08 April 2011

Senarai Tempahan (sila semak)

Hot Blogger Moms,
Tidak Kira dimana anda berada.

Perkara: Tempahan Baju Baby Blogger

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang dimaklumkan terdahulu, bersama-sama ini disertakan senarai tempahan Baju Baby Blogger yang telah pihak tuan/puan kemukakan terdahulu. Dimohon kerjasama pihak tuan untuk menyemak senarai tersebut dan memaklumkan kepada saya sekiranya tempahan tuan tiada di dalam senarai untuk tindakan lanjut dari saya.

2. Berdasarkan kepada undian yang telah dijalankan di blog Ketua Menteri dan juga di Facebook Ukhwah Blogger, design yang akan digunapakai untuk kerja-kerja mencetak bagi baju blogger baby berkenaan telah dikenalpasti. Untuk makluman pihak tuan, saiz baju adalah akan ditentukan kemudian kerana baju-baju untuk baby adalah perlu ditempah khas oleh pihak printing. Mungkin kita adalah dikehendaki untuk menentukan ukuran tersebut. Hal ini akan diuruskan oleh Puan Onniey.

3. Design yang telah mendapat undian tertinggi dan akan digunapakai adalah hasil idea dan ciptaan Puan Yaya, bonda kepada Encik Auf yang ensem macam anak mat saleh itu. Tahniah diucapkan kepada Puan Yaya di atas hasil kreativiti beliau. Dan terima kasih juga kepada Puan Onniey yang turut mencadangkan beberapa design untuk anda pilih sehingga rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Design tersebut adalah:

4. Dan berdasarkan undian juga, t-shirt berkenaan adalah akan berwarna Hitam.

5. Berikut adalah senarai tempahan yang telah pihak saya terima dalam temph seminggu. Sekiranya masih ada yang belum berbuat demikian, tempahan adalah masih boleh dilakukan. Jangan risau. Kalau lagi banyak, lagi bagus. Pihak printing pasti berbesar hati nak bagi diskaun.

Senarai Tempahan yang direkodkan (sehingga 8 April 2011)

1. Nano (Mika)

2. Reen (Fahrin)

3. Ann (Kaiyisah)

4. Fad (Imaan)

5. Dayu (Eisya)

6. Iza Mazliyanti ( Adrian)

7. Jiha (Aqeef)

8. Sharena (Naurah)

9. Mar (Qaseh)

10. Lylie (Alya)

11. Mun (Mirza)

12. Pja Makino (Mikhail)

13. Sha Salju (Qaish)

14. Syuhaila (Darwish)

15. Ciare (Rayyan)

16. Fashya (Husna)

17. Miera (Cyrus + Rijal)

18. Aziyana (Husna)

19. Hanani (Qaseh)

20. Elly (Isya)

21. Asue (Aqil)

22. Aishah (Nashriq)

23. Iza (Haziq)

24. Ayue (Muad'z)

25. Ryyhan (Afham)

26. Nadia (Hajiq)

27. Xeea (Alfiy)

28. Afni (Dani)

29. Shazz (Raisya)

30. Yun (Mya)

31. Wardah (Haikal)

32. Onniey (Liya)

33. Nurul (Raina + Haqq)

34. Yaya (Auf)

35. Rianna (Aisy)

36. Zuris (Maya Kysha)

37. Maria (Aqil)

38. Jue (Alif)

39. Evyn (Ammar)

40 Ana (Aryan)

41. Mar@ziey (Aish)

42. QemaIshak (Ammar)

43. Farah (Qaid)

44. Princess (Aryyan)

45. Fitriah (Sofeea)

46. MyRule (Ammar)

47. Fiza (Eryna)

Tempahan diterima dalam tempoh 8/4 - 12/4:

48. Hannah (Myiesha)

49. Azie (Mya)

50. NadXoxo (Lil' Zahin)

51. MrsNageeb (Mareesa)

52. Aien (Rayyan)

53. Ana (Dani)

54. Nurul (Alya)

Sekiranya tuan/puan telah menempah tetapi tiada dalam senarai, sila maklumkan saya semula. Mungkin saya terlepas pandang, mungkin juga adalah masalah di atas talian semasa tempahan dihantar. Nanti saya update semula. Saya sertakan sekali nama anak anda, mungkin kita boleh cetak nama anak dibelakang t-shirt (hanya cadangan).

Tempahan adalah dibuka kepada semua. Sama ada nak join atau tidak gath di Tanah Tinggi Genting, anda adalah masih dialu-alukan untuk menempah. T-shirt ini bukan sahaja akan dipakai semasa di Genting. Untuk perkumpulan di masa akan datang, t-shirt ini akan disarung. Maka, jangan malu atau segan untuk menempah.

Segala kerjasama dari pihak tuan adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih sekali lagi.

Saya yang menjalankan tugas,
- ibu Eisya Elyssa-

34 comments:

  1. da macam karangan surat. mesti ko hebat dalam buat surat kan? ajar aku. aku x reti buat surat. hhihih

    wey pasal letak name anak kat belakang baju pon orait gak. senang nak panggil :P

    ReplyDelete
  2. yeayea...lawo!!
    dayu,boleh tak kalau nak print nama anak, nak letak nama kysha~maya kysha~
    :)

    ReplyDelete
  3. wah memang terbaiklah....
    tentang letak nama anak di belakang baju tue adalah satu cadangan yang bgs tau..senang nak pggl...

    ReplyDelete
  4. Dayu blh ke kalau nak tempah juga baju ni untuk ammar walau xjoin gathering tu?..cantik la

    ReplyDelete
  5. dayu, bagus jugak cadangan letak nama mak dan anak. in case, kita x berapa nak cam blogger tu or nama dia x tak boleh nak ingat. so boleh cek nama dekat tshirt tu..heh

    ReplyDelete
  6. cun buh nama anak he he he..
    tp ni tb2 dpt anak sorang lg ni...so, ayu nak 2 helai tau...next time update nama anak :

    1)Mu'adz
    2)Mia

    ReplyDelete
  7. Dayu sy nak...asal bole terlepas ni!!huhu

    masih bole ke menempah puan??

    harap dapat dipertimbangkan

    -sekian dari mama Qaid-

    ReplyDelete
  8. Salam...kita nk join jgk...

    pRincEsS_N (Aryyan)

    Tq.

    ReplyDelete
  9. dayu.. akak yang anak tiga ni nak join boleh ke tak?? huhu..
    nyebok jer akak ni kan.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Salam dayu..

    nama saya x masuk ek..

    baru bagi nama pagi tadi..:)

    ReplyDelete
  11. wah..suka2...dayu,sgt setuju print nm anak sekali..

    ReplyDelete
  12. cadangan letak nama anak kat belakang T-shirt tu setuju tapi boleh ke buat satu2 nama anak tu ye? kalau pakai teknik screen printing mmg boleh buat tapi nak buat block screen printing tu satu2 takut dia charges mahal. hrp2 dpt murah. ni pengalaman daku semasa di UiTM dulu

    ReplyDelete
  13. lawo2...ritu dh penin nk pilih design mane...sume cantek2...hehehehe

    ReplyDelete
  14. dayu, masukkan name kite sekali yea..

    fitriah, nama anak sofea

    ReplyDelete
  15. best!


    wpun dah sure tak dapat turut serta di Tanah Tinggi itu nanti, tak apalah. janji baju dapat.


    erk. baju utk mak2 takde eh. :p

    ReplyDelete
  16. hoyeh.....cantik2...
    letak name pon ok jugak.... :)

    ReplyDelete
  17. apa sahaja keputusan pihak ramai... saya hanya setuju sahaja..tq

    ReplyDelete
  18. dayu tulis raina and haqq tu alahai senyum depan pc ni hah. hehe

    ReplyDelete
  19. senang kalau ada nama anak. sbb kdg2 tak igt nama mak nya. haha

    ReplyDelete
  20. seronoknya..
    Nak tempah jugak..

    Ibu:Mrs Nageb
    Baby:Mareesa Naima

    NIcenya.. :)

    ReplyDelete
  21. yeay, sangat cun...print nama anak kat blakang pun lg cun....dayu,nak letak nama ~kasih nazreen~

    ReplyDelete
  22. meriahnya mama blogger ni..ramai btul tempah :)

    ReplyDelete
  23. Salam Dayu,

    Nad pun mahu juga :D

    ->Puan nadxoxo, nama anak Lil' Zahin :)

    Kalau nak kena buat bayaran ke apa bgtau ek. Email nad n_nadiah@yahoo.com. Thx! :)

    ReplyDelete
  24. Salam dayu, saiz macam mana ye? sori kalo ada cerita dlm entry tp mcm tak nampak pulak cite psl saiz. ke i yg rabun itik?? huhu

    ReplyDelete
  25. dayu.. mya pun nak jugak! size M lew..kalau S kecik.. isy,, mya ngn cha sama je badan.. ikut cha lah ye.hehe

    ReplyDelete
  26. Dayu, kat opis blog hang dah kene blok..aiyarkk, lalu aku pun terlepas keretapi..

    jangan lupa aku pun nak order ye..

    ibu : ana
    anak : dani

    ReplyDelete
  27. eh dayu, lupa daku nk tanya. agak2 berapa harga T-shirt ni? ada member pun nk tempah. blogger gak.

    ReplyDelete
  28. Kakak..ade blogger sorg ni nak order gak..tp dia takleh bukak blog kakak..

    Zaza : http://abangcintasayang.blogspot.com/

    Dia nak order utk dia ngan anak dia Iman..sy tlg gtau kakak..coz dia takleh bukak blog akk..tlg ek key in nama dia sekali ek

    ReplyDelete
  29. nak tempah utk anak ku

    nama: Iman
    size: 12bulan

    aku plak:

    nama: syana
    size M kot

    ape2 email aku: syanasaid@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  30. dayu, kalau nk order jugak boley lagi ker? ;)

    ReplyDelete
  31. dear...t shirt ni hargnya berapa dan boleh tempah lagi tak? saya berminat.
    http://www.diarimamaqadida.blogspot.com

    ReplyDelete