31 July 2013

Raya tahun ini

Raya tahun ni aku rasa mak-mak dan anak-anak perempuan akan ber'border lace kebanyakannya. mostly member-member yang aku kenal, semua patching border lace kat baju raya masing-masing. Aku lagilah, semua baju akua da border lace kot. Kemaruk. Nasiblah, dah suka nak buat macam mana kan. Dan projek terbaru aku adalah sepasang lagi kurung moden. 

Siap tampal lace, aku decide nak tabur pearl beads jugak. Tak kuasa nak jahit manik, rasa macam lagi rumit. Dan bila gi kedai, nampak pulak macam-macam jenis lace. Terus terasa nak tampal lace jugak kat baju yang nak pakai raya pertama. Konon nak biarkan baju tu takde lace. Tapi akhirnya aku tewas, beli juga lace nak tampal kat baju tu. Tapi aku tampal kat baju cha je kot. Baju aku biar kosong. Baju raya pertama lagi merendah diri dari baju-baju nak pakai hari seterusnya.

dah siap jahit border lace. baju ni ada kisah sedih ok sebenarnya. ada ke patut tailor tu jahit lace aku straight je. selamba sungguh. sebab akak sepejabat, aku diamkan aje. malas nak bising. maka kenalah aku tetas semula, dan jahit semua lace tu ikut corak dia. memang aku tak hantar lah lagi jahit baju kat dia. kalau tak leh buat, kata je tak leh buat jangan memandai. buat rosak kain baju orang je.

baju Eisya yang aku upgrade sikit. ikut hati macam-macam aku nak buat tapi sebab malas dan rasa over, cukuplah sekadar lave ni. -warna terpaksa dihitam putih kan. mana leh kasik bocor warna tema raya kami *gedik*-

Memang aku buat banyak baju sempena raya ni. Tapi 2 pasang aku pakai dah, cuma make over je. Yang betul-betul baru 2 pasang je. Lagipun mereka semua akan jadik baju keje jugak akhirnya. Jadik takpe kot aku buat baju berhelai-helai. Jangan marah, jangan kata aku membazir. Penjimatan sebenarnya. Kornag pun baju raya mesti berhelai-helai kan.. kan?? Sila mengaku.

*tahun ni aku tak buat kuih raya. semua order je. tapi tak order banyak pun. order untuk bawak balik kampung, untuk rumah sendiri tak payah. balik dari JB kang singgah Air Hitam beli kerepek

Jalan-jalan Kerja: Limbang

Baru pulang dari Limbang, Sarawak. Kat Limbang line Digi aku tak dapat coverage 3G. Terputus hubungan dengan alam maya sebentar. Wifi hotel pun tak leh harap. Penat dan rasa macam malas je nak pergi bila bos keluarkan arahan. Bulan puasa kot, tak rajin sungguh nak travel jau-jauh. Nak kena pergi site semua. Tapi dah bos suruh, siapa aku nak kata 'tak nak pergi lah bos, malas' Berani?? Maka tabah dan gigihkan je lah diri. Dah lah tiket 7.20am. Pukul 5 pagi aku dah keluar rumah. Memang tidaklah lepas ni aku nak amik tiket pagi-pagi buta macam tu.

Merasalah naik kapal MasWing buat pertama kalinya. Sebab first time, maka jakun. Nasib ada kawan-kawan yang juga first time. Ada kawan nak melayan. Nasib baik airport Limbang ni kecik je, orang tak ramai. Nak buat perangai jakun ni pun tak segan sangat.


kamera ni saje je sabotaj gambar akak tau. 

Nak ke Limbang kena transit dari Miri. 30minit je pun tapi nak menunggu tu sampai 2 jam. Melanguk lah kat airport Miri tu. Kalau tak puasa, boleh gak lepal-lepak minum kopi kat Starbuck. Dah puasa ni nak buat apa?? Lepak surau jahit manik lah. Hahaha.. dari buang masa kan, siap dah aku jahit pearl beads. Tak payah mengadap lagi.

Limbang adalah bandar yang tenang. Rasa lain hirup udara di Limbang dengan hirup udara kat KL. Segar je weh. Paling best, tiada kesesakan lalulintas. Heaven sungguh rasa. Patut pun tanya member yang dah asalnya orang semenanjung, tapi dah kerja lama kat Limbang, tak nak balik katanya. Siapa tak seronok kalau boleh sampai tempat keje 3,5 minit je. Bleh hantar dan amik anak sekolah. Duit gaji pun tak senang nak habis sebab tak banyak sumber nak menghabiskan duit kat Limbang ni. 

Kalau aku, seminggu je kot aku suka lepas tu mengagau dah nak balik KL semula.

Aku ke Limbang atas urusan kerja. Nak gi tengok progress satu projek kat sempadan Malaysia-Brunei. Projek membina jambatan menyeberangi Sg. Pandaruan, yang selama ini menghubungkan Malaysia dan Brunei dengan perkhidmatan feri. Sehala RM8. Sedangkan lebar sungai tu tak sampai 200m pun, tak sampai 5 minit dah sampai kat seberang. Aku pun pelik, kenapa baru sekarang kedua-dua kerajaan nak buat jambatan. 

feri Malaysia dan Brunei bergilir-gilir bertugas. masa aku datang ni, Feri Brunei yang keje.

haruslah menjakunkan diri. 1st time katanya.

bulan puasa kot, tak kan nak melanguk lama-lama kat site.. mehlah beransur pulang. pulang ke?? jangan harap. 1st time sampai. haruslah melilau. tapi sebelum tu amik gambar bukti kat bos yang aku memang di site, bukan shopping semata. gayat ok duduk atas ni lama-lama. nak turun lagilah aku gayat. huhuhu..

*memang aku tak kan bagi Cha jadik engineer. jadik engineer perempuan ni memang kau lah sorang-sorang makhluk bernama wanita kat kawasan ni. masa meeting, masa makan..dalam kereta.  sepanjang masa. kalau tak boleh nak sesuaikan diri, memang janggal sungguh rasanya. aku yang dah hampir 6 tahun keje dalam keadaan macam ni pun ada masa rasa tak best. maka aku akan cuba pastikan anak-anak perempuan aku tak terlibat dengan keje-keje macam ni.

26 July 2013

Quick Update

Oh hoii, lama tak update blog. Minggu ni agak kesibukan. Jadual penuh, setiap hari ada meeting perlu dihadiri. Pelbagai benda kena amik tindakan. Tu yang tak berapa berpeluang nak update blog. Nak update blog waktu tengahari, sibuk main jarum dan benang. Terabailah kejap blog ni. Tapi kalau tak update, rasa bersalah pulak, sian kat orang yang masuk blog tapi baca benda yang sama je. Maka, arini aku cariklah sedikit masa untuk update blog ni. Gigihkan.

Tapi tak tau lah nak update aku, sebab hidup sama je setiap hari. Nothing extravaganza pun yang berlaku. Nak tayang gambar makanan, macam rasa tak patut. Aku tayang muka aku ngan Eisya je lah.

anak dan ibu sama mengedik

Eh, korang dah habis shopping raya? Aku ni nak kata dah habis, macam belum. Tapi apa yang wajib dan patut ada tu, semuanya dah cukup kot. 'Kot' tu yang buat aku tak berhenti-henti membeli sebenarnya. Ada je yang terlintas kat kepala ni. Tudung nak pakai dengan baju-baju raya aku match je dengan apa yang ada dalam laci tu. Tapi nafsu kan, tetap gak masuk website ShawlbyVsnow pagi-pagi, jengah-jengah Essential Scarf latest collection. Tangan gatal je nak order. Setakat ini masih mampu bertahan. Selain situ, pagi-pagi mesti aku jengah Poplook. Dan terorder 1 dress. Tengok ukuran, length 150cm je, tapi geram sungguh bila aku yang tinggi 162cm ni pakai pun meleret-leret. Kenalah alter. Balik kampung kang pinjam mesin jahit akak ipar.

Kat JKR ni ada buat jualan Pra Raya. Memang bijak strategi Puspanita, buat jualan sempena minggu gaji. Memang habislah duit aku kan..

Ekwan tak habis shopping lagi. Weekend ni siap sedialah. Mesti semua shopping complex penuh dengan umat manusia. Hasrat nak ke Jalan TAR *walau takde apa nak beli sangat pun* terpaksalah dibatalkan sebab macam tak sanggup nak bersesak-sesak. Kita shopping online je. Sempat ke barang sampai erk??

*Isnin ngan Selasa kena gi Limbang. Adeh malas sungguh aku outstation bulan puasa. Dah lah flight isnin tu pukul 7.20am. Paling lambat 6.30am dah kena ada kat airport. Pukul 5.30am dah kena keluar. Subuh pun tak sempat ni. Lepas sahur terus kena kuar ni. Kena sahur awal. Kul bape driver aku nak keluar dari rumah dia amik aku?? Huhuhu..sian kat aku, sian lagi kat dia. Jomlah sahur kat rumah saya je. 

23 July 2013

Anak sulung yang sorang ni

Eisya sudah pandai merajuk. Merajuk macam orang besar. Palingkan muka, peluk bantal. Pastu kalau orang datang dekat, peluk badan dia..nanti dia tepis tangan. Kalau biarkan, tau-tau dah teresak-esak. Hahaha..gaya anak dara merajuk sungguh. Selalu dia merajuk kalau dia ajak aku tengok tv tapi aku tak nak. Aku nak tidur dia ajak tengok kartun yang dah tengok 18 kali tu, memang tak rajin lah aku nak layan. Puas lah budak tu tarik tangan 'abu..jomlah dodok depan' Tapi ibu buat tak tahu, pastu sesuka hati gi tutup TV dan suruh dia naik atas katil.

Sebab dah bosan kena marah dia naik lah jugak katil tapi terus membatukan diri. Ikut hati mau je aku biarkan dia gitu tapi tak sampai hati kau nak biarkan dia tertidur dalam rasa tak puas hati. Tu yang pujuk..tapi bila kena tepis tangan, sentap jap ibu ok.

Tapi nasib tahap rajukan Eisya masih dalam kawalan, cakap-cakap sikit, ngaku salah, cakap 'ibu buat chacha?? sorry eh.. ibu minta maaf eh..' Tak lama kemudian terus paling ngadap dan peluk ibu, kaki siap kepit perut ibu. Eisya.. Eisya.. Manja kededek..Memang patut bagi adik budak ni. Dan Sabtu lepas buat pertama kali dia jawab ya bila ditanya nak adik ke tidak. Siap ulang banyak-banyak kali 'nak adik..nak adik' Adeihhh, kesian Eisya. Selalu main sorang-sorang. Sampai kalau ada budak lain pun dia macam tak reti nak main sama-sama. 

Bestnya kalau nanti adik Eisya perempuan. Ibu siap dah ada nama ni kalau dapat anak perempuan sorang lagi *aku memang over*

Bila dia sorang-sorang ni kita gak yang penat sebenarnya. Kena melayan dia sepanjang masa. Tengok tv kena berteman. Sebab dia jenis suka cerita apa yang dia tengok. Kadang aku tengah goreng ikan kat dapur pun dia panggil 'abu tengok ni, katun chacha amik masak abu ia...' Kalau aku sekadar angguk dan kata 'iye..ia amik barang ibu dia kan' Dia tak kan puas hati, selagi aku tak pergi depan, selagi tu dia tak berganjak. Dan kenalah tinggalkan kuali sekejap tengok apa ada kat tv. Yang geram, abah dia ada kot kat depan tu. Nak ibu jugak.. adeiihhh...

benda favorite dia masa kini. katalog ikea. boleh kawan ngan ibu

rimas pulak aku tengok rambut dia. tapi nak gunting sayang, lagi-lagi sejak dia bagi ikat-ikat rambut dia ni. lagipun aku macam fobia kalau nak potong rambut depan dia. sebab selalu jadik entah apa-apa. tapi sebelum raya ni kena potong gak rasanya.


22 July 2013

Nikmat perut

Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan berat badan yang bertambah semula. Begitu payah nak hilang selepas seminggu puasa, tapi dengan senang lenang je bertambah. Baru 2 hari kat kampung, dah gagal. Menyampah. Tapi waktu isi perut dengan segala jenis makanan tu tak pulak aku menyampah, sengih kegembiraan adalah. Perut mana tak gembira weh, bila segala benda yang otak dah pikir dan rancang nak makan berjaya dinikmati. Gembira tak terkata.

Sampai JB jam 3 petang dan Ekwan ajak singgah JPO. Pakcik tu memang wajib singgah JPO setiap kali balik JB. Hati dah tak menyabar nak gi bazaar Kg. Melayu ni. Tengok laki shopping pun dah tak keruan. Bila dia habis shopping terus 'jom yang, jom gi bazaar.. nak beli ABC, nak murtabak..nak...' Semua benda aku nak. Hahaha...Hati bukan main gembira bila tengok banyak gerai jual Nasi Ambang. Dan dengan tamaknya aku pun beli sebungkus, siap tambah lauk. Sebab tengok ayam sambal teringin, sambal paru teringin. Susah-susah order je semua. Sudahnya sampai ke sahur baru habis. 

Terasa-rasa lagi air khatira kat tekak ni wehh... minum sejag pun tak puas. Laki aku seperti biasa buat muka tak boleh terima hakikat apalah yang bini dia kemaruk sangat kat air tu. Aku lak pelik kenapa dia tak boleh jatuh cinta kat air tu.

Puasa kat kampung sendiri memang lain kan rasa dia. Dan tak sabar nak raya. Lagi 2 minggu. Memang rasa macam sangat cepat masa berlalu. 

Dan tiba-tiba rasa tak habis shopping lagi. Tiba-tiba rasa 'eh baju tu takde tudung lagi.. hhmm, baju nak match ngan baju Eisya yang tu takde.. nak match ngan ekwan takde...' Pompuan..selagi tak raya, selagi tu tak tenang. Dan mungkin tahun ni takde operasi kuih raya. Malas nak kecahkan dapur. Beli ngan orang pun tak banyak. Cukup untuk bawak balik kg sikit dan untuk sendiri kunyah depan tv. Beli kuih favorite je. Dan aku nak carik kerepek pisang ngan kerepek ubi pedas. Dah.. kalau banyak-banyak, sampai raya haji tak abis. Membazir je.

*operasi main benang dan jarum masih belum tamat.

18 July 2013

Donation/Charity/Recycle Box

Hasil mengemas bilik stor secara bersungguh-sungguh minggu lepas, berkotak-kotak barang yang masih elok tapi kami tak pakai lagi berjaya diwujudkan. Kebanyakannya baju-baju lama yang memang tak muat dah. Dulukan kami laki bini comel loteh. Dulu masing-masing pakai baju size S, sekarang?? L pun macam muat-muat je. Dulu simpan konon dengan harapan akan boleh sarung semula nanti, tapi sampai ke sudah tak kurus juga. Baju baru makin bertambah. Baju-baju lama ni masih elok, tapi nak bagi orang macam tak tahu nak bagi sape. Sudahnya aku masuk bag plastik, labelkan 'Donation' 

Memang sangat banyak baju-baju terpakai aku, lagi-lagi baju kurung. Bila dah kemas-kemas, baju zaman belajar pun ada lagi. Yang tu memang dah patut tak payah simpan. Tapi sebab elok, ke tepikan. Nak bagi anak sedara, kecik lagi. Adik perempuan, takde. Nak bagi adik-adik ipar, tak sama size. Memang pilihan yang aku ada, bagi kat orang je. Sebab orang tu tak dapat ditentukan siapa, aku pilih option random. 

Dan terus teringat kotyak-kotak recycle kaler oren yang selalu ada tepi jalan tu. Dan terus google 'Charity box USJ'  Jumpa thread kat satu forum tu, dan orang-orang dalam tu kata box ni ada kat USJ4 dan SS19. Terus bagitau Ekwan dan dia setuju nak tolong aku hantar kotak-kotak yang bersusun tepi pintu tu untuk disedekahkan. Petang Ahad tu keluarlah kami laki bini menuju ke USJ4. Pusing punya pusing dalam USJ4 tu tapi tak jumpa pun kotak color oren tu. Ingat nak try carik kat SS19 pulak, tapi on the way.. jumpa satu kat area USJ Taipan. Apa lagi terus terjah.

Kotak ni terletak kat kawasan perumahan bertentangan dengan Bank Islam, USJ Taipan tu. Mula-mula macam tak yakin nak letak barang-barang lama aku kat sini sebab orang macam dah jadikkan tong sampah pulak. Tapi bila datang dekat, bukanlah sampah sangat, tapi sebab tak dimasukkan dalam tong tu, tu yang bersepah-sepah barang keliling tong oren ni. Ada kasut, ada table lamp, macam -macam kat luar tong tu.

recycle box ni disediakan oleh Pertubuhan Amal Seri Sinar. 

masukkan semua dalam ni. semoga dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. Tong oren ni selalu je nampak kawasan perumahan, tapi time nak carik bukan main susah pulak. 

Sebab masih memasang niat nak join carboot sale kat Bandar Sri Putra lepas raya nanti, kat rumah aku masih ada satu storage bos baju-baju lama. Hhmm.. kenapalah banyak sangat baju ni weh?? Tu belum baju-baju Eisya. Baju dia memang tak kan aku buang lah. Sayang weh.. Lagi-lagi baju pertama dia. Tapi aritu jumpa baju tu ada sedikit kesan kuning, frust sungguh. Mungkin sebab sebelum ni simpan dalam kotak kertas je. So aritu terus alih masukkan dalam plastic storage box. Harap-harap selamatlah baju-baju tu semua.


Sekarang kalau gi Giant ke, Mydin ke..nampak storage box macam ni, rasa nak je amik 2,3 bijik isi dalam trolley. Aku perlukan kotak-kotak ini. Apsal la mahal sangat. Tapi takpelah sebab tahan lama kan. Kalau nak pindah rumah pun senang, tak payah nak susah-susah carik kotak kertas *tapi kat umah aku banyak, hasil pindah dari Puncak Jalil dulu*

*tu baru kemas bilik stor, kalau kemas bilik tengah tu mesti banyak lagi baju lama ditemui.

Baju Kurung + Border Lace + Pearl Beads

Aku kan pengemar border lace buat masa ini. Dan baju kurung aku sekarang kebanyakannya semua plain. Saje buat kain kosong siap-saip, kononnya nanti kalau rajin boleh tampal lace, jahit manik ke. Kalau rajin, kalau tak, gitu je lah baju tu. Kosong pun cun apa. Baju yang aku pakai masa adik aku kawin aritu pun kononnya nak jahit lace, tapi sebab tak kecukupan masa dan kemalasan datang melanda, kosong je lah dia. Dan baru sekarang ni tiba-tiba terasa dah tiba masanya nak make over baju tu.

baju kosong yang akan di make over *sengih melampau sungguh*

Bermulalah operasi menjahit border lace di pejabat. Sempena bulan puasa ni, manfaatkan lah waktu tengahari yang ada. Tangguhkan sementara aktiviti tazkirah di surau. Concentrate seminggu ni siaplah.

Aku nak jahit border lace ni kat kaki baju dan kat lengan je. Border lace ni 1 meter, double layer. Cukup untuk kaki baju depan belakang dan lengan depan belakang. Jahit tangan okay, giler gigihkan. Ekwan siap mengejek aku ok, kata aku budak semangat baju raya. Aku punya semangat macam ini baju nak pakai masa pagi raya. Sedangkan baju sedondon anak beranak siap dah. Biasalah orang pompuan. Bab raya memang sentiasa over. Tak macam orang laki, ajak gi beli baju sendiri pun malas, banyak alasan.

lengan baju. giler leceh nak jahit bila baju dah siap ni. 

kaki baju. waktu rehat tengahari ari Jumaat aku dapat siapkan kaki baju. tak sangka cepat pulak aku dapat siapkan jelujur border lace ni.

Secara keseluruhan, aku amik masa 3 hari untuk menjahit border di kaki baju dan lengan. Bukan 3 hari berturut-turut lah. Dia jadik lagi bersemangat sebab member sebilik aku ni pun sama menjahit. Dia lagi best, potong kain pun waktu rehat kat opis. Kagum sungguh aku tengok dia boleh menjahit. Dan aku lagi kagum bila dia siap jahit lace lebih awal dari aku, walau aku mula dulu. Pulun habis-habisan sungguh. Dan tiba-tiba dia kata 'yu, nanti kita tambah pearl kat lace ni nak.. lagi cun' Dan haruslah aku setuju dengan idea tu. Terus terjah Bunga Riben carik pearl beads.

Dan terus main pearl beads pulak. Gigih. Aku ni jenis kalau dah buat satu benda, lagi-lagi yang aku suka, memang sungguh-sungguh aku buat. Tak sabar nak tengok hasil dia.

dah siap.

 
main tabur ikut suka hati. kalau ada masa nanti aku tabur lah manik color cream. dah beli tp macam tak berapa rajin. sebab aku ada baju lain nak diuruskan.

*aku tengah frust dengan sorang tailor ni. baju aku tak jadik bagai yang diharapkan. nak tak nak kenalah aku alter sendiri. nak sound malas sebab sepejabat.. maka, ni lah 1st dan last aku tempah baju ngan dia.




Nak itu, nak ini

Esok balik Johor. Yeay!! Tak sabar pulak rasa. Tak sabar nak gi bazaar Ramadhan Kg. Melayu yang meriah tu. Tak sabar nak beli air khatira abu bakar, nak makan murtabal special Kg. Melayu, nak beli ABC Wawa.. Arggh.. Balik JB memang ke laut lah puasa diet aku. Mesti makan sampai terbuntang, nak maghrib pun liat. Ingat lagi masa 1st time Ekwan puasa kat kampung aku, terkejut dia kena beratur panjang semata nak beli murtabak. Tapi berbaloi lah kan.. Sedap.. Arrgghh, makin tak menyabar.

Dan yang paling aku ngidam adalah Nasi Ambeng. Kat KL ni mana ada. Kalau ada pun tak serupa. Nak mee bandung. Nak mee rebus tulang kat belakang istana. Iskk, semuanya aku teringin. Kalau sempat nak gi tapau Kacang Pool kat balai bomba sekali.

Seronoknya korang warga JB sekalian..makanan sedap-sedap merata tempat.

*Johor adalah syurga makanan. habislah, baru nak merasa baju longgar sikit, balik dari JB ketat semula lah jawabnya.

17 July 2013

Tujuh: Chicken Cabonara Spaghetti

Layankan je lah entry sempena bulan puasa ni, memang setiap hari entry tayang makanan lah jawabnya. Minta maaf andai ada yang mengundang rasa lapar. Tapi pagi lagi kot, tak kan dah lapar kan. Lagipun makanan biasa-biasa je kot, tak payah nak terliur sangat.

Semalam berjaya keluar dari opis jam 4.45pm, dan sampai rumah pukul sebelum pukul 6pm. Gembira aku ada masa yang sangat banyak untuk memasak. Dah lah malam semalam aku dah prepare bahan siap-siap, lagi pantas lah urusan memasak aku. Dan menu tanpa nasi hari ke-2 kami adalah Spaghetti Cabonara. Mula ingat nak buat bolognise, sebab terasa nak buat Lasagna esok-esok. Tapi bila tanya Ekwan dia nak kuah putih ke kuah merah, dia kata 'kuah putih lah sedap' Maka, marilah dahulukan tekak dan selera suami. Bahan pun sama je, no problem.

Sesungguhnya aku rasa spaghetti ni adalah paling mudah nak disediakan. Lagi-lagi dengan bantuan sos Prego tu. Sungguh memudahkan hidup. Dan paling seronok, Eisya makan bertambah. Berbunga-bunga hati ibu. Dan-dan terliur, dah lah memang semalam macam lapar bebenor. 

Spaghetti Cabonara Ayam. Melayankan nafsu, aku tambah 2 ketul meatball. Dan menjadi aku haruslah ada sayur dalam makanan. Rebuslah brokoli. Yummy!!!

Sahur pun aku makan ni. Untuk Ekwan aku masakkan sardin je. Pakcik tu mana boleh tak sahur dengan nasi. Apa nak masak petang ni?? Macam nak buat sup tulang. Pastu makan dengan keow teow. Tapi terasa gak nak buat keow teow kungfu. Hmm.. apa kata kita buat dua-dua. Sup tu boleh makan sayur nanti. 

*sekarang tengah kemaruk layan segala lagu dan video dari soundtrack Cinta Jangan Pergi. suka sangat cerita tu. rasa nak tengok semula. tapi episod 1 ngan 2 je.

16 July 2013

Enam: Nak meniru konon

Aku laki bini *ke aku je erk? statement ni kena confirmkan smula ni* kini dalam misi kononnya tak nak amik nasi wak tu berbuka. Nak manfaatkan peluang untuk berdiet dengan penuh iltizam. Maka, memerah otak lah aku memikir menu tidak berasaskan nasi untuk dihidang atas meja waktu berbuka puasa. Dan menu less karbohidrat yang pertama kami adalah Bebola Daging. Dan dengan penuh rasa yakin nak meniru brown sos IKEA yang super menjilat sudu tu.

Gigih aku google macam-macam resipi. Bila tengok-tengok bahan, soal diri sendiri 'boleh jadik ke ni??' Tapi bila tengok rupa hasil resipi tu, ada lah juga ala-ala sos Ikea tu kan, terus salin resipi. Bahan pun semua ada dah kat rumah. Memang makin bersemangat lah aku. Tapi sebab semalam sampai rumah agak lewat, ada 45minit je nak main masak-masak, kenalah minta bantuan Ekwan untuk goreng meatball tu. Aku berusaha keras membuat sos. Sambil tu rebus kentang, dan celur sayur.

7.15pm siap, dan inilah hasilnya.

Cubaan meniru Meatball Ikea.

Percubaan adalah tidak menjadi. Rupa dah ada, bau pun dah ala-ala. Tapi rasa tak sama. Tak berapa menjadi. Terlebih manis dan tak cukup pekat. Mungkin sebab aku masak tak cukup lama kot, yelah sebab dah nak berbuka kan. Dah la sos tu nak kena sejukkan sikit, pastu kena blender. Mungkin.. mungkin.. Tapi sebab meatball masih banyak kat rumah tu, aku merancang nak cuba resipi lain pulak.

Siap sedialah laki aku makan meatball sesaje. Alah, idea dia kan nak stock up meatball dalam fridge.

Tiramisu

Walaupun rancangan nak buat tiramisu pada hari Sabtu tergendala disebabkan tukang masak kekurangan tenaga, rancangan diteruskan pada hari Ahad. Lagipun semua bahan dah ada kan, buat je lah. Simple je pun. Cheese cream ngan whippinh cream pun dah lama beli. Konon nak buat cheese tart, tapi sampai ke sudah tak buat. Not in mood. Mood membaking aku dah lama membawa diri. Entah bila nak balik entah, sesat tak jumpa jalan kot.

Malas nak on oven, tu yang buat kek simple-simple. Yang tak payah membakar. Yang hanya perlu sejukkan dalam peti ais. Kalau ada resipi yang tak payah keluarkan mixer lagi aku suka. Giler pemalas kan. Gini gaya baik beli je kan..hahaha, tapi sebab tengok resipi macam sangat simple. Marilah kita cuba.

Resipi ni aku google je. Aku amik dari Sini *kena bagi link tanda terima kasih kepada tuan punya resipi*. Senang je weh.. Mula nak pakai ladyfinger, tapi carik kat Mydin tak jumpa. Ok, tipu.. tak carik pun, sebab nak guna sponge cake je. Lagi senang nak dapat. Bahan-bahan diperlukan hanyalah:

Tiramisu Simple tapi Sedap:

1. 2 biji spong kek *aku guna kek coklat*
2. 250gm cream cheese
3. 250 ml whipping cream
4. Serbuk koko
5. Nescafe untuk rendam sponge kek
6. 1 sudu kecil esen vanilla.
7. 1/2 cawan gula kastor *kalau takde gula biasa pun boleh*

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula kastor dan esen vanilla sampai kembang.
2. Susun sponge kek dalam bekas
3. Lembabkan dengan bancuhan nescafe
4. Sapukan dengan campuran cheese yang telah diputar tadi dan ayak kan serbuk koko atas cream cheese.
5. Ulang balik dari langkah 2..
6. Sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap wehh..

Langkah pertama

Langkah 2-5

Siap. Boleh masukkan dalam peti kasik sejuk. Makan sejuk-sejuk memang lazat. Sedap weh, tapi nak makan banyak-banyak risau pulak mengenangkan cheese yang melambak tu.

*memang sangat sesuai kalau dijadikan desert masa potluck. ok, next potluck aku bawak tiramisu.

15 July 2013

Ramadhan Cleaning: Bilik Stor

Rumah aku adalah sebuah apartment lama dengan keluasan 710 sqft. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Tapi satu bilik tu kecik je, so aku jadikkan dia bilik stor, bilik iron dan juga tempat sidai baju. Banyak kan fungsi bilik kecik tu. Dan bila dah banyak sangat fungsi, pastilah akan sangat banyak barang kat dalam bilik tu. Banyak, sangat banyak.

Oleh itu, Sabtu lepas aku memanfaat masa yang ada untuk mengenalpasti barang-barang yang tak perlu aku simpan lagi dan boleh nyah kan dari bilik stor tu. Habis aku buang nota-nota lama zaman belajar. Ada yang dah kuning kertas-kertas. Ikutkan macam sayang lah jugak nak buang, kenangan la konon. Tapi bila pikir rasional, simpan pun bukan guna. Kalau katakan nanti ada rezeki sambung belajar pun, tak guna dah kot semua tu. Maka, tetapkan hati dan terus sumbat dalam plastik hitam.

Baju-baju lama yang memang confirm tak kan pakai lagi, semua aku kumpulkan dalam plastik dan hantar ke donation box. Citer pasal donation/charity box ni pun satu hal gak, puas okay carik. 

Bila dah kemas-kemas dan buang mana yang tak perlu, banyak lagi okay ruang yang boleh dimanfaatkan. Mata pun sejuk je memandang. Kalau tak sendiri pun rimas. Dengan atas lantai pun penuh. So bila dah susun elok-elok, baru nampak lantai. Tapi ni tak habis kemas lagi sebenarnya. Tak cukup storage box nak isi barang-barang kat rak sebelah kiri tu. Dan barang-barang kat bahagian paling atas tu aku nak transfer ke balkoni belakang, tapi sebab belakang tu belum kemas lagi, duduk lah kau situ dulu.

giler serabut rak ni dalam gambar 'before' tu. tapi dapat kemas ke keadaan sekarang ni pun aku dah lega. rasa gembira tak terhingga. 

Rak kayu ni beli kat IKEA. RM 99 sebuah. Konon dulu nak sapu syelek dulu, baru nampak exclusive skit rak ni. Tapi tak kuasa dan malas, terus susun segala barang-barang ni atas dia. Dan sampai ke sudah lah tak bersyelek. Tunggu lah nanti kalau tiba-tiba aura rajin muncul dalam diri. Disebabkan pulun mengemas stor ni lah aku akhirnya tertidur kepenatan. Terus ke laut plan nak buat Tiramisu aku.

*oven kecik kat atas tu aku nak letgo je. tapi tak tau nak bagi sape. ada sesiapa yang nak? 18liter, aku bagi free je. asal stor aku kosong.

Empat

Apa nak update dulu ni erk..banyak benda nak citer ni. Huhu..takpe, kita mulakan dulu dengan kisah berpuasa di hari minggu.  Eh Sabtu lepas berjaya bersahur hanya dengan ESP dan kurma. Alhamdullilah, tak lembik di tengahari. Hmm,mmg patut diteruskan. 

Sabtu haritu berbuka sama-sama dengan akak Ekwan kat Bandar Sri Putra. Meriah menu kami. Macam-macam ada. Tapi aku tak bawak apa-apa, walau dah plan nak bawak Tiramisu. Tapi sebab dari pagi hingga pukul 3pm mengemas stor *yang ni citer lain kali* Sudahnya aku ketiduran dan tiadalah tiramisu untuk dibawa ke sesi berbuka puasa kami.

Tapi takde tangan kosong sangat lah, haruslah singgah pasar ramadhan. Tak kan nak bawak perut je kan. Tak bersopan sungguh. Giler meriah Param kat Bdr Sri Putra. Panjang giler gerai dia. Orang pun melambak-lambak. Nak parking pun susah walaupun dah pukul 7pm waktu tu. Seperti biasa, bila terlalu banyak pilihan mulalah tak tau nak beli apa. Sudahnya beli murtabak dan satay je.

Bila masuk rumah, tengok atas meja penuh terhidang pelbagai jenis makanan. Penuh meja. Meja 8 seaters tu, kalau meja kat rumah aku memang takde ruang dah. Pergh..meriah..meriah. Ni dah macam buffet ramadhan. Macam-macam ada. Ketat lah perut kejap lagi.

Menu utama: Laksa Utara, Nasi Berlauk berkonsepkan masakan melayu lama. Ayam goreng, Ikan masak gulai tempoyak, sayur lemak, pucuk ubi, ada cencalok, ada budu.. pilih je nak makan apa 

Pencuci Mulut yang pelbagai. Aku balun kuih lopis tu je. All time favorite kan.

Aku berbuka dengan laksa, sambil suap Eisya, suap mulut sendiri. Eisya sangat berselera makan laksa, semangkuk penuh dia boleh habiskan. Konon nak makan nasik lepas maghrib, lepas terawih. Tapi tengok Ekwan makan macam sedap je, isi lah sepinggan. Nasib baik berjaya kawal tak menambah. Kalau tak merasalah senak jap lagi. Kami terawih kat rumah je. Dan kemudian makan-makan lagi. Eisya pun repeat makan laksa, berselera sungguh dia.

Lepak-lepak, borak-borak. Pukul 11pm baru beransur pulang. Sampai rumah, kemas-kemas apa yang patut, buatkan Eisya susu dan tertidurlah kami anak beranak. Lena sungguh masing-masing tidur, sampai liat nak bangun sahur. 

dapatkah dagu berlapis tu hilang sempena sebelum raya?? kalau teruskan dengan gaya pemakanan begini, jangan haraplah.

12 July 2013

Kedua

Nak tayang gambar makanan boleh?? Tergodakah?? Tak kan.. takde makanan hebat mana pun, masakan simple je tapi cukup mengenyangkan waktu berbuka. Menjimatkan dan pastinya memenuhi selera. Bila tengok FB masing-masing update status kata harga makanan kat pasar ramadhan mahal tapi rasa entah apa-apa, rasa berbaloi sungguh aku berlumba-lumba balik memasak. Alhamdullilah, walau sampai 6.30pm masih sempat nak siapkan juadah berbuka.

Semalam lauk berbuka kami: Asam pedas ikan kembung, sambal petai dan sotong bakar.

Menu utama: Asam Pedas Johor

yang terhidang atas meja semalam.

Menyelerakan sampai aku makan sepinggan nasi penuh. Baru berazam nak makan nasi separuh pinggan je. Pastu esok suku pinggan, tapi macam gagal je misi ni. Argghh..camne nak diet ni. Sahur pun balun nasi. Yelah sayang kan baki lauk tu. Memang ke laut lah konon nak sahur kurma dengan ESP je.

tukang masak *tiru style Kak Filla tayang muka tukang masak*

Resipi asam pedas nak ke? Tak payah lah, korang semua dah terror.

Takpelah bagi can kat perut ngan tekak minggu ni. Next week, diet!! Tapi yang bestnya, baru 2 hari puasa ni pun dah bleh rasa beza bila sarung baju. Sebelum ni rasa sendat sungguh, hari ni sarung kuranglan sikit ketatnya. Memang kena manfaatkan sepenuhnya bulan puasa ni. Jalankan kewajiban sambil lancarkan operasi mengecilkan badan. Malam ni selingkar carik premium beautiful. 

*tak tau nak masak apa petang ni

Kemas Dayu Kemas.

Aura mengemas memang sedang membuak-buak dalam diri ni. Alang-alang nak puasa, nak raya *walau lambat lagi.. sekaligus je* Makin semangat aku kemas rumah. Dan aku mulakan dari dapur. Dapur aku kecik je. Alhamdullilah, masa beli dulu Ekwan suruh owner buat kitchen cabinet siap-siap. Kalau takde kitchen cabinet ni lagi haru dapur ni aku rasa. Barang banyak katanya. Dapur aku dulu memang huru-hara. Siapa yang pernah datng rumah aku tahu lah macamana rupa dia.

Aku kemas slow-slow, sikit-sikit. Aku kagum giler dengan orang yang boleh kemas satu rumah dalam masa sehari. Dalam masa sehari dari bersepah bagaikan dilanggar todak dan kemas ala hotel. Memang aku tabik spring. Aku kemas dapur yang cinonet ni pun berminggu okay. Ke dapur aku yang dah tahap kritikal, tu yang berhari-hari nak kemas? Ye kot *malu* Aku kan dasar pemalas nak kemas rumah, mana boleh sorok, semua aku sorok. Bagus jugak tiba-tiba angin rajin mengemas ni muncul dalam diri. Kemas dan bersih rumah aku.

Dapur cinonet saya.

rasa macam nak ubah balik susunan dalam ni. sebab aku macam tak suka nak himpun kicap, sunquick semua dalam kabinet ni. tengok lah kalau rajin, kalau tak aku sumbat je dalam peti tak pun kat tepi bakul bawang, senang aku nak capai time masak.

bahagian atas memang tak kemas lagi, kekurangan bekas nak simpan keropok ikan tu. Weekend hari tu gi Daiso berkira-kira nak borong bekas lutsinar tu. Memang berbaloilah, RM5 je dapat storage box besar macam tu. Lepas ni aku nak buat kad Daiso lah.  

Gembira sungguh rasa hati tengok barang-barang tersusun rapi dalam kabinet. Asyiklah buka pintu kabinet tu. Rasa bangga berjaya susun barang elok-elok. Dan paling suka bila dah susun macam ni baru sedar banyak lagi ruang rupanya. Terus ligat kepala otak aku nak susun macam-macam kat dalam tu. Tapi yang aku tak suka dengan kabinet ni ialah dia tiada laci. Memang menyampah sungguh aku. Tapi masa beli dulu kabinet bahagian bawah tu memang dah ada. Dia tambahkan bahagian atas je. Tapi syukurlah dari takde langsung kan.

Rak bahagian bawah lupa nak amik gambar, kemudian lah. Lagipun aku macam tak puas hati, ruang tak dimaksimakan penggunaannya. 

*kini dapur adalah ruang kegemaran saya di rumah. selain bilik tidur dan depan TV
*belek katalog IKEA tak sudah-sudah nak beli wall shelf untuk dinding dapur

11 July 2013

Hari pertama

Alhamdullilah, hasrat nak memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk hari pertama berpuasa berjaya direalisasikan. Walaupun merancang untuk pulang seawal jam 4.30pm tidak tercapai, alhamdullilah keadaan trafik petang semalam adalah sangat baik. Tak terlampau sesak. Malah lagi bagus berbanding hari biasa. Ramai yang planned berbuka sekitar kawasan opis kot. 

Keluar dari opis jam 5.15pm dan aku berjaya sampai rumah 5.58pm. Pantas sungguh rasanya.

Terus masuk dapur. Hari ni tak sempat nak google2 resipi, nak pikir menu pun tak sempat. Maka masuk kereta aku terus cakap kat Eisya 'kita buka makan mee sup eh Cha' Aku terpikirkan mee sup sebab tu je kot menu paling pantas boleh disediakan. Ekwan buat muka 'hah, mee sup je ke?' hohoho pakcik tu risau tak kenyang lah tu. Terus aku offer 'awak nak makan nasik gak ke?' Offer macam aku rajin sangat je nak masak 2,3  menu. Tapi Ekwan kata xpe, asalkan sahur makan nasi.

rasmikan periuk baru. beli kat IKEA. stainless steel pertama aku, selama ni pakai periuk cap buaya je, beli kat padang besar. next time nak try guna dengan induction cooker. 

Macamana nak berdiet sambil puasa macam ni. Dah masak untuk dia harus aku bedal sama. Tapi aku nak cuba sahur dengan ESP dan kurma je. Nak tengok mampukah bertahan. Alang-alang dapat kurma free 2 kotak kan. Murah rezeki Ramadhan ni, ramai bersedekah.

Misi nak sahur dengan ESP dan kurma sahaja tak berjaya sebab ada baki semangkuk mee sup lagi. Nak masak apa buka ni?? arini aku banyak masa nak pikir. Macam-macam aku google kang

Carrot

Eisya tidaklah gemar sangat makan sayur. Kalau makan sup, daun sup ada dalam sudu pun dia suruh buang baru dia bagi suap sudu dalam mulut. Kalau bagi nasi ada sayur sekali, kalau time suap dia tak sedar ada sayur, dalam mulut baru sedar ada sayur.. sanggup dia luahkan semula. Pastu selamba tarik tangan aku suruh tadah. Tak senonoh budak ni. 

Tak gemar sungguh dia dengan sayur. Sedangkan dari kecik dah ajar makan sayur.

Tapi Eisya adalah peminat tegar lobak mentah. Kalau yang dah masak, dia tak nak makan. Dia nak makan yang mentah saja. Huhuhu.. dengan selamba dia bukak peti ais, amik carrot pastu hunggis makan depan tv macam makan buah epal. Aku pulak yang naik pelik tengok dia kunyah carrot tu. Rangup je bunyi dia. Penuh berselera pulak tu. Siap offer kat aku lagi. Takpelah Cha, ibu tak berminat.

Bersungguh-sungguh dia unggis carrot tu. Macam makan coklat je sedapnya.

Makan sambil baring celah ketiak abah memang bertambah sedap kot rasa carrot tu

selamba je makan carrot mentah budak ni
*abaikan lah abah dia kat sebelah tu*

Banyak oka dia makan, dari sebatang carrot tu tinggal suku je. Eisya ni macam sepupu-sepupu dia yang kat Sarawak tu gak lah, suka makan carrot. Akak biras aku siap belikan baby carrot untuk anak-anak dia ratah. Mungkin aku jugak kena buat benda yang sama. Sebagai hidangan dia di depan tv. Ok, next groceries kita beli baby carrot eh, tak payah asyik aiskrim, coklat je.

*aku sekarang tengah mengeram ngan budak ni. kejenya gigit puting botol je. gigit sampai kkoyak rabak pulak tu. nasib puting murah je. murah-murah pun daya nak berganti setiap hari. petanda nak kena minum susu tanpa botol ke??

10 July 2013

Cha dan Abah

Aku jumpa gambar ni semalam, tengah-tengah transfer gambar dr handphone Ekwan ke hp aku jumpa gambar ni. Hahaha..comel pulak 2 beranak ni ber'mask gini. Ni mesti waktu jerebu aritu. Mesti baru balik dari taska. Kelakar tengok muka cha dengan mask besar bagak gitu.

Cha dan Abah.

Apsal mata anak aku sepet?? Ikut siapa kah?? Mata aku tak sepet macam ni? Mata abah dia pun tidak. Masa mengandungkan Eisya takde pulak aku layan citer Korea ke apa, layan tidur je adalah. Tak tahulah kenan siapa.

Eisya sedang demam on-off sekarang ni. Makan ubat, hilanglah panas badan dia. Nanti habis ubat, lepas 4,5 jam panas balik. Lagi-lagi waktu malam. Dari hari Sabtu lepas. Dah nak masuk 5 hari. Bila bawak gi klinik, doktor kata maybe sebab virus. Nothing to worry. Bagi ubat demam dan selsema je. Kadang nyampah aku ngan doktor ni tau, semua nyer 'it's ok, nothing to worry' Kalau malam ni demam lagi memang aku bawak gi hospital terus je. Nak suruh check darah, manalah tahu there's something serious actually.

Semalam dia tidur awal, so pagi tadi pun join ibu abah sahur. Dia terjaga sebab aku takde sebelah dia, bangun-bangun je minta susu. Bila offer nak bagi makan ubat, cepat je angguk. Nasib baik Eisya jenis senang makan ubat. Kalau tengah tidur, kecut bangun makan ubat pun, dalam pejam-pejam mata pun dia telan.

*actually nak buat wordless wednesday nyer entry, tapi terus tertaip panjang lebar.


09 July 2013

Persediaan Ramadhan

Lagi 2 hari nak puasa. Penuh Mydin dengan umat manusia, semua berpusu-pusu restock barang basah dalam fridge. Aku pun join sama. Sebab sejak jadik bini ni, bulan puasa kena sediakan lauk untuk sahur dan berbuka. Laki aku jenis kena bangun dan makan waktu sahur. Kalau ikutkan aku, main je dulu siap-siap sebelum tidur. Aku sayang waktu tidur okay. Ekwan jenis yang lagi puas berbuka kat rumah. Simple pun takpe asalkan boleh makan puas-puas dalam keadaan paling selesa kat rumah sendiri.

Tapi sekarang tidaklah, lepas sahur terus siap-siap untuk gi keje. Kalau tak bangun sahur pun, pukul 6am aku memang dah kena bangun dah. Awalkan 45minit lah dari masa biasa. Aku selalu akan masak siap-siap waktu malam sebelum tidur, tak pun panaskan je baki lauk berbuka. Cuma nasi lah kena masak baru. Makan panas-panas baru berselera. Lauk, te.ur dadar dengan sambal tumis pun dah cukup. 

Weekend lepas aku blend bawang dan cili siap-siap. Senang nak masak untuk buka nanti. Kalau semua dah tersedia, rajin sikit aku nak masak. Dah lah sampai cukup-cukup je masanya nanti, selalu sampai rumah dalam 6.30pm. Pagi-pagi sebelum gi keje defrost siap-siap. Balik mesti dah tak keras. Wah..berkobar-kobar nak sambut puasa. Dan aku juga pasang impian, nak gi terawih seberapa kerap yang boleh dan mampu. Masjid sebelah rumah je, tak pergi macam kerugiaan je rasa. Eisya pun dah besar, boleh dah bawak dia rasanya. Tahun lepas bawak sekali je, Alhamdullilah, behave je dia dalam telekung aku (:

Selamat berpuasa semua. Selamat beribadat.

*bulan ni amik WP1, dengan harapan boleh balik jam 4.30pm dan sempat main masak-masak. InsyaAllah.

*nak listkan menu untuk seminggu siap-siap lah. boleh? tapi aku yakin esok mesti aku buka puasa dalam kereta. rakyat Kuala Lumpur  terkejut dengan kehadiran Ramadhan.

08 July 2013

Jangan malukan diri sendiri.

Aku memang kurang amik port video-video yang orang share kat Facebook. Antara sebab malas nak amik tahu adalah nak jimat data. Kalau bukak segala macam video cepatlah nanti data aku sampai limit nanti. Aku memang kedekut, tak kuasa nak reload data 2 kali sebulan. Sekali cukup, jimat. Dah kat rumah, lupa pulak. Sudahnya Ekwan je lah tukang tunjuk dan suruh aku tengok apa-apa video yang tengah kecoh di alam maya dan aku patut tengok.

Dan hari ni dia suruh aku tengok video budak sekolah mengedik janji macam-macam kat pakwe sempena seminggu couple. Ekwan siap parodi kan lagi okay. Dan segeralah aku carik kat youtube. Taip je 'Budak sekolah dah seminggu couple' Terus keluar kat 1st search.

Geleng kepala aku tengok video berdurasi 2.41minit tu. Tapi aku salute jugaklah kat adik ni, memang tahap keyakinan dalam diri dia sangat tinggi. Ingat senang nak ada keberaniaan nak buat video sebegitu rupa. Tahniah dik, bangga akak dengan keyakinan dan kesungguhan adik. Muka dah comel dah. Mata bulat. Suara pun boleh tahan. Tapi..tapi..bila habis je video tu, akak rasa awak memalukan diri sendiri sebenarnya. Malu dik,tergedik-gedik berjanji macam-macam kat pakwe awak tu. Okay, akak mengakulah, memang comel pakwe awak tu. Tapi tak perlu kot nak berjanji sebegitu sekali.

Kalau aku tengok engaged/married couple yang publish video macam ni pun akan terdetik rasa 'alah..gediknya' inikan pulak video budak sekolah, yang belum kenal erti hidup, belum tahu erti sebuah janji tapi dengan penuh berani dan rasa yakin berjanji itu ini. Berjanji untuk bersama selama-lamanya. Huh..bukan nak pandang rendah kat janji-janji dia, tapi percayalah entah-entah 2,3 bulan lagi terkubur semua tu. Janji orang tua yang pastinya lebih boleh pakai pun belum tentu pasti tertunaikan, inikan pulak remaja yang sedang celaru identiti.

Budak-budak ni mudah sangat terpengaruh, tengok orang lain bercinta, dia teringin juga *aku pun dulu macam tu jugak* Tengok orang bercinta, bahagia, dia pun nak merasa sama. Dia tak salah. Tapi keadaan sekeliling mungkin juga sebab dia jadik macam tu. Kepada yang dah sah halal bercinta, mungkin tak perlu sebenanrnya nak tunjuk sangat rasa cinta, bahagia yang sedang anda kecapi. Buat orang jeles. Dan paling teruk kalau buat budak-budak tak cukup umur ni terpengaruh. Parah. Budak-budak ni bukan tahu hakikat sebenar perkahwinan, derang nampak yang indah-indah belaka je. Yang tersirat derang mana tahu, selagi tak merasa, selagi tu tak tahu.

Dan buat adik-adik sekalian, yang tengah belajar kat sekolah, kat universiti.. nak bercinta tu tak salah, tapi sila jangan sampai lupa objektif hidup anda buat masa ini. Capai yang tu dulu. Dah dapat pun jangan terus pikir nak kawin je. Kukuhkan kerjaya dulu, bagi mantap dulu kewangan tu baru pikir nak berumahtangga. Insya Allah, bahagia selamanya. Akak malas nak ulas panjang-panjang. Tapi yang penting jangan malukan diri sendiri. Malu dik.. benda kalau nak tersebar kat alam maya ni, berkurun gak nak lenyap.

*apa perasaan budak ni erk bila tengok video dia tersebar mcm ni?? kalau aku sebulan tak keluar rumah kot.

Berbelanja dengan Kupon

Zaman sekarang memang mudah. Segala-galanya mudah. Nak shopping pun dah senang sekarang, duduk depan komputer pun duit boleh habis sekelip mata. Tak payah nak bersesak-sesak kat Sogo. Ya Allah, Sogo punyalah padat, dah macam pasar malam kalau ada member's sales. Tapi time member's day tu barang memang murah. Baju budak yang selalu RM70++ dapatlah RM40++ je. T-shirt paling best, Seed/Miki RM12 je sehelai, tu yang aku gigihkan diri redah lautan manusia.

Sogo tetap di hati. Tapi aku juga adalah peninjau tegar segala offer/deal yang ditawarkan Groupon, LivingSocial, MilkADeal dan Lazada. Aku memang subscribe dan akan terima email setiap hari pasal promo terkini. Time aku memang in shopping mood, memang aku terjah. Dan selalunya akan melangguk lama, belek setiap promo. Semua rasa menarik, semua rasa nak beli.

Sangat berkenan dengan Spice Rack ini. Dari semalam aku berfikir, nak beli ke tidak. Promosi ada 2 hari je lagi. Tapi memandangkan bekas-bekas rempah kat rumah masih elok, baik aku tengok benda lain.

Yang ni aku dah beli. Aku nak gi rebonding rambut aku. Khas untuk raya. Nak claim kat Ekwan sebab bulan lepas dia kata nak belanja aku buat rambut kan..

sangat sesuai untuk dijadikan sesi riadah bersama rakan-rakan. sambl org massage badan kita, kita menjoyah dengan member sebelah.

Buffet promotion pun menarik. Nak puasa ni sesuailah menjengah mana-mana offer. Masuk restoran hotel bawak kupon apa salahnya. Aku pernah beli kupon Flaming Steamboat. Dan 2 hari lepas beli kupon kat LivignSocial untuk buffet dinner kat Art Kitchen, Empire Hotel. Sama je apa yang kita makan, cuma murah sikit berbanding kalau walk-in. Jangan risau, orang lain pun kebanyakkannya bawak kupon.

Banyak sebenarnya company yang buat offer macam ni, kadang item tu ada kat setiap website tu. Kalau nak membeli dengan lebih berbaloi, rajin-rajinlah jengah setiap website. Adakala kat groupon mahal, tapi kat LivignSocial murah. Dan adakalanya kalau beli kat luar lagi murah. Tapi aku tetap merasakan beli online ni lagi efisen. Kalau pikirkan masa, tenaga, duit minyak segala, memang berbaloi beli online je. Lagi-lagi kalau beza setakat RM5-10. 

*kalau lah IKEA buat jualan atas talian, mesti aku antara pembeli tegar.

05 July 2013

Jatuh Berdebuk

Pagi Ahad lepas masa kat kampung, Eisya jatuh. Jatuh berdentum, kepala terhantuk direct kat lantai. Memang kuat bunyinya, budak tu pun menangis bagai nak rak. Tapi aku geram gak sebab dia yang tak dengar kata, puas dah pesan jangan lari, lantai licin sebab baru lepas lap. Dia pulak baru lepas mandi, kaki basah-basah berlari. Hah.. amik.. jatuh bedebuk.

Aku gosok-gosok dan tiup. Rasa tak bengkak, dan Eisya pun dah berhenti menangis. Aku assume okay dah lah. Lepas dah siapkan dia, aku bagi minum susu. Dia okay je cuma diam, orang ajak main pun dia diam je, melepek kat aku. Ada rasa sakit lagi kot. Lepas minum susu, dia tetap nak berpeluk dengan aku dan Ekwan. Tak nak lepas sampai tertidur dalam pangkuan aku. Dia tidur aku baringkan lah atas sofa. Tak lama pun dia tidur, aku gi dapur je kejap nak basuh botol, dia dah jaga.

Ekwan yang gi tengok dia dan terus aku dengar 'yang, Cha muntah'

tidur dalam kesakitan mungkin

Argghhh sudah.. berlari aku gi kat dia. Budak tu dah menangis bagaikan apa je. Dengan tak mandinya, aku dan Ekwan bawak dia ke klinik. Sampai betul-betul depan klinik dia muntah lagi. Lembik dah budak tu. Cemas kejap aku. Dalam klinik ada 3,4 orang menunggu. Ikut rasa hati nak je aku minta laluan khas. Tapi sebab Eisya dah tertidur semula, aku sabarkan lah diri tunggu giliran.

Sambil tu aku tanya kat Ekwan, apa je doktor ni boleh buat. Apa dia akan check.. bukannya boleh x-ray ke apa kat klinik ni. Tapi Ekwan kata dengar je lah apa opinion doktor ni dulu. Baiklah..

Doktor just examine Eisya dari luaran. Disebabkan Eisya tidak pengsan selepas jatuh, dan hanya muntah-muntah doktor tu kata dia normal, nothing to worry. Tapi tetap kena observed dalam tempoh 24jam. Tak boleh bagi dia tidur lebih 3 jam. Kalau bangun tidur dia macam tak sedar diri, tak kenal siapa aku, siapa Ekwan sila bawak ke hospital terus. Macam kritikal je bunyinya. Aku macam tak puas hati 'tak kan dah sampai tahap macam tu baru nak gi hospital doktor, in the while takde apa ke boleh buat?' Doktor tu kata dengan keadaan Eisya masa tu (yang masih boleh respon dengan pertanyaan, masih boleh tunjuk kat mana dia sakit) Insya Allah dia takde apa-apa. Dia muntah-muntah sebab gegaran dan sebab dia sakit. Yelah dah jatuh kan. 

Doktor tu pesan, lain kali kalau jadik lagi (minta lah dijauhkan) terus tuam dengan ais, bagi bengkak surut dan elakkan darah beku.

Petang tu bila sampai KL, bangun tidur dia dah bermain semula. Walau tak aktif, tengok dia main macam biasa, nak makan semua. Alhamdullilah, oklah tu maknanya. Cuak ok bila anak jadik gini. Nasib muntah-muntah je. Tapia da bagusnya sekali dia jatuh macam tu, senang aku nak kawal dia sekarang. Lepas mandi memang dia diri je depan bilik air, tunggu aku lap baru dia berlari ke depan TV. Kalau tak dulu, basah-basah dia melompat atas sofa. Pastu kalau dia memanjat-manjat je terus aku kata 'Eisya turun..jatuh nanti, muntah kang..' Terus dia turun. Tahu takut.

*Eisya jatuh muntah pun aku dah cuak, camne ada mak yang sanggup dera anak sendiri. confuse.

04 July 2013

Contest Drypers: How has your baby changed you???

Lama tak join mana-mana contest. Takde mood, dan kurang minat. Tapi bila kat sidebar blog ni muncul satu contest berkaitan ibu dan anak. Contest submit-submit gambar, terus aku klik. Achik suka bab-bab ni. Contest pasal diapers lak tu. Alahaii..sesuai sungguh. Terus datang semangat tau. Jadik makin bersemangat bila tengok tang hadiah yang ditawarkan. Menarik. 

Cukup menarik untuk dicuba kan. 

Tak dapat RM12,000 tu pun tak kesah, dapat supply pampers pun aku suka dah. Tapi Eisya tak pakai diapers dah. Takpe, tahulah aku mana nak salurkan.

Contest-contest online memang mudah. Kalau tak join macam merugikan. Bukan susah pun, klik kat 'Sign up' dan taip isi maklumat yang diperlukan. Pastu pilih gambar yang terbaik untuk dipertaruhkan dan mulalah meng'kreatifkan diri anda dalam mereka ayat. Alah, korang semua terror bab ni. Aku tahu. Kalau yang suka sangat amik video, pun boleh jugak. Mesti lagi best. Orang old school macam aku ni tetap dengan gambar dan kata-kata. Belum terfikir lagi nak rekod-rekod video.

aku dah submit. gambar kat header menjadi pilihan sbb tu je yang terbaik ada dalam pc.yang lain-lain tak semenggah (:

Takde kena meraih undi. Tu yang paling best. Tapi kalau boleh komen dan share ke FB. Untuk tujuan promosi lah tu. Tolong promote. So tunggu apa lagi ibu-ibu sekalian, joinlah. Tak sampai 5 minit pun. Sila jengah kat website ni: http://www.changes.drypersmalaysia.com/#top

Aku rasa nak submit sekeping lagi lah, boleh ke erk??


Laci di pejabat

Sekarang kan semangat adalah sangat berkobar-kobar untuk menyusun dan atur segala benda kat sekeliling aku ni. Dan disebabkan dalam seminggu masa lebih banyak dihabiskan di pejabat, aku banyak mulakan dengan barang-barang kat opis. Dan aku mulakan dengan laci kat bawah meja ni. 3 tingkat dan harus dimanfaatkan sepenuhnya. 

Dulu sangat serabut je. Serabut sebab aku main humban semua benda dalam tu. Atas meja penuh, dalam laci pun penuh. Memang super unorganized aku ni.

Bila dapat kesedaran, terus aku carik segala sumber percuma yang ada kat opis ni untuk susun elok-elok laci aku tu. Ingat nak bawak cutlery tray IKEA dari rumah, tapi sebab semangat membuak-buak tak sabar nak tengok laci tersusun rapi. Aku balun je apa yang ada kat opis ni. Dan yang melambak-lambak kat opis ni hanyalah kotak A4. Manfaatkan lah.

dan inilah hasilnya. asal ada namanya ni.

penuh dengan segala makanan.

Tiba-tiba rasa macam nak 5S kan bilik aku ni sepenuhnya. Tapi masa macam tak mengizinkan je. Takpe, marilah siapkan keje segera dan boleh mulakan operasi buat tag. Banyak barang nak kena label kat rumah tu. Eh, opis aku tak nak buat pertandingan laci terbaik ke? Kalau ada aku nak upgrade laci aku ni. Over. Dulu masa kat opis lama, penat AJK pesan suruh kemas, suruh susun kau buat tak tahu je. Sekarang terlebih rajin pulak.

Inilah namanya anjakan paradigma *peace*

*aku dah berjaya kemas kabinet dapur aku (bahagian bawah). tak sia-sia cuti Selasa lepas. Puas sungguh rasa hati. weekend ni kena kemas bahagian atas dan balkoni belakang. 


03 July 2013

Ruang bekerja.

Tak pernah lagi aku share workstation aku selepas berpindah opis ni kan. Tak pernah nak share sebab sebelum ni aku macam takde masa ok, sangat busy. Tapi lately ni ada peluang sikit lepas 1 projek dah tender, adalah skit ruang untuk aku meneroka alam maya. Hadap balik blog yang lama terabai. Dan tiba-tiba macam kekurangan idea, apa nak merapu kat blog ni.

Dan terfikir nak share ruang kerja sendiri.

Aku berkongsi sebuah bilik yang di khususkan untuk pegawai atasan dengan seorang lagi pegawai yang hanya menurut perintah. Maka ruang memang agak terhad, tapi aku tak kesah. Dapat duduk dalam bilik adalah jauh lebih baik daripada kena duduk kat luar, kat partition sahaja. Dapat duduk dalam bilik banyak sikit privacy, walaupun berkongsi bilik. Lagipun takdelah bosan sangat, ada teman nak borak time bosan-bosan. Nak discuss apa-apa pun senang, takde idea nak karang surat, boleh minta idea org depan.

Jauh berza dengan tempat keje lama. Ibarat dari penthouse terus downgrade ke umah flat kot. Hahaha, tapi aku tak peduli pun. Asal kemudahan aku nak buat keje tersedia, aku puas hati dah. Kali ni lagi best,  ada printer sendiri. Color printer je sharing. Tak jauh pun, kat pintu bilik je pun.

Bilik yang dikongsi bersama. Bape sqft aku tak tahu.

ruang untuk diri sendiri bekerja. agak sempit tapi cukup selesa untuk jalankan tanggungjawab yang diberi. Chewahh...

Denga ruang yang agak terhad memang aku kena pastikan barang-barang aku tersusun. Apa yang perlu je boleh ada atas meja. Dah siap kena letak semula tempat dia. Kalau tak memang takde ruang dah meja aku. Nasib baik ada rak besi ni. Senang aku letak semua benda berkaitan ikut projek. Takdelah huru-hara aku carik dokumen. Sebelum ni kena share rak dengan member dalam bilik ni, so aku banyak simpan dokumen dalam kotak letak bawah meja, kesian kan. Tu bila dapat rak baru, aku guna semua ruang. Balas dendam.

rak besi yang dimanfaatkan sepenuhnya. rasa nak bawak balik rak ni letak kat rumah.

ni dah kemas ni. kalau tak huru-hara. penuh dengan dokumen kontrak je atas meja tu.

Perabot kat opis ni banyak perabot lama. Nama pun opis lama. So memang macam kesianlah kan. Tapi gunakan je lah apa yang dah tersedia. Jangan nak demand sangat okay. Nak bilik besar-besar tunggu dah jadik bos nanti. Time hanya bergelar orang suruhan ni, terima je apa yang dah disediakan.