25 April 2011

Bulan Kelahiran: April 2011

5 hari offline, aku rasa macam sungguh lama.

Banyak dikongsi. Banyak cerita aku nak abadikan kat blog ni. Banyak kisah aku nak dedikasikan khas untuk anak pertama kesayangan aku tu. Biar nanti bila dia dah boleh membaca, aku nak tunjuk blog ni kat dia. Nak suruh dia baca. Baca segala apa yang aku tulis, baca semua hal yang berkaitan dengan dia. Dan tiba-tiba aku rasa, aku perlu menjaga penggunaan bahasa aku. Biar nanti dia tak keliru. Ok..ok.. Akan cuba..

Bulan April adalah bulan meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak. Berkongsi kegembiraan ibu-ibu muda menyambut ulang tahun pertama anak sulung mereka. Aku rasa macam seronok. Dulu zaman bujang mana pernah dapat sampi 3,4 birthday invitation sebulan. Tapi bila dah sama-sama jadik mak, rileks je tiap minggu ada jemputan. Suka!! *invitation bulan 5 pun dah masuk..suka!!* Dan aku semacam terlebih suka sebab April juga adalah bulan kelahiran Eisya. Bulan genap usianya setahun.

Dah besar!!

Kenapa aku macam tak boleh nak percaya anak manja aku tu dah setahun??

Tiada majlis besar-besaran diadakan bagi meraikan genap setahun usia Eisya. Aku sedikit terkilan sebenarnya sebab aku sungguh berhasrat nak adakan majlis untuk sama-sama berkongsi keterujaan bertambahnya usia Eisya. Aku nak gembirakan dia. Biar dia macam tak mengerti apa-apa, tapi aku pasang niat nak jemput rakan-rakan sebaya dia. Bagi dia potong kek, pastu sama-sama main belon. Pakaikan dia birthday hat. Siap aku dah google dah cara nak DIY birthday hat tu dari website Martha Stewart. Aku siap dah buat pom-pom flower lagi. Tapi mungkin bukan rezeki aku. Ulang tahun pertama Eisya hanya dirai bersama keluarga.

Itu mungkin lebih bermakna.

Berkongsi rasa gembira, rasa syukur anak membesar sehat, sempurna bersama darah daging sendiri. Dan yang paling penting, meriah!! Meriah melebihi apa yang dijangka.

Tapi Insya Allah, ada rezeki nanti kita potong kek sama-sama ye kat Genting (:

6 comments:

  1. wah dayu sudah berlatih menerima jemputan setiap minggu ya..
    nanti bila kita dah tua.
    jemputan seperti ini mesti berlaku lagi..
    yelah jemputan kenduri kahwin anak-anak.. :P

    rindu pada si cha..
    lama dah tak nampak muka si cantik manis tu.. <3 <3

    ReplyDelete
  2. cha dah besar....dah setaun...yeay...tak lame lagi turn qaseh pulak...
    klu ade rezeki nnt jemput ke rumah mar ye dayu....insyaallah

    ReplyDelete
  3. hihih isya pun celebrate besday kat kampung mama dia je nanti...huhuhu

    ReplyDelete
  4. tak kesah lah ibu kat mane2 pon. janji eisya dirai :)

    aku pon x sure nak pegi ke x genting tu. hmm

    ReplyDelete
  5. ramai kan anak2 lahir bulan april
    :)

    ReplyDelete
  6. sama la dayu, ulangtahun ammar haritu pun sambut dgn family kecil kami & member terdekat je..
    xpe la nanti dah usia bertambah 2tahun ke lagi suka sebab diorang dah mengerti & pandai tiup lilin potong kek semua hehe

    ReplyDelete