Showing posts with label house chores. Show all posts
Showing posts with label house chores. Show all posts

27 August 2010

tidak mahu

Benda paling menyampah aku nak buat adalah: Mengemas barang nak pindah keluar meniggalkan kediaman

Giler menyampah. Dari zaman duduk hostel masa kat UiTM sampai lah ke hari ini. Masa kat UiTM lagi menyampah. Asal hujung semester nak kena kemas barang. Naik semester, kena kemas lagi. Rasa macam sangat menyushkan. Barang kalau sikit takpe. Ni berkotak-kotak. Zaman belajar ni boleh lah terima lagi, semua barang-barang kecik je, paling2 pun buku, fail, kertas-kertas. Rasa malas nak simpan, kasik buang je.

Tapi bila dah berumahtangga ni, jangan harap lah.

Dan akibatnya, sehingga kini aku masih belum siap mengemas. Rumah adalah sudah di tahap tongkang pecah. Tiada sesiapa dibenarkan dtg melawat rumah aku buat masa kini. Tapi semalam, kawan Ekwan dtg berbuka. Maka, aku buat selamba je. Kau buat-buat tak nampak la kebersepahan rumah kami ni ye. Abaikan barang-barang yang memenuhi lantai tu. Tapi boleh lak dia masuk dapur, rajin pulak nak membasuh pinggan, kantoi dah satu rumah tak terurus.

Arrgghh, aku tak suka packing barang nak pindah rumah!!!

Secara keseluruhan, kami ni macam tak nak move out. Aircond tak cabut lagi, almari semua tak kosongkan lagi. Tapi pinggan mangkuk, periuk smua aku dah balut surat khabar, dah masuk kotak siap-siap. Supaya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk tidak perlu memasak 2 minggu ni. Aku dah bungkus siap-siap, simpan elok je baru bagitau kat Ekwan, maka dia tiada peluang untuk tidak bersetuju. Tak kan rajin pulak nak unwrapped smua pinggan mangkuk tu.

Nak tak nak, weekend ni kena gak aku mengemas habis-habisan. Tapi bila nak gi shopping rayanye??

bekalan EBM Eisya yang dipindah masuk ke peti ais ofis, sbb fridge di rumah mahu di'defrost. ni je lah stok frozen EBM yang ada. ni pun sebab bulan puasa, dpt lah pum pagi-pagi hari simpan buat stok beku.

ibu dan eisya mau pegi berbuka puasa bersama rakan taulan abah. Eisya mmg bagus, tiba je masa berbuka, dia tido. sebelum tu isi perut siap-siap. letak atas sofa, terus dibuai mimpi walaupun punyalah bising restoran tu. dapat ibu makan secara beregu ngan abah.

14 July 2010

lebih berharga

Bila dah terpaksa menyerahkan tanggungjawab menjaga anak selama 8 jam sehari. Ehh silap, bukan 8 jam. Lebih beb..kira balik..kira balik. What?? 11 jam aku tinggalkan Eisya kat nursery. Macam tak boleh terima lak fakta yang satu ni. Tapi itulah hakikatnya. Nak tak nak kena terima. Tiba-tiba aku rasa macam sgt teruk. Sangat kesian sama Eisya. Selalunya, Eisya akan bertukar tangan around 7.00 am. Ini dah kira paling lambat ni, yang mana ibu akan sampai office 30 minit lambat. Tapi kalau abah bawak kete tanpa memikirkan hati dan kejian pemandu lain, berjaya lah lambat 5-10 minit je. Boleh sengih-sengih lagi masuk opis.

Dan, paling cepat Eisya akan diambil kembali jam 5.45pm. Tapi dalam 5 hari tu, sekali je kot dpt. Selalu pukul 6.00 lah. Tu pun aku akan call abah dia berkali-kali, dok tanya 'bila nak sampai??' Kalau dia lambat, siap sedia lah menjawab segala macam pertanyaan, kenapa lambat semua. Htai ni dah tak sabar nak jumpa anak yang sorang tu. Tak nak dia duduk lama-lama kat nursery. Cukuplah tu.

11 jam. Sangat lama dia ditinggalkan.

Bila ambil, kalau dia tido, rasa mcm tak sampai hati nak bangunkan. Tapi dia macam tahu je, ibu ngan abah dah ambil dia, ibu ngan abah dah ada. Kecik je dia bukak mata, jeling-jeling, intai dulu, dia dok dalam rangkulan siapa. Kalau memang ibu atau abah, cepat je dia bukak mata. Bila dia tersenyum kat kita, ohhh..hilang rasa penat semua. Bila dia ajak berborak, lagi lah rasa macam terbang melayang-layang. Seronoknya. Terus gomol-gomol dia. Gelak-gelak. Kena rasa sendiri baru boleh paham macamana rasa dia.

Masuk rumah, sambung lagi. Main-main, golek-golek sampai lah dia rasa mengantuk. Selalu dalam pukul 8 dia dah start gosok-gosok mata, hisap jari. Nak tido lah tu. Dan bila mengenangkan dan memikirkan macam mana dia tido di nursery, mesti tak berdodoi. Sempat ke orang nak tepuk-tepuk peha dia tu sampai lena. Sebab tu tido malam Eisya pasti ibu ngan abah akan dodoikan. Sampai terlena.

Then, ibu akan berkejar-kejar masuk dapur, masak nasi, dan sediakan bahan pengisian perut. Bila dah beranak kecil ni, kena kreatif kan diri. Kalau anak boleh minum susu frozen, apalah sgt kalau ibu abah makan lauk frozen kan. Yeahh, kini peti ais bukan saja dipenuhi frozen EBM Eisya, tapi jua sambal tumis, kuah kari, dan kuah asam pedas yang telah disejukbekukan. Bukan pemalas beb, tapi ini adalah lebih efisen. Kalau time tu baru nak kopek bawang smua..hmm, pukul bape dpt makan beb..dah lah kami suami isteri jenis, petang2 dia punya lapar mcm tak boleh ditahan-tahan.

Sangat jimat masa lah. Nak sambal sotong, campak je sotong. Rasa nak makan kari ayam, kuarkan kuah frozen, campak ayam. Gaulkan dan tunggu hingga ayam empuk. Sangat senanglah. Pandai-pandai lah kau tambah air ke, pape yang patutlah. Pagi-pagi sebelum gi keje, turunkan lah lauk tu siap-siap dari freezer ke bhgn bawah. So petang dia lembut dah. Tak payah tunggu lama. Sementara tunggu fast food tu tersedia, boleh lah baring2 sebelah anak. Belai-belai pipi, usap-usap rambut dia. Tenung muka dia puas-puas. Tapi sila pastikan pesanan diberi kepada en suami ye. Manalah tahu terlena.. periuk kat dapur atas api tu jangan sampai meletup pulak. Jangan dia pun join landing sama sebelah anak sudah...

Meluangkan masa di sisi Eisya adalah lebih bermakna dari duduk kat dapur potong-potong bawak, blender cili semua lah.