Wahhh!!! Sesuatu yang baru buat kami sekeluarga. Kalau dulu hanya bertiga, kini kita berempat.
30 May 2014
Potrait Keluarga
28 May 2014
Oh baby girl
18 May 2014
Alahai seronoknya dia
Aku memang kesian kat Eisya. Yelah, jarang dapat main kat luar rumah. Asyik terperap je. Bangun tido hadap TV. Siang malam hadap TV pastu menyepah rumah. Nak bagi main kat luar memang tidak lah. Mak bapak mana je berani sekarang ni.. Tu bila bawa dia balik duduk kat kampung seminggu ni, rasa dia macam seronok sangat.
Apa tak seronok... Bebas bermain. Bangun tido je bleh trus keluar rumah. Macam-macam aktiviti bleh buat.
Hari pertama teruja betul dia bila bangun dengar bunyi ayam berkokok. Beriya dia carik ayam tu. Pastu bleh lak main kejar-kejar dengan ayam tu. Tergelak-gelak pulak tu. Hahaha, jakun sungguh gayanya. Kalau orang tengok mesti rasa 'budak bandar balik kg, jakun semacam' Lagi satu aktiviti wajib Eisya setiap hari adalah main air dan siram smua pokok yang ada kat sekeliling rumah ni. Ohh, lagi satu, bagi rabbit makan. Tapi sebab adakalanya rabbit tu suka nak gigit jari dia, dia selalu buat tak heran kat binatang 2 ekor tu.
Dan yang buat dia lagi seronok sebab sentiasa ada orang nak melayan dia. Untunglah jadik cucu sulung. Atok ngan opah rajin melayan. Segala kerenah di turut. Dia buat sepah rumah pun tak kena marah. Ibu je lah yang terjerit-jerit. Tak bleh dimanja sangat kang degil jadiknya.
Aku seronok gak duduk kampung. Dapat berehat secukupnya, makan pakai semua Ada orang tolong urus. Aku jaga Elma je. Mahu tak seronok. Malam-malam pun ayah ngan Mak rajin layan Eisya. Boleh aku rileks-rileks ulit Elma dalam bilik. Rasa beruntung sangat. Terhutang budi betul kat Mak ayah. Tolong jaga aku anak beranak. Syukur sungguh..
Potensi berat badan statik adalah sangat tinggi bila duduk kat kg ni. Makanan sentiasa tersedia katanya.. Eisya pun senang je makan duduk kg ni..tak payah aku jadik Tarzan nak suruh dia makan. Paling Eisya seronok aku rasa sebab tak payah gi sekolah lah kot. Balik ni mesti list gi sekolah. Kuarlah segala drama dia.
12 May 2014
Elma dan Jaundis
09 May 2014
Baby in Mug
Bila ibu dalam pantang dah tak tahu nak buat apa. Nak join anak tidur dah petang sangat. Inilah hasilnya.
Baby in mug!!
07 May 2014
Adjusting
01 May 2014
Officially Registered
Akhirnya. Pada hari ke-12, iaitu 30 April 2014, nama adik didaftarkan. Punyalah busy abah awak, asyik tertangguh je. Nasib baik JPN kat UTC Sentral tu bukak sampai pukul 10pm, klau tak mesti tertangguh lagi.
*senyum*
Adik is officially named Elma Eiliyah Bt Mohd Ekwan. My beautiful angel. Maksud??? Apa kata korang gi Google sendiri. Hehehe...
Agak mencabar nak memberi nama ke adik sebenarnya. Sebab dia kan buat surprise. We are expecting for a boy. Maka nama yang tersedia adalah nama lelaki. Tak prepare langsung nama unt perempuan. Dahlah aku gedik nak kekalkan basic initial E.E kat nama anak-anak perempuan aku. Nasib baiklah kawan-kawan ramai yang kreatif, hebat dalam mencari nama anak. Macam-macam suggestion aku terima.
Dan yang paling aku berkenan adalah EILIYAH. Nanti aku boleh panggil adik Liya. And that what I call her now. Macam lembut je bunyi 'liya...anak ibu...' Pastu terkebil-kebil dia tengok aku, aauuww..melting kau. As for ELMA pulak, aku memang terpikat dah tapi Ekwan macam tak setuju sebab makna Elma in Arabic is apple. Macam kelakar lak dia kata bagi anak nama apple. Aku katalah in Greek maksud Elma is protection. Akhirnya dia setuju sebab bila aku suruh dia pikir nama lain dia malas.
Bab bagi nama anak ni memang aku suka. Sebab Ekwan memang serahkan 98% kat aku. Dia review je segala cadangan aku. Tak setuju pun akhirnya setuju. I'm a happy woman in earth!! Tak payah aku merasa berebut nama anak dengan abah dia.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi pelbagai cadangan nama. Aku tengah tinggal pilih dan combine je. Korang memang kreatif sungguh bab mencipta nama. Hebat.