Showing posts sorted by relevance for query bakul telur. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query bakul telur. Sort by date Show all posts

05 March 2010

Cara nak buat Bakul Kertas

Ohhh.. sudah lama mahu buat ni, tapi asyik tertangguh sebaba syik buat benda lain iaitu main Spot the Difference kat Facebook. Isskk.. addict aku jadiknya tau.

Dah ramai yang email bertanyakan hal ni, mungkin hasil meng'google mereka akan sampai ke blog ni. Tapi mesti hampakan, ada gambar je. Takde pun cara-cara nak buat tu ditunjuk. Minta maaf lah ye. Aku lak beriya kata nanti aku buat entry proses menghasilkan Bakul Telur Kertas tu. Tapi sampai ke sudah, takde pun. Sekali lagi maaf kan saya ye. Maka, hari ni saya tunaikan janji saya. Sebelum tu, terima kasih diucapkan kepada Pn Nano. Ohhh.. Na dah selamat jadik ibu petang semalam. Dia dapat anak lelaki. Suka aku dpt sms dia semalam.

hasil tangan saya dulu

Proses menghasilkan Bakul Telur Kertas yang menjimatkan.

Langkah 1:

Untuk tapak bakul telur, 2btg panjang [1 btg menegak tindih 1 btg melintang] & 1 btg pendek

Langkah 2:

gam kan sikit/tindih hujung btg yg pendek di antara simpang tu..

Langkah 3:

angkat btg yg ditindih tadi

Langkah 4:

jatuhkan ke kanan/btg satu lg..
Langkah 5:

btg yg bawah plak angkat jatuhkan ke btg sbelah plak.. disilang-silangkan

Langkah 6:


akhirnye die akan jadi cmni.. so bile btg2 tu dah pendek, just smbung je la btg baru..

pandangan dari bawah

pandangan sisi

pandangan dari atas

potong btg yg tidak berkenaan, tinggalkan 2btg, utk dijadikan tangkai
(sambungkan antara 2btg tu)

siap !

Harap-harap membantulah bagi mereka-mereka yang mecari cara-cara nak buat bakul dari kertas ini ye. Dan selamat menganyam. Teringin gak nak baut bakul ni, tp tgh2 pregnant ni.. malas lak nak main-main lilit kertas ni. Nanti lah.. bila angin rajin dtg melanda.. bila tu agaknya kan. Lepas ni mesti sibuk layan kerenak anak je... mana ada masa aku nak ngadap kertas2 ni..

15 February 2009

Bukan mudah nak Kawin ye

Selagi tak tiba masanya, selagi tu lah.. setiap hari, setiap masa.. Nak tido, bangun tido.. yang difikirkan hanya lah hal-hal kawin *nasib baik tak terbawa-bawa ke tidur, setakat ni takde lah sampai mimpi-mimpi kan* ..time office hour pun sempat lagi pikir pasal kawin, borak ngan member pun tak habis-habis citer pasal kawin...

Memang seronok la nak kawin ni!! *lepas kawin, bila pregnant citer pasal baby lak.. :)*

Dan mula la sakit kepala bila pikir tentang segala hal preparation majlis tu.. macam-macam nak kena pikir. Kalau duit bergunug takpe gak kan.. ni budget nyer ciput, kena lah buat pilihan sebaik boleh, pilih yang terbaik dari segala segi. Kena bijak berbelanja. Carik yang paling berpatutan dan berbaloi untuk ringgit yang bakal dilaburkan.

Maka, selagi mampu + berbakat + ada masa.. DIY lah apa yang boleh. Tak dapat jimat banyak, sikit pun jadik la kan. Boleh spent untuk yang lain.

Penjimatan No 1 Dayu: Bakul Telur buat Tetamu



Ye, bakul telur kertas saya sudah 90% ready. Riben dah tampal, tinggal tampal TQ tag je. Buat kemudian lah, sebab takut kemek timpa2 dalam plastik beg. Buat 150pcs je. Another 450pcs kat JB, bagi kat mak uruskan.

Kos keseluruhan (600 pcs):

1. Kertas surat khabar lama : Free
2. Gam : RM 2 x 2 = RM 4 Beli kat kedai RM 2. Satu pek ada 3 botol
3. Shellac : RM 20 (shellac mahal hakim beli), RM 9 x 5 botol = RM 65
4. Riben : RM 1.10 x 9 = RM 9.90

Jumlah keseluruhan lebih kurang RM 80. Untuk kos sebiji bakul tu, kira la sendiri ye. Rasanya tak sampai RM 0.20 pun sebijik. Memang jimat. Tapi ye, kalau dikira tenaga dan masa yang telah dicurahkan, kos nye akan meningkat sehingga RM 1.50/pcs *pernah google dan jumpa bakul gini dijual RM 2.50 sebijik, giler lah..boleh niaga ni*
Kalau kita tambah bunga-bunga kecik kat riben tu menarik gak kan...

Pape pun terserah kat individu masing-masing.. Mungkin ada yang berpendapat 'ni baru betul-betul hadiah dr pengantin ni.. air tgn pengantin sungguh' -kalau org kata gini mmg dayu sengih tersipu-sipu lah jawabnya *rasa puas hati sungguh, usaha gigih saya dihargai*

Dan tak mustahil akan ada yang kata gini 'apa lah yang kedekut sangat dia ni, ada ke nak bagi org dtg kenduri kawin barang recycle'
-kalau kedengaran yang begini, terima je lah. pandangan setiap org berbeza-beza. sape kita nak paksa org suka + setuju dgn segala benda yang kita buat kan. Dan seperti biasa, hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Bukan mudah nak puaskan hati semua pihak.. yang pentingnya, kita happy, poket kita tak rabak...

Kini saya dalam proses melakukan penjimatan ke-2..
*sudah takde mood nak buat bakul lagi, lagipun mak kata cukup lah tu, yang lebih pakai uncang je, dah beli pun kat Ayer Hitam minggu lepas*

Marilah mula membuktikan bahawa setiap perempuan tu dilahirkan dengan bakat seni. Mampu merubah bakul-bakul + riben + bunga itu menjadi sesuatu yang indah *jgn jahanam bunga-bunga tu kau keje kan sudah dayu* Amin!!!

Jom kita gubah Hantaran kita sendiri. Time ni lah kan nak tunjuk bakat kat smua orang, yang kamu ni berbakat. Jangan sangka jari-jemari yang selama ni asyik tekan kalkulator je tak boleh ikat-ikat riben, susun bunga.. Hahahahah!!! Sila lah jgn gelak tgk hasilnya nanti.. *hantaran tunang dulu pun gubah sendiri je*

Konsep gubahan?? Perlu kah berkonsep? Perlu lah.. sekarang semua kena ada konsep kan..

Konsep ye...*pikir..pikir..pikir*

Konsep nye adalah : Lambakan bunga di dalam Bakul Mengikut sesedap Rasa Dayu!!!

Ye..itu lah konsep gubahan hantaran saya. Arrrgghhh, tak kuasa nak pikir konsep lah. Asal sedap mata memandang, kita tengok lawa sudah...
Nape nak kena gubah-gubah erk hantaran ni, tahu tak kos nak mengubah tu boleh tahan gak tau, bagi gitu je, wrap lawa2 mcm bagi presnt okay pe...
Dah adat kan..kena lah ikut.. *tp seronok gak part gubah hantaran ni, baru lah mood nak kawin membuak-buak*

bunga stokin + bunga dip ready made from Ayer Hitam
RM 10 for 4 pcs

bakul-bakul yang bakal melalui proses transformasi
ni lah item yang kos nya paling tinggi sewaktu berbelanja + menghabiskan duit semasa di Ayer Hitam..sampai celah-celah purse mak pun kena korek sbb kedai tu tak bleh pakai kredit kad...cash lak dah abis kat kedai lagi satu..

Okay sudah agak panjang entry ini. Cukup lah.. Lain kali sambung lagi..

-huhu..selasa ngan rabu ada site measurement + audit kat sepang, jumaat ada presentation. bila nak buat slide ni-

09 January 2009

Sakit Pinggang dan Tengkuk ku...

Semua gara-gara Gigih menganyam bakul, mengulung kertas sepanjang hari. Giler gigih. Punya la konon nak berjimat. Maka terbukti lah bahawa Dayu adalah pengantin yang paling cuba berjimat. Kalau boleh semua nak buat sendiri *kempen berjimat cermat dilancarkan secara maksima*

Melihat kan gambar di atas pasti kamu sudah dapat mengagak kan pe yang cuba Dayu usahakan. Penggunaan semula surat khabar lama yang terperuk dibawah katil, bawah kabinet kat dapur.. Amat menyahut seruan kerajaan kan 'Kitar Semula Amalan Mulia' Sudah hampir kehabisan sumber ini *bukti betapa gigih dayu meng'DIY*

Fasa Pertama meng'DIY (bermula 26/12/08 selepas bergelar penganggur dan mula tak tahu nak buat pe kat umah selain layan DVD dan main tenet je)

Mula lah meng'sms Cik Nano mintak dia memberi tunjuk ajar. Dan dia kata dia tengah berusaha mengambil video cara2 nak meng'DIY tersebut dan akan email kan kemudian. Dan Dayu pun menanti dengan sabar. Sambung la semula aktiviti duduk depan tv layan DVD dan menanti dengan penuh rasa teruja tak sabar nak meng'DIY.

Dan setelah beberapa ketika menanti, Cik Nano akhirnya mengumumkan kelas Menganyam Bakul nya telah dilancarkann di sini. Dan dengan gigihnya Dayu telah meneliti setiap step yang ditunjuk kan. Mungkin ciri-ciri Fast Learner yang mmg semulajadi dalam diri ni *sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri*, Dayu telah berjaya menghasilkan sendiri Bakul Kertas itu. Ye, dengan beberapa bimbingan dari Nano melalui SMS.
Balik JB sambung berusaha lagi, abis mak ayah, adik2 semua dikerah mengulung kertas. Nasib baik semua excited nak tolong.


Untuk belajar cara nak buat Bakul Kertas ni, boleh rujuk blog Nano. Step bergambar yang dia sediakan amat details. Lagipun mudah je sebenarnya nak buat bakul ni.
Cadangnya nak guna bakul ni untuk isi telur kepada tetamu, tapi rasanya tak larat la nak buat banyak2. Nak buat 150pcs ni pun dah sakit2 tengkuk+pinggang smua, tu pun ngadap sepanjang masa, kalau dah keje nanti, takde la masa banyak macam sekarang ni kan.

Fasa ke-2 menganyam Bakul Kertas (bermula 3/1/09 setelah bergelar penganggur di JB,bersama tenaga pekerja tambahan yang telah dipaksa secara rela)

5 hari di rumah, hanya menumpukan perhatian kepada kertas, lidi, gam, dan gunting. Bangun tido ngadap kertas, tiap2 hari tido hampir subuh sbb ngadap kertas ditemankn astro, tp bukan tgk pun.
Dan, hasilnya.. 150pcs bakul kertas telur telah berjaya dihasilkan. Tahniah Dayu!!! Dan adik ku, Hakim telah diarahkan meng'sponsor shellac untuk cat bakul2 kertas tu, dan dia dgn baik hati membeli shellac yang berharga RM20 setin *jenama sea master lagi* sedangkan aritu tgk kat Eneos RM4 je sebotol.

Dan Hisam ngan rajin nya, meng'offer diri nak cat. Dia tak tahu susah sebenarnya nak cat celah2 bakul tu. Mak pun tiba2 rajin, tapi tak siap sebiji pun dia cat, terus pass kat adik smula. *mak aku..mak aku*

mungkin perlu dicat selapis lagi..tp mak +adik kata tak perlu *dlm gmbr ni lagi jelas nampak kertas lagi kan* tp kalau tgk real mcm ok je

Namun Dayu terasa kerumitan membuat bakul jenis ni, dan ilmu yang cuba diturunkan kpd mak,dan adik2 tidak berjaya sbb kelihatan amat rumit bg mereka. Maka cuba satu lagi jenis. Ohhh, ternyata amat mudah. Dan sangat cepat sekali siapnya.

Dalam masa 2 hari dah bleh hasilkan 50++pcs, sangat efisen. Hisham pun boleh buat. So nanti boleh la derang teruskan usaha meng'DIY bakul kertas ni kan. Nak buat 1000pcs pun mungkin tak mustahil.
Esok boleh lah mula mengecat. Tak sabar lak nak tgk hasil dia kalau dah cat. Semua bakul-bakul ni akan di ikat riben dan gantung TQ tag*dh terbayang2 mcm ne rupanya nanti* Harapnya comel lah kan. Arrggh,comel tak comel, dah buat, dah siap, guna pakai saje...

03 January 2009

Tak sabarnya Saya

Saya kini adalah di Johor Bahru, menghabiskan masa di depan TV dengan jayanya *remote astro akan sentiasa di tangan dayu* Ohh, indahnya idup begini kan.

Tapi bukan itu yang ingin dicoretkan di sini, Dayu ingin berkongsi rasa teruja yang telah diperolehi semasa melawat Ayer Hitam, Johor semalam. Ohhh, mmg lepas ni tak perlu lagi men'survey barang-barang keperluan perkahwinan di tempat lain, rasanya takde tempat lain yang boleh lawan harga kat Ayer Hitam. Memang sgt murah lah wehhh...

Bunga Pahar yang lawa2 : Bunga dip/Bunga stokin =RM 0.85 satu
Bakul mengkuang : RM 0.80 sebiji
Bakul songket : RM 1.20
Bekas telur besi (ada mcm2 bentuk) : Rm 1.90
Beg Kertas (yang lawa) : RM 0.40
Bunga Dip + Bunga Stokin : RM 2.90, kat Chow Kit pun dah RM 4 tau
Uncang kain : RM 16.90/ 100pcs *kat KK Home Deco, skit je dah RM19.90*

Bakul-bakul rotan juga sangat menarik dan murah. Saiz standard untuk letak buah pun baru RM 8-12. Owwhhh, rasa sangat ingin memborong semalam, tapi tak boleh buat keputusan. Kena datang semula nanti *tak yah fikir JB - Ayer Hitam itu adalah jauh, anggap je mcm gi Kulai sudah*

Dan pilihan adalah sangat banyak. Rambang mata wehh.. Kamera habis bateri lak time tu, kalau tak mmg meriah la entry kali ni ngan gmbar.
So, mulai arini, kena buat list pe yang nak kena beli *ayah, mak, mintak duit skit* Kena pikir decoration untuk hantaran, kalau borong sekali banyak2 mesti dpt lagi murah kan.

28 December 2015

Elma

Agak lama tak menulis tentang Elma. Dah  setahun 8 bulan usia dia. Dah besar, makin banyak songeh. Makin garang. Makin pandai mengarah. Hahaha..iye, Elma ni memang lain sangat dengan Eisya. Elma tak boleh kalau orang tak dengar atau tak ikut apa yang dia nak. Tak ikut kata dia, dia punya mengamuk. Aduuihh, tak sanggup okay. Elma kalau merajuk, susah sungguh nak pujuk. Sebab tu seboleh-boleh aku tak akan biar dia menangis berlarutan. Dia nangis sikit kena pujuk semula. Kalau dia gaduh dengan Eisya pun kena selalu minta kakak mengalah. Eisya pun dah paham, kang tak mengalah habis kena gigit atau tarik rambut dek Elma.

Elma tak suka gajet. Tak suka TV atau handphone. Kartun pun dia tak berapa gemar tengok. Dia suka main dengan benda-benda real. Main dengan bakul baju, main mangkuk, main penyapu. 

Elma seboleh-boleh nak buat semua sendiri. Pakai baju sendiri, makan sendiri, mandi pun nak mandi sendiri. Tak nak orang buat atau tolong dia. Sekarang ni kalau boleh, basuh berak pun nak buat sendiri. Perasan besar sangat. Dia nak buat sendiri sebab dia tengok orang lain semua buat sendiri kan. Tu dia pun nak buat sendiri. Memang peniru sungguh dia ni. Memang tak boleh buat yang bukan-bukan depan dia ni, kalau tak nak dia tiru. Cakap pun tak boleh sembarangan, sebab dia akan ikut dan sebut je nanti. Apa Eisya buat, memang dia akan ikut. Tu aku geram je kalau Eisya buat perangai memanjat kabinet TV, melompat-lompat atas katil. Kang terkedek-kedek lah si kecik ni mengekor. Eisya tu mentor dia.

Baru bangun tidur. Terus makan. 

Selera makan dah berkurang. Susah sungguh nak bagi dia makan. Nak dapat sesuap pun, alahaii.. Kena paksa. Aku ni pulak jenis malas nak memaksa, kau tak nak makan.. sudah. Tapi dia macam tak lapar je. Aku tak bagi susu pun, bila suruh makan, selamba je dia jawab 'Nanak.. Nanak' Sambil tepis tangan kita. Masa yang dia makan banyak sikit, time bangun pagi. Tu pun jangan bagi susu dulu. Banyak lah dia makan. Nasiblah buah laju dia makan. So sekarang aku bagi dia makan anggur, pisang dengan timun je. Ye, Elma adalah pengemar timun. Kalau makan kat luar, order goreng-goreng.. timun potong tu dia amik sendiri dalam pinggan kita.

Harap sampai besarlah makan sayur. Jangan jadik macam Eisya, telur dadar ada parsley pun dia tak mahu makan. Kronik sungguh.

Dia ni dalam garang, ada kala buat orang tergelak gak. Paling seronok tengok dia sekarang bila dia beriya tepuk patung-patung dia suruh tidur. Bukan main kuat lagi dia tepuk, pastu menjerit 'allah..allah' Peniru kan, orang baca selawat tidurkan dia. Dia dapat 'Allah' je. 

Elma jugak mudah sentap budaknya. Dan  kuat cemburu. Dia tak boleh tengok Eisya dekat atau manja dengan aku. Mulalah tak duduk diam. Tak pasal-pasal dia tarik rambut Eisya. Kalau Eisya baring atas bantal dia, siap sedialah kena terik rambut tu. Dalam kereta pun sama, semua nak menempek kat mak dia ni. Sebab tu sekarang memang aku duduk belakang, Eisya kat depan. Tak boleh duduk sama 2 ketul tu. Elma lah pendengki. Kaki dia tak boleh bersentuh langsung dengan Eisya. Teruk sungguh perangai. Nasiblah Eisya jenis mengalah. Kalau tak, huru-hara.

Alahaiii Elma, buruk bebenor rupa weh makan gitu gaya.