16 March 2016

Tukang Jahit Separa Masa

Lama jugak tak berupdate blog aku ni. Hhmmm, akak busy ngadap kain je. Tapi yelah, rezeki semua tu. Aku jugak yang yakin bebenor nak bukak order kan. Sekali bila order masuk, hah... Hampir tak cukup tangan nak menjahit. Biar pun semua kata ' Don't rush Dayu, take your time.. Tak urgent pun' Tapi akak ni tak boleh lah.. Rasa tak tenang selagi tak siap skirt-skirt tu. Sanggup akak berjaga malam tau. Demi kepuasan hati sendiri. Bila dah siap baru akak boleh tersengih riang.

Akak ni beginner je. Ilmu menjahit pun zero, belajar tak bercikgu. Manfaatkan segala tutorial yang ada di alam maya. Kira saje berani mencuba. Ahamdullilah, cuba-cuba menjadi. Sesambil akak nak mengukuhkan skill, open lah order kat kawan-kawan. Tak kan nak jahit untuk Eisya ngan Elma je. Melambak lak skirt ngan dress 2 ketul tu. Baju sedia ada pun nak menimbun. Tunggu aku nak sorting buat pre-loved je. Baju Elma lagi lah.. Banyak yang sempat pakai sekali dua je. Dah tak muat. Sayang... Nak simpan, hhmm.. Next anak laki kot.. Hahaha, confident kau Dayu.

Sebab tu aku dengan yakin dan berani nyer membuka order kepada yang berminat.

Alhamdullilah, ramai pulak yang teringin nak tempah skirt jahitan akak untuk anak dara masing-masing. InsyaAllah, akak usahakan yang terbaik untuk semua.


Sesungguhnya, aku tak reti sebenarnya nak letak-letak harga ni. Rasa macam mahal sangat, kurangkan rasa macam 'eh, ni balik modal harga kain je ni, tak kan takde upah aku jahit' Tak reti sungguh, tanya-tanya member.. Last-last aku decide amik upah jahit RM10 je untuk sehelai skirt. Kalau guna kain aku, aku amik RM25 je. Saiz Infant sampai 2 tahun, RM20 sudah. Aku letak diri aku kat tempat orang yang nak membeli tu, berapa aku sanggup bayar kan.. Dan rasanya, reasonable dah harga tu.. Ke camne? Alah, bukan nak untung sangat lah, sesambil isi masa buat benda yang kita suka..

Asyik menjahit skirt anak orang, Eisya dah berkali-kali tanya ' Ibu, baju pony Chacha bila nak siap?' Huhuhu.. Ibu tak decide lagi lah nak buat design apa Eisya. Sabar eh.. 

*bolehlah update resume, skrg ada jawatan baru: tukang jahit separa masa katanya

10 March 2016

Shopping L'Occitane di ZALORA

Pompuan.. Barang mekap.. Memang berpisah tiada. Walaupun dia bukan jenis yang suka sangat bermekap, tapi nak tak nak mesti ada gak satu, dua barang mekap atau produk penjagaan kecantikan. Paling tidak pun, confirm kalau bukak handbag orang perempuan, mesti jumpa bedak, tak pun lipstick sebatang. Tak percaya? Sila cuba..

Sekarang ni lagi lah, macam-macam kot produk ada. Local, international.. Pilih je nak guna yang mana.

Pernah dengan L'OCCITANE??

Jangan nak menipu sangat kata tak pernah dengar atau tak tahu. L'occitane dah lama berada di pasaran. Korang tak lahir lagi dia dah wujud.  L'Occitane mula ditubuhkan sejak 1976 lagi tau. L'Occitane adalah pengeluar produk penjagaan dan produk kosmetik yang hanya menggunakan bahan-bahan natural dan semulajadi. Dan pastinya proses pembuatan semua produk L'Occitane cukup teliti. That why walaupun banyak jenama-jenama lain yang muncul, L'Occitane masih kekal bertahn dan tak tergugat langsung. Siapa yang memang setia gunakan L'Occitane sejak dahulu hingga kini semuanya bersetuju bahawa kesemua produk ini adalah selamat digunakan dan sesuai dipakai oleh semua jenis kulit walaupun pada kulit yang sensitive. 

Dengan lebih daripada ratusan buah cawangan di seluruh dunia, L’Occitane turut bertapak di hati ramai penggemar di Malaysia. Oleh itu, pembeli di Malaysia juga boleh mengunjungi cawangan-cawangan L’Occitane di pusat-pusat membeli-belah yang berdekatan atau melayari butik L'OCCITANE online di ZALORA Malaysia. 

Butik L'OCCITANE Online di ZALORA

Di ZALORA Malaysia, anda berpeluang menemui rangkaian produk penjagaan dan kosmetik yang berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti set wangian, set mandian, losyen badan dan banyak lagi dalam tawaran harga yang cukup menakjubkan. Miliki rupa paras yang menawan dan wangian sumber alam yang menyegarkan dengan menggunakan produk L’Occitane hari ini juga!

Sekarang ni, kalau boleh semua benda nak buat online. Beli ikan dengan sayur pun online, inikan pulak beli barang perfume dengan lip balm kan. Duduk je depan komputer, tahu-tahu budak ZALORA datang hantar barang. Eh, kalau shopping sekarang kat ZALORA dapat 25% discount tau. Boleh lah beli L'Occitane Shea Hand Butter Cream.

Jom shopping sama-sama jom.

07 March 2016

Mesin Jahit

Baru sebulan lebih pakai mesin Global tu aku dah berniat nak upgrade mesin. Bukanlah mesin tu rosak ke apa, tapi demi memuaskan hati. Masa beli mesin Global tu, ada gak terfikir nak beli yang elok terus. Tapi haruslah mahal. Aku pulak time tu baru nak belajar menjahit. Sebelum ni tak pernah langsung pegang mesin, nak beli yang mahal-mahal risau akhirnya terperuk je mesin tu. Tapi kalau fikir-fikir tak rugi apa kot. Kalau jual second hand pun mesin jahit still ada value. Lagi-lagi kalau brand Brother atau Singer. So, kalau korang tengah survey dan bercadang nak beli mesin jahit, beli je yang elok terus.

Nak yang elok harus lah mahal sikit harganya. Sesuai dengan fungsi dan kualiti.

Antara Singer dengan Brother, tak tahu nak beli yang mana. Kalau tanya member-member, ramai yang pakai Brother. Singer pun ada. Tapi 2 ni memang manufacture yang boleh dipercayai lah bab mesin jahit. Spare part pun senang lah nak dapat kat Malaysia ni. Harga pun lebih kurang je. Setelah survey sana sini, refer Google, refer YouTube.. Baca review itu, ini... Sesuaikan dengan bajet yang ada, dengan function yang aku perlukan.. Aku pilih Brother GS2700. Walau niat hati, ikutkan nafsu nak je rembat NV55 terus. Tapi GS2700 pun memenuhi keperluan dah..

My new Baby. Brother GS700.

Aku beli kat Karysma Store, Shah Alam. Puas dah survey sana-sini. Compare kan harga, Nak dapatkan yang paling murah. Antara yang aku survey adalah kat LSN dan Krafeze. Dan ternyata Karysma Store punya paling murah. Takde GST pulak tu. Dan kalau bayar pakai kad kredit, dia caj 2% je. Pakej asal pun, memang dia yang palinh murah. Aku beli mesin sahaja, tak amik pakej. 

Berapa aku beli?

RM790 harga mesin sahaja. Masuk 2% kar kredit jadik RM805.80. Beli benda mahal memang aku suka pakai kad kredit. Kumpul point katanya. Kalau amik pakej, dapat 32 set tapak dan 80pcs benang. Tapi tapak-tapak dalam set tu macam tak kan diguna pun. Maka, aku amik mesin je lah. Harga pakej GS2700 kat Karysma RM950. Aku tak pasti kat Karysma ada installment ke tidak tapi kalau kat LSN ada. Tapi aku memang dah menabung 3 bulan nak beli mesin ni. Beli cash lah terus. Ekwan pun tak bagi aku beli hutang. Kira seminggu dah lah aku pakai mesin ni. Memang puas hati lah. Paling aku suka, bab nak tukar tapak tu. Memang mudah sungguh. Seronok. Senang urusan aku.

Makin kemaruklah aku menjahit. Dah 3,4 helai gak lah product terhasil dari GS2700 ni. Global GSM55 aku yang dah banyak berjasa tu mak aku dah booking.

01 March 2016

Flat Front Skirt Tutorial *separa masak*

Ni first entry tutorial menjahit dari Dayu ni. Macamkan hebat sangat dia tu kan, nak share tutorial. Tapi disebabkan ramai yang request suruh share lepas aku upload gambar Elma dengan mini skirt hijau dia. Aku penuhi lah permintaan semua orang. Lagipun, berkongsi tu kan satu kebaikan. Aku pun ceduk ilmu dari orang. Kira aku mengembangkan ilmu je ni.

Sesungguhnya ini adalah skirt kedua yang aku buat hasil tutorial yang omputih ni share. With fews adjustment semestinya. Ikut ketinggian Eisya. Pinggang aku follow sepenuhnya, length skirt je adjust. Lagi-lagi untuk Elma, aku pendekkan sikit. Budak tu kecik lagi, comel lah jalan terkedek- kedek dengan skirt pendek. Dan untuk Farisha, sepupu Eisya aku buat labuh. Dah jadik long maxi skirt. Ikut tutorial asal, dia guna method gathering antara waistband dengan main skirt tu. Tapi aku tukar buat pleated. Sebab lagi memudahkan urusan aku. Simple je skirt ni. Takde zip. Aku memang elak jahit benda yg ada zip. Rasa belum rajin nak study. Hehehe.. Belum sampai seru.


Sesungguhnya mudah sangat jahit skirt ni. Yang paling diperlukan kerajinan. Kena rajin baca dan fahamkan tutorial dan rajin mencuba. Itu je. Meh ikut langkah demi langkah menghasilkan skirt ni.

1. Potong kain ikut ukuran pinggang dan ketinggian anak-anak korang. Nak mudah, ikut jadual ni. Pepandai lah adjust ikut situasi. Untuk Elma aku buat size 2. Tapi main skirt length aku kurangkan setengah inci. Eisya ikut 100%

kain yang telah dipotong

2. Buat waistband. Akak tak amik gambar, lupa. Korang refer kat link asal tutorial dia ye. For full tutorial, sila refer : Flat Front Skirt Tutorial (size 2 to 10)

3. Pastu sambung bahagian tepi main skirt. Pastu lipat-lipat bahagian atas kain tu. Kemudian sambungkan ke waistband.

right side bertemu right side * will explain details on this later, kalau diperlukan*

3. Kemudia sambung kan bahagian tepi main skirt dan waistband. Siap.

Okay..okay sebelum korang komplen aku bagi tutorial macam tak ikhlas je, Tak details langsung, baik aku bagitau siap-siap. Aku tak plan pun nak buat tutorial. So aku tak amik gambar details setiap step. Tu yang tak boleh nak tunjuk details. Tapi biasalah, gatal. Nak gak publish tutorial. Inilah hasilnya. InsyaAllah, next skirt aku jahit, aku amik gambar setiap step ye,, So, redho je lah dengan tutorial separa masak ni.

Okay, ada rezeki berjumpa di tutorial akan datang. Bye