14 April 2011

dia teruja

Baru 2,3 hari tak kemaskini blog dah rasa macam sangat lama menyepi. Rasa terlalu lama biarkan blog terabai. Tengok orang lain berdesup masukkan entry baru, rasa mcam tak senang hati. Rasa nak tambah entry gak, tapi apakan daya. Tuntutan keje sangat mengekang hasrat hati sendiri. Ni pun curi-curi masa, tangguh sementara keje yang sedang dilaksanakan.

Harap-harap boleh sambung semula dengan segera.

*beriya nak tambah entry, pastu tak tahu nak tulis apa... damn!!*

Ini adalah koleksi bergambar di sebalik kisah yang berlaku minggu lepas selepas meraikan majlis makan-makan Raina di Sungai Manggis. Selesai sama-sama berkongsi kegembiraan, kami ke Pantai Kelanang pula. Asalnya tiada dalam jadual perancangan. Kononnya mahu terus pulang, tapi sebab ada pelancong nak bawa kami ke sana. Layankan aje.

budak baru bangun tido nampak laut terus teruja

Kali pertama Eisya jejak kaki ke pasir pantai. Seronok dia dapat pijak pasir. Merasa air laut. Dan seperti dijangka, dia adalah sangat teruja. Sah anak aku pantang dapat air. Bila bukak kan kasut bagi dia rasa pasir tu, bising sungguh mulut dia. Terkuis-kuis dengan kaki, pastu sibuk nak duduk nak rasa dengan tangan pulak. Agaknya kalau dibiarkan, bawak masuk mulut pulak.

Seronok tengok dia macam ni.

budak ni geram tengok air laut. ingatkan malas nak bagi dia main air, tapi abah dia rajin nak melayan. terpekik keriangan la dia.

suka betul kocak air ngan kaki.

sbb sudah tiada baju dan seluar spare, terpaksa la tanggalkan seluar.
tu pun dah basah separuh dah.

dan seperti biasa, dia mana reti puas. bila dukung nak bawak naik, terjerit-jerit. tangan dok tunjuk-tunjuk lagi air laut tu. Eisya... Eisya

Ikut hati nak je biar dia merasa segala apa yang dia ingin. Bagi je dia buat semuanya. Tak mahu halang-halang. Hari tu, bila ke rumah Mak Ngah, jumpa tangga buat pertama kalinya. Ala-ala tak percaya aku dibuatnya bila laju je dia panjat tangga tu. Dan aku jadik terlintas di fikiran, entah-entah banyak lagi sebenarnya dia mampu nak buat, cuma aku je tak berkesempatan nak tengok sendiri depan mata.

Anak aku dah besar!!! Dah nak setahun minggu depan.

17 comments:

  1. happy birthday in advance eisya.. moga jd anak y solehah..;)

    ReplyDelete
  2. dayu, cha da pndai jalan eh? cepat je da setaun =)

    ReplyDelete
  3. oowhh mggu depan ek?
    sure dayu tgh bz plan mcm2 skrg ni kn?

    ReplyDelete
  4. aku pulak yang x sabar! cha memang da besar!! eh awat aku tengok cha makin manes. da macam budak korea pulak muke. besar sok aku suh payin ngorat ah :P

    ReplyDelete
  5. cha masih belum boleh berjalan
    berdiri sendiri dah boleh
    tp dia lebih suka duduk kalau tak deorang pimpin dia
    tak pun terus je merangkak

    ye minggu depan setahun
    tapi setakat ni takde majlis dirancang secara besar2an
    bersama keluarga je kot

    reen: mata hang problem ke apa? tang mana pulak mcm budak korea, muka anak jawa je cha tu

    ReplyDelete
  6. salam...
    lerr kejap jer..
    rasa cam baru lagi akak duk baca entry2 masa dayu pgnant dulu.. heheh

    happy besday in advance echa...
    sihat-sihat selalu yer..

    ReplyDelete
  7. betul lah wey. mata aku nampak muke dia macam budak korea. yang gambar no 2 last tu. serius comel! hihi

    ReplyDelete
  8. Cepat nyer masa berlalu kan?

    Dah nak jadik anak dara...hihihi..Happy birthday in advance cha :)

    ReplyDelete
  9. cha kann..lebih comel in person dr dlm gambo. geram betol tgk. seb baek dpt kiss pipi sket aritu..kekeke...

    x puas ah jumpe dayu aritu...huhuh

    ReplyDelete
  10. sikit je lagi cha nak join imaan jadi toddler!

    ReplyDelete
  11. wah, cha sudah jadi anak dara ye...tak lama lg dah setahun..kejap je kan...

    ReplyDelete
  12. yea..yea...cha dah besar!
    cha nie suka sorok2 kebolehan nak kasi ibu surprise kot

    ReplyDelete
  13. wah dah nak setahun dah..em aqil kalau tgk laut tak bape nak minat bila nmpk ombak..tp nampak kolam cukup suka..amboi mengada

    ReplyDelete
  14. dah besar anak dara dayu...dah nak setahun ye...budak2 kalau nampak air macam tue la...hehehehe

    ReplyDelete
  15. Dayu, cha nampak mature xde muka baby dah tu, kejap je kan..kita sebagai mak ni yg risau terlebih, kalau dibiarkan memang semua nak buat tu hehe

    ReplyDelete
  16. wah.. singgah Pantai kelanang jugak rupenya aritu ekk..tp xde lak terserempak ekk sbb jue ngan ana pun singgah sane mase balik tue.. :)

    ReplyDelete
  17. sabar ya cha ek..
    nanti bila awak dah boleh berlari..
    ajak ibu dan ayah pergi pantai lagi ek..
    mesti seronok masa tu..
    bestnyaa...!!

    aahlah dayu..
    cha sekarang makin manis bak kata reen..
    tapi nampaknya payin dah mulakan langkah..
    haqq pun nak atur strategilah.. :P

    ReplyDelete