Showing posts with label Penang 2014. Show all posts
Showing posts with label Penang 2014. Show all posts

17 September 2014

Flamingo Hotel by The Beach

Aku kalau bab carik hotel, memang google je lah. Taip aje 'hotel pulau pinang' Melambak kuar, pepandailah pilih, siap dengan review lagi. Lagi-lagi sekarang ni ada macam-macam website yang dengan baik hati tolong compare kan harga. Memang sangat memudahkan kerja. Bagus. Akak memang suka. 

Aku jumpa hotel ni masa tengah belek-belek review pasal Copthrone, harga pun masih dalam range bajet. Expedia bagi harga paling murah. Kat Agoda, Booking.com semua RM250++ tAPI Expedia nyer harga RM 187 je. Apa lagi. Try lah klik. Macam menarik. Menepati segala kriteria yang diperlukan. Bilik Hillview pun apa kesah. Janji tak over budget. Maka, teruslah aku booking. Dan dengan yakin nya bayar RM 434 kat Expedia. Lepas je bayar aku terus Whatsapp Ekwan 'sila jangan cancel, kalau tak refund semula duit hotel' Kalau tetiba kena cancel memang nangis lah aku.

Sebelum pergi, puas aku belek segala gambar dan review. Semua macam okay. Dan aku berharap sangat semua itu indah bagai dikhabar. And Alhamdullilah, bila sampai tu..aku impress sangat. rasa sangat untung dapat bilik hotel selesa macam tu dengan harga RM 187 semalam. 


Deluxe Hillview. Ni gambar from website. Walaupun hillview, aku tetap boleh tengok laut dari balcony. 

ini gambar visitor. Cik Eisya dah rasmi dan kecahkan dulu, tak sempat ibu nak amik gambar setiap angle.

jadiklah nampak laut sipi-sipi. takdelah duduk kat balkoni nmpak dinding bilik orang. padan lah dengan rege.

Breakfast pun best. Pilihan makanan banyak. Memang puaslah. Swiming pool best. Nak ke laut pun boleh akses dari pool je. Tapi kitaorang tak pergi pun. Malas. Macam apa je kan.. boleh malas. Nasib Eisya tak beriya nak ke laut. Dia puas kot mandi kolam je.

nampak kolam, semua dia tak peduli dah

coffe house dia *ni gmbr website* merasalah bfaz kat tepi kolam renang. kalaulah dapat camtu setiap weekend..nikmatnya lah hidup

semua tak mandi lagi ni. hahaha..pinggan dlm gmbr tu, tuan blog yang punya. pinggan pertama, ke-2, ke-3 tak payah amik gambar. tgk gambar Elma ni, rasa macam 'ek eleh, tak mandi tapi beriya pakai headband' anak sape lah tu..

*tutup mata pun tetap nak upload sebab ni je gmbr yg ada*
ekwan makan, aku dukung Elma. bawak jalan-jalan tepi laut. itu perkara biasa. redho dah walau perut lapar beriya. stroller tu memang beli buat penuh rumah je kan dik kan..

Banyak je facilities dia. Gym ada. Ekwan siap manfaatkan. Gigih. Ada gak kid club, indoor playground untuk budak-budak. Tapi kena booking kalau nak guna. Ingatkan boleh main terjah je. So tak dapatlah masuk. Nasib Eisya tak beriya. Sebab tak berapa menarik, biasa-biasa je. Kalau lah ada slide bagai, mau dia merengek-rengek gak aku rasa.

Kesimpulannya, memang berbaloi dan kalau orang minta suggestion nak dok mana kalau gi Penang, silalah cuba Flamingo Hotel ni.

15 September 2014

Makan-makan kat Penang.

Orang lain gi Penang, kenyang. Asyik keje makan je. Tapi kitaorg, kebulur. Eh, takde lah sampai kebulur, tapi sempat lah lapar sebab tak tahu nak makan kat mana. Kata tak sempat nak google segala benda sebelum datang kan. Busy bebenor sebelum cuti. Hari 1st tu, mengagau tak tahu nak makan kat mana. Petang tu lah baru nak meng'google. Wi-fi lak tak boleh harap. Data kat phone Eisya dah balun layan Youtube. Tapi nasib baik boleh lah bergantung harap lagi. 

Google punya google, jumpa satu blog citer pasal dia makan malam kat Restoran Idaman kat area Teluk Tempoyak, Batu Maung. Masa tu memang dah sampai kat area Batu Maung pun. Konon nak makan kat Restoran Pan Mutiara, tapi bila tengok kedai dia, tak berani lah nak masuk. Macam eksklusif je. Tu yang carik option lain tu. Dan Restoran Idaman paling dekat. Dalam 5km je dari situ. Terus lah tuju ke sana. 

Tempat dia ala-ala Senibong kat JB tu. Memag sama lah. Malam tu penuh kedai dia. Tapi nasib baik servis tetap tip top. Cepat lah jugak makanan sampai. Dahlah memang tengah lapar, tak tunggu apa. Gambar semua tak sempat nak amik, dah kenyang baru terpikir. Jadik lah dari takde langsung. Tapi mana entah gambar tu. Bercampur aduk. Semua device guna untuk amik gambar. Tak cukup DSLR gabak tu, handphone 2-2 pun guna.

Hari ke-2 tu lagi sadis. Punyalah tak tahu nak makan kat mana, sudahnya sebelum naik Bukit Bendera, singgah Pizza Hut dulu lunch. Apa barang datang Penang makan Pizza Hut. Kesian sungguh rasa. Dah siap-siap makan tu barulah Ekwan call kawan dia tanya mana tempat best nak makan. Chaaiit, ada rupanya kawan kat Penang. Tanya lah dari semalam. 

kesian, datang Penang makan pizza je. tapi lapar punya pasal, makan je lah.

Atas jasa baik kawan Ekwan, malam tu kami ke Permatang Pauh. Makan Char Keow Teow. Memang thorrbaik. Sedap sungguh. Sambil pangku Elma pun aku boleh habiskan 2 pinggan. Kalau tak kena pangku elma, mau 5 pinggan kot aku hadap. Dan esoknya, on the way balik, singgah jap kat Sungai Dua. Dah sampai Penang kenalah makan mee udang kan.. As recommended, kami gi kat Medan Selera Sri Tambang ni. Dah lah hajat nak makan Pasembor, Nasi kandar, Nan Cheese semua tak tercapai. Nak kena datang Penang semula ni. Tu yang sebenarnya tu.

ni pinggan pertama. tak cukup sebab pinggan dia kecik sangat.

punyalah sedap kan.. tak pandang kiri kanan dah

Dah nak balik baru puas makan kat Penang ni, next time nak stay kat mainland lah. Kat pulau tu macam susah je nak carik makan. Ohh, lain kali nak pergi time musim durian. Baru meriah.. InsyaAllah, ada rezeki kami datang lagi.

*asal gambar makan semua muka aku, muka ekwan takde pun. nampak sangat aku kalau dah makan, tak pikir apa. 

Teaser Update

*okay..blur. tak reti dah camne nak mula update blog. lama sangat tak update*

Aku nak cerita pasal kisah jalan-jalan aku ke Pulau Pinang dan Cameron Highland masa cuti Hari Merdeka hari tu. Lama giler tak citer hal jalan-jalan kat blog. Tak review hotel. Dulu tu bahan pengisian utama blog tu. Okay, kumpulkan kekuatan untuk menaip. Kata dah teringin sangat nak blogging smula kan. Ni ada bahan ni, silakan lah.

Bismillah,


Aku memang dah lama nak berjalan-jalan ni. Sejak habis pantang. Ikutkan nak pergi sebelum bersalin Elma lagi. Tapi ada je penyebab keinginan aku tu tak termakbul. Bila tetiba Ekwan ajak gi jalan-jalan, aku lah orang paling happy. Cuti tahunan dia banyak lagi, so kenalah amik sikit-sikit bagi habis. Bila dia dah usulkan, laju je aku cakap 'jom Penang jom..' Setuju aje pakcik tu. Dan lagi best, dia bleh bagi cadangan 'balik dari Penang, kita gi Cameron nak' Wahh!! Sengih sampai telinga Puan Dayu.

Kebetulan aku dapat duit kutu bulan 8 tu, makin seronoklah aku plan cuti-cuti Malaysia kitaorang ni. Hotel pun boleh lah amik yang best-best sikit. Yang penting kena ada kolam renang dan sekali dengan breakfast. Senang, tak payah susah-susah nak bangun pagi carik makan. Eisya lak dah berkali-kali minta nak mandi kolam. So kolam tu keperluan utama hotel kat Penang. Dah ada anak, gitulah gayanya. 

Kat Penang kami menginap di Flamingo by The Beach Hotel. Best. Sangat berbaloi dengan harga yang dibayar. Ni nanti aku review later eh.. Vacation kali ni aku tak sempat nak google segala *malas pun iye sebenarnya* so macam huru-hara skit lah aktiviti kat Penang ni. Tapi seronok tetap seronok. Kat Penang ni more to relax lah, lepak-lepak kat hotel je banyak. Layan Eisya mandi kolam berkali-kali. Photoshoot anak-beranak dalam bilik. Hahaha...

upon arrival. anak dara besar i dah tak menyabar. lagi-lagi dah nampak kolam masa nak ke lobi tadi.

over awak ketawa dik. abah awak pun, bukan nak kabor hidung comot hingus. isskk..isssk

sesi mandi kolam yang pertama. angin punyalah kuat petang tu, rasa nak melayang. sebab nak hujan, hari pun mendung je tapi Eisya peduli apa. kolam dah depan mata ni.

ibu ngan elma duduk je lah perhati kakak berendam tepi kolam. 

Tak dapat lama pun Eisya berendam, hujan dah turun. Lagipun aku ngan Ekwan dah kebulur dah. Tak menyabar nak carik makanan, dia ni sibuk nak berendam. Memang syukur lah hujan turun. Tapi sebab hujan, malas nak keluar. Kita makan roti ngan maggi je lah dulu. Malam kang makan lah puas-puas.