01 March 2016

Flat Front Skirt Tutorial *separa masak*

Ni first entry tutorial menjahit dari Dayu ni. Macamkan hebat sangat dia tu kan, nak share tutorial. Tapi disebabkan ramai yang request suruh share lepas aku upload gambar Elma dengan mini skirt hijau dia. Aku penuhi lah permintaan semua orang. Lagipun, berkongsi tu kan satu kebaikan. Aku pun ceduk ilmu dari orang. Kira aku mengembangkan ilmu je ni.

Sesungguhnya ini adalah skirt kedua yang aku buat hasil tutorial yang omputih ni share. With fews adjustment semestinya. Ikut ketinggian Eisya. Pinggang aku follow sepenuhnya, length skirt je adjust. Lagi-lagi untuk Elma, aku pendekkan sikit. Budak tu kecik lagi, comel lah jalan terkedek- kedek dengan skirt pendek. Dan untuk Farisha, sepupu Eisya aku buat labuh. Dah jadik long maxi skirt. Ikut tutorial asal, dia guna method gathering antara waistband dengan main skirt tu. Tapi aku tukar buat pleated. Sebab lagi memudahkan urusan aku. Simple je skirt ni. Takde zip. Aku memang elak jahit benda yg ada zip. Rasa belum rajin nak study. Hehehe.. Belum sampai seru.


Sesungguhnya mudah sangat jahit skirt ni. Yang paling diperlukan kerajinan. Kena rajin baca dan fahamkan tutorial dan rajin mencuba. Itu je. Meh ikut langkah demi langkah menghasilkan skirt ni.

1. Potong kain ikut ukuran pinggang dan ketinggian anak-anak korang. Nak mudah, ikut jadual ni. Pepandai lah adjust ikut situasi. Untuk Elma aku buat size 2. Tapi main skirt length aku kurangkan setengah inci. Eisya ikut 100%

kain yang telah dipotong

2. Buat waistband. Akak tak amik gambar, lupa. Korang refer kat link asal tutorial dia ye. For full tutorial, sila refer : Flat Front Skirt Tutorial (size 2 to 10)

3. Pastu sambung bahagian tepi main skirt. Pastu lipat-lipat bahagian atas kain tu. Kemudian sambungkan ke waistband.

right side bertemu right side * will explain details on this later, kalau diperlukan*

3. Kemudia sambung kan bahagian tepi main skirt dan waistband. Siap.

Okay..okay sebelum korang komplen aku bagi tutorial macam tak ikhlas je, Tak details langsung, baik aku bagitau siap-siap. Aku tak plan pun nak buat tutorial. So aku tak amik gambar details setiap step. Tu yang tak boleh nak tunjuk details. Tapi biasalah, gatal. Nak gak publish tutorial. Inilah hasilnya. InsyaAllah, next skirt aku jahit, aku amik gambar setiap step ye,, So, redho je lah dengan tutorial separa masak ni.

Okay, ada rezeki berjumpa di tutorial akan datang. Bye

3 comments:

  1. Nampak macam mudah, tapi untuk orang yang takde basic macam aku ni, memang hazabedah lah nak membuatnya. Haha.

    Apapun, tahniah dayu. Makin maju menjahit.

    ReplyDelete
  2. cantek nye dayu..suka²..lpas nie blh luaskan lg..bisnes nga kengkawan plak ramai berminat tue..hehe

    ReplyDelete
  3. Comelnyaaaaaa. Seswai sgt Elma pakai dgn perut gendut tu. Geraammmm rasa nak picit2 je. Huu

    ReplyDelete