27 November 2012

Tips: Cara Mudah Beli tiket murah/promo Air Asia

Mula-mula macam tak nak share tips ni sebab nanti kalau aku bagitau kaedah yang aku guna selama ni untuk rebut tiket murah AirAsia dengan korang, makin nipislah peluang aku nak dapat tiket proma Air Asia nanti. Tapi nasib baik, sisi baik aku segera muncul dan bisik kat aku 'tak ke mana kalau kau kedekut dayu, kongsi lah segala maklumat dan pengetahuan yang kau ada' Dan terus aku insaf dan draft entry ni. Betul jugak, ni kan rezeki masing-masing. Kalau dah memang takde rezeki aku nak dapat tiket RM 0.10 yang Air Asia offer, guna teknik apa pun tetap melepas.

Dulu aku pun tak tahu pasal ni. Aku tahu pun sebab member ajar. Kalau orang boleh share ngan aku, kenapa aku nak kedekut lak kan.

Sekarang kan sedang berlangsung penjualan tiket promosi AirAsia. Tiket RM0.11 je kau. Dulu aku dah berjaya grab tiket harga RM0.10. Pergi Phuket, untuk 3 orang RM200++ je pergi balik. Memang sangat berbaloi. Kali pertama aku menceburkan diri dengan AirAsia masa nak gi honeymoon ke Langkawi, dapat tiket RM10. Pergi balik RM80++ je. Tapi sekarang aku rasa, takdelah murah mana tiket AirAsia ni walaupun promo sempena birthday lah, anniversary lah. Murah still murah tapi tak semurah dulu. Aku panggil promo AirAsia ni 'Promo Tak Ikhlas' Hahaha.. Tapi boleh lah lagi nak membeli. Lagi-lagi kalau kau jenis boleh cuti sesuka hati tengah-tengah minggu. Sebab tiket harga promosi ni selalu untuk flight hari Rabu, Khamis. Hujung-hujung minggu jangan harap.

Macamana nak check atau dapatkan tiket Air Asia yang berharga promosi dengan mudah dan segera??


Bukak website fleapy.com. 

Sangat membantu ok website ni. Terima kasih kepada yang mencipta. Bagus. Fleapy, Find the cheapest Air Asia Flight Fare. Keje korang akan sangat mudah dengan kemudahan yang tersedia kat website ni. Masukkan je destinasi pilihan, dan tekan butang 'Search' tu. Biarkan dia bekerja seketika dan 'Taadaaa!!!' Keluarlah list untuk sepanjang tahun.

List harga untuk penerbangan sepanjang tahun dipaparkan untuk anda membuat pilihan. Sila pilih yang paling murah. Tu pun tujuannya kan.


Dan silalah pilih ikut peruntukan yang disediakan. 

Dah siap pilih tawaran yang terbaik, tekan la 'Book Flight' tu dan anda akan dihantar ke website AirAsia untuk proses selanjutnya. TQ

Harga yang dia bagi ni adalah all-in-fare nyer harga ye. Tapi proses booking tetap di website AirAsia lah. Nak tambah luggage, insuran, makan semua. Tapi at least, dengan Fleapy ni, proses pencarian adalah dijimatkan. Tak payah nak mengagau search dari tarikh ke tarikh. Sangat banyak advantages kat situ ye. Sementara orang lain sedang sibuk usha-usha tarikh, kita dah jumpa dah deals yang terbaik. Tak ke best tu.
Peluang yang lebih besar untuk kita di depan mata. Sangat best website ni bagi aku. Memang aku suka sungguh.

Khabarnya ada 2 lagi promosi dari AirAsia sebelum hujung tahun ni. Nanti bolehlah cuba ye.

*ni entry ni aku buat masa promo AirAsia dah berlangsung selama 3 hari. haruslah yang harga RM0.11 tu dah takde. lagi-lagi ke Bandung ni. kalau ke Langkawi ada lagi.
* keinginan nak ke bandung meluap-luap, tp nantilah. dalam malaysia pun tak habis jalan lagi

Idaman

Cepatlah bulan 12, achik tak sabar ni. Dah tahap menghitung hari.

Tak sabar sebab, bulan 12 ni dapat duit kutu. Dapat jugak bonus. Alhamdullilah, rezeki. Tapi bonus penjawat awam takde lah meriah macam bonus awak-awak yang kat sektor swasta sana. Tapi jadiklah dari takde langsung. Tapi yang sikit tu amatlah bermakna. Keinginan kan bermacam jenis, bila ada pertambahan walau sedikit kepada sumber kewangan, mulalah otak ligat. Macam-macam list keluar. Mulalah terfikir 'nak itu, nak ini' Kelaurlah macam-macam wishlist.

Sebagai seorang perempuan yang normal, aku ada macam-macam wishlist ni.

Ini salah satu. Untuk melengkapkan proses make over bilik anakanda tercinta. Ni kalau tunjuk kat laki aku ni memang kena jeling ni. Tapi mata aku dah serabut ok memerhati permainan Eisya yang melambak tu. Toys dia perlukan rumah.

Aku jugak menyimpan impian nak mengecat rumah. Tapi Ekwan kata nanti dulu, tak kritikal lagi dia kata. Tapi ni bukan masalah kritikal ke tidak. Dah 2 tahun dah duduk hadap color yang sama. Macam dah bosan. Nak tukar color. Nak try color light purple/violet. Macam berkenan sangat. Tak dapat untuk seluruh rumah, untuk bilik pun jadiklah. Tapi disebabkan leceh nak cat rumah, nak kena susunatur balik barang semua.. Okay, keinginan yang ni boleh kasik tangguh. Kemudian pun takpe.

Aku jugak ingin sangat memiliki alat senam kat rumah. Ini penting supaya aku tak makin lama makin mengembang. Ohhh, yang ini memang akan aku pastikan aku miliki sebelum hujung tahun. Duit kutu, sila datang kepada saya segera. Aku nak cross trainer. Nak!! Weekend ni kalau takde apa-apa, kena gi carik. Punyalah semangat kan, sampat tak boleh tangguh-tangguh. Nak beli treadmill tak mampu, mahal bebenor. Cross trainer pun jadik lah. Ada member aku beli RM700. Boleh lah.. *habis duit kutu aku* 

Semoga dapat badan selim macam pompuan dalam gmbar di aats.

Kalau ikutkan macam-macam lagi aku teringin. Teringin nak shopping kasut untuk Cha, nak beli itu, nak beli ini. Perasaan macam gaji beribu. Bonus berbulan-bulan. Hakikatnya??? Okay, sedar diri. Nak dapat semua sekaligus memang mustahil lah kan. Boleh, tapi lepas tu makan maggi, tak pun makan nasik dengan telur je. Memang lagi afdal kalau aku simpan duit tu. Tapi bila fikir self reward, marilah berbelanja secara berhemah.

*bila laki aku bonus hah??

26 November 2012

Yeay, akhirnya dapat sebiji

Ye.. dah lama aku ngidam benda ni. Bukan untuk aku pun, untuk Eisya sebenarnya. Budak tu pun tak tahu apa, tak rasa pun dia perlukan benda ni. Tapi seperti biasa lah, mak memang sentiasa over. Menyediakan keperluan anak kan tanggungjawab mak. Hah, amik kau statement. *ini ayat mempertahankan diri namanya*

Apa yang idamkan sangat?? Tak lain dan tak bukan, Trunki Bag.

Dari Eisya infant aku teringin nak beli bag ni untuk dia. Maka, tak payahlah aku berkongsi bag dengan dia setiap kali meninggalkan rumah berhari-hari. Sebab selalunya, barang aku je dah penuh satu bag. Achik memang tak paham-paham macamana nak travel light. Kalau boleh satu almari achik nak bawak. Pastu nanti laki achik mengeram je. Sebab yang keje mengangkutnya dia, achik lenggang kangkung je ngan anak dara tu. Minta ampun ye. Tapi tu lah, bila bag dah penuh dengan barang sendiri, mana nak letak barang Eisya. Nak tak nak sumbat je selagi boleh.. Dan selalunya bag aku akan overweight. Dan merasalah bayar surcaj. Aku perlukan 1 bag khas untuk Eisya, so kalau travel by air, Eisya akan ada hand carry item dia sendiri.

Dan Trunki Bag yang comel ni pastilah jadik pilihan.


Masa mula-mula aku carik bag ni, rata-rata jual sampai RM200++ Perggh, giler melampau mahalnya. Haruslah aku menahan diri. Berkenan macam mana pun, macam tak mungkin aku laburkan duit sebanyak tu untuk sebiji bag. Lama-lama macam dah terlupa, tapi keinginan tetap ada. Dan 2,3 bulan lepas jumpa 1 blog jual RM150 termasuk postage, mengelupur aku. Terus hantar email, nak order sebijik. Excited macam apa je gayanya. Rasa dah murah sangat dah tu. Siap buat hebahan umum kat FB, kat twitter suruh kawan-kawan lain yang sama mengidam gi beli sebijik.

Tiba-tiba ada sorang member tweet, bagi link jual trunki bag ni pada harga yang lagi murah. RM99 je. Apa lagi, makin mengelupur lah aku. Terus beli voucher tu. Dan terus cancel order terdahulu. Yes!! Akhirnya aku ada Trunki Bag sebijik. Over, macam bag tu aku yang akan guna.

Aku beli bag ni dari LivingSocial. Dia macam MilkADeal, Groupon tu lah. Konsep yang sama. Beli voucher pastu redeem. Opis dia kat Boulevard MidValley. Aku beli voucher ni lama dah, dari bulan September lagi kot. Tapi sebab hanya boleh redeem lepas 26 Oktober 2012, memang menghitung hari je lah aku nak gi kutip bag ni. Bila tiba masanya, puaslah aku pujuk Ekwan untuk gi amik bag ni kat opis LivingSocial tu. Nasib baik laki aku ni memang rajin layan kerenah bini dia ni. Terujanya aku bila bag ni dah ada depan mata. Esiya pun suka. Dapat-dapat kat dia, tak nak lepas dah. Beriya dia tarik bag tu. Dari lif sampai ke parking. Rasa berbaloi kuarkan duit.



Bag ni masih belum dirasmikan lagi. Jadi bahan permainan Eisya buat masa ini. Issk, bila nak gi jalan-jalan ni? Achik tak sabar nak try ni.

*hah, LivingSocial tgh jual voucher Trunki Bag ni sekarang. apa lagi, gi lah terjah

23 November 2012

Pengarang jantung ibu.

Eisya berumur 2 tahun 7 bulan kini. Anak aku dah jadik seorang yang garang. Tak kena je, dia akan buat muka, kerut kan dahi dan cekak pinggang sambil kata 'eh!! jangan lah' Ini semua pasti dia serap kat nursery tak pun aku yang selalu jangan 'jangan lah ... Eisya' Iye, aku kerap sangat guna perkataan jangan kat dia. Aku tahu tak elok, kena guna ayat lain yang membawa maksud yang sama. Tapi tak mampu nak positif setiap masa, tak terkejar dengan akal dia. Banyak bebenor kerenah dia.

Dan 2,3 minggu ni, keluar lagi satu perangai yang sangat-sangat menguji kesabaran aku. Ok, bukan aku sorang je. Abah dia yang selalunya boleh bertahan dan bersabar dengan perangai dia pun dah hilang sabar dibuatnya. Kami tak boleh terima bila dia mengamuk-ngamuk, seboleh-bolehnya tak nak masuk bilik air kalau dah membuang. Pampers dah penuh, bau dah semerbak. Tapi dia buat rileks je duduk depan tv. Bila kita ajak masuk bilik air, selamba jawab 'tak nak' Tak kan nak biarkan, tak pasal-pasal bontot merah kan.. Terpaksalah paksa. Dan mulalah drama yang tak sanggup nak dihadapi. Mak aku tengok aritu masa kat kampung pun pening kepala. Meraung-raung kalau diangkut masuk bilik air, pastu tak bagi kita buang pampers kotor dia. Pernah sekali tu, berlari dia gi kutip balik pampers yang penuh dengan t*** yang aku dah buang dalam tong sampah, pastu peluk. Perrghhh!! Menyirap betul aku.

Dan situasi ini berulang setiap kali dia membuang. Aku adakalnya hilang sabar.

Merasalah dia kena denda. Rasa macam 'alahai kesiannya, tak patut aku buat macam ni kat dia' Tapi apakan daya, rasa geram menyelubungi diri. Rasa macam selama ni terlebih manjakan dia. Ikut je apa kehendak dia, sampai dia jadik tak dengar kata. Selalu bila dia dah menangis-nangis, seboleh-bolehnya nak jugak simpan hasil buangan dia, tak benarkan aku basuh, aku akan biarkan dia sorang-sorang dalam bilik. Tutup pintu. Degil sangat kan, hah duduk situ sorang-sorang. Tak nak dengar cakap ibu, jangan kawan dengan ibu. Itulah yang selalu aku buat. Adakalanya nanti dia yang akan datang sendiri kat aku. Pastu aku pujuklah dia, peluk, cium. Lepas tu dengarlah kata, elok je ikut aku masuk bilik air. Tapi kadang-kadang failed jugak. Stress.

Anak korang ada buat perangai macam ni??

Keletihan. Bila dia dah tidur, sayu lak rasa hati tadi marah-marah dia. 

Ketaksuban Eisya terhadap TV adalah kronik. Aku sampai tak merasa nak tengok TV. Sampai je rumah, TV on je terus bukak channel kartun dia. Sampai lah dia tidur, hadaplah channel Cbeebies, Nick Jr tu. Jangan harap dapat tukar channel. Kalau tukar gak, silalah saksikan dia mengamuk. Geram. Penat bergaduh dengan anak. Dah lah selalu kalah. Paling tambah geram bila dia kartun yang dia nak tu takde. Mengamuk-ngamuk balik remote control. Ingat aku yang saja tak kasik dia tengok kartun tu, sedangkan memang takde. Arrgghh!! Tolong..tolong, ibu stress.

Aku dah tahap nak beli TV lain je dah ni. Kritikal kan..

Adakalanya memang ringan je tangan ni. Sebaik boleh aku berusaha, sabarkan diri. Ingatkan diri, dia budak lagi. Tak paham apa lagi, memang macam tu lah perangai budak-budak. Jadik mak memang perlukan kesabaran tahap tertinggi. Dan rasanya bila takde kesabaran, tu yang muncul kes budak kena dera dengan mak bapak sendiri. Maka Eisya, tolognlah beri kerjasama, tolong jangan asyik nak mengamuk je. Tolonglah dengar kata ibu ngan abah ye sayang.

Ke ibu ngan abah patut bagi awak adik sorang, baru awak tak overdose manja??

Anak ibu yang adakalanya akan jadik sangat adorable. Dan adakalanya akan jadik sangat menguji kesabaran. Walai bagaimanapun, awak tetap kesayangan ibu. Sepenuh hati. Sebab lepas mengamuk, selalunya awak pandai amik hati. 


**Aku ternanti-nanti bilalah dia nak panggil aku 'IBU' Takkan nak panggil aku 'ABU' selama-lamanya.

20 November 2012

Puteri Harbour Family Theme Park

Atau lebih dikenali sebagai Hello Kitty Town. Tapi tak aci lah kalau panggil Hello Kitty Town je sebab kat level 2 ngan 3 ada Bob The Builders ngan Thomas & Friends. (The Little Big Club) Tapi sebab Hello Kitty Town tu besar bagak, macam extra best.. Orang panggil je lah Hello Kitty Town.

Tempat ni dah lama bukak sebenarnya, tapi aku baru je tahu kewujudan tempat ni. Dari Oktober hari tu tak silap. Tu pun secara tak sengaja ternampak orang check-in kat foursquare. Terus aku google. Kebetulan nak balik JB, bolehlah buat mengisi masa cuti. Tempat ni terletak kat Puteri Harbour, Nusajaya, Johor. Dekat-dekat Legoland jugak. Legoland ke kanan, Puteri Harour ke kiri. Tapi sebagai orang JB yang dah agak lama meninggalkan JB. Kalau balik pun lebih banyak duduk melepek kat rumah, aku tetap guna khidmat GPS untuk ke Puteri Harbour.

Ini adalah Indoor Theme Park, maka jangan risau hal cuaca. Kat luar hujan, panas terik korang tetap boleh bergelak sakan kat dalam tu. Kalau Legoland memang aku tunggu pokok besar dulu lah baru gi. Achik tak tahan panas terik (:

Harga Bayaran Masuk: Korang boleh pilih sama ada nak masuk Hello Kitty Town sahaja atau nak masuk both park. Kalau single park RM50 je untuk warganegara. Kalau nak masuk semua, RM85. Aku pilih both park. Alang-alang beza RM15 je. Lagipun Eisya free. Ye, kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma. Tapi berbaloi sebab mostly semua game dia boleh main.

Pintu Masuk ke Hello Kitty Town: budak kecik tu dah tak menyabar

Dan aku cadangkan amik lah semua park, baru puas hati. Lagipun Hello Kitty Town tu lebih untuk budak perempuan, kalau bawak anak laki derang akan lagi enjoy kat level 2 ngan 3. Kat level 2 ada Barney, Pingu, Ballerina ngan Bob The Builders. Banyak playland. Super seronok Eisya main sampai tak pedulikan aku ngan Ekwan langsung. Mula-mula je, pastu pandai dia bawak diri. Selamba dia kuar masuk playland, panjat sana, panjat sini. Tahu-tahu dah mengelungsur. Eisya memang kelihatan sungguh gembira. Tak duduk diam. Berlari sana sini. Semua benda dia nak main. Rasa berbaloi bawak dia gi sini.

Kitty's Dream House: Masuk-masuk terus posing kat sofa ni. Masuk je "comelnya.. lawanya"

Family Potrait.

Kat sini derang ada sediakan perkhidmatan amik gambar, kat setiap tempat ada je photographer theme park ni. Tapi yang best, derang dengan sukarelanya akan offer untuk tolong amikkan gamabr kita. Sangat memahami. Bagus. Achik suka. Takdelah bila dah sediakan khidmat photagrafi tak boleh amik gambar pakai kamera sendiri. Memang orang mengamuk. Biasalah, gambar yang derang printkan haruslah mahal, RM30 sekeping kau. Tak kuasa. Membazir je laki achik beli DSLR mahal-mahal.

Hah, sila jangan lupa bawak flash je datang sini sebab pencahayaan sangat tak best tanpa flash. Nanti jadik macam gambar achik semua over exposure sebab laki achik tak bawak flash time ni.

masih di dalam Kitty's dream house: bagi anak feeling main piano.

achik nak dapur comel, cute, berkilau macam ni

Gambar kegemaran kali ini.

Kat Hello Kitty Town ni ada banyak aktiviti rooms. Masa sampai jangan lupa untuk amik jadual aktiviti dan rujuk map town tu. Ada bilik untuk Jewellery Making, Nails Saloon, Custome Play, biscuit decorations. Best. Kena masuk semua bilik. So kalau pergi time cuti, orang sangat ramai dan queue sangat panjang. Anak pun tak berapa nak duduk diam.So aku masuk semua ni petang-petang sikit, tapi tetap gak panjang beraturnya. Seronok sebab mak bapak yg lebih sebenarnya. Aku nasihatkan masuk benda ni awal, jangan tunggu petang sebab nanti loket nak buat rantai tu yang lawa-lawa habis.

Nail Saloon: bapak cat tangan anak. 

Jewellery Making: Rantai yang dihasilkan.

Kat Level 2 ni banyak playland. Eisya lepak lama giler dalam Bob The Builders punya kawasan. Seronok budak tu main soft block. Kat rumah main block kecik-kecik, kat sini merasa blok besar separuh badan, sukalah dia. Dapat buat rumah betul lak tu. Mahu tak seronok. Ada jugak tempat untuk belajar menari, berangan jadik ballerina. Aku teringin nak cuba tapi macam mengarut je lak, maka dah jangan nak malukan laki sendiri. Kat level ni ada Barney show. So pastikan anda berada di depan stage time Barney keluar.

Di pintu: The Little Big Club

susun...susun lah sesuka hati kamu. tapi kesian Esiya, beriya aku tolong dia susun pastu ada budak datang dari luar lari laju-laju rempuh block tu. nasib baik anak aku bantai gelak kena timbus ngan block tu.

bosan kena sabotaj, dia tolong orang je lah.

Bob the Builders

nasib baik Eisya sporting nak pakai tutu, telinga tikus tu semua. 

Ballerina ibu.

Angelina the Ballerina

Kat level 3 khas untuk Thomas & Friends. Kat atas ni lagi best, ada macam-macam rides. Ada trains, helicopter, bumper car.. budak laki mesti suka. Tapi Eisya kan semua benda dia balun. Bumper car je dia tak main sebab tak cukup ketinggian. Bapak dia nak main sorang-sorang jangan harap.

kat entrance Little Big Club: Mak dengan anak sama naik. standard lah dulu kecik-kecik mak budak ni tak merasa semua ni

bapak budak ni control teruja. eleh, sebenarnya excited gak. cover je tu.

Eisya paling suka main helicopter ni. Pastu suruh naik kan tinggi-tinggi. Mula-mula naik ngan ibu, pastu abah lak. Ikutkan x puas lagi, tapi ibu malas dah nak main.

Naik keretapi Thomas sampai 2,3 round.

Naik kincir air.. aku yang terlebih gayat bila benda ni berhenti kat atas. Eisya rileks je, siap boleh lambai-lambai abah dia lagi. Lain kali naik ngan abah.. ibu amik gambar.

Bab makan kat sini memang seksa sikit kot. Sebab kalau tak silap aku ada 3 cafe je kat sini. 1 kat entrance, Little Bow Cafe tu, 1 dalam Hello Kitty Town dan 1 lagi kat tingkat 3. Dan yang jual heavy meals, yang kat tingkat 3 ni je lah. Bayangkan lah camne panjang orang beratur nak beli makanan. Lagi-lagi time cuti macam time aku pergi hari tu. Sejam okay Ekwan beratur. Dah lah tengah lapar. Kesian anak aku, beriya dia minta air bila tengok air orang sebelah.  Nasib baik sedap. Maka, silalah jangan lupa bawak bekalan makanan seperti biskut/nugget/roti dan air untuk anak-anak anda. Untuk anda pun boleh jugak. Pandai-pandai lah seludup bawak masuk.

Bagi aku, berbaloi lah bawak anak gi tempat ni. Sebab mak bapak pun boleh main sama. Dan lagi sesuai kalau pergi bukan time cuti umum, kurang sikit orang. Takde lah kena beratur panjang nak main semua benda. Dan sila datang awal, dia bukak je serbu. Baru tak berebut-rebut nak main.

Selamat melawat!! Untuk lebih gambar, sila rujuk FB achik ye. TQ

*Johor sekarang sangat best. nanti Laguna Mersing dah siap, mesti lagi best. jom beli tanah kat Mersing sekarang!!
* hajat nak ke Legoland kita tangguh sampai pokok-pokok dah merimbun. alasan.. kata je lah mahal, x mampu

14 November 2012

Chicken pox!!!

2 minggu lepas aku kena demam campak atau nama lainnya, chicken pox. Ya Allah, giler hazab kena time dah tua bangka ni. Dah lah dah lama tak sakit, tak demam, sekali kena tahap maksima macam ni. Memang rasa insaf sekejap. Mungkin aku berjangkit dari Eisya. Bukan mungkin, memang iye. Waktu dia baik tu aku macam terlupa segala pesanan yang berbunyi "chicken pox ni lagi senang berjangkit time nak baik tu, time nak terkopek-kopek' Serius aku lupa. Dengan selamba aku tidur sekatil dengan Eisya, peluk-peluk. Tolong kopek kuping-kuping chicken pox dia, pastu lupa nak sanitize tangan. Memang haruslah berjangkit kat aku.

Aku demam banyak hari sebelum bintik-bintik chicken pox keluar secara berleluasa. Mulanya ingat demam sebab main paintball dalam hujan. Pastu sakit-sakit badan sebab kena tembak. Mengigil-gigil aku tidur malam, orang lain rileks je. Aku siap selimut 2 lapis. Bila bangun esoknya, tengok ada 2,3 bijik merah dah tumbuh bawah leher. Tapi siang-siang segar pulak aku. Siap aktif lagi, terlompat-lompat bersukaneka masa family day *family day citer lain entry lah* Siap pasang niat nak flying fox lagi, nasib baik hujan. Kalau tak memang bergilir lah aku ngan Ekwan berflying fox.

Malam je demam, siap sakit-sakit badan. Ekwan picit lengan pun aku dah menjerit sakit. Aku dah risau kalau denggi. Tapi bila balik rumah, dah minum air kelapa 2 bijik. Lepas demam sepanjang hari, terus bintik penuh serata badan. Takut aku tengok badan dengan muka sendiri. Sahlah ini chicken pox. Hampir setiap inci badan ada bintik-bintik merah.Yang besar, yang kecik. Penuh. Paling aku gerun tang muka lah, baru nak merasa parut jerawat memudar, datang pulak parut chicken pox. Dengan penuh atas kepala. Gatal sungguh, tak tertahan aku masa hari pertama tu. Dengan takde ubat, harapkan calamine je. Perghhh!! Tak tahan. Tabik sungguh aku kat Eisya sebab dia tak mengaru langsung. Antibodi dia kuat kot, aku dah tua. Dah lemah.

Bila pergi klinik, dapat ubat tahan gatal, syukur sungguh.

Paling tak tahan bila gi klinik, doktor tu kata 'alah kesiannya kena besar-besar ni' Kelakar lak aku rasa, tapi best sebab terus dia kata 'saya bagi MC 5 hari sampai Jumaat ni'

gerun tengok muka sendiri, ni dah sapu calamine elok la sikit. kalau tak..nangis

Yang susah bila kena chicken pox tua-tua ni adalah susah nak jaga diri,jaga makan, nak pantang. Biasalah degil, susah nak dengar cakap. Tapi bila kenangkan gatal aku patuh jugaklah, sebab dah merasa angkara degil. Selamba aku balun pizza hut baru tu, flavor BBQ Chicken pulak tu. Silalah rasa hazab gatal satu badan tapi tak boleh mengaru. Silalah jangan ingat orang bagi pesanan tu suka-suka je, ada sebabnya ok. Dan merasalah aku ulser dan chicken pox penuh dalam mulut, tekak rasa perit je. Nak minum air pun seksa. Terus rasa macam diet, makan roti sekeping je sehari. Dah tengah malam baru rasa 'laparnya!! lapar!!!' Tapi sebab 2,3 hari je makan roti sekeping sehari, kemudian kembali ke rutin seperti biasa, berat tetap maintain.

Sekarang aku dalam healing process, dan dah keje. Duduk rumah lama-lama sangat pun bosan ok. Lainlah kalau cuti tapi boleh gi Ikea, gi tengok wayang, gi shopping.. aku sukalah. Ni cuti tapi memerap kat rumah. Bosan. Maka, baiklah gi keje. Walaupun boss takde, dan sekarang ni musim cuti. Takpe.. aku lebih rela.

Alhamdullilah, kesan di muka tak ketara, ada lah sikit parut. Tapi anggap je lah macam parut jerawat. Ekwan kejam giler kot, selamba je dia 'alah, awak kan dah biasa ada parut kat dahi tu, apa ada hal' Sentap ok, tapi sebab dah immune. Achik no hal. Tapi dalam takde hal, macam-macam supplement achik borong nak kasik hilang kesan chicken pox kat badan ni. Dah macam apa je, badan berbintik-bintik merah.

*tiba-tiba badan rasa gatal-gatal. nak kena pantang sampai bila ni?


Passion yang menghilang

Ya Allah, lamanya tak update blog.

Ini memang rekod, sebulan lebih tiada entry baru. Tak pernah berlaku sebelum ni. Petanda apakah ini? Blog bakal berkubur? Kemungkinan ada di situ. Kalau tak, manakan mungkin blog tak berupdate sampai sebulan. Jarang tuan blog buat macam tu. Tuan blog dah kehilangan passion mungkin terhadap blognya ini. Bukannya kehabisan idea atau kisah nak dikongsikan, cuma tiada keinginan. Malas dan rasa tak perlu. Faktor usia juga memainkan peranan, mungkin. Selain itu, ketiadaan masa juga boleh jadik sebab. Terlalu sibuk di pejabat, nak makan pun tak sempat, inikan pulak nak bukak blog, menaip. Baik draft surat atau pun report, tak payan keluar lewat dari pejabat.

Tapi bila dikenangkan kembali, rasa sayang pulak kalau nak dibiarkan blog ni terus terabai. Dah umpama darah daging dah blog ni. Akan ku usahkan mencari kembali semangat yang hilang. Akan ku cuba pupuk kembali entry-entry di blog ini. Akan!! Kalau tak dapat kembali momentum seperti dulu, seminggu satu entry pun jadik lah. Jangan sampai terus kosong. Kesian.

oleh yang demikian, meh lah aku bagi tatap gambar aku sekeping. mana lah tahu rindu ke. *perah santan*
baru pulih dari chicken pox, alhamdullilah tiada kesan yang ketara tertinggal di muka.
-kalau tengah semangat memblog dulu, mesti baik je demam aku akan blog pasal serangan virus tu-
nantilah, aku try update satu-satu *doakan moga aku berjaya*

Banyak faktor menyebabkan kemerunduman aktiviti memblog. tapi kalau sekali dah memblog, susah sebenarnya nak buang tabiat ni.

Mungkin aku perlukan laptop baru, baru semangat nak menulis jadik berkobar-kobar.