Sekarang memang ramai yang dah ada business sendiri kan. Yelah, sekarang ni segala peluang yang ada untuk menambah pendapatan harus disambar. Jangan bertangguh, selagi tak mula, kalau asyik bertangguh, boleh tak jadik akhirnya. Dan yang menjadi pilihan ramai adalah berniaga di alam maya kan. Buat kedai
online. Urusan semua adalah di dalam talian. Boleh buat sambil-sambil, dari opis pun boleh beroperasi. Modal pun tak besar, tak payah sewa-sewa kedai, tak yah nak upah2 amik org keje.. smua boleh buat sendiri..
Kedengaran sangat seronok lah pulak aktiviti ni *rasa mcm nak buat gak lah*
Rasa nak jual nasik lemak kat bawah opis ni, tgk makcik2 tu niaga.. laris je. Siap kena beratur panjang2 lagi nak membeli. Perrgghhh, mesti untung giler. Mesti pendapatan derang, ngalahkan gaji aku yang kena ngadap jammed pagi2 hari, nak kejar punch card ni. Ok, aku jeles...
Dan saya sokong usaha mereka-mereka smua ni, yang melibatkan diri dlm business online. Tapi saya berharap sangat kamu lakukan dengan cara yang betul ye. Buat promosi dengan saluran yang benar. Bukan apa lately ni, sangat ramai orang yang men'tag gambar-gambar produk yang derang jual kat friend's list Facebook derang. Ohhh, tidak rasa macam sedikit tidak menyenangkan ke tindakan tu?? Bukan tak boleh guna FB buat promosi, tapi tak sesuai la guna kaedah tu. Cukuplah kalau setakat kamu buat satu akaun untuk online store kamu tu, kemudian update products kat situ je. Kawan-kawan masih boleh maklum apa tentang produk terbaru kamu.
Bukan apa, bila notification FB tu penuh pasal produk kamu je.. tak ke boring jadiknya. Kang ada yang menyampah lagi susah. Tak semua org suka.. maka, jalan terbaik.. jangan buat org nyampah..
Tak pun, banyak lagi tempat kamu boleh buat promosi. Banyak tempat boleh tempek iklan percuma. Taip je '
IKLAN PERCUMA' kat google tu, melambak-lambak link keluar. Pilih je lah nak mendaftar yang mana satu. Tak pun, daftar je smua yang bagi servis free tu. Bukan susah pun, ikut je arahan, pastu buat lah iklan. Tak pun, kalau nak lagi jaminan iklan akan sampai kepada sasaran, amik iklan berbayar. Boleh pilih
Google AdWords. Alah, bayar sikit je. Kalau tak camne orang-orang yang tempek
Google AdSense tu nak dapat imbuhan kan. Nak pastikan perniagaan tu berjaya, kenalah usaha lebih skit kan. Biar pun, part-time je. Kena lah kasik berjaya kaw-kaw. Barulah peluang nak mengembangkan
business tu berpotensi tinggi.
Nak lagi gigih, gi mana-mana seminar *yang free sudah* Irfan Khairi banyak bagi seminar free lah..
*jom, jana otak buat business plan