagi *rugi..rugi*

Isskkk..isskk... dah lah jauh kat Utara tu. Kalau dekat boleh lagi aku ngelat2 cabut lari balik ke, berlakon pura-pura tak sehat.. hahahahaah.. Mintak laki aku dtg ke, ni dah jauh kat sempadan malaysia tu, potensi dia nak menjenguk harus la sangat tipis. Ngan bawak anak kecik, seakan mustahil je aku rasa. Ada masa lagi nak keraskan hati, kasik beku macam ais. Kalau ada kuasa dan mampu serta sanggup. Dan berkebolehan.. Aku yang kememeh ni boleh ke jayakan usaha nak mengeras dan membekukan hati ni?? 2,3 hari boleh la kot, masuk hari ke-3, hari ke-4 meluatlah orang layan gelagat aku nanti.

Keraskan hati bukan langkah terbaik rasanya.. mari kita fikirkan jalan penyelesaian lain. Alah, bukan masalah pun sebenarnya. Mahu dengan tidak je sebenarnya.

05 March 2010

Cara nak buat Bakul Kertas

Ohhh.. sudah lama mahu buat ni, tapi asyik tertangguh sebaba syik buat benda lain iaitu main Spot the Difference kat Facebook. Isskk.. addict aku jadiknya tau.

Dah ramai yang email bertanyakan hal ni, mungkin hasil meng'google mereka akan sampai ke blog ni. Tapi mesti hampakan, ada gambar je. Takde pun cara-cara nak buat tu ditunjuk. Minta maaf lah ye. Aku lak beriya kata nanti aku buat entry proses menghasilkan Bakul Telur Kertas tu. Tapi sampai ke sudah, takde pun. Sekali lagi maaf kan saya ye. Maka, hari ni saya tunaikan janji saya. Sebelum tu, terima kasih diucapkan kepada Pn Nano. Ohhh.. Na dah selamat jadik ibu petang semalam. Dia dapat anak lelaki. Suka aku dpt sms dia semalam.

hasil tangan saya dulu

Proses menghasilkan Bakul Telur Kertas yang menjimatkan.

Langkah 1:

Untuk tapak bakul telur, 2btg panjang [1 btg menegak tindih 1 btg melintang] & 1 btg pendek

Langkah 2:

gam kan sikit/tindih hujung btg yg pendek di antara simpang tu..

Langkah 3:

angkat btg yg ditindih tadi

Langkah 4:

jatuhkan ke kanan/btg satu lg..
Langkah 5:

btg yg bawah plak angkat jatuhkan ke btg sbelah plak.. disilang-silangkan

Langkah 6:


akhirnye die akan jadi cmni.. so bile btg2 tu dah pendek, just smbung je la btg baru..

pandangan dari bawah

pandangan sisi

pandangan dari atas

potong btg yg tidak berkenaan, tinggalkan 2btg, utk dijadikan tangkai
(sambungkan antara 2btg tu)

siap !

Harap-harap membantulah bagi mereka-mereka yang mecari cara-cara nak buat bakul dari kertas ini ye. Dan selamat menganyam. Teringin gak nak baut bakul ni, tp tgh2 pregnant ni.. malas lak nak main-main lilit kertas ni. Nanti lah.. bila angin rajin dtg melanda.. bila tu agaknya kan. Lepas ni mesti sibuk layan kerenak anak je... mana ada masa aku nak ngadap kertas2 ni..

kaki saya buat saya kecut perut

Kaki saya sedang membengkak dengan jayanya *baru terperasan*

Dan kaki ini berjaya buat aku takut. Dia punya bengkak bukan main-main punya. Mengembang sungguh-sungguh. Sampai jari kaki tu macam dah terperosok masuk dah. Buku lali pun tak nampak dah.. Ohhhh, saya risau ni. Takut kaki meletop..

Tapi sebelah je. Sebelah kiri. Sebelah kanan bengkak gak, tp sikit2 je lah.

Siyes aku gabra ni. Sebab selalu dia kembang sikit je. So seperti biasa, biarkan je. Buat selamba. Sebab nanti dia akan kempis balik. Tapi yang ni mcm tak reti nak surut je. Takpe, bagi dia masa bertenang sejam lagi. Kalau tak kembali normal gak... Nak buat apa pun aku tak tahu... Berdoa je jangan sampai kaki meletup sudah.

Nak berjalan gi bilik air pun macam takut. Takut nak berpijak atas kaki yang mengembang ni.

Hmm... kalau dibiarkan dia membengkak je jadik apa hah??

*ingat best ke keje ampuh2 kaki atas otak ni, tak selesa langsung. dah biasa bersila je atas kerusi ni.

04 March 2010

keadaan saya

Sedang menuju minggu ke -33. Rasa tak larat nak bawak diri sendiri. Perut rasa sangat berat. Jalan pun terhegeh-hegeh..slow je. Lagi-lagi sekarang ni, asal bangun nak berjalan je, 5,6 langkah pertama tu mesti diiringi rasa sakit menyucuk-nyucuk... Normal kah itu?? Tido malam kalau tak terjaga, aku akan kagum dan bangga dengan diri sendiri. Kalau dpt tido lena dr malam smpai pagi.. ohh, gembiranya lah rasa.

Klau dah duduk, nak bangun punya lah susah. Terasa sangat tak sabar pulak nak bersalin.

ohhh... rasa mahu berbaring berehat-rehat saja di rumah..*iye.. aku mcm dah takde mood nak masuk opis* tapi kalau ajak aku berjalan-jalan,menghiburkan hati..'wa no hal' Memang dasar tak sedar diri. Dan pagi ni, memasang keinginan nak tonton Alice in Wonderland, 3D punya.. Tak berkesempatan lagi tgk wayang 3D beb.. bagi lah peluang kat ibu mengandung ni. Nanti kempunan lak dia.. *dasar ngada2*

Hujung bulan ni ikut perancangan nak ke Terengganu. Puas mak aku tanya 'jadik ke pergi??' pastu esok tanya lagi 'along ikut gak ke gi terengganu??' Huhu, punya lah dia risau. Takut aku terberanak dalam kete agaknya. Hmmm, masa tu baru 34 minggu.. ok lagi rasanya. Takkan lah rasa skit tu nak muncul time2 tu. Tapi terpaksa la aku melambai-lambai je derang berlepas ke pulau. Tu aku tak cukup berani nak amik risiko, tak nak anak aku jadik anak pulau. Jangan menyusahkan orang ramai *lgpun kan kami sedang dlm saving mode, kena kasik berjaya ini mode*

Dalam tak sabar nak gelek anak sendiri.. aku terpikir nanti camne gaya la agaknya aku laki bini jaga anak. Reti ke tidak nak basuh berak, mandikan dia smua... huuhu..

02 March 2010

kami tewas

Akhirnya...akhirnya kami mengaku kalah.. kami tewas..

Setelah berfikir tak berapa nak panjang, kami suami isteri nekad. Kami dah tak larat nak tido dalam kepanasan. Duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selesa, berlengas semacam. Kami perlukan bantuan pengudaraan. Kami perlukan pengaliran udara dingin dalam rumah. Maka, kami perlukan penghawa dingin *ok, kena guna kata ganti diri 'kami' sebab kalau keinginan ni hanya dipersetujui oleh satu pihak, mesti tak berjaya*

Nak aircond!! Nak aircond!!!

Dan semalam, keinginan rasa hati dah tertunai. Setelah hampir 2,3 minggu tidur tak berselimut. Comforter smua campak tepi. Semalam, tengah-tengah malam mengagau carik comforter. Siap main rebut-rebut lagi. Hahaha.. dah lama tak rasa tidur dalam kesejukan. Nikmatnya lah tido semalam. Dan tak pasal-pasal pagi ni masing-masing lambat bangun. Hahahah...penangan angin sejuk punya pasal.

Oleh yang demikian, saving mode pun bermula *iye ke dayu?? yelah, sungguh2 punya ni* Semua peruntukan perbelanjaan dah pergi kat penghawa dingin tu.

edisi tambahan
Kaya lah tokei kedai-kedai electric 2,3 bulan ni kalau ramai yang akan mengaku kalah macam kami. Masing-masing dah lah rancak buat promotion macam-macam.. 'Air-cond Fair' lah, beli aircond dpt percutian percuma lah.. saje je buat org tewas dengan cuaca panas ni..

Tapi bagi kami yang mempunyai peruntukan terhad ni, kenalah membeli mengikut kemampuan. Tak daya nak menambah hutang lagi. Cukup-cukuplah hutang sedia ada tu. Nak tak nak, amik yang murah je lah. 1 h.p sudah, asal tak mengelupur kepanasan sudah. Murah tak murah, abis gak RM 1k siap pasang smua..Ohhh, sesak nafas lah nak tunggu gaji akan datang. Ni brand biasa je ni. Salesman tu kata 'amik ini lah, german punya barang' yelah kau..pandai lah nak suruh aku amik yang mahal skit...

Brand Midea je kitaorg beli.. itu je yang mampu. Nak amik National, Panasonic.. smua RM1200+++..tu blum masuk harga pasang. Maka, bawak sedar ke diri.. kalau tak nak rasa makan megi je bulan ni. Baik jangan ngada2 nak pilih yang tu.. Dan sila puas hati dengan prestasi barangan tersebut ye, sesuai dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. Alah, 1 h.p pun cukup dah setakat nak membekukan satu bilik, cukup la nak buat aksi rebut-rebut selimut..

01 March 2010

riadah hujung minggu

Sekali lagi kami tumpas dengan kepanasan dalam rumah sendiri. Entah berapa agaknya suhu bilik tu hujung minggu ni. Aku dah mengelupur dah, tapi laki aku rileks je. Maka, merengek-rengek la aku ajak dia keluar. Gi lah mana-mana pun asal jangan duduk dalam umah yg panas tu. Waktu tu dia tengah syiok layan Facebook, tp bila dia kata 'gi lah mandi, jom kuar' sepantas kilat aku bangun capai tuala. Tak tahan lah,panas sangat...

Bila masuk kete, bila ditanya 'nak gi mana ?' terus jawab 'tak tahu..org nak jalan-jalan, tak nak dok umah je' Mahu hangin laki aku dengar agaknya kan. Tapi kesian agaknya kat bini dia ni, dia layankan aje lah. Dia menghala ke Shah Alam.. Dulu masa dok Shah Alam, nak jalan-jalan mesti hala ke KL nyer. Tapi skrg rajin pulak nak ke sana. Ok gak lah, buat mengimbau kenangan. Hahhaha... dan tiba-tiba teringin nak makan sizzling hotplate kat giant. Ini dulu favorite oohh..kalau kuar makan, mesti kami akan tuju ke giant seksyen 13 tu. Dan semalam, masing2 mengharap, masih org yang sama yang menjual. Tapi haruslah tak tercapai harapan tu, dah abpe lama tinggalkan shah alam. Nasib baik, hotplate dia sedap lah gak.. kalau tak mahu aku merengek ajak laki aku gi makan ABC kat seksyen 2 pulak..

Sangat memori la kehidupan kat Shah Alam..

Shah Alam tak banyak berubah lah.. masih lagi tenang macam dulu. Bila gi duduk melepak kat tempat dating 'fasa pertama' dulu, mcm sgt best lah pulak rasa. Tergelak-gelak bila bila ingatkan balik zaman muda-muda dulu.

-perempuan rambut serabut-
terserlah kebesaran perut bila pakai baju ni. barulah seronok nak kata bila org tanya dah bape bulan ni, mesti dengan suka hati akan jawab '8 bulan' dan tiada reaksi 'keciknya perut'

Suami saya macam sangat baik semalam. Sangat rajin layan kerenah bini dia yang macam tak suka duduk rumah, macam dah tak nak balik rumah dah. Bila ajak dia carik i-City, dia iye kan aje. Bila dah jumpa, pokok-pokok masih belum menyala. Bila bini ajak tunggu pun dia kata 'yelah' Ohh, suami saya sangat memahami la semalam. Tapi puas gak aku membodek.

Aku memang teruja bila sampai kat tmpat ni.

amik gmbar pakai kamera handphone je beb, gini la hasilnya. sape ada DSLR mmg patut gi menembak kat sini la. mesti hasilnya 'terbaik'


suami aku mmg suka amik gambar dengan micro mode

tidak boleh lagi kata 'perut aku kecik je' sbb gambar ni akan segera menafikan kenyataan tersebut.

Kenapa rasa Shah Alam macam tak panas sangat hah?? Ke sebab aku jalan-jalan time dah lewat petang?? Dah redup?? Tapi nape kat Puncak Jalil tu, pukul 6.30 petang pun panas lagi??