30 April 2010

susah senang seorang ibu

Sila jangan derhaka dengan ibu anda!!

Ye, itu je aku nak cakap sekarang. Sebab bukan senang nak jadik ibu. Hmmm, dari tempoh mengandung, macam-macam nak kena tempuh dlm masa 9 bulan tu. Kalau 9 bulan, kalau merasa bawak budak smpai 10 bulan mcm aku ni.. hah, lagi macam2 perasaan boleh dtg..
Belum lagi cerita kisah sakit bersalin..

Ohhh, kisah yang satu ni.. yang pertama kali dilalui mesti akan ingat sampai mati.. Nantilah, kisah tu pasti akan dikongsi bersama.

Habis bertarung nyawa kat dalam labor room, kena pulak berpantang. Bukan 4 hari, 44 hari beb.. sebulan lebih. Uiihh, aku nak mintak diskaun kat mak. Sebulan je boleh tak?? Tak pun 40 hari sudah lah. Anak mak yang sorang ni tak kuat iman. Dah la asyik ngelat, mak kata air segelas, bergelas2 dia teguk. Nasib baik waras lagi, kalau tak mau dia teguk air sejuk dalam fridge tu. Uihh, ni baru 10 hari ni.. mampu kah?? mampu kah saya??

Minggu pertama berpantang ni lah yang seksa.. Ngan jahit luka beranak, jalan terkemuut-kemut. Ngan nak kena urus anak lagi. Nasib baik ada mak tolong mandikan dia, kalau tak.. mau anak aku mandi 2 hari sekali. Kalau jahit tak banyak takpe lah, tp kalau dah vacuum macam aku ni.. merasa lah jahit ber'stitch2 kan. Dan sampai sekrang bila mak tanya 'dah baik jahit bawah??' Aku jawab 'entah.. tak tau' Punyalah penakut kau, mak suruh sapu ubat pun, aku rasa takut-takut je. Tu belum lagi tiba masa nak membuang air besar.. Ya Allah.. seksa ya amat!!!

Jangan main-main beb, sakit nak berak ni boleh jadik macam sakit contraction kalau tak kena gaya. Dan sehingga kini, aku masih memerlukan alat bantuan untuk membuang. Kena pancit dulu, baru benda tu nak keluar. Nak meneran takut. Perrghh!! Kau jangan tanya berapa lama aku duduk dalam toilet.. terus rasa tak nak makan nasik, nak makan buah je selagi luka tak baik. Sebab tak nak benda tu keras berketul..

Ohhh.. ingat senang nak jadik mak.. maka, sila hargai ibu anda melebihi segalanya..

budak umur 10 hari tapi tido macam org besar, mengiring siap alas kepala ngan tgn lagi

*dah la skrg pun terpaksa menyusahkan mak, jaga kita, jaga cucu.. oohhh..ada ke org lain yg sanggup buat smua ni untuk kita, selain wanita yang kita panggil 'mak'??

29 April 2010

demi si kecil

Bila anak kena Jaundis, walaupun sedikit.. Dah cukup nak buat mak dia tak senang duduk. Lagi-lagi bila disuruh bawak anak ke klinik. Sebolehnya aku nak mengelak, tak sanggup beb.. Luluh rasa hati tgk anak kecik tu kena cucuk, amik darah semua. Memang boleh mengalir air mata lah..

Tu lah yang terjadi hari tu, dalam bilik doktor tu gak air mata aku dah meleleh tgk doktor tu cucuk tgn anak aku amik darah. Tahan je.. tak mahu lah tersedu2 depan doktort tu kan. Tapi kuar je, sambil dukung anak yang menangis menjerit kesakitan, sambil tu lah air mata aku deras je turun. Serius, mmg tak bleh nak kawal. Bila abah dia tegur, makin jadik lah aku mengongoi...

Sayu.. tak reti nak kata. Rasa sendiri, nanti korang paham.

Dan hari ni sekali lagi Eisya kena cucuk. Amik darah lagi. Esok lagi sekali. Aku awal-awal lagi dah pasang niat. Tak nak tengok. Letak dia dalam bilik, terus keluar. Tak sampai hati. Biarlah bila dah selesai, baru aku amik dia semula. Tapi Eisya macam sangat paham kememeh ibu dia ni. Dia diam je lps kena cucuk kali ni. Terus tido lak tu. Dia tak nak ibu dia sedih-sedih kot.. Dah lah abah takde..

Terus rasa macam nak suruh laki aku balik Johor waktu tu gak...


Dah macam-macam dicuba, dah berjenis-jenis air rebusan Eisya mandi, tapi tetap tak hilang. Alhamdullilah sebab tak bertambah. Dan syukur, kuning dia masih belum di paras yang sampai kena masuk wad. Kalau admitted, mmg menangis la lagi aku. Dan hari ni, setiap sejam aku paksa Eisya bangun, kacau dia yang tgh lena tido. Kena susukan dia..

Mampu ke aku nak jaga dia malam nanti?? Ohh.. tersengguk-sengguk lah guwe malam ni.. Takpe, demi anak kesayangan...

28 April 2010

kehidupan baru

Ohhh, sungguh-sungguh tiada masa nak bersosial di alam maya. Sungguh!! Masa yang ada pasti digunakan sepenuhnya untuk TIDO. Ohhh, sangat sayang kalau tak guna masa tu untuk tido. Kalau tak, nanti malam tersenguk-senguk lah aku melayan si tembam tu menyusu sambil main kebil-kebil mata ngan ibu dia ni.

Tapi hari ni, sudah tak boleh tahan. Kena gak meluangkan sedikit masa. Tangan dah teringin sangat nak menaip ni. Dalam keadaan anak yang perlu diberi susu sejam sekali ni takde lah harapan aku nak balun tido siang2 hari ni. Nasib baik Eisya pun semakin memahami ibu dia. Dia bangun 3 kali je sepanjang malam, merasa la gak ibu nak tido nenyak skit.


Rutin kehidupan kini bermula seawal jam 6.30 pagi. Eisya akan bangun aroung 6am. Layan kan dia main jap. Bagi susu cukup2. Biar dia tido semula, sebab jap lagi ibu busy. Bukak bengkung, mandi trus mak hulur tungku. Bertungku lah aku sampai batu tu sejuk. Tapi selalu je aku mengelat. Tak larat beb.. Pastu berbalut balik la badan ni, dah macam batang kayu je rasa. Kalau mak yang ikat bengkung tu, lagi la ketat. Kalau buat sendiri, bleh lah nak longgar-longgar skit. Tapi macam tak best lak. Ketat lagi bagus.

Dan paling tak suka nak pakai pilis... iskk..iskkk.. ikut rasa hati, nak je kesat buang.

40 hari ke kehidupan aku begini?? ohhh, mampu ke bertahan?? Dah lah selalu je terbayang macam-macam, cendol lah... Adik-adik kat umah dah lah tak membantu langsung, saje je membancuh sunquick, kacau gula depan aku, dengar bunyi air batu tu lagi lah buat aku geram. Arrgghhh!!! Geram siot!!

8 days. Muka org meneran nak buang air besar

muka org berpantang. current weight is 70kg. tak sangka gak bleh ilang 8kg lepas lahirkan Eisya. Tapi kulit perut masih blum mengecut. tu yang geram tu. maka gigihlah aku berbengkung, kalau tak mau gak aku ngelat. Minimum 10 kg lagi ni nak kena kasik hilang. Pastikan boleh!!!

Ehh... hari tu lupa nak bagitau..

Eisya lahir pada 20 April 2010, jam 6.40 pm di Hospital Serdang. Normal with Vacuum assist. Alhamdullilah, kepala dia tak lonjong...

22 April 2010

A picture with Thousand Words


Diperkenalkan kepada semua yang selama ini menanti. Ohh, saya tidak boleh menaip panjang. Budak dalam gambar kat sebelah ni dah mula terkebil-kebil ni. Nanti lah ye..

Saya lah budak hebat yang duduk dalam perut 10 bulan tuYang buat mak dia risau setiap hari. Nama saya Eisya Elyssa Bt Mohd Ekwan. Berat saya masa lahir ke dunia 3.58kg. Semangat kan? Kata mak saya kuat makan.. maka haruslah anak tembam.. baru tak sia-sia...

time off mommy.. jom masuk tido

18 April 2010

gelora hati

Dah 3 hari terlajak...

Dan 3 hari ni juga, anak di dalam perut semakin tidak aktif. Ternanti-nanti aku setiap gerakan dia. Dia sangat pasif. Sangat diam. Bergerak sekali-sekala. Ohh, hati mak mana yang tak risau. Dah lah overdue. Biarpun kalau aku gi hospital, doktor tu akan selamba kata 'baru 3 hari puan, takpe.. puan datang semula lepas 7 hari ye' Ohhh, walau pun kata sambil muka tersenyum manis, dalam hati nak je aku menjawab macam-macam. Nasib baik hati ni dah makin lembut, kalau dilayan amarah zaman muda dulu, pasti aku dah berceramah panjang kat kaunter tu.

Lagipun, saya mana boleh marah-marah kan... kata nak jadik mak. Kena latih diri, jangan senang sangat hilang kawalan.

Tapi sesungguhnya, tak senang nak kawal rasa hati. Macam-macam aku rasa sekarang ni. Risau dtg tak kira masa. Dan hati akan jadik sangat rapuh. Kan bagus kalau aku boleh tinjau apa anak aku tengah buat kat dalam sana tu, apa yang dia suka sangat sampai tak nak keluar-keluar lagi?? Takde lah otak aku ni pikir yang bukan-bukan, lepas tu menangis sorang-sorang.

Tu je yang aku reti, apa lagi nak buat.
*okay, esok akan pergi dapatkan keterangan dari yang pakar

16 April 2010

saya masih belum melahirkan lagi

Ohhh...

Saya menjadi semakin tak sabar jadiknya. Setiap masa menanti 'bila rasa sakit bersalin ni nak dtg ni??' Ohh, rasa macam dah nak hilang sabar. Diberi tempoh menanti lagi 7 hari. Hebat la anak aku, duduk dalam perut mak dia sampai 10 bulan..

Hari-hari ada je yang call/sms tanya 'dayu, kat mana?? dah bersalin??' Waahhh... belum lagi..belum lagi!! Tapi saya duduk umah je dah, nak gi keje macam dah tak baper larat. Oohhh anak, bila lah awak nak keluar ni?? Reti ke tak nak kuar ni?? Jumpa jalan kuar tak??
Arrgghh!!! Macam tekanan lak aku bila budak kecik ni tak nak kuar2 lagi...

*maka, masa yg ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk makan segala benda yg terlintas kat kepala


13 April 2010

jawapan teka-teki

Ohh kawan-kawan sekalian,

Terdahulu maafkan perangai gedik dan ngada-ngada ku semalam. Layankan saja lah si dayu tu. Dia kan mak buyung. Alasan cukup mantap punya. Ok jawapan kepada teka-teki semalam : Dayu masih membawa si Little E di dalam perut. Dia masih belum bergelar ibu secara rasmi. Masih lagi memegang gelaran ibu mengandung.

Maaf lah ye kalau sampai buat kamu berulang-alik masuk blog ni dari pagi sampai ke petang mengharapkan akan terpampang muka si E tu. Tapi nak buat camne, memang takde... Maaf..maaf..

Ehh, arini dah 13.4.2010..

Esok lak 14 April 2010.. ada lagi baper jam saje sebelum akan masuk kategori 'overdue' Hebat lah kami *dayu+little E*

Tapi harap-harap malam ni dia meronta-ronta la nak keluar. Mak dah tak sabar ni. Tiap petang mak belek baju-baju kecik awak tu. Abah asyik tanya 'cukup ke baju baby yang?' Uiihhh, macam tak bleh terima je pertanyaan dia tu. Dah melambak-lambak mcm ni pun dia boleh kata tak cukup, siap gi beli 2 pasang lagi. Ok..ok.. awak memang akan jadik anak bapak lah E****..

Ok.. ibu nak selesaikan skit keje, mana tau betul awak kuar malam ni kan...

12 April 2010

Cuba teka

Cuba teka.. cuba teka di mana Dayu sekarang??

Agak-agak dia dah bersalin ke belum?? Ke dia masih lagi gigih ke pejabat? Sayang sangat nak amik cuti? Ke dia dah terlantar, terbaring sambil badan semua dah bau jamu. Dahi dah berpilis, badan berbengkung? Pastu terkial-kial nak mandikan anak.. Mak dia sengih je tgk dia terkial-kial nak pegang kepala anak, nak mandikan budak tu??

Teka lah..

07 April 2010

bukan minggu ni kot

Okay.. okay.. aku buat entry baru. Tak kan senyap saja. Jap lagi update status FB lak. Kejap lagi tu bila, aku tak jamin. Tengahari ke, petang ke, tapi aku usaha la. Baru mendiamkan diri 3 hari, dah orang ingat aku dah bersalin. Hakikatnya, aku masih lagi gigih ke pejabat setiap hari. Walaupun malas dalam badan ni berganda-ganda. tapi dari dok kat umah sorang diri, baik aku gi opis kan.

Hari ni dah 7.4.2010. Ikut jadual, 7 hari je lagi.

Tapi anak aku mcm sgt tak nak keluar. Dia seronok dok dalam perut.

Next week last kena gi klinik, kalau tak beranak gak. Aku kena serah diri je lah kat hospital. Huh..pape je lah. Saya hanya menurut perintah.

Orang kat opis pun asyik nampak muka aku 'eh, dayu.. ada lagi' Hahahah, iye, saya masih di sini, masih belum mengempiskan perut. Isi di dalam masih belum mahu keluar. Wahhh..cepat lah bersalin. Tak sabar dah ni. Tapi tanda-tanda takde pun. Minggu ni lagi lah, apa pun tak rasa. Macam pregnant 7,8 bulan je lak aku rasa. Dah la org asyik kata 'kecik je perut kau ni kan' Aku macam nak terbeliak, kecik kau kata. Nak besar mana lagi weh??

Nanti saya dah bersalin.. saya usaha ye membuat pengumuman segera. Tunggu saja.

*kalau tak update seminggu, ada potensilah perempuan ni sedang mengelek anak.

04 April 2010

masa yang sesuai??

Terlalu banyak pendapat dan pandangan tentang hal yang nak dibicarakan ni. Tentang 'bila nak minum air-air doa memudahkan proses kelahiran anak ke dunia'

Air Selusuh.. Air akar bunga kembang Fatimah...

akar bunga kembang fatimah yang dah direndam semalaman. Tapi bila tgk pagi tadi, trus macam tak jadik nak telan, dah la akak ipar aku dah sound awal2 'rasa dia tak sedap' Lagi la aku rasa nak buang je. Tapi rasa sayang. Bukan senang nak dapat. Mak mertua bawak khas dari Mekah ni. Maka, jap lagi boleh campur ngan Marigold Orange, tutup hidung, telan. Harap-harap tak lah teruk sgt rasa dia.

Ok... bila nak minum?? Dah patut minum dari sekarang ke??

Last 2 weeks masa sesi berjumpa doktor, dia ada terangkan hal ni. Dia mengumpamakan air kembang fatimah ni sebagai pelincir. Memudahkan dan insya Allah mempercepatkan pembukaan rahim. Dan yang paling penting dia kata 'dah boleh start minum dari sekarang' Bila aku tanya balik 'dah boleh minum ke doktor, tak yah tggu sakit dulu?' Dia kata aku dah boleh bersalin bila-bila masa, baby dah matang. So dah boleh minum. Ikutkan dari 2 minggu lepas lah aku boleh minum kan, tp tak gak rendam2. Lepas tu takut nak minum time weekdays, time hari keje. Takut rasa sakit dtg time kat opis, tu yang asyik bertangguh je tu.

Doktor tu gak kata "air selusuh jangan minum snekarang, bila dah betul-betul nak bersalin, bila bukaan dah cukup 8cm baru minum"

Doktor tu kata ehh..saya ulang je fakta dia bagi. Dia kata air selusuh tu akan merangsang baby untuk keluar. Maknanya, kalau minum awal, sebelum bukaan rahim mencukupi, ia akan jadik umpama baby tu menolak-nolak kat pintu yang tertutup. Tu yang buat rasa sakit makin berganda-ganda. Maka, bawak lah air selusuh masuk dalam labor room, bila dah sedia nak push, minta kat suami dan minum.

Tapi hari tu masa kawan aku bersalin kat HUKM, bila husband dia bagi dia minum air selusuh, habis derang laki bini kena marah ngan misi tu. Dia marah ko minum air selusuh. Dia kata nanti ganggu pernafasan baby. Hmm, tak terfikir aku kat mana logiknya kata misi tu. Air tu bukannya ada pape, air doa je pun. Camne boleh nak ganggu proses bersalin tu??

*dah nak masuk 39 minggu little E dok dalam perut mak dia ni, bila dia nak kuar ni?? rasa skit belum dtg ngan bersungguh2. pagi-pagi hari je dia muncul, tu pun sikit2 je. petang-petang mak dia masih boleh ajak ayah gi minum cendol, carik ABC..
Tak kan nak sampai 40 minggu?? 10 bulan dok kat dalam... isskk, best sgt ke kat dalam tu sayang?? awak tak rasa lagi dok dalam pelukan ibu, lagi nyaman tau..

anak kat dalam dah 3.2 kg, mak dia 78 kg. Hebat bukan??

01 April 2010

mengendong E**** E*****

Ohhh.. membawa perut di hujung-hujung waktu ni, rasa mcm sgt tak sabar nak kosongkan isi perut. Dah tak larat nak bawak dia dalam perut, nak rasa dukung dia pulak. Ohhh, anak...segeralah keluar. Tak sabar dah ni. Dan sebelum perut ni kembali kempis. Harap-harap bukan setakat perut la kempis. Biarlah, segala benda yang dah mengembang ni pun kempis sama. Sangat berharap ni. Sebelum melahirkan E**** ni, saya rasa nak buat rumusan proses kemengandungan saya lah.

Buat ingatan untuk diri sendiri.

Jom kita mula.

Bila tahu diri dah berbadan dua??
Setelah 2 bulan lebih sah jadik suami isteri, dan bila orang keliling dah start tanya 'sudah ada ke belum?' Gi Watson beli prgenancy test dan check sendiri on 20.8.09.. Yes!!! Double line!! 26.8.09 gi klinik, doktor sahkan E**** dah 6 minggu. Ohhh, sangat teruja tgk scan image tu. Sedangkan dia sgt kecik, mcm kacang soya je aku tgk. 2 hari sebelum puasa masa tu. Seminggu pertama larat lah aku puasa, lepas2 tu.. oohhh..siap sedia nak mengganti.

di awal tempoh mengandung. muka masih belum mengembang.

Berat sebelum mengandung dan terkini?
Fakta ini sangat penting. Untuk dipantau diri sendiri. Biarpun tak lah ringan mana pun, tp banding dengan sekarang.. Akan rasa sangat syukur..
Berat 9 bulan lepas: 62 kg
Berat di kala menghitung hari: 78 kg
Hoyay!! Penambahan 16 kg yang sangat boleh dibanggakan lah. Hebat tak hebat la aku membesarkan badan. Kalau budak E**** ni 3 kg++ lebih pun, bape je kurang berat aku. Mengerah keringat la aku nak buang lemak-lemak di badan ni.

mak ayah berhari raya.
yay!! raya tahun ni boleh bawak E**** jalan kutip duit raya.

Teruk ke alahan masa mengandung?
Alhamdulilah.. tiada alahan langsung. Percaya tak kalau aku kata, sekali pun tak pernah muntah. Tak kira lah pagi ke malam ke.. Makan pun sentiasa selera. Semua benda aku boleh telan. Takde masalah bau pun. Cuma masa 1st trimester tu mmg sedikit lemah lah. Pening kepala mmg wajib. Dan aku mmg jadik perempun yg sgt pemalas nak menghias diri. Mmg selebet habis.

Bila discover jantina baby?
1st time masa E**** 4 bulan lebih dalam perut. Gi scan kat private. Doktor kata 70% girl. Pastu masa 5 bulan pun doktor kat klinik gomen tu kata dia pompuan. Maka, mak dia ni dengan terujanya terus menyediakan koleksi pink untuk dia. Walau bapak dia kata 'nanti kalau laki kang' tapi mak dia tak peduli. Sangat yakin dengan teknologi.. :)

Start rasa baby gerak??
Agak lambat. Dah nak masuk 5 bulan baru rasa tendangan dia. Sebelum tu rasa gak, tapi sangat slow. So tak kira. Kecik ke anak i?? Ye kot, kata pompuan, ikut lak gen bapak dia..harus la comel loteh.. heehehehe

4 bulan mengendong little E dalam perut. tapi perut mommy dia maintain kempis. hahaha, perasan. tapi siyes, kalau kata dah 4 bulan smua mcm 'keciknya perut'

Nanti nak bersalin kat mana??
As requested oleh suami saya, E**** akan menjadi warga Selangor. Walaupun hasrat sebenar dia nak anak dia jadi orang Pahang. Tapi susah la mahu realisasikan impian kamu tu. Nenek dia lak nak suruh dia jadik org Johor, biar sama ngan mak pak dia. Takpe lah, biar dia jadik org Selangor lah.
Maybe akan bertarung nyawa melahirkan si kecik E ni di Hospital Putrajaya, tapi kalau hospital tu macam kerek, reject tak nak terima aku, kena lah bapak dia merempit ke Serdang.

Bila dapat nama untuk di kecik dalam perut ni??
Agak lewat lah memilih nama dia. Ingat keje senang, tp leceh siot. Mcam-macam nama mak dia ni cadangkan, tapi bapak dia asyik tak setuju je. Last-last aku surrender, serah je tugas tu kat dia. Tapi sampai dah 7 bulan lebih, masih gak tak finalized nama dia. Mak dia guna kuasa veto. 1st name mak pilih, 2nd name bapak pilih. Kalau bapak tak pilih, maka nama dia akan sepatah je. E**** bt Mohd Ekwan. Tapi pada suatu pagi, hendak gi keje, bapak bersuara 'okay nama baby adalah E**** E***** Mohd Ekwan
Tapi jangan ko ingat masalah dah selesai. Dapat nama, kena pulak pikir camne nak eja nama dia. Perrghhh... mencabar sungguh nak jadik mak ayah ni kan.

8 bulan. bawak anak melihat lampu-lampu di malam hari

Dan kini sedang menunggu masa untuk melahirkan little E kesayangan kami ini. Sangat dah tak sabar nak dukung dia, nak pegang dia.. nak cium dia... Bukan tak nak lagi bawak dia dalam perut, tapi saya sudah rasa cukup. Nak pulak dukung dia..gomol2 dia. Argghh!!! Aku tak sabar dah ni!!
Ohhh... cepat lah!! Dah nak masuk 39 minggu pun awak duduk dalam perut ibu ni. Sempit dah dalam tu.. Tadi doktor kata berat awak dah 3.2 kg... huhuhu..membesar dengan sihat anak ibu.

Yang paling penting kini, kena berpantang dengan bersungguh-sungguh.. 15 kg to lose..bukan keje mudah itu..