29 April 2011

Raikan Dia

Masih lagi bercerita mengenai kisah meraikan ulang tahun pertama anakanda tercinta. Kali ni majlis keluarga yang diadakan di kampung abah. Majlis yang ditaja oleh MakTeh Eisya. Terharu aku. Bertuah Eisya ada makcik yang baik hati begini.

Thanks Kak Fatin, moga sentiasa murah rezeki. Nanti boleh taja lagi.

Majlis kali ni disambut bersama sepupu Eisya, Amani Farisha Bt Mohd Afizan. Kak Icha sambut 2nd birthday, Cha sambut birthday pertama. Dan majlis ni juga diadakan sempena semua adik-beradik dapat berkumpul bersama. Ini adalah kali pertama aku dapat rasa, semua adik-beradik sebelah Ekwan semua ada. Penuh rumah. Riuh rendah. Eisya pun seperti biasa, bila dah main terus tak ingat tido. Seronok ramai kawan-kawan.

Majlis dijadualkan berlangsung lepas asar, tapi pukul 5.30 gak baru bermula.

Kek yang ditempah khas untuk Amani Farisha. Hadiah tanda kasih seorang ibu!!

Meraikan 2 puteri kesayangan!!

Kek untuk Eisya yang ditaja oleh MakTeh. Comel sungguh!! Thanks MakTeh.
Eisya Elyssa Now 1 Year!!

Goodies bag untuk semua. Pun MakTeh yang taja. Murah rezeki MakTeh.

MakTeh dan Kak Icha.

Anak Abah dah setahun. Meh potong kek dengan abah..

Dengan ibu pulak.

Ibu dia yang sengih terlebih. Anak rileks je, macam takde perasaan pun iye.

bersama ibu dan abah


Majlis yang simple tapi meriah sebab semua ahli keluarga ada. Gembira dapat gembirakan anak-anak sedara. Walaupun aku hanya tumpangkan Eisya di majlis Kak Icha dia, tapi tetap kesukaan. Tengok anak-anak sedara kesukaan berlari sana sini. Seronok.

Esok atok ngan opah pulak datang. Potong kek lagi la awak ye Cha.. bertuah anak ibu.

*aku upload skit je lah gmbr, untuk lebih bahan penggambaran, sila rujuk FB saya yang kini dah umpama FB Eisya Elyssa

11 comments:

  1. bertuah eisya..ade yg sponsor..cantik kek....sayang plk nk potong n mkn kn...

    ReplyDelete
  2. ha ahh plg bermakna bile special day tu dismbut dgn family trsyg, semua ade,
    :)

    ReplyDelete
  3. biasalah..mak kompem over hepi banding anak..hahahha...

    kelakar..hihih =p

    ReplyDelete
  4. beruntung ye cha ada sponsor ye..comel sguh kek princess tuh:)

    Gaya cha tanpa perasaan tgk kek sama cam gaya ammar time nak potong kek bertiga, buat dek je hehe

    ReplyDelete
  5. lawonye kek cha..
    murah rezeki cha makteh sponser..

    :DD

    sweet betul sis in law awak dayu.

    ReplyDelete
  6. mak dia je yg maria tgk excited..haha..

    ReplyDelete
  7. comelnya kek eisya... :) anyway happy 1st birthday eisya... smg kamu jadi anak yg solehah ye... n penyejuk mata penawar hati ibu n abah... ameen

    ReplyDelete
  8. wah wah...
    sukalah kamu ya cha..
    dapat bermain dengan sepupu tu.. :)

    ReplyDelete
  9. dayu mmg suka sengih beria2. its ok bebeh. cantik senyuman kamu.gigi putih melepak juga tersusun rapi

    ReplyDelete