06 April 2011

dia makin besar

Anak saya adalah perempuan. Tapi ada masanya dia buas mengalahkan budak laki. Belum lagi dengar suara dia menjerit. Bingit tapi sebab anak sendiri, dengar macam comel je lah. Mahu anak orang, aku jeling-jeling jugak. Dulu lah, masa bujang. Bila dah sama jadik mak, tengok budak membuas senyum je. Biasalah, bila sendiri dah merasa baru paham.

Eisya boleh tahan buas lah. Lagi-lagi kalau dia kebosanan, letih dan mengantuk. Dia kalau ngantuk memang bukan jenis yang mengamuk-ngamuk, nangis-nangis. Yang ni memang rasa bertuah la. Senang nak dibawa berjalan. Tapi dia kalau dah letih, lagi tak reti diam. Lembik-lembik kan badan. Nak berdukung je sentiasa.

Sekarang bila sekali sekala makan di luar. Rasanya tak sampai 30min mesti lari balik dah. Tak larat nak layan kerenah dia yang membuas. Kalau lama pun sebab gilir-gilir makan. Sorang makan, sorang gi lah bawak dia pusing-pusing. Tengok kipas, bagi dia pegang-pegang suis. Budak berangan nak tekan suis, bagi je lah dia merasa. Budak tengah teruja dengan segala benda. Biarlah..

Ini hujung minggu yang lalu, Atok belanja ikan bakar di Tanjung Lumpur,Kuantan.

masih mampu mengawal diri, duduk diam-diam

dia dah mula geram tgk air atas meja

mula bangun mahu keluar. kaki dah terkeluar dah sebelah

yes!! dapat diri. dan menjerit bagi satu kedai dengar

Tak duduk diam. Nak tak nak sementara tunggu makanan sampai kena lah abah bawak dia tgk laut. Dapat la aku rehatkan tangan dan badan. Serius, adakalanya rasa letih sangat kalau melayan Eisya ni. Ni badan tak sebesar mana ni..

Aku kini dalam proses menyiapkan diri menghadapi dia yang bakal boleh berjalan sendiri nanti. Siap sedia untuk main kejar-kejar dengan dia dalam kedai makan. Dan nanti agaknya berani ke tidak nak bawak dia masuk panggung lagi.

Bila Eisya dah menginjak usia setahun ni, rindu pulak aku kat dia yang berusia sehari ni. Tiap-tiap pagi, masuk keje mesti aku layan folder-folder yang penuh dgn gambar newborn dia. Eh, kenapa macam sama besar je saiz awak dulu dan sekarang ni Cha??

15 comments:

  1. kejap je dah besar kan....kalau rindu cha kena dapat adik cepat2 ni dayu..hehe

    ReplyDelete
  2. anak kita same je. lahir pun dekat dekat kan. sabar je lah. makin besar makin byk akal.

    ReplyDelete
  3. kan?bile semakin beso jadik semakin rindu pada saat die masih newborn...hheh

    ReplyDelete
  4. aku suke sangat pic eisya yang tu. rase tenteram tengok muke dia. sejuk. mak mertua eisya puji neh hahaha

    same jek buas laki ngan pompuan. aku da merasa pegang cha. memang buasssss

    ReplyDelete
  5. ye lah dayu
    start ank dah bsr sket
    dah ndai itu ini
    dah pndai pnjat2
    nk mkn kt luar pun trbatas
    mkn gilir2 sgt xsyok..huhu
    baek tapau mkn kt umah je senang :p

    ReplyDelete
  6. sama mcm mya lah.pesen xreti nk dok diam.habis high chair dia panjat.bila dilarang wat sesuatu akan menjerit lah dia.

    ReplyDelete
  7. cam sharil kata.. "menyesal dulu suka kata anak orang buas.sekarang kena batang hidung sendiri"
    ;)

    ReplyDelete
  8. eh ingatkan anak laki jek yang buas...mirza pon sama mcm cha dayu..sekejap jek elok dlm kerusi tue..pastu mulalah buat peel die..huhuuhhh...
    kdg2 nak pegi jalan2 or mkn kat luar pikir banyak kali...sbb nanti kang tak sempat mkn or shopping anak mdah buat hal

    ReplyDelete
  9. em aqil lgsg tak mau dok dlm kerusi budak tu..aish..kalau kat kfc tu dok atas meja dia mau la..skrg dah leh jln lg penat..huhu

    ReplyDelete
  10. wah cha dah besar ..ammar lg 4 hari nak masuk 1tahun kejap je masa kan..

    jarang dah makan kat luar sekarang ni, letih nak melayan kerenah anak satu hal, elok bersila makan dirumah sambil lyn anak tabur nasi huhu

    ReplyDelete
  11. :)..once a mommy always be a mommy.Apa yang kita buat,perhati, pilih semuanya sebab anak.hehehe.

    ReplyDelete
  12. siaplah dh dpt kaki nanti..
    jln kt soping komplek pn rasa cam lari 100m kejo dia..
    siap pas baton kt suami..
    ha ha ha...

    *entry baru Kurang atau TERlebih manis
    *disini CoMeL²

    ReplyDelete
  13. wahahaha..part makan kat kedai tu serupa je dayu..isya pun mana reti diam....kene gilir2 makan pastu sorang kena bawak jalan keliling kedai tu.... kalau tak...melentikkan badan tak mo diam..alahai...

    ReplyDelete
  14. eh eh gambar geram tu comeellll1. sama la ngn anak saya pun buas, skrg nk menikmati makan tuh dah kurang. tu pasal kat ofis je la time makan puas2. hehe

    ReplyDelete