Hot Blogger Moms,
Tidak Kira dimana anda berada.
Perkara: Tempahan Baju Baby Blogger
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Seperti yang dimaklumkan terdahulu, bersama-sama ini disertakan senarai tempahan Baju Baby Blogger yang telah pihak tuan/puan kemukakan terdahulu. Dimohon kerjasama pihak tuan untuk menyemak senarai tersebut dan memaklumkan kepada saya sekiranya tempahan tuan tiada di dalam senarai untuk tindakan lanjut dari saya.
2. Berdasarkan kepada undian yang telah dijalankan di blog
Ketua Menteri dan juga di Facebook Ukhwah Blogger, design yang akan digunapakai untuk kerja-kerja mencetak bagi baju blogger baby berkenaan telah dikenalpasti. Untuk makluman pihak tuan, saiz baju adalah akan ditentukan kemudian kerana baju-baju untuk baby adalah perlu ditempah khas oleh pihak printing. Mungkin kita adalah dikehendaki untuk menentukan ukuran tersebut. Hal ini akan diuruskan oleh Puan
Onniey.
3. Design yang telah mendapat undian tertinggi dan akan digunapakai adalah hasil idea dan ciptaan
Puan Yaya, bonda kepada Encik Auf yang ensem macam anak mat saleh itu. Tahniah diucapkan kepada Puan Yaya di atas hasil kreativiti beliau. Dan terima kasih juga kepada Puan Onniey yang turut mencadangkan beberapa design untuk anda pilih sehingga rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Design tersebut adalah:
4. Dan berdasarkan undian juga, t-shirt berkenaan adalah akan berwarna Hitam.
5. Berikut adalah senarai tempahan yang telah pihak saya terima dalam temph seminggu. Sekiranya masih ada yang belum berbuat demikian, tempahan adalah masih boleh dilakukan. Jangan risau. Kalau lagi banyak, lagi bagus. Pihak printing pasti berbesar hati nak bagi diskaun.
Senarai Tempahan yang direkodkan (sehingga 8 April 2011)
1. Nano (Mika)
2. Reen (Fahrin)
3. Ann (Kaiyisah)
4. Fad (Imaan)
5. Dayu (Eisya)
6. Iza Mazliyanti ( Adrian)
7. Jiha (Aqeef)
8. Sharena (Naurah)
9. Mar (Qaseh)
10. Lylie (Alya)
11. Mun (Mirza)
12. Pja Makino (Mikhail)
13. Sha Salju (Qaish)
14. Syuhaila (Darwish)
15. Ciare (Rayyan)
16. Fashya (Husna)
17. Miera (Cyrus + Rijal)
18. Aziyana (Husna)
19. Hanani (Qaseh)
20. Elly (Isya)
21. Asue (Aqil)
22. Aishah (Nashriq)
23. Iza (Haziq)
24. Ayue (Muad'z)
25. Ryyhan (Afham)
26. Nadia (Hajiq)
27. Xeea (Alfiy)
28. Afni (Dani)
29. Shazz (Raisya)
30. Yun (Mya)
31. Wardah (Haikal)
32. Onniey (Liya)
33. Nurul (Raina + Haqq)
34. Yaya (Auf)
35. Rianna (Aisy)
36. Zuris (Maya Kysha)
37. Maria (Aqil)
38. Jue (Alif)
39. Evyn (Ammar)
40 Ana (Aryan)
41. Mar@ziey (Aish)
42. QemaIshak (Ammar)
43. Farah (Qaid)
44. Princess (Aryyan)
45. Fitriah (Sofeea)
46. MyRule (Ammar)
47. Fiza (Eryna)
Tempahan diterima dalam tempoh 8/4 - 12/4:
48. Hannah (Myiesha)
49. Azie (Mya)
50. NadXoxo (Lil' Zahin)
51. MrsNageeb (Mareesa)
52. Aien (Rayyan)
53. Ana (Dani)
54. Nurul (Alya)
Sekiranya tuan/puan telah menempah tetapi tiada dalam senarai, sila maklumkan saya semula. Mungkin saya terlepas pandang, mungkin juga adalah masalah di atas talian semasa tempahan dihantar. Nanti saya update semula. Saya sertakan sekali nama anak anda, mungkin kita boleh cetak nama anak dibelakang t-shirt (hanya cadangan).
Tempahan adalah dibuka kepada semua. Sama ada nak join atau tidak gath di Tanah Tinggi Genting, anda adalah masih dialu-alukan untuk menempah. T-shirt ini bukan sahaja akan dipakai semasa di Genting. Untuk perkumpulan di masa akan datang, t-shirt ini akan disarung. Maka, jangan malu atau segan untuk menempah.
Segala kerjasama dari pihak tuan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih sekali lagi.
Saya yang menjalankan tugas,
- ibu Eisya Elyssa-