29 April 2011

Baby Blogger Shirt: Final Check

Kawan-kawan sekalian,

Di sini saya senaraikan tempahan yang telah saya terima dalam tempoh sebulan ini. Mohon kerjasama anda sekalian untuk buat semakan terakhir. Confirm kan size dan juga nama untuk dicetak di belakang t-shirt. Nama adalah maksima untuk 8 huruf. Maka, mana yang bagi nama penuh sebelum ni, aku noted ikut nama yang biasa dicatatkan di blog. Itu juga mintak disahkan semula.

Tentang pembayaran, aku tak confirmkan akaun mana nak terima duit korang semua. Nanti dah confirm aku maklumkan semula. Harga baju adalah RM 20. Dan termasuk duit penghantaran menggunakan poslaju RM 6. Jumlah semua adalah RM26. Urusan pencetakan adalah diuruskan oleh Onniey. Penghantaran juga oleh dia. Tugas aku berakhir di sini. Harap semua berpuas hati dengan servis yang saya berikan *aiceehhh*

Untuk yang telah menempah, terima kasih di atas sokongan anda berikan. Kepada yang terlepas, takpe nanti kalau masih mendapat sambutan, masih ramai yang ingin sarungkan baju comel itu ke badan anak mereka, aku dengan rela hati akan uruskan tempahan korang lagi. Mungkin boleh buat untuk mak-mak sekali.

Boleh lah mula mendesign dari sekarang (:

Ini senarai tempahan (70 helai semuanya):




aku print screen je. tak larat weh nak taip semula. banyak sungguh. sampai 70 order.

Kalau kurang jelas, klik gambar tu untuk penglihatan yang lebih jelas. Dan sila semak. Sebarang pembetulan boleh maklumkan di sini. Atau boleh juga emailkan terus ke dayuyuna@gmail.com.

Terima kasih.

*kepada Nadia, ibu kepada Hajiq.. tolong hubungi saya segera. nak confirmkan size baju Hajiq ni.

Raikan Dia

Masih lagi bercerita mengenai kisah meraikan ulang tahun pertama anakanda tercinta. Kali ni majlis keluarga yang diadakan di kampung abah. Majlis yang ditaja oleh MakTeh Eisya. Terharu aku. Bertuah Eisya ada makcik yang baik hati begini.

Thanks Kak Fatin, moga sentiasa murah rezeki. Nanti boleh taja lagi.

Majlis kali ni disambut bersama sepupu Eisya, Amani Farisha Bt Mohd Afizan. Kak Icha sambut 2nd birthday, Cha sambut birthday pertama. Dan majlis ni juga diadakan sempena semua adik-beradik dapat berkumpul bersama. Ini adalah kali pertama aku dapat rasa, semua adik-beradik sebelah Ekwan semua ada. Penuh rumah. Riuh rendah. Eisya pun seperti biasa, bila dah main terus tak ingat tido. Seronok ramai kawan-kawan.

Majlis dijadualkan berlangsung lepas asar, tapi pukul 5.30 gak baru bermula.

Kek yang ditempah khas untuk Amani Farisha. Hadiah tanda kasih seorang ibu!!

Meraikan 2 puteri kesayangan!!

Kek untuk Eisya yang ditaja oleh MakTeh. Comel sungguh!! Thanks MakTeh.
Eisya Elyssa Now 1 Year!!

Goodies bag untuk semua. Pun MakTeh yang taja. Murah rezeki MakTeh.

MakTeh dan Kak Icha.

Anak Abah dah setahun. Meh potong kek dengan abah..

Dengan ibu pulak.

Ibu dia yang sengih terlebih. Anak rileks je, macam takde perasaan pun iye.

bersama ibu dan abah


Majlis yang simple tapi meriah sebab semua ahli keluarga ada. Gembira dapat gembirakan anak-anak sedara. Walaupun aku hanya tumpangkan Eisya di majlis Kak Icha dia, tapi tetap kesukaan. Tengok anak-anak sedara kesukaan berlari sana sini. Seronok.

Esok atok ngan opah pulak datang. Potong kek lagi la awak ye Cha.. bertuah anak ibu.

*aku upload skit je lah gmbr, untuk lebih bahan penggambaran, sila rujuk FB saya yang kini dah umpama FB Eisya Elyssa

Raikan Dia: Teaser

Terima Kasih MakTeh. Semoga Murah rezeki, nanti boleh taja lagi.
Ibu kata dia suka sangat kek ni.

27 April 2011

Apam Polkadot: Kisah disebalik tabir

Aku kategorikan kisah penghasilan 250 bijik apam polkadot aku sebagai kisah yang penuh cabaran dan dugaan. Tapi nasib baik aku tabah *aiseh* Terhasil jugak la apam polkadot aku tu. Kalau tak, confirm 21.4.2011 tu aku pontengkan Eisya dari nursery sebab malu takde goodies bag nak hantar ke nursery.

Aku pulak macam gatal terlebih rajin kan nak mengukus. Tak sedar diri. Bukan apa, aku tengok apam tu comel je. Sesuai lah nak bagi budak-budak. Lagipun baper je kos dia. Kalau aku nak beli oreo yang RM1 sebungkus tu ngan lollipop sebatang, confirm2 habis gak dalam rm100 untuk 70 bijik goodies bag. Yelah, tak gaji lagi beb, duit cukup-cukup je. Nak balik kampung lagi. Maka, gigih tak gigih mengukus la aku malam tu.

Resipi Apam Polkadot ni aku google je. Dan kalau korang google pun, confirm melambak-lambak keluar, siap ngan pelbagai warna Apam korang bleh tengok. Maka, aku tempekkan jugalah resipi yang aku copy dari internet tu.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Hah, tak ke mudah tu. Tu yang tiba-tiba rajin nak buat tu.

Malam Rabu tu balik-balik aku terus tidokan Eisya, siap tak bagi dia tido dalam kete sebab nak pastikan lepas je Maghrib dia akan tido. Dan ye, aku berjaya. Dan yang best dengan aku-aku sekali tertido. Memang terbaik. Nak jadik lagi best, Ekwan pun tertido sama. Pakej sungguh. Sedar-sedar dah pukul 10. Kelam kelibut aku masuk dapur. Keluar kan bahan smua. Time tu lah baru nak acrik mixer, nak carik penimbang smua. Yelah, dah lama tak berkarya kan. Resipi siap2 aku letak kat fridge, senang nak refer.

Aku pun terus la nak timbang tepung, gula semua. Sekali bila tengok penimbang tu, dah rosak rupanya. Warrrgghhh!!! Time-time ni la pulak kau nak rosak ye, geramnya. Maka, meng'google lah aku carik 275gm tepung tu berapa cawan sukatan dia. Nasib baik ada internet access, kalau tak.. simpan jelah, masuk tido semula. Sekarang aku dah terror, sukat2 tepung tak payah pakai penimbang. 125gm tepung adalah bersamaan secawan tepung ye. 220gm gula pulak adalah secawan gula. Cukup ngan basic unit ni, bagi je lah apa-apa sukatan pun. Wa tarak hal!!!

Selesai masalah pertama. Dan meng'polkdot lah aku di dapur. Kukusan pertama adalah sangat membanggakan. Tapi terlebih isi blueberry filling, sampai meleleh-leleh keluar filling tu. Habis aku ngan Ekwan keje kan edisi pertama apam tu. Yang seterusnya semakin elok, dan makin comel je aku buat. Hehehe... hasil keje sendiri memang patut sendiri yang puji (: Ikut resipi kata sekali bancuhan tu bleh dapat dalam 50pcs kan, tapi ikut gak banyak mana korang isi dalam papercup tu. Kalau banyak, sikit la hasilnya. Macam aku, dapat dalam 30++ je kot. Untuk 250 biji apam ni, 4 kali rasanya aku bancuh. Habis sedozen telur, sekilo tepung.

batch pertama apam polkadot ku sebelum dikukus. aku isi penuh dalam paper cup tu. bila dah masak, kembang sungguh. dengan filling meleleh-leleh. comot tapi sedap -ekwan kata

Dan yang paling tragik, tengah sedap-sedap aku mengukus boleh pulak gas habis!! Memang terbaik lah!!!

Cuak tak cuak la aku dibuatnya. Terus aku selongkar kabinet, carik electric steamer. Nasib baik aku ada steamer electric, kalau tak?? Mana nak carik gas pukul 1 pagi weh??? Terima kasih la kat orang yang hadiahkan aku steamer ni masa kawin dulu. Sape erk?? Ohh, boss mak aku yang baik. Sungguh berjasa la. Syukur..syukur.. Dan keje mengukus aku berjaya diteruskan. Malah boleh dilaksanakan dengan lebih pantas. Kukus pakai electric ni cepat je, 5 minit pun dah cukup. Wap dia lagi kuat kot.

hasil mengukus selama hampir 4 jam. bila dah penat, dah malas, tak kuasa aku nak meng'polkadot kan apam tu. kosong gitu jelah.

tapi aku bangga jugaklah, aku berjaya buat apam ni kemas je. tak comot. bintik-bintik dia pun elok je. tapi bila dikenangkan bape banyak piping bag aku guna, memang terserlah keamaturan aku.

Mula-mula aku rancang nak isi 5 bijik apam setiap bag. Tapi memandang kalau isi 5 aku kena buat 350 bijik untuk 70 bag, maka aku downgrade. 4 bijik sudah. Tu pun ada yang aku isi 3 bijik je. Tak larat dah nak teruskan lagi. Nak bungkus lagi. Packing Ekwan yang settlekan, dia pun dah lalok je tunggu apam aku tu sejuk nak masuk dalam brown bag tu. Tapi bagi aku, kalau nak buat apam ni dalam kuantiti yang banyak, baik buat guna cupcake punya kertas, medium saiz. Senang keje, boleh isi bancuhan tepung tu guna sudu je, tak payah nak guna piping bag. Cepat pun cepat.

Weekend ni nak buat lagi lah. Atuk ngan Opah nak datang celeb birthday Cha. Ibu buat aapam polkadot lagi lah.

April 2011: Raikan Bersama



ibu, arini potong kek eh kat school?

Upacara pertama ulang tahun Eisya diraikan di taska. Berkongsi bersama 2 lagi rakan yang sama-sama genap usianya setahun pada bulan April. Dan kami ibu bapa hanya diminta menyediakan goodies bags. Kek semua nursery yang sediakan. Terima kasih. Entah kenapa aku tiba-tiba rajin, terus pasang niat nak isi apam polkadot dalam goodies bag tu nanti. Macam sangat banyak masa nak mengukus. Sedangkan niat awal nak isi oreo ngan lollipop je. Tapi biasalah, kadang-kadang akal ngan badan kan tak sentiasa bersengkokol.

Untuk anak... Biasalah

Cenderahati yang kami sediakan untuk abang, kakak dan kawan-kawan Eisya di Taska & Tadika Temanku. 70 jumlahnya. Tak seberapa, tapi ikhlas. Disediakan dengan penuh didedikasi. Penuh kasih sayang seorang ibu. Biar pun akhirnya tido pukul 3 pagi.

isi kandungan dalam brown paper bag. 4 bijik setiap satu.
*ooohhh, banyak kisah sepanjang 3 jam aku sediakan 250pcs apam polkadot ni*

Majlis di nursery dijadualkan berlangsung jam 4.30pm. Kebetulan kursus aku pada hari Khamis (21.4.2011) tu habis awal. Bergegas lah aku ke taska Cha. Mahu turut serta sama-sama nyanyikan lagu birthday untuk Eisya. Mahu sama-sama saksikan upacara memotong kek buat kali pertama dalam hidup Eisya. Tak mahu aku ketinggalan detik peristiwa istimewa tu.

Aku sampai tepat-tepat 4.30pm. Bila cikgu dia bukak kan pintu, aku boleh dengar dah lagu Happy Birthday berkumandang dengan kuatnya dari dining room. Terus aku pun join sama.

terujanya muka anak aku tengok kek

abang-abang dah tak sabar nak makan kek!!

potong kek sampai terpejam bijik mata (:

Ekwan sampai lambat. Dia sampai majlis dah selesai. Kesian. Tapi dia macam tak terkilan sangat. Tapi kalau aku lah, mesti rasa ralat sangat tak dapat hadir walau pun majlis simple begini. Aku mahu sentiasa ada di sisi Eisya. Sentiasa ada masa untuk dia. Harap-harap nanti bila dia dah sekolah, aku akan sentiasa berpeluang dan berkesempatan meluang masa untuk segala aktiviti yang memerlukan penglibatan aku. Aku tak mahu terlepas. Semua tu berlaku sekali je dalam hidup dia.

Eisya memang kelihatan gembira. Dia tahu agaknya dia diraikan. Seronok dia bila sama-sama makan kek ngan abang dan kakak. Terlebih seronok sampai panjat-panjat meja nak amik kek dalam pinggan orang (:

Esok nak mintak gambar aku ngan Eisya dari nursery.

25 April 2011

Bulan Kelahiran: April 2011

5 hari offline, aku rasa macam sungguh lama.

Banyak dikongsi. Banyak cerita aku nak abadikan kat blog ni. Banyak kisah aku nak dedikasikan khas untuk anak pertama kesayangan aku tu. Biar nanti bila dia dah boleh membaca, aku nak tunjuk blog ni kat dia. Nak suruh dia baca. Baca segala apa yang aku tulis, baca semua hal yang berkaitan dengan dia. Dan tiba-tiba aku rasa, aku perlu menjaga penggunaan bahasa aku. Biar nanti dia tak keliru. Ok..ok.. Akan cuba..

Bulan April adalah bulan meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak. Berkongsi kegembiraan ibu-ibu muda menyambut ulang tahun pertama anak sulung mereka. Aku rasa macam seronok. Dulu zaman bujang mana pernah dapat sampi 3,4 birthday invitation sebulan. Tapi bila dah sama-sama jadik mak, rileks je tiap minggu ada jemputan. Suka!! *invitation bulan 5 pun dah masuk..suka!!* Dan aku semacam terlebih suka sebab April juga adalah bulan kelahiran Eisya. Bulan genap usianya setahun.

Dah besar!!

Kenapa aku macam tak boleh nak percaya anak manja aku tu dah setahun??

Tiada majlis besar-besaran diadakan bagi meraikan genap setahun usia Eisya. Aku sedikit terkilan sebenarnya sebab aku sungguh berhasrat nak adakan majlis untuk sama-sama berkongsi keterujaan bertambahnya usia Eisya. Aku nak gembirakan dia. Biar dia macam tak mengerti apa-apa, tapi aku pasang niat nak jemput rakan-rakan sebaya dia. Bagi dia potong kek, pastu sama-sama main belon. Pakaikan dia birthday hat. Siap aku dah google dah cara nak DIY birthday hat tu dari website Martha Stewart. Aku siap dah buat pom-pom flower lagi. Tapi mungkin bukan rezeki aku. Ulang tahun pertama Eisya hanya dirai bersama keluarga.

Itu mungkin lebih bermakna.

Berkongsi rasa gembira, rasa syukur anak membesar sehat, sempurna bersama darah daging sendiri. Dan yang paling penting, meriah!! Meriah melebihi apa yang dijangka.

Tapi Insya Allah, ada rezeki nanti kita potong kek sama-sama ye kat Genting (:

20 April 2011

Selamat Ulang Tahun yang Pertama Sayang

Selamat Ulang Tahun Pertama Sayang
Ibu dan Abah sentiasa mencintai kamu sepenuh jiwa

19 April 2011

Menjelang

Esok birthday Eisya. Anak aku nak bertukar status, dari Infant ke Toddler. Dah besar, sekarang dah bleh kira umur ikut tahun, tapi sebab baru setahun, masih akan diteruskan dengan bulan.

2 angka la usia dia nanti.

love you sayang!!

Ibu agak busy. Hari Khamis ada birthday celebration kat nursery. Ibu ngan abah belum sediakan goodies bag. Ok, malam ni kita buat sama-sama eh.. Cha tolong packing. Weekend ni kita sambut birthday awak yang ulung kalinya di kampung abah. Nanti jangan lupa ucap thank you kat MakTeh sebab ni semua hasil usaha dia. Kiss Mak Teh banyak-banyak sebab MakTeh sponsor kek birthday awak.

Harap-harap Eisya akan dikurniakan kesihatan yang maksimum hingga hujung bulan ni. Tak mahu sambut ulang tahun kelahiran pertama Cha dalam keadaan dia yang akan asyik merengek sentiasa.

Masa memang berlalu sangat pantas kan, tak sedar. Tak sangka. Anak nak setahun dah.

Setahun yang lepas, waktu ni. Sehari sebelum kelahiran Cha. Aku tengah duduk rileks je kat rumah, pegang remote Astro. Sambil cuak sebab anak dalam perut macam dah tak bergerak. Puas aku concentrate, menunggu dia bergerak tapi tiada. Tapi buat-buat tak nervous, terus request mak mertua masakkan bubur kacang hijau, isi durian. 2,3 mangkuk aku makan...

Arrghhh!!! Anak aku dah jadik toddler esok!!

15 April 2011

Blogger Baby Shirt: Sila Pilih Saiz Baju Anak Anda

Assalammualaikum,

Hai kawan-kawan, saya nak buat pengumuman. Nak mintak perhatian semua. Dan sila biasakan diri anda, selagi gathering di Genting Highland yang dijangkan pada 19 Jun 2011 tidak berlangsung dengan jayanya. Segala pengumuman aku adalah berkaitan dengan hal nak berkumpul di sana, dan agenda paling penting aku nak sampaikan hari ini adalah berkaitan t-shirt.

Order setakat ini adalah sebanyak 56 helai. Ada sape-sape nak order lagi?? Boleh cukupkan 60 helai. Untuk senarai, boleh refer entry terdahulu.

Dan kali ni aku nak mintak korang semua, terutamanya yang dah menempah untuk menentukan size baju yang akan disarung ke anak-anak comel korang. Seperti perbincangan bersama wakil pihak printing (yang diuruskan oleh Puan Onniey) size adalah ditetapkan oleh kita. Maka, setelah meng'google beberapa guide size, size ini dirasakan bersesuaian dengan size anak-anak di Asia (ni aku amik UK size ni)

Pilihan Saiz Mengikut Umur


Maka, balik ni sila ukur badan anak korang semua dan boleh pilih size. Kira size ikut umur lah ni. Bila dah tentukan size, korang komen kat entry ni. Aku mintak kerjasama korang untuk sertakan nama dan order number korang. Senang aku nak refer semula nanti.

Order number tu apa?? Sejak bila ko bagi order number ni dayu??

Order number adalah: Turutan nombor pada nama anda dalam senarai tempahan. Contohnya, macam Nano, Order number dia adalah 1. Reen pula, 2. Hah?? Paham. Bukan apa, senang aku nak rujuk. Kang bagi nama je, achik takut tersilah pulak.

Tempahan yang direkodkan:

1. Nano (Mika)

2. Reen (Fahrin)

3. Ann (Kaiyisah)


Dan satu lagi tugas korang, sila confirmkan nama anak korang yang akan di print di atas baju berkenaan. Dan sila cadangkan sekali nak print kat mana. Seperti biasalah geng, mana yang paling banyak dicalonkan akan dijadikan pilihan.

- Depan, right/left corner
- Belakang (ala-ala jersi)
-Lengan (ni ekwan cadangkan)

Tang harga aku tak boleh nak finalized, sebab order masih dibukak. Tapi setakat ini, pihak printing kata bawah RM25. Material yang diminta adalah cotton. Aku dah suruh Onniey mention awal-awal kat printing company tu, kita nak kain yang berkualiti dan selesa untuk baby pakai. Untuk urusan pembayaran tunggu pengumuman akan datang ye.

Ok, dah ini je hebahan aku nak buat. Ukur badan anak korang dan maklumkan aku segera.

Takde sape nak order lagi ke? 4 helai je lagi nak cukup 60 helai ni.

14 April 2011

dia teruja

Baru 2,3 hari tak kemaskini blog dah rasa macam sangat lama menyepi. Rasa terlalu lama biarkan blog terabai. Tengok orang lain berdesup masukkan entry baru, rasa mcam tak senang hati. Rasa nak tambah entry gak, tapi apakan daya. Tuntutan keje sangat mengekang hasrat hati sendiri. Ni pun curi-curi masa, tangguh sementara keje yang sedang dilaksanakan.

Harap-harap boleh sambung semula dengan segera.

*beriya nak tambah entry, pastu tak tahu nak tulis apa... damn!!*

Ini adalah koleksi bergambar di sebalik kisah yang berlaku minggu lepas selepas meraikan majlis makan-makan Raina di Sungai Manggis. Selesai sama-sama berkongsi kegembiraan, kami ke Pantai Kelanang pula. Asalnya tiada dalam jadual perancangan. Kononnya mahu terus pulang, tapi sebab ada pelancong nak bawa kami ke sana. Layankan aje.

budak baru bangun tido nampak laut terus teruja

Kali pertama Eisya jejak kaki ke pasir pantai. Seronok dia dapat pijak pasir. Merasa air laut. Dan seperti dijangka, dia adalah sangat teruja. Sah anak aku pantang dapat air. Bila bukak kan kasut bagi dia rasa pasir tu, bising sungguh mulut dia. Terkuis-kuis dengan kaki, pastu sibuk nak duduk nak rasa dengan tangan pulak. Agaknya kalau dibiarkan, bawak masuk mulut pulak.

Seronok tengok dia macam ni.

budak ni geram tengok air laut. ingatkan malas nak bagi dia main air, tapi abah dia rajin nak melayan. terpekik keriangan la dia.

suka betul kocak air ngan kaki.

sbb sudah tiada baju dan seluar spare, terpaksa la tanggalkan seluar.
tu pun dah basah separuh dah.

dan seperti biasa, dia mana reti puas. bila dukung nak bawak naik, terjerit-jerit. tangan dok tunjuk-tunjuk lagi air laut tu. Eisya... Eisya

Ikut hati nak je biar dia merasa segala apa yang dia ingin. Bagi je dia buat semuanya. Tak mahu halang-halang. Hari tu, bila ke rumah Mak Ngah, jumpa tangga buat pertama kalinya. Ala-ala tak percaya aku dibuatnya bila laju je dia panjat tangga tu. Dan aku jadik terlintas di fikiran, entah-entah banyak lagi sebenarnya dia mampu nak buat, cuma aku je tak berkesempatan nak tengok sendiri depan mata.

Anak aku dah besar!!! Dah nak setahun minggu depan.

13 April 2011

Mc'D bagi coupon lagi

Aku nak tambah bahan di blog, tapi handphone buat perangai. Dah berkali-kali aku cuba nak transfer gamabr tapi tetap gagal. Maka, aku gunakan je lah bahan bergambar yang ada.

Dan inilah bahan bacaan terbaru di blog saya.

Setelah hasil promosi pertama, memberi set breakfast free kepada pembeli mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Mc'Donald kini kembali dengan promosi terbaru. Beli satu, dapat lagi satu free. Memang menarik lah. Apa lagi, start Jumaat ni boleh serbu Mc'D berdekatan. Terutamanya yang gemarkan Fillet-O-Fish lah.

Murah hati betul Mc'D kan, sampaikan Fish Manhattan pun terikut-ikut gaya promosi dia. Aku menunggu promo FishManhattan lagi ni.

Promosi bermula 15 April - 24 April 2011
print jangan tak print. hitam putih ke berwarna ke
semua pun boleh

08 April 2011

Senarai Tempahan (sila semak)

Hot Blogger Moms,
Tidak Kira dimana anda berada.

Perkara: Tempahan Baju Baby Blogger

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang dimaklumkan terdahulu, bersama-sama ini disertakan senarai tempahan Baju Baby Blogger yang telah pihak tuan/puan kemukakan terdahulu. Dimohon kerjasama pihak tuan untuk menyemak senarai tersebut dan memaklumkan kepada saya sekiranya tempahan tuan tiada di dalam senarai untuk tindakan lanjut dari saya.

2. Berdasarkan kepada undian yang telah dijalankan di blog Ketua Menteri dan juga di Facebook Ukhwah Blogger, design yang akan digunapakai untuk kerja-kerja mencetak bagi baju blogger baby berkenaan telah dikenalpasti. Untuk makluman pihak tuan, saiz baju adalah akan ditentukan kemudian kerana baju-baju untuk baby adalah perlu ditempah khas oleh pihak printing. Mungkin kita adalah dikehendaki untuk menentukan ukuran tersebut. Hal ini akan diuruskan oleh Puan Onniey.

3. Design yang telah mendapat undian tertinggi dan akan digunapakai adalah hasil idea dan ciptaan Puan Yaya, bonda kepada Encik Auf yang ensem macam anak mat saleh itu. Tahniah diucapkan kepada Puan Yaya di atas hasil kreativiti beliau. Dan terima kasih juga kepada Puan Onniey yang turut mencadangkan beberapa design untuk anda pilih sehingga rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Design tersebut adalah:

4. Dan berdasarkan undian juga, t-shirt berkenaan adalah akan berwarna Hitam.

5. Berikut adalah senarai tempahan yang telah pihak saya terima dalam temph seminggu. Sekiranya masih ada yang belum berbuat demikian, tempahan adalah masih boleh dilakukan. Jangan risau. Kalau lagi banyak, lagi bagus. Pihak printing pasti berbesar hati nak bagi diskaun.

Senarai Tempahan yang direkodkan (sehingga 8 April 2011)

1. Nano (Mika)

2. Reen (Fahrin)

3. Ann (Kaiyisah)

4. Fad (Imaan)

5. Dayu (Eisya)

6. Iza Mazliyanti ( Adrian)

7. Jiha (Aqeef)

8. Sharena (Naurah)

9. Mar (Qaseh)

10. Lylie (Alya)

11. Mun (Mirza)

12. Pja Makino (Mikhail)

13. Sha Salju (Qaish)

14. Syuhaila (Darwish)

15. Ciare (Rayyan)

16. Fashya (Husna)

17. Miera (Cyrus + Rijal)

18. Aziyana (Husna)

19. Hanani (Qaseh)

20. Elly (Isya)

21. Asue (Aqil)

22. Aishah (Nashriq)

23. Iza (Haziq)

24. Ayue (Muad'z)

25. Ryyhan (Afham)

26. Nadia (Hajiq)

27. Xeea (Alfiy)

28. Afni (Dani)

29. Shazz (Raisya)

30. Yun (Mya)

31. Wardah (Haikal)

32. Onniey (Liya)

33. Nurul (Raina + Haqq)

34. Yaya (Auf)

35. Rianna (Aisy)

36. Zuris (Maya Kysha)

37. Maria (Aqil)

38. Jue (Alif)

39. Evyn (Ammar)

40 Ana (Aryan)

41. Mar@ziey (Aish)

42. QemaIshak (Ammar)

43. Farah (Qaid)

44. Princess (Aryyan)

45. Fitriah (Sofeea)

46. MyRule (Ammar)

47. Fiza (Eryna)

Tempahan diterima dalam tempoh 8/4 - 12/4:

48. Hannah (Myiesha)

49. Azie (Mya)

50. NadXoxo (Lil' Zahin)

51. MrsNageeb (Mareesa)

52. Aien (Rayyan)

53. Ana (Dani)

54. Nurul (Alya)

Sekiranya tuan/puan telah menempah tetapi tiada dalam senarai, sila maklumkan saya semula. Mungkin saya terlepas pandang, mungkin juga adalah masalah di atas talian semasa tempahan dihantar. Nanti saya update semula. Saya sertakan sekali nama anak anda, mungkin kita boleh cetak nama anak dibelakang t-shirt (hanya cadangan).

Tempahan adalah dibuka kepada semua. Sama ada nak join atau tidak gath di Tanah Tinggi Genting, anda adalah masih dialu-alukan untuk menempah. T-shirt ini bukan sahaja akan dipakai semasa di Genting. Untuk perkumpulan di masa akan datang, t-shirt ini akan disarung. Maka, jangan malu atau segan untuk menempah.

Segala kerjasama dari pihak tuan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih sekali lagi.

Saya yang menjalankan tugas,
- ibu Eisya Elyssa-

Tempahan dibuka *berita terkini*

*PENAMBAHAN ISI KANDUNGAN TELAH DILAKUKAN. 3 DESIGN BARU TELAH DITERIMA. SILA BUAT UNDIAN. MAU YANG MANA.

Ini adalah entry berunsurkan pengumuman. Maka, sila beri perhatian ye smua.

Kan kita merancang nak ke Genting sempena Besar Punya Gathering. Walaupun sehingga kini tarikh adalah masih belum dimuktamadkan. Tapi takpe, kitakan fleksibel. Itu boleh kasik confirm kemudian. Tapi kita kan juga merancang nak mencetak baju untuk baby-baby blogger smua. Ingat?? Jangan buat-buat lupa ye kawan-kawan.

Dan terima kasih diucapkan kepada Onniey dan Yaya atas usaha mereka yang bersusah payah menreka design untuk baju berkenaan. Nak harapkan aku, memang entah pape lah hasilnya. Hasil perbincangan secara atas talian sebentar tadi, design ini telah dipilih. Design yang sama bagi anak lelaki juga perempuan. Lebih universal kan, lelaki sesuai, perempuan pun sesuai.

by Onniey: blogger baby 1st shirt

Dan yang di bawah ini rekaan Yaya:

Ohhh, aku rasa ibu-ibu patut tempah antara 2 ini.
barulah seragam ngan anak-anak

untuk si comel kita


Warna:
Warna t-shirt adalah masih belum dimuktamadkan. Hitam dan Putih menjadi pilihan utama. Tapi ini bergantung kepada material.

Harga:
Juga belum diketahui. Ini bergantung kepada kuantiti tempahan. Makin banyak, mesti boleh dapat lagi murah kan.

Maka, sape yang berminat untuk menyarung t-shirt ini ke badan anak anda, bolehlah buat tempahan sekarang. Aku bagi masa seminggu. Sampai Jumaat (8/4/2011) depan. Nak tahu berapa banyak nak tempah, so senang nak mintak quotation. Join atau tidak ke Genting, masih menempah. Tiada halangan, malah makin digalakkan. Bukan nak pakai sekadar ke Genting. Nanti next time punya gath, baby semua kita sarungkan baju ni. Barulah smart bila amik gambar ramai-ramai.

Tinggalkan nama dan size baju (ikut umur/S.M,L) kat entry ini ye. Sekian hebahan masyarakat dari saya. Okay..okay, as size ni macam susah skit kita nak tentukan.. ni kita bagi kemudian. Mintak onniey tanyakan size yang available dulu. Okay?

Saya yang menjalankan tugas.

*hah, jangan lupa war-warkan kepada yang lain. hebahkan kat blog korang jugak. pastu sila bagi nama kat aku ye.
** sape yang dah order, kira proceed je. cuma design je kita vote smula. nanti aku buat poll

Eisya, ibu sayang Eisya

Sebenarnya sudah agak lama aku tak memasak bubur untuk bekalan Eisya ke nursery setiap hari. Ikut kerajinan aku. Kalau macam rajin, adalah bubur masakan ibu untuk dia. Kalau tak, makanlah bubur yang nursery dah sediakan. Tapi selalunya memang makan bubur nursery je lah.

Tapi minggu ni tiba-tiba aku terasa macam perlu je aku merajinkan diri, masak bubur untuk dia bawak bekal gi 'school' Sebab asyik lah cikgu-cikgu tu mengadu 'kak,eisya tak nak makan kak' Aku jadik pelik, sebab kalau hujung minggu, punyalah kuat makan. Adakalanya sampai tak cukup bubur yang aku buat. Bila tengok menu, memang lah anak aku tak berselera. Bubur kentang, bubur carrot, bubur ayam. Eisya pulak jenis dah biasa makan bubur lauk banyak. Dalam bubur ada macam-macam, sayur sampai 2 jenis. Ngan isi ikan, ayam semua. Ibu pulak yang masak, lagilah enak (:


Orang dah biasa makan sedap, demand lah gitu.

Dan bila setiap petang cikgu-cikgu dia kata 'habis kak dia makan, selera dia. senang kitaorg nak bagi makan' Aku seronok. Berbunga-bunga je hati. Terus pasang azam, akan berusaha sentiasa rajin memasak untuk Eisya.

Air tangan ibu memang sentiasa yang terbaik di tekak anak kan.

petang semalam di nursery sementara tunggu abah sampai nak kutip bawak balik. ni playroom budak tadika, aku balun je bawak dia masuk. nak gi playroom baby kat belakang, malas. pastu sendiri seriau tgk budak2 besar terlompat-lompat sebelah Eisya

Eisya masih aku bagi bubur yang dimesin, tapi tak hancur sangat lah. Gigi dia ada 2 batang je. Macam malas lak aku nak menunggu dia mengemam kalau tak hancurkan bubur tu. Penah cuba, tapi dia macam nak tercekik je. Maka, blend lah. Tunggu gigi tumbuh secara meriah. Adakalanya aku sumbat gak nasi kat dia.

Sayur favorite Eisya: Bayam

06 April 2011

dia makin besar

Anak saya adalah perempuan. Tapi ada masanya dia buas mengalahkan budak laki. Belum lagi dengar suara dia menjerit. Bingit tapi sebab anak sendiri, dengar macam comel je lah. Mahu anak orang, aku jeling-jeling jugak. Dulu lah, masa bujang. Bila dah sama jadik mak, tengok budak membuas senyum je. Biasalah, bila sendiri dah merasa baru paham.

Eisya boleh tahan buas lah. Lagi-lagi kalau dia kebosanan, letih dan mengantuk. Dia kalau ngantuk memang bukan jenis yang mengamuk-ngamuk, nangis-nangis. Yang ni memang rasa bertuah la. Senang nak dibawa berjalan. Tapi dia kalau dah letih, lagi tak reti diam. Lembik-lembik kan badan. Nak berdukung je sentiasa.

Sekarang bila sekali sekala makan di luar. Rasanya tak sampai 30min mesti lari balik dah. Tak larat nak layan kerenah dia yang membuas. Kalau lama pun sebab gilir-gilir makan. Sorang makan, sorang gi lah bawak dia pusing-pusing. Tengok kipas, bagi dia pegang-pegang suis. Budak berangan nak tekan suis, bagi je lah dia merasa. Budak tengah teruja dengan segala benda. Biarlah..

Ini hujung minggu yang lalu, Atok belanja ikan bakar di Tanjung Lumpur,Kuantan.

masih mampu mengawal diri, duduk diam-diam

dia dah mula geram tgk air atas meja

mula bangun mahu keluar. kaki dah terkeluar dah sebelah

yes!! dapat diri. dan menjerit bagi satu kedai dengar

Tak duduk diam. Nak tak nak sementara tunggu makanan sampai kena lah abah bawak dia tgk laut. Dapat la aku rehatkan tangan dan badan. Serius, adakalanya rasa letih sangat kalau melayan Eisya ni. Ni badan tak sebesar mana ni..

Aku kini dalam proses menyiapkan diri menghadapi dia yang bakal boleh berjalan sendiri nanti. Siap sedia untuk main kejar-kejar dengan dia dalam kedai makan. Dan nanti agaknya berani ke tidak nak bawak dia masuk panggung lagi.

Bila Eisya dah menginjak usia setahun ni, rindu pulak aku kat dia yang berusia sehari ni. Tiap-tiap pagi, masuk keje mesti aku layan folder-folder yang penuh dgn gambar newborn dia. Eh, kenapa macam sama besar je saiz awak dulu dan sekarang ni Cha??