30 September 2014

My Double E

Eisya Elyssa dan Elma Eiliyah.


Hampir semua orang kata Elma rupa Ekwan. Takde rupa aku langsung. Hahaha...takpelah kasik lah abah merasa anak ikut rupa dia. Eisya memang 98% ikut rupa aku. So dia dah boleh lah bayangkan camne rupa dia bila besar nanti. Hahaha..tak surprise langsung. Tapi mata aku tengok Elma ngan Eisya sama je rupa derang. Cuma Elma tembam sikit kot. Pipi dia lagi bulat.

gigih akak combinekan gambar ni. hah..tak ke sama 2 beradik tu?? sama-sama botak, kecik-kecik takde rambut.

okay ni sama.. mata sama, mulut sama, pipi sama

Disebabkan Elma dan Eisya adalah berwajah seiras. Maka aku nak sangkal fakta yang mengatakan muka Elma ikut muka Ekwan. Elma ikut muka aku gak. Anak-anak aku semua ikut muka ibu derang. Hahaha..ko dah kenapa dayu, tamak muka anak.. Saje, sebab nama budak-budak ni semua huruf  'E', ikut nama abah, rupa kenalah ikut ibu. 

29 September 2014

Weekend with Eisya

Aku memang syukur Eisya dikurniakan rambut lurus. Senang aku nak jaga dan urus. Sebab aku ni takdelah rajin sangat. Eisya pulak jenis punyalah marah kalau aku nak ikat rambut dia. Dah lah jenis kuat berpeluh. Rimas aku tengok. Nasib baik kalau bawak gunting rambut kat kedai tak buat perangai, diam je duduk atas kerusi tu. Memang dia ni, dengan orang baik sangat perangai. Dengan ibu abah..urut dada dibuatnya.

Last dia potong rambut masa bulan puasa hari tu. Betul-betul pendek aku potong masa tu sebab serabut tengok. Masa tu duduk kat kampung, lagilah tak terurus. Berpeluh sakan kepala sebab asyik main kat luar je. Sudahnya, aku bawak gi kedai..potong pendek-pendek. Lega mata. Ni dah nam masuk 3 bulan, rambut dia dah mula tutup mata semula. Maka, marilah ke kedai. Dah tadika kan, sangat tak sesuai nak serabai-serabai. Nak ikat tak bagi.

baik je. dengar je cakap kakak tu. tapi boleh lak sambil gunting rambut dia makan biskut. 

tekun sungguh Elma tengok kakak gunting rambut. Eisya dulu kecik-kecik pun rambut nipis macam Elma. Lepas setahun baru lebat.

Time gunting rambut ni, boleh pulak dia tertidur. Kelakar sungguh. Syiok sangat lah tu orang main rambut dia. Tapi yang aku geram, turun je kerusi aktif bukan main. Balik rumah pun tak reti nak tidur. Keje menyepah rumah je. Suka hati lah. Sekarang memang aku redho je, buat-buat tak nampak rumah yang macam tongkang pecah. Dia tidur kang baru aku kemas. Tak pun, biarkan aje.

Pastu asyiklah berzikir kat telinga aku 'ibu, jomlah buat kek' sambil hurung kertas muffin tu ke hulu-hilir. Selagi aku tak kuarkan mixer selagi tu 'ibu...jom buat kek' Yelah..yelah.. Jom. Gigihlah melayan anak dara buat kek. Beriya nak ayak tepung, nak beat telur.. Bukan main seronok dia. Dapur bersepah pun ibu senyum je lah.

Eisya berambut baru dan cupcakenya. 
Gegar-gegar gambar sebab mulut dia tak henti-henti nyanyi lagu birthday untuk abah. Bukan birthday abah pun, tapi dah namanya anak abahkan. Asal ada kek, birthday abah *sentap ibu Cha* Bila tanya birthday ibu tak nanyi pun, selamba dia jawab 'adik kan anak ibu, adik lah nanyi

gigih aku keluarkan cupcake tier ni semata-mata nak susun cupcake. hahaha..macam kan ada tetamu je. Takpelah, bagi can lah. Kalau tak bila lagi nak guna kan. Dah beli, kasik pakai lah.

*arini bawak kek ke nursery dan office, biasalah buat kek kat rumah tu bukan makan sangat pun. kang aku tengok tak habis-habis, aku sental, pastu termenung tengok weight scale.


Self Sservice Laundry at Batu Ferringhi

Aku memang jarang bawak baju tak cukup kalau gi berjalan. Selalunya terlebih. Tanpa perlu membasuh. Tapi masa gi Penang tu, entah salah kira ke apa...baju tak cukup. Baju Eisya je cukup, baju aku ngan Elma masuk hari ke-2 dah habis. Masa nak meninggalkan Penang nak tuju ke Cameron baju dah habis. Macam tak percaya je boleh tak cukup baju. Sangat bukan hidayu..

Tapi itulah hakikatnya. Mengagaulah carik self service laundry sekitar Tanjung Bungah dan Ferringhi. Malas nak ke kawasan tanah besar. Bila Google pun banyak kata kat Bukit Jambul lah..semua kat mainland, tapi tak kuasa nak ke sana. Google punya google ada satu respond kat forum kata ada 1 self service laundry kat area Bukit Ferrringhi. Cariklah ikut instruction dia bagi, tapi tak jumpa. Kecewa sungguh. Dah nak mengalah dah, konon nanti carik je laundry kat Cameron. Tapi memang dah rezeki kan, masa patah balik tu ternampak signboard self service laundry tu. Punyalah gembira kan..

inilah kedai nyer. penyelamat. tersorok sangat


sekali basuh RM4, dryer pun RM4. 

Kedai dia ke belakang, memang agak susah lah nak dicari. Rasanya inilah kedai yang dimaksudkan dalam forum tu. Dari traffic light kat Petronas kat pekan Batu Ferringhi tu terus je. Ada kedai arab sebelah kiri, betul-betul selepas kedai tu belok kiri. Nampak lah laundry ni. Depan simpang tu ada bangunan nama Rumah Perak tak silap aku.

Self service laundry memang patut diperbanyakkan lah. Lagi-lagi kat kawasan pelancongan macam Ferringhi ni. Sangat diperlukan. Laundry biasa memang melambak-lambak. Tapi ada masanya, orang nak segera kan. Kes macam aku ni. So, sesape kat Feringghi, silalah melabur bukak bisnes self service laundry ni. Mesti masyuk.

Sementara tunggu baju dibasuh, marilah makan laksa dan rojak dulu. Gi beli jeruk Pak Ali. Sudahnya petang jugak baru tinggalkan Penang. Walau rancang nak tolak tengahari. 

*sgt tak percaya aku kehabisan baju di penang

26 September 2014

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Orang kata kalau pergi Pulau Pinang tapi tak pergi Bukit Bendera, tak lengkaplah edisi jalan-jalan ke Penang. Wajib pergi lah kekdahnya. Lagipun mana je pun nak melawat kat Penang ni selain Bukit Bendera tu. Siyes, aku macam tak tahu nak gi mana. Ke sebab malas?? Ye kot, asyik nak melepek kat bilik je. Seronok sangat dok kat hotel gamaknya. 

Akhirnya sampai gak ke Bukit Bendera. 1st time untuk aku anak beranak. So dia punya teruja lain macam sikit. Jangan nak menyampah tengok gambar kami.

diva sangat anak sulung aku ni

selfie anak beranak itu harus.

kemudian selfie hubby wifey pulak *issk, nyampah lak aku tengok gambar filter camera 360 ni*

selfie lagi. menyampahlah orang tengok. 

at love chain peak katanya.

baik je Elma. bagus. takde lah ibu fobia nak berjalan ngan awak

menguap-nguap Elma layan ibu. nasib awak lah dik, kakak awak memang malas dah. dia mana kesah nak teman ibu bergambar sekarang. 

tengok, dia peduli apa. buat tak tahu je ibu ajak amik gambar

pastu sesaje enterframe, saje lah tu sabotaj gambar ibu

Kat atas Bukit Bendera ni sangat tak stroller friendly. Fuhhh!! Berpeluh mengangkat stroller naik tangga nak ke bahagian paling atas tu. Ikut aku malas dah tapi Ekwan gigih gak nak naik, dah alang-alang sampai katanya.. Nak je tinggal stroller kat bawah, tapi risau hilang pulak. Angkut je lah..

dah kenapa???

tukang angkat stroller.

laki aku memang kemaruk berselfie waktu ni. monopod baru katanya. haruslah aku melayan kan, kang dia sentap sape nak amik gambar aku.

Kat atas ni memang seronok lah bergambar. Lagi-lagi orang yang pantang disua kamera macam aku ni. Tak sua kamera pun aku arah amik gambar kat sini, kat situ. Nasib laki dah faham, layan kan aje kemaruk bini dia. Tapi macam kurang lah attraction dia. Takde aktiviti sangat. Jalan-jalan amik gambar je lah.

ini wajib. tapi gerbang selamat hari raya tu boleh rosak gambar sungguh lah. budak baju hijau tu pun perosak gambar gak tu. 


24 September 2014

Photoshoot di 360byMissWish

Bila Dina whatsapp kata 'dayu, pinjam Cha..nak jadik model jubah butik aku' Aku terus reply 'tak yah lah Dina, dia tu kaku..buat rosak gambar je' Tapi Dina kata amik gambar dengan budak-budak lain, bukan sorang-sorang aku setuju je lah. Dengan harapan bila amik gambar beramai-ramai, takdelah dia kejung sangat. Pulak tu bergambar dengan kawan-kawan yang dah selalu lah jugak jumpa. Boleh lah kita cuba, sambil luangkan masa bersosial ngan kawan-kawan kan.

Mulanya plan nak buat outdoor photoshoot, tapi memikirkan keselesaan para model dan orang yang menunggu, kita buat indoor je lah. Dan butik 360byMissWish di Sungai Besi menjadi pilihan. Dan cuti umum 16 September menjadi tarikh pilihan memandangkan semua free hari tu. Aku datang ngan budak-budak je sebab Ekwan pergi memancing. Secara tak langsung, itu jugak kali pertama aku drive ber-3 ngan Eisya dan Elma. Alhamdullilah, success.

Aku sampai awal skit sebab datang sekali dengan Dina, owner butik. Nak harap aku drive sambil tengok map kat handphone dengan budak-budak ni memang tidak lah. Tu yang follow Dina je. Itu pun tersalah jalan sikit. Nasib berjaya diselamatkan oleh Dina. So sementara menunggu model-model yang lain sampai, Dina mekapkan Eisya dulu. 

diam anak aku kena mekap. sebelum tu bila cakap kat dia 'cha, arini cha nak main mekap-mekap' bukan main suka lagi.

Sementara Eisya mekap, Yun sampai bersama Mya. Pastu Ena, Nurul ngan Fad pulak sampai. Makin meriahlah butik Dina. Dah macam playground budak-budak ni buat. Sebelum mulakan sesi bergambar, kasik lah budak-budak ni makan dulu. Dina belanja KFC. Thank you ye tuan rumah. Fad pulak bawak Victoria Sandwich kek..kenyang perut mak mengalah anak.

mak budak ni lah paling banyak makan kek tu

Bukan senang okay nak photoshoot ngan budak-budak ni. Memasing bukan main susah nak senyum. Sedangkan masing-masing sangat mengeletis depan kamera kalau mak ayah amik gambar. Tiba time photoshoot ni, semua tiba-tiba tak reti nak senyum. Puas pujuk suruh senyum, tetap kelat je muka. Lagi-lagi si Eisya. Memang tak berbakat langsung.

konon macam pandai sangatlah posing..hakikatnya

keras, kejung dan kaku..hahahaha

gigit-gigit kuku, malu konon. Nyampah ibu tengok. time ni belum dapat mood langsung

muka masing-masing macam kena paksa apa je..

kami buddies

tak payah nak tangan di pinggang sangat lah Eisya wehh

oiiittt overnya yang tudung oren tu

orang paling 'busy' di sesi photoshoot tersebut. mengalahkan tuan butik.

model-model amatur

Sesungguhnya bukan mudah nak suruh budak-budak ni beraksi depan kamera. Kalau candid tu mungkin mudah. Ni nak suruh senyum, posimg-posing memang tidak lah. Kalau tengok budak yang sangat camera friendly tu, memang berbakat sungguh lah. Anak aku...?? Tak payah lah, dia jadik model abah dia je.

model paling berbakat. next time boleh panggil mereka lagi.

Letihlah Dina nak memilih gambar nanti. Dari beratus shoot tu, entah bape keping je boleh guna. Jangan serik ye Dina. Dan terima kasih juga bagi peluang ni kat anak-anak kami. Saja cuba-cuba. Happy-happy, bagi budak-budak ni jumpa kawan. Tapi derang ni memang tau, habis je photoshoot boleh pulak main kejar-kejar, tersengih-sengih sampai kecah butik tu.

Tunggu lah hasilnya nanti. Next entry aku buat entry pasal jubah yang budak-budak ni gayakan ye. Ada pairing dengan jubah mak sekali. Tu kena dapatkan info dari Dina dulu.

*bukan anak je suka, mak pun suka dapat dok melepak ngan kawan-kawan seharian.



Kemaruk Patchwork

Memang kuat pengaruh rakan sebaya ni. Ingatkan zaman sekolah je. Zaman dah jadik mak orang ni, makin menjadi-jadi terpengaruh ngan kawan. Apa kawan kenan, kawan suka..itu gak yang kau kenan. Terus teringin sama. Tapi yelah, dah namanya sebaya kan. Haruslah selera pun serupa. Barulah namanya best buddies.. tak gitu??

Hah..sekarang masing-masing tengah kemaruk ngan cadar patchwork. Memang mengila lah masing-masing. Mau tak kemaruk, lawa-lawa weh design dia. Comel je. Orang pompuan mana lah tak suka benda-benda comel gini. Kalau citer kat laki memang dia pandang pelik 'cadar je kot' apa yang best sangat. Masa mula-mula geng-geng ni sibuk citer pasal cadar ni, aku buat tak nampak je. Siap terus delete gambar-gambar yang derang share. Sebab tengah busy kan time tu. Duit pun nak spend kat Penang, so derang sibuk membeli aku tak amik port pun.

Sekali bila masing-masing dah pasang kat tilam, mulalah aku menjejeh air liur. Pastu saje gatal-gatal browse kat IG. Memang tak menahan lah kan. Terus ajak Ekwan gi GM Klang. Sebab murah katanya. Kat GM boleh dapat RM100 je 1 set yang 100% cotton. Tapi bukan rezeki aku kot. Time aku gi stok banyak dah habis. Design pun ala-ala sendu je yang tinggal. Tapi sebab dah teringin sangat. Ku beli juga. Alang-alang dah sampai kan..


anak kecik bergaya di cadar patchwork pertama ibu.

Beli 3 set gak tu. Dalam-dalam design tak memikat hati. Agaknya kalau banyak design cun, entah bape banyak aku beli. Tapi 1 je untuk aku. Yang lagi 2 tu untuk mak ngan mak mertua. Lama tak belikan mak-mak ni apa-apa. Jumpa benda best camni, haruslah share sama kan. Tapi timbul jugak rasa tamak aku, macam nak semua. Hahaha..tapi sebab dah share beli ngan kawan-kawan, aku lupakan niat tamak aku tu. 

Tahap kemaruk kat patchwork ni, siap buat group kat whatsapp. Gigih carik seller paling murah. Nak murah kena beli 10 set. Harus lah kami-kami yang kemaruk ni berkongsi pembelian kan. RM 135/set untuk set 4 sarung bantal. Haruslah semua berebut. 


cadar idaman. Tak sabar nak bentang atas katil pastu golek-golek ngan Double E


23 September 2014

New Look katanya

Tahniah Dayu. Akhirnya anda berhijrah.

Akhirnya aku tukar pun header blog, tukar background. Tukar template. Lama kot guna yang lama tu, gambar Eisya 2 tahun. Sekarang budak tu dah 4 tahun. Punyalah lama guna header yang sama. Tak reti boring. Feeling cun sgt lah tu konon. Hari ni atas dorongan si Tengku Fauziana, akhirnya blog aku berwajah baru.

bye-bye dear old blog. 

*merasalah kejap blog huru-hara. pastu tak back-up template lama. bijak pandai sangat kan. nasiblah gigih, godek sana sini, molek lah semula rupa blog aku.



22 September 2014

Dayu dan Pixajoy berpisah tiada (:

Hahaha..memang over je tajuk tu kan. Tapi itulah hakikatnya. Koleksi photobook aku dari Pixajoy adalah sangat banyak, Malas nak kira je. Alah, sebab percuma kan, gigihlah aku buat. Lagipun aku macam seronok je buat photobook tu. Susun-susun gambar. Macam seronok je buat scrapbook online ni. Gambar anak-anak pulak tu, memang gigih aku hadap. 

Kena lak aku macam terlebih teliti bab design dia. Gigih ok download free clipart. Sedangkan yang pixajoy sediakan kat template dia pun dah melambak, pun aku tetap ada je yang tak menepati citarasa aku. Nak gak download yang lain. Tapi tu gak salah satu yang best tentang Pixajoy, boleh add on clipart sendiri.

sebahagian dari koleksi Pixajoy ku. 


latest collection from Pixajoy. Clipart Selamat Hari raya tu takde dalam template dia. Tapi demi nak memuaskan hati, aku download.

editor pixajoy ni sekarang mmg dihujung jari aku je..kata dah berpuluh buku buat kan.


current favorite photobook. belek tiap hari

ini jugak.

Pixajoy ni satu lagi yang best, dia sangat efisen. Sekejap je photobook siap. Walau dia estimated siap dalam seminggu, tapi selalunya dalam masa 5 hari Skynet dah datang hantar buku. Memang hooray lah. Kena kan orang tak menyabar macam aku. Memang sangat menepati kriteria lah laju-laju macam ni.

21 September 2014

Aku takdelah ikut buku sangat

Kelmarin masa dinner, aku pangku Elma sementara Ekwan makan. Datang sorang tegur dan usik-usik Elma. Biasalah bermesra-mesra dengan baby. Dia tanya berapa umur Elma, aku jawab 'hari ni 5 bulan' Dia geram tengok Elma kot, habis diramas-ramas lengan Elma. Pastu dia tanya dan cakap 'dah makan ke ni? Tembamnya dia' Aku dengan pantasnya jawab 'belum..baru je 5 bulan kan' Dia kata 'bagus betul kau ni Dayu, dengar sungguh cakap doktor'

Tak sempat nak kata apa-apa dia dah minta diri. Tapi aku pun tak terfikir nak jawab semula, senyum je. Sebab malas nak berdebat hal-hal gini. Dia pun takdelah keluarkan ayat-ayat yang menguris hati kan. Cuma gaya tu macam nak kata, aku ni ikut buku sangat. Tapi bukanlah aku ni akur sangat sebenarnya, cuma keadaan mengizinkan aku patuh kepada arahan yang lebih pakar, aku ikut je lah. Tak menyusahkan pun, apa salahnya dengar je cakap doktor. Tak rugi apa pun.

Eisya dulu aku mula beri makan masa dia 4 bulan lebih. Dengar sangat cakap orang. Sedangkan budak tu elok je kenyang walau hanya minum susu. Makanan pertama Eisya puree carrot. Dan eisya bukanlah pemakan budaknya, tapi aku tetap gigih buat homemade puree untuk dia. Garam pun lambat dia merasa. Tapi kecik-kecik senanglah aku nak kawal itu ini, dah besar ni..hhmm, ibu pejam mata je lah.

Kalau tengok Elma sekarang memang orang akan kata 'dia nak makan lah dayu, tengok tu mulut.dia' Kalau tengok orang makan pun tak lepas mata dia memandang. Gaya macam minta disuap sama. Tu belum lagi tangan sama sibuk tarik pinggan sudu smua. Tapi aku tak pernah pulak terfikir sebelum ni yang semua tu petanda dia dah bersedia nak makan. Aku anggap tu semua tindakbalas biasa dia. Lagipun dia macam cukup je dengan susu. Lepas susu nenyak je dia tidur. 

Tapi dalam masa yang sama aku teruja sebenarnya nak perkenalkan solid food kat Elma. Siap dah plan, 1st puree aku nak bagi kat Elma nanti adalah puree labu, tak pun puree sweet potato. Aku memang over melampau ni. Lagi 1 yang over, dari bulan lepas asyiklah ushar baby bullet, steamer, pressure cooker semua tu. Tapi masih mampu kawal diri sebab rasa semua tu nafsu. Steamer lama elok lagi. Baby bullet tu pun tak perlu kot, blender kan ada. Tapi pressure cooker tu macam boleh dipertimbangkan.

are you ready for solid dear???

Semoga aku dikurniakan kegigihan yang berterusan untuk menyediakan makanan pejal untuk Elma. Semoga aku tak kalah dengan dugaan Nestum dan instant baby food yang melambak kat Mydin tu. Insya Allah. Permudahkanlah niat murni ku ini. Amin.

*dan berharap mampu bertahan untuk fully breastfeed Elma sampai 6 bulan sekurang-kurangnya.

17 September 2014

Flamingo Hotel by The Beach

Aku kalau bab carik hotel, memang google je lah. Taip aje 'hotel pulau pinang' Melambak kuar, pepandailah pilih, siap dengan review lagi. Lagi-lagi sekarang ni ada macam-macam website yang dengan baik hati tolong compare kan harga. Memang sangat memudahkan kerja. Bagus. Akak memang suka. 

Aku jumpa hotel ni masa tengah belek-belek review pasal Copthrone, harga pun masih dalam range bajet. Expedia bagi harga paling murah. Kat Agoda, Booking.com semua RM250++ tAPI Expedia nyer harga RM 187 je. Apa lagi. Try lah klik. Macam menarik. Menepati segala kriteria yang diperlukan. Bilik Hillview pun apa kesah. Janji tak over budget. Maka, teruslah aku booking. Dan dengan yakin nya bayar RM 434 kat Expedia. Lepas je bayar aku terus Whatsapp Ekwan 'sila jangan cancel, kalau tak refund semula duit hotel' Kalau tetiba kena cancel memang nangis lah aku.

Sebelum pergi, puas aku belek segala gambar dan review. Semua macam okay. Dan aku berharap sangat semua itu indah bagai dikhabar. And Alhamdullilah, bila sampai tu..aku impress sangat. rasa sangat untung dapat bilik hotel selesa macam tu dengan harga RM 187 semalam. 


Deluxe Hillview. Ni gambar from website. Walaupun hillview, aku tetap boleh tengok laut dari balcony. 

ini gambar visitor. Cik Eisya dah rasmi dan kecahkan dulu, tak sempat ibu nak amik gambar setiap angle.

jadiklah nampak laut sipi-sipi. takdelah duduk kat balkoni nmpak dinding bilik orang. padan lah dengan rege.

Breakfast pun best. Pilihan makanan banyak. Memang puaslah. Swiming pool best. Nak ke laut pun boleh akses dari pool je. Tapi kitaorang tak pergi pun. Malas. Macam apa je kan.. boleh malas. Nasib Eisya tak beriya nak ke laut. Dia puas kot mandi kolam je.

nampak kolam, semua dia tak peduli dah

coffe house dia *ni gmbr website* merasalah bfaz kat tepi kolam renang. kalaulah dapat camtu setiap weekend..nikmatnya lah hidup

semua tak mandi lagi ni. hahaha..pinggan dlm gmbr tu, tuan blog yang punya. pinggan pertama, ke-2, ke-3 tak payah amik gambar. tgk gambar Elma ni, rasa macam 'ek eleh, tak mandi tapi beriya pakai headband' anak sape lah tu..

*tutup mata pun tetap nak upload sebab ni je gmbr yg ada*
ekwan makan, aku dukung Elma. bawak jalan-jalan tepi laut. itu perkara biasa. redho dah walau perut lapar beriya. stroller tu memang beli buat penuh rumah je kan dik kan..

Banyak je facilities dia. Gym ada. Ekwan siap manfaatkan. Gigih. Ada gak kid club, indoor playground untuk budak-budak. Tapi kena booking kalau nak guna. Ingatkan boleh main terjah je. So tak dapatlah masuk. Nasib Eisya tak beriya. Sebab tak berapa menarik, biasa-biasa je. Kalau lah ada slide bagai, mau dia merengek-rengek gak aku rasa.

Kesimpulannya, memang berbaloi dan kalau orang minta suggestion nak dok mana kalau gi Penang, silalah cuba Flamingo Hotel ni.