27 July 2010

kedatangan yang dinanti

2 more days to go.. hoyay!! dan bila terasa masa macam cepat berlalu, sgt teruja jadiknya. Dah terbayang-bayang katil di rumah..

Sangat ingin tinggalkan tempat ni!!! Cukup-cukuplah duduk kat sini.

Kedatangan yang dinanti. Melepas rindu yang terpendam. Tak terkata gembira di hati. Walaupun sekejap. Walau terpaksa berlari-lari melepaskan diri dari sesi riadah petang hari. Demi mereka, potong markah pun potong markah lah. Aku tak peduli dah.. seminggu lebih berjauhan, peluang yang ada tak patut disia-siakan.

2 beranak buat muka protes kena tinggal 2 minggu

Ohhh, baru seminggu kena tinggal Eisya seakan dah tak kenal ibu dia ni. Puas dipanggil-panggil, tak gak dia toleh. Nasib baik ibu pegang tak melalak, kalau tak harus ibu pun join sama. Bila nak direct feeding pun dia tak nak. Huwaaa.. ni baru seminggu beb.. bukan lama sgt pun. Maknanya, jangan lah berani-berani nak tinggalkan dia lama-lama, mahu dia tak kenal ibu dia nanti. Tapi nasib baik bila dah nak balik tu, dia nak gak direct feeding. Gaya hisapan pun lain je, macam baru kenal je. Dah seminggu kan minum susu siang malam guna botol. Agak-agak dia terfikir tak 'kenapa abah asyik bagi minum susu guna puting plastik ni? mana ibu??' Haru beb kalau difikir-fikir benda gini.

Segeralah hari Jumaat..
ibu sayang cha sangat-sangat. jumaat ni kita main golek-golek atas katil ye. Eisya kata : Ibu tak balik, siap lah.. Cha tak nak layan ibu seminggu..

*minggu ni Eisya dpt minum susu ibu, sukanya rasa hati

23 July 2010

saya rindu anak saya

Hari ni hari Jumaat. Orang lain balun tido, aku blogging. Macam sgt tak memanfaatkan peluang yang ada. Nanti dalam kelas tersengguk-sengguk. Alah, tido tak tido sama je, lagi-lagi kalau kena speaker amatur, 10 min je lah aku fokus. Lepas tu melayang ke mana-mana.

Ohhh, sudah Jumaat. Sudah berjaya menempuh 8 hari yang agak terseksa ni. Bukan nak kata terseksa sebab induksi, tapi sebab terpaksa berjauhan ngan orang kesayangan. Semua kat sini dok menahan rindu. Tiap kali break, masing-masing ber 3G. 7 hari beb.. dan ada 7 hari lagi. Memang deraan batin sungguh. Harap-harap boleh lah jumpa Eisya Ahad ni. Abah nak dtg, amik stok susu yang dah semakin memenuhi peti ais kecik tu. Alhamdullilah, rezeki untuk Eisya. Ada dalam 100+ oz tu. Nanti minum puas-puas ye sayang..

sebahagian stok pengisian perut untuk tembam ibu

Eisya semakin kuat menyusu. Abah ngan Tok dah bagi 6oz pun tak cukup. Tahan setengah jam je. Pastu merengek mintak susu lagi. Ke susu formula tak berjaya mengenyangkan dia??Teringat kisah abah mencari susu di malam hari. Susu 400gm, Eisya balun 4 hari je. Macam tak percaya je. Ke memang bila umur dah 3 bulan, dia akan menyusu dengan lebih banyak??

kesayangan ibu!!

Baju-baju size newborn, sizr 0-3 bulan boleh bungkus, simpan elok-elok. Nanti kasik adik pakai. Adik?? Lambat lagi ye. Dan kalau adik pompuan boleh la, kalau lelaki.. ibu simpan lagi. Stok baju besar-besar smua abah dah kuarkan, sebab abah kata baju sedia ada dah sendat. Hah..amik ko.. nak kena shopping lagi lah jawabnya bila Eisya 4,5 bulan nanti. Tak silap tindakan ibu beli baju size besar-besar untuk Eisya pakai raya nanti.

*ibu nak mengepam

18 July 2010

hari-hari tanpa mereka

Saya kini di kem tahanan. Ye, aku namakan tempat ni kem tahanan sebab tak boleh keluar langsung. Nasib baik nak beli pape boleh memesan. Dan nasib baik tak berciri hutan sangat. Broadband pun dpt 3G line, nak video call pun boleh. Kalau tak, makin haru lah jadiknya duduk kat sini. Dah lah asyik menghitung hari.. Arrgghh!! Ada 12 hari lagi nak berkmapung kat sini. Nasib baik wajib, kalau tak, harus aku ingkar.

Rindu sama Eisya!!!

Abah dia pun rindu gak, tapi lagi rindu sama Eisya. Tiap malam mesti peluk cium bantal dia. Anak aku tu mmg bagus, paham ibu dia nak bawak bantal tu gi berinduksi. Malam Rabu sebelum ibu pergi, berpeluh sungguh-sungguh awak ye, tinggalkan bau. Bijak anak ibu ni..

Dan alhamdullilah, walaupun fasiliti kat kem ni 'Sangat Terbaik', pihak urusetia kira prihatin juga lah dengan keperluan ibu-ibu yang menyusu badan ni. Sungguh-sungguh derang carik kan fridge nak simpan susu. Walaupun hari ke-3 baru dapat, aku syukur sangat. Terima kasih sangat-sangat kat urusetia *tapi blum gi cakap personally lagi, thanks dalam hati je* Dan sebelum adanya fridge tu, dah berbotol-botol susu terbuang gitu je. Rasa sedih sangat siot. Aku tutup mata time tuang susu tu dalam sinki. Kang tgk kang, ada menangis lak kang. Sayang sangat... sape yang menyusu tu paham lah macamana rasa dia.. Rezeki anak tu..

Dan terima kasih gak kepada pasangan yang duduk kat kuarters depan asrama ni. Jasa Yati ngan Firdaus akan aku kenang sampai bila-bila. Dan dah terpikir nak carikkan saguhati membalas jasa baik derang yang sanggup terima EBM aku duduk dalam fridge derang. Petang hari ke-2 aku dah macam tak sanggup nak buang-buang susu lagi. Eisya kat rumah telan susu tin, aku suka-suka je nak buang. Nak tak nak, aku tebalkan muka. Bagi salam, ketuk pintu rumah orang. Buang rasa malu semua, dan terangkan niat aku. Alhamdullilah, Firdaus kata 'boleh, takpe.. peti ais kitaorg pun kosong je' Ya Allah, tak terkata macamana punya gembira la aku time tu. Terus rasa bersemangat nak mengepam..syukur sungguh-sungguh..

Semoga Allah balas jasa baik mereke berdua dengan mengurniakan rezeki yang amat mereka nantikan selama 2 tahun ni. Insya Allah.. dan pastinya, doa aku pasti ada untuk derang.

Ada 12 hari lagi.. 12 hari lagi berjauhan dengan Eisya dan suami..

*bila ibu takde, abah dengan sendirinya pandai mengurus Eisya. boleh pulak jaga tengah malam panaskan susu, susukan Eisya biarpun sampai tertido-tido.. walaupun 1st day tu bertalu-talu sms masuk tanya macam-macam, tapi elok je Eisya tersengih-sengih ibu tengok. Suka ye duduk berdua ngan abah?? Elok-elok ye sayang.. Esok kita 3G lagi ye..

14 July 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest

Ohhh manisnya senyumanmu.. Senyuman bayi mana yang tak menggodakan. Mesti pihak penganjur akan melalui tempoh sukar memilih pemenang. Tapi memang tema yang sgt sesuai. Mesti mendapat sambutan hangat. Sangat sesuai lah bagi menjayakan tujuan peraduan ni diadakan oleh Puan Intan sempena perlancaran blogshop beliau, Baby Ku Cute Collection.

Marilah beramai-ramai join Contest anjuran IntanKuTerpilih ini. Untuk keterangan lanjut dan syarat-syarat penyertaan, boleh rujuk di sini. Tiada yang susah-susah, simple je peraturannya. Lambat lagi tarikh tutup ni, sampai 31 Julai 2010. Mari, meriahkan acara!! Bleh antar penyertaan lebih dari sekali.. tu yang seronok tu.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Salah satu request dari pihak penganjur adalah, mempromosikan blogshop beliau. Maka, untuk pelbagai pilihan pakaian dan aksesori kanak-kanak dan bayi pada harga istimewa, silalah menjenguk ke sini. Ohhh, sgt suka dress tu semua. Tapi Eisya tak boleh sarung lagi. Takpe, dah besar nanti, harus smua gaun ibu borong online je.

Create your own banner at mybannermaker.com!
*sila klik gambar di atas untuk terus ke online shop 'Baby Ku Cute Collection'


Peserta: Eisya Elyssa Bt Mohd Ekwan

Umur terkini: 3 bulan 13 hari

Nama Ibu: Pn Norhidayu Abdullah

*ada anak ni, selalu lah join contest.

lebih berharga

Bila dah terpaksa menyerahkan tanggungjawab menjaga anak selama 8 jam sehari. Ehh silap, bukan 8 jam. Lebih beb..kira balik..kira balik. What?? 11 jam aku tinggalkan Eisya kat nursery. Macam tak boleh terima lak fakta yang satu ni. Tapi itulah hakikatnya. Nak tak nak kena terima. Tiba-tiba aku rasa macam sgt teruk. Sangat kesian sama Eisya. Selalunya, Eisya akan bertukar tangan around 7.00 am. Ini dah kira paling lambat ni, yang mana ibu akan sampai office 30 minit lambat. Tapi kalau abah bawak kete tanpa memikirkan hati dan kejian pemandu lain, berjaya lah lambat 5-10 minit je. Boleh sengih-sengih lagi masuk opis.

Dan, paling cepat Eisya akan diambil kembali jam 5.45pm. Tapi dalam 5 hari tu, sekali je kot dpt. Selalu pukul 6.00 lah. Tu pun aku akan call abah dia berkali-kali, dok tanya 'bila nak sampai??' Kalau dia lambat, siap sedia lah menjawab segala macam pertanyaan, kenapa lambat semua. Htai ni dah tak sabar nak jumpa anak yang sorang tu. Tak nak dia duduk lama-lama kat nursery. Cukuplah tu.

11 jam. Sangat lama dia ditinggalkan.

Bila ambil, kalau dia tido, rasa mcm tak sampai hati nak bangunkan. Tapi dia macam tahu je, ibu ngan abah dah ambil dia, ibu ngan abah dah ada. Kecik je dia bukak mata, jeling-jeling, intai dulu, dia dok dalam rangkulan siapa. Kalau memang ibu atau abah, cepat je dia bukak mata. Bila dia tersenyum kat kita, ohhh..hilang rasa penat semua. Bila dia ajak berborak, lagi lah rasa macam terbang melayang-layang. Seronoknya. Terus gomol-gomol dia. Gelak-gelak. Kena rasa sendiri baru boleh paham macamana rasa dia.

Masuk rumah, sambung lagi. Main-main, golek-golek sampai lah dia rasa mengantuk. Selalu dalam pukul 8 dia dah start gosok-gosok mata, hisap jari. Nak tido lah tu. Dan bila mengenangkan dan memikirkan macam mana dia tido di nursery, mesti tak berdodoi. Sempat ke orang nak tepuk-tepuk peha dia tu sampai lena. Sebab tu tido malam Eisya pasti ibu ngan abah akan dodoikan. Sampai terlena.

Then, ibu akan berkejar-kejar masuk dapur, masak nasi, dan sediakan bahan pengisian perut. Bila dah beranak kecil ni, kena kreatif kan diri. Kalau anak boleh minum susu frozen, apalah sgt kalau ibu abah makan lauk frozen kan. Yeahh, kini peti ais bukan saja dipenuhi frozen EBM Eisya, tapi jua sambal tumis, kuah kari, dan kuah asam pedas yang telah disejukbekukan. Bukan pemalas beb, tapi ini adalah lebih efisen. Kalau time tu baru nak kopek bawang smua..hmm, pukul bape dpt makan beb..dah lah kami suami isteri jenis, petang2 dia punya lapar mcm tak boleh ditahan-tahan.

Sangat jimat masa lah. Nak sambal sotong, campak je sotong. Rasa nak makan kari ayam, kuarkan kuah frozen, campak ayam. Gaulkan dan tunggu hingga ayam empuk. Sangat senanglah. Pandai-pandai lah kau tambah air ke, pape yang patutlah. Pagi-pagi sebelum gi keje, turunkan lah lauk tu siap-siap dari freezer ke bhgn bawah. So petang dia lembut dah. Tak payah tunggu lama. Sementara tunggu fast food tu tersedia, boleh lah baring2 sebelah anak. Belai-belai pipi, usap-usap rambut dia. Tenung muka dia puas-puas. Tapi sila pastikan pesanan diberi kepada en suami ye. Manalah tahu terlena.. periuk kat dapur atas api tu jangan sampai meletup pulak. Jangan dia pun join landing sama sebelah anak sudah...

Meluangkan masa di sisi Eisya adalah lebih bermakna dari duduk kat dapur potong-potong bawak, blender cili semua lah.

13 July 2010

Bukan suka-suka

Rela dalam terpaksa..

Merasalah aku kerinduan kat anak nanti. Berdoa jangan sampai jatuh sakit sebab rindu kat anak. Kalau aku yang sakit, demam takpe lagi. Jangan sampai anak yang demam rindu kat ibu dia sudah. Gelabah ayam kan abah ngan tok dia. Boleh ke dia tido malam tanpa ibu dia?? Mana pernah dia tido ngan orang lain.

Ke aku pun patut tinggal baju untuk dia?? Bagi dia ada bau ibu dia, tak la nanti dia rasa kena tinggal. Kononnya ibu ada dekat dia. Uiihh, permainkan anak namanya ni. Ingat dia bodoh ke hah? Ingat dia tak kenal ke suara ibu dia??

Macamana lah nanti agaknya.. mahu hari-hari aku keje mengadap hp je, tengok gambar anak.

Stok pelepas rindu nanti..


* 2minggu beb, 2 minggu.. bukan 2 hari..
*aku malas nak siapkan brg smua, ikut hati tak nak pegi tapi mengenangkan dah setahun lebih keje baru dipanggil induksi, kalau tangguh entah bila baru panggil.. maka, pergi je lah..

07 July 2010

anak pujaan hati saya

Anak adalah segalanya. Semua ibubapa kat dunia ni mesti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak dia. Dan sentiasa mengharap, segala yang baik adalah milik anak dia. Jangan lah berani nak berkata buruk tentang anak orang. Buruk padahnya nanti. Biar tak betul-betul kau maksudkan, tapi tetap boleh meninggalkan kesan kat dalam hati. Sensitif ok ini isu.

Ini peringatan kat diri sendiri juga. Jangan sesuka hati nak kata itu-ini tentang anak orang.

Tapi yang pasti, semua ibu bapa mesti gembira dan senang hati kalau anak membesar sihat, mengikut progress sepertimana yang sepatutnya. Kalau lebih advance lagi lah suka hati. Rasa nak maklumkan satu dunia. Rasa macam dah berjaya jadik ibu bapa terbaik dalam dunia. Biar orang lain tengok mcm tak kena je kan, tapi kan saya dah kata 'parenting is lifetime learning' Belajar memahami kerenah anak, keperluan dia. Dan mencari kaedah terbaik nak membesarkan dia. Sape tak nak anak bijak pandai, tapi tu smua kena usaha beb.. jangan harap anak lahir-lahir dah genius. Dan paling penting jangan rasa frust kalau progress anak macam lambat skit. Lain budak, lainlah progress dia.

Syukur, progress Eisya sehingga 2 bulan ni adalah memuaskan. Dan bila dia respond dengan baik bila nurse buat ujian-ujian dalam Senarai Semak Perkembangan tu, rasa sangat puas hati. Suka sangat. Dan bila nurse kata 'cepat progress Eisya ni, ni ujian untuk bayi 3 bulan ni' Dan harus sebagai ibu, akan ada rasa bangga. Tapi cepat-cepat aku kata 'alhamdullilah' tapi dalam hati lah. Kat luar ni senyum-senyum je. Jangan ketara sangat rasa suka hati tu.

umur dalam gambar: 2 bulan 16 hari
berat: 5.7 kg *pertambahan 0.9 kg dalam sebulan*
panjang/tinggi: 57 cm

Teruskan membesar dengan sihat ye anak ibu. Ibu akan berusaha memenuhi demand pengisian perut awak yang semakin bertambah sekarang ni. 20 oz susu sehari. Banyak betul awak menyusu skrg ni. Takpe..takpe, selagi mampu ibu cuba sehabis baik sediakan bekalan. Jangan risau, Insya Allah awak tak berlapar. Dan tak yah risau jugak nak menambah berat badan ye, ibu ngan abah suka je nak mendukung awak, tapi kalau awak nak duduk dalam stroller tu lagi bagus. Baru seronok kita nak gi shopping.

Cepat-cepat hilang selsema tu ye sayang. Jangan takut makan ubat ye.

Sayang kamu!!!

06 July 2010

sepanjang masa

Parenting is a lifetime learning.
Bukan setakat sebulan atau setahun. Tapi sepanjang masa.

Maka, saya yakin kamu boleh menjaga ChaCha bila saya takde nanti. Tak cuba mana tahu kan. Jangan disimpan bakat tu. Kan, anak awak tu skrg manja terlebih ngan abah dia sampai jealous ibu dibuatnya. Kalau berborak dengan abah, tersenyum meleret-leret. Ngan ibu, sengih skit-skit je. Asal jangan takde. Borak ngan abah pun rancak je.

Takpe..takpe.. ibu tak kesah. Kata anak abah kan..




*sedang ketiadaan masa dan idea apa nak tulis, maka tempek gambar saja

05 July 2010

wajah kesayangan hamba


wajah ceria di pagi hari. buat ibu ngan abah leka, smpai lambat pegi keje.

Eisya Elyssa, ibu ngan abah sayang kamu banyak sangat!!

*esok kita gi cucuk ye.

02 July 2010

i'm not single

Petang semalam, di kala menemankan En Ekwan minum nescafe di kedai mamak. Macam membazir je kan, macam kat umah takde nescafe. Kat umah lagi macam-macam ada, cakap je nak apa. Tapi kalau minta milo memang takde, sebab kita mana suka minum milo. Apa kes nak beli milo. Tapi sebab dia takde kunci rumah, dan isteri dia ni masih belum tiba, kena lah singgah minum kat kedai ka, tak kan nak bertenggek depan rumah.

Bila dok sibuk suruh dia minum cepat-cepat sebab nak gi amik Eisya, dia tiba-tiba 'tgk tangan kiri awak' Hah?? Ni apsal tiba-tiba nak tengok tangan. Tapi saya kan patuh, terus letak tgn atas meja dan terus tanya 'kenapa?' Dia jawab 'tak pakai langsung dah smua cincin' Huhuhu.. hilang kemitahlian aku jap bila menjawab 'alah, awak tu pun tak pakai pun cincin kawin' Pembelaan diri harus dilakukan. Bagi lagi hujah-hujah yang menyakinkan, kalau boleh yang tak boleh dibalas semula 'takut terkena kat chacha la yang, batu dia tu' Tapi seperti biasa, harus hujah dia yang buat aku diam 'kat umah bukak la, gi keje pakai'

Dan pagi ni aku dah sarung semula cincin kahwin itu.

Lagi 2 minggu aku akan berinduksi. Meninggalkan anak dan suami. Tinggal suami takpe sangat, dia dah besar, pandailah jaga diri. Nak tinggal anak tu yang seksa tu. Tapi jangan pikir sangat. Nanti haru. Dan pada suatu pagi, dia tiba-tiba berpesan 'hah, nanti kat Melaka jangan nak mengaku bujang lak, ada anak dah awak tu' Wahh, apa ingat cukup berani ke nak mengaku bujang?? Jangan buat pasal. Ohh, suami saya berasa tidak secure ke?? Macam ada unsur humor lah di situ. Apalah yang hendak dirisaukan. Isteri kamu ni takde masa nak mengaku bujang, nak mengatal bagai. Tak rajin nak buat pasal. Dah berlalu zaman-zaman nak mengedik ni weh, skrg adalah zaman berusaha menjadi yang terbaik untuk suami dan anak. Biar diri sendiri menderita, asalkan mereka berdua gembira, bahagia. Sendiri tak cukup tido pun takpe..yang penting anak tak kebulur tengah malam. Itulah keutamaan kini. Takde peruntukan masa nak test-test market, buang tebiat ke apa.

Apalah faedahnya nak mengaku bujang. Kalau dah status tu 'Married' tak payah lah gatal-gatal nak kata 'i single lagi' Itu saja mencari nahas namanya.

Dan silalah hormati ikatan perkahwinan tu. Jangan buat main. Ingat senang ke nak dapatkan status suami isteri. Dah rasa susah payah camne nak kawin kan, yang tiba-tiaba ngada-ngada nak kata bujang lagi apasal?? Menyesal kahwin?? Isskk, jangan. Jangan buat macam tu. Tak bersyukur pun iya jugak. Dan yang paling penting, tak baik menipu. Kalau sendiri tak suka kena tipu, kenapa nak tipu orang lain?? Silalah jujur ye. Jangan tipu status anda yang sebenar. Takde faedahnya. Buang masa, dan buat orang menyumpah seranah je nanti. Jangan rosakkan hubungan yang kini elok, bahagia dengan perangai-perangai tak bijak macam ni. Sia-sia je. Nanti nak menyesal pun takde guna.

So, nanti masa sesi perkenalkan diri, lepas bagitau nama, terus aku nak declare 'saya ada seorang anak perempuan, 2 bulan umur dia. ni sedih je rasa kena tinggalkan dia 2 minggu'

*giler nak ngaku bujang,org tgk pun tau aku ni bini org